16.8.16

Pasaraya Bajet di Shah Alam & Klang

Kalau bawak RM100 ke supermarket sekarang ni, agak-agaknyalah berapa barang yang boleh dapat ye?

Kalau bujang tu ok lagi kot. Kalau yang dah ada family ni, beli barang keperluan anak atau barang dapur saja pun dah boleh cecah 2-3 ratus dah sekali shopping.

Haa. Sebab tu kena pandai survey supermarket atau kedai yang offer harga yang affordable. Janji dapat barang yang sama kualiti.

Meh akak nak share supermarket atau kedai yang pada akak, boleh la nak beli barang-barang dapur atau barang keperluan rumah dan anak dengan harga yang berpatutan. Ni untuk kawasan Shah Alam-Klang aje ye. Kawasan lain akak tak tau. Hehe.

1. Econsave

Lebih tepat Jalan Kebun (lebih spesifik dekat Kemuning Greenville) sebab akak selalu pegi situ je. Yang paling dekat dengan rumah. Sayur ngan buah ok jugak beli sini. Barang basah akak tak berapa suka beli sini. Barang kering, barang rumah ok. Baju budak pun ada, takde la mahal sangat. Susu budak pun ok banyak gak choice. Lagipun tutup lewat pukul 10.30 malam.

2. Pasaraya Anggerik



Lokasi di Seksyen 19. Dekat dengan Hospital Pakar Salam. Susu budak dengan pampers agak berpatutan harga kat sini. Barang rumah lain pun ok la kalau nak beli runcit-runcit. Satu lagi akak suka beli majalah kat sini. Cepat sampai majalah baru. Tapi cepat habis jugaklah. Kihkihkih

3.  Pasaraya Hero


Kat Kota Kemuning. Sini wet market dia best. Harga pun masih ok dengan kualiti. Sayur, buah, ikan, seafood fresh. Kadang ada less 50% untuk certain seafood atau ikan. Nak clear stock hari sebelum. Tapi tengokkan elok je lagi. Banyak choice jugak sini. Parking pun senang. Akak suka beli sayur, buah kat sini. Bahan untuk baking, cheese pun banyak choice. Ada kafe gak kat dalam ni. Satu lagi, roti ban manis dia sedap! Siap ada bakery sendiri dalam ni. Masuk-masuk je pintu, bau roti. Pehhh best woih.

4. Maxvalu


Pasaraya ni dalam Gamuda Walk. Aeon punya pasaraya la gitu tapia Maxvalu offer murah sikit. Sini sekali-sekala ok jugaklah datang. Akak paling suka kalau datang lewat sikit ada barang basah less 50%. Kahkahkah akak memang minah bajet. Barang lain harga agak standard la. Tapi nak beli dan belah memang selesa, tak ramai orang. Dan banyak la pilihan sayur, buah organik juga.

5. Kedai Runcit Jalan Kebun


Ada banyak, tapi ada satu ni ada jual ayam fresh sekali. Tak ingat nama kedai tu apa. Dekat dengan Klinik Kesihatan Jalan Kebun dan masjid. Mula-mula akak pegi memang nak beli ayam je. Tapi sekarang ni sangkut dah, barang basah banyak beli sini je. Murah-murah. Kedai kampung kan. Selain ayam, suka gak beli ikan, sotong, ayam kat sini. Sayur pun murah. Orang kampung macam akak memang seronok la dapat shopping kat kedai kampung macam ni. Kau ambik daun limau purut, daun kari setangkai dua kira free je. Hehe.

6. Pasaraya Checkers


Kat Seksyen 15. Sini boleh beli borong. Jadi memang harga agak murah. Akak suka beli sayur kalau kat sini. Barang dapur kering pun ok. Banyak choice. Parking pun senang depan pintu pasaraya je. Tapi dah lama akak tak pegi sejak tak duduk area situ dah.

7. Pasaraya CLC


Kat area Bandar Putera 2. Jalan menghala ke Johan Setia (Banting) dah ni. Mula-mula pandang sebelah mata je sebab nama tak glamer kan. Haha. Sekali dah pegi, terus jatuh suka! Wet market dia, wallauweh best gila. Macam pasar basah betul punya feeling. Ikan punya lah banyak jenis. Sayur pun banyak. Dan paling penting murah. Kalau kat sini memang rambang mata nak pilih ikan. Ikan besor, ikan kecik, kau pilih nak yang mana. Paling tak menahan, bau ikan melekat kat baju kau sampai balik rumah. Kahkahkah. Try la shopping sini. Berbaloi akak habaq hang.

Cukup la eh 7 tempat shopping bajet untuk u ols. Tempat-tempat ni kira sesuai la untuk beri barang basah, barang dapur dengan bajet yang sederhana. Dan kurang sikit nafsu berbelanja lebih kalau banding shopping kat Tesco dan Giant. Pegi sana mau bertroli-troli. Hahaha.

Semoga bermanfaat untuk u ols yang tinggal dekat-dekat area sini. Moh le kita berbelanja dengan bijak!




9.8.16

Apa Nak Buat Bila Anak Batuk & Selsema?


Anak-anak batuk dengan selsema sehari dua ni. Berjangkit ummi la ni. Maka dengan itu, kelam kabut la jadinya jadual ummi, bertongkang pecahlah rumah.

Mana taknya, si kecik tu sebolehnya nak menggantung saje. Orang tak sihat, macam gitulah. Serba tak kena.

Biasanya kalau anak-anak selsema batuk ni, kitorang takde la terus pi klinik dulu selagi kahak jernih, badan tak panas dan bernafas macam biasa.

Melainkan kahak dah bertukar kuning-hijau, on off panas badan nak demam, nafas laju, maka terpaksa bawak gi klinik lah bagi doktor check. Hari tu, si kecik ni nafas agak laju, risau pulak dibuatnya. Jadi bila pi klinik, doktor bagi neb seround. Lepas tu baru ok.

Kalau nafas laju tu maksudnya ada kahak dalam saluran pernafasan, ganggu dia bernafas. Nak bernafas tak selesa. Yang risau takut kahak berkumpul lama-lama boleh jadi jangkitan. Bila neb tu, maksudnya wapkan hidung dan mulut anak dengan saline water (air garam), supaya kahak longgar dan legakan saluran pernafasan. Proses neb sekejap aje, tapi kena tahan sikit lah anak meronta-ronta rimas dipakaikan mask tu. Kena bertabah sikit lah. Janji anak sihat.

Si kecik ni, lepas neb hari tu, alhamdulillah ok. Dah boleh nafas macam biasa. Tapi on ubat lah lepas tu sebab batuk selsema dia agak teruk juga.

Sebelum tu ada juga percubaan nak stim hidung dia dengan air panas bawang putih tapi tak pandai. Lepas tu ada baca kat facebook Masyarakat Kena Tahu (Ori), katanya kaedah stim tu tak digalakkan sangat pun. Percussion tu yalah. Tepuk-tepuk belakang dada anak (cupping) untuk longgarkan kahak. Tapi macam kahak tak keluar habis.

Lepas pi klinik tu, doktor bagi ubat cairkan kahak, ubat selsema, ubat wheezing. Ubat batuk memang dah ada kat rumah. Bawak ubat batuk tu tunjuk kat doktor, dia kata boleh continue. Jadinya on ubat dalam 3-4 hari, alhamdulillah ok. Antibiotik takde sebab doktor kata bukan sebab bakteria. Cuma kalau 3 hari tak baik-baik datang klinik semula.

Tapi, home remedies pun diteruskan juga. Kalau saya, ini yang saya buat kalau anak selsema batuk:

1. Beri madu. Sama ada bagi direct guna sudu atau bancuh dengan air masak. Untuk anak yang setahun ke atas saja ye. Madu boleh bantu keringkan kahak. Tapi jangan bagi banyak sebab madu ni panas. Takut badan budak tak tahan pulak nanti dah panas dalam pulak. Pernah jadi kat anak sulung saya dulu. Dok bagi hari-hari sepanjang hari pulak tu (minum air masak + madu), lepas tu nak sakit tekak pulak sebab panas dalam. Sehari sekali je pun boleh. 1 sudu teh je. Ambik masa juga lah dalam 4-5 hari untuk kahak kering.

2. Sapu minyak bawang putih. Kalau rajin, saya buatlah. Bakar bawang putih, lenyekkan. Lepas tu campur dengan minyak kelapa dara (vco). Tapi nak guna minyak zaitun atau minyak masak pun boleh. Sapu kat dada, belakang dada dengan tapak kaki anak lepas mandi.

3. Buat sup ayam. Letak bawang putih lebih sikit. Kalau ada tulang dan kaki ayam tu, boleh masukkan. Reneh dengan api slow je.

Cara nak buat, masukkan air dan ayam dalam periuk. Masukkan bawang putih dan halia yang diketuk.  Masak dengan api kecik. Nak tutup periuk pun boleh. Sayur kalau nak masukkan, carrot, kobis bunga, seleri, kentang. Biar je sup mereneh.

Kalau nak letak bunjut sup, boleh masukkan. Kalau takde, boleh letak rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang). Kalau saya, tabur serbuk Chinese 5 Spice. Serbuk ni gabungan rempah 4 sekawan jugak lebih kurang tapi ada 1 lagi lupa pulak.

Dah mendidih, masuk garam sikit. Kalau ada daun sup, boleh cincang kasar dan masukkan. Tutup api.

4. Sapu minyak panas (minyak mestika baby) atau krim herba bayi Tropika. Sama jugak sapu kat dada, belakang dada, tapak kaki sebelum tidur. Lepas tu pakaikan stokin. Setakat ni, anak serasi juga dengan krim herba tu. Tak panas sangat. Cepat jugak kering kahak dia.

5. Bagi anak minum banyak air. Kena paksa anak minum. Kalau taknak minum nanti lagi pekat kahak, lagi susah nak keluar. Kalau anak taknak, boleh bancuh ribena atau sunquick sikit. Kot air masak dia rasa payau. Kalau kurang air nanti sakit tekak, tonsil bengkak pulak. Kadang-kadang paksa je anak minum guna picagari (syringe).

6. Boleh standby nasal spray atau ubat titik hidung. Spray tu in case hidung anak tersumbat, susah bernafas. Spray bagi hingus loose, nanti keluar meleleh-leleh kot hidung. Baru dia lega. Ubat titik hidung pulak akan tolak hingus ke dalam, nanti keluar sekali dengan najis. Nasal spray (brand Sterimar) dan ubat titik hidung, dua-dua beli kat farmasi.

Setakat ni, inilah yang saya pernah cuba. Ada ibu yang pandai sedut kahak anak, boleh juga. Saya pernah cuba tapi tak berjaya. Tak cukup kuat nak sedut keluar! Haha. Cara ni pun efektif juga.

Apapun kalau nampak anak makin teruk, bawaklah ke klinik. Tambah lagi kalau anak tak mahu makan minum dan tak aktif. Sekarang ni macam-macam penyakit ada.

Wallahua'lam.

8.8.16

Check up Kehamilan dengan Doktor Perempuan di Klinik Sofia Shah Alam

Kalau ada masalah nak check up kehamilan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (Kerajaan), masalah dari segi masa terutamanya, boleh cuba ke Klinik Sofia kat Seksyen 23 Shah Alam ni.

Untuk kehamilan kali ni, saya check up di KK yang takde scanner, maka saya perlu scan kandungan sendiri di klinik swasta. Nak pegi klinik kerajaa  lain pun boleh, tapi kena buat appointment awal dan slot pun terhad. Jadi, terpaksalah ke klinik swasta untuk scan tiap-tiap bulan.

Saya memang kena scan tiap-tiap bulan sebab saya ada diabetes. Jadi kena scan untuk check baby growth, sebab baby ibu yang diabetes ni ada risiko terlalu kecil atau terlalu besar. Sebab tu kena scan tiap-tiap bulan untuk pantau berat dan pertumbuhan baby selari dengan yang sepatutnya atau tak.

Alhamdulillah terjumpa klinik ni. Agak baru juga buka. Dan tak jauh dari rumah. Lagipun tiap-tiap hari buka termasuk weekend. Cuma kalau check up weekend, doktor lelaki yang on duty. Doktor perempuan ada pada weekdays (Isnin-Jumaat).

Saya disebabkan suami agak sibuk masa weekdays, adakalanya pegi je weekend. Jadi memang yang attend tu doktor lelaki lah. Masa masuk bilik doktor tu, suami dengan anak-anak pun semua masuk nak tengok baby. Pada saya, ok saja. Tapi kalau takde masalah nak pegi weekdays masa doktor perempuan on duty, boleh je pegi. Saya kalau weekdays nak angkut anak-anak ikut sekali tu susah sikit. Masa doktor nak scan saya, sapa nak tengokkan diorang? Sebab tu pilih pegi weekend. Dan selalu tak ramai orang. Tak perlu tunggu lama.

Tapi, kalau rasa tak selesa, boleh je arrange time pegi weekdays. Doktor ada sepanjang hari.

Doktor-doktor kat sini, setakat yang saya datang memang semua friendly. Servis pun ok.

Kalau untuk scan biasa, sekali consultation RM60. Kalau nak buat detail scan, 3D/4D, kena set appointment. Bayaran tak silap saya dalam RM120.

Kalau pm kat FB page diorang pun, cepat aje reply. Boleh like FB page diorang kat sini:
Klinik Sofia .

Setakat ni, saya check up untuk buat scan baby je. Sebab check up antenatal yang lain (berat badan, urine test semua di KK). Tapi, kalau sesiapa memang nak buat follow up check up pregnancy kat sini pun boleh.

Yelah ada orang tak boleh nak selalu time off atau cuti untuk check up kat KK kerajaan, yang dok sekitar Shah Alam boleh la cuba kat klinik ni.

Lokasi klinik kat Seksyen 23, area Aeon BIG dan Tam's Nasi Ayam. Sebelah Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Untuk lebih info, boleh like FB page Klinik Sofia (klik link di atas).