15.5.15

44 Days: Tamat Akhirnya


Hari ke 45. Alhamdulillah tamat sudah pantang kali ini.

Satu pengalaman yang baru dan mencabar. Berpantang sendiri dan dalam masa yang sama menguruskan keluarga. Kalau tak tahan dugaan ni, memang boleh kemurungan ni.

Saya hanya berpantang 3 minggu sahaja di rumah mak mertua. Selain kesian kat suami nak kena ulang alik selang 3-4 hari (jauh jugaklah Shah Alam-Sepang), saya juga tak mahu menyusahkan mak mertua saya yang juga mengasuh cucu.

Jadi, kami ambil keputusan balik ke rumah lebih awal dan saya teruskan berpantang sendiri selepas meyakinkan suami yang saya boleh buat. Alhamdulillah. Habis juga akhirnya.

Satu perkara yang saya sangat bersyukur sebab luka jahitan tak banyak. Luka pulih dalam seminggu dan saya agak bertenaga nak urus diri, anak dan baby. Kalau dulu, luka jahitan besar. Lama saya berpantang di rumah mak mertua. Beza sungguh pantang dulu dengan sekarang. Dan yang pastinya saya tak tinggal semua vitamin saya.


Ibu berpantang dan menyusu, jangan abaikan pengambilan vitamin selain jaga makan. Keduanya sama penting untuk pastikan kesihatan tip top untuk hasilkan banyak susu dan jaga baby serta urus keluarga.

Serius.

Saya dulu masa anak sorang, hopeless benar rasanya. Terlalu penat. Sedangkan saya di rumah sahaja. Dan masa tu tak aktif berbisnes lagi pun.

Saya tak mahu ulangi lagi dan alhamdulillah keadaan bertambah baik dan dah tentu dengan sokongan suami jugak.

So, dah habis pantang... boleh jalan-jalan! Yeay 

12.4.15

44 Days: Cara Pulihkan Luka Bersalin dengan Cepat


Saya sebetulnya ada lagi rasa trauma kalau fikir luka bersalin masa melahirkan anak pertama. Orang kata, biasa la anak pertama. Kita belum ada pengalaman dan 'jalan' pun belum ada.

Jadi yang kedua ni, berharap sangat luka tak terlalu besar dan cepat baiknya. Alhamdulillah kali ni luka kecil saja dan makin pulih, sekaligus memberi ruang saya untuk sihat bertenaga lebih cepat.

Hampir 2 minggu berpantang, saya dah boleh buat kerja rumah yang ringan-ringan dan mengendalikan baby. Kalau dulu... banyak urusan mak mertua lah yang tolong sebab saya tak boleh bergerak banyak dan nak bergerak pun sakit.

Antara petua nak pulih luka bersalin dengan cepat (untuk episiotomi, bersalin normal bukan pembedahan):

1. Sapu / letakkan ubat kuning atau ubat luka.

Ubat ni disediakan hospital. Pastikan kawasan luka kering dan dicuci dengan air suam. Lepas tu letak ubat pada kapas dan tekapkan pada luka. Atau nak cepat, boleh siram perlahan-lahan (untuk luka yang agak besar).

2. Jangan duduk bersila atau mencangkung di hari-hari awal selepas bersalin.

Keadaan macam ni boleh membuatkan jahitan luka terbuka sebab luka masih baru. Jadi kena duduk bersimpuh dan jalan pun kena kepit-kepit sikit. Dah banyak hari baru boleh bersila bergantung keadaan lah.

3. Tukar pad dengan kerap.

Kalau pad penuh, tukarkan. Kalau lama sangat pakai pad yang dah penuh boleh mengundang kuman sekaligus mempengaruhi tempoh luka nak pulih.

4. Elakkan makanan yang gatal.

Sesetengah ikan boleh menyebabkan gatal. Macam kembung, cencaru dan bawal hitam. Telur pulak dikatakan boleh melambatkan luka pulih. Jadi elak kejap makanan macam ni. Kalau tak kita sendiri tak selesa dan takut masalah lain pulak yang timbul.

5. Minum pati / air gamat, pati ikan haruan.

Saya pernah cuba ambil gamat tapi tak mampu konsisten. Tapi saya pernah juga terbaca yang gamat atau pati ikan haruan sebenarnya kurang membantu dalam memulihkan luka pun dan kurang digalakkan diambil oleh ibu lepas bersalin. Wallahua'lam.

6. Ambil suplemen zink.

Unsur zink dikatakan mampu bantu pulihkan luka dengan cepat. Selain dapat mengurangkan rambut gugur (dilema orang bersalin) dan menguatkan sistem imun ibu lepas bersalin.

Untuk luka biasa, insya Allah seminggu dua lepas bersalin luka mulai pulih.


9.4.15

44 Days: Tukang Urut dan Jururawat Masyarakat


Semalam, masa tengah diurut, nurse datang melawat. Kalau sebelum ni, nurse yang datang yang muda2... tapi semalam yang dah agak senior. Tu pun sorang-sorang dia je. Sebelum ni mesti datang 2 org.

Nak jadi cerita, tukang urut saya kenal rapat pulak dengan nurse tu. Haha. What a small world.

Maka berboraklah mereka. Dengan saya dan mak mertua sekali lah. Meriah tiba-tiba. Haha.

Tapi antara yang best dalam perbualan semalam:

- Bila bawak anak ke klinik, tak payah la nak pakaikan anak dengan baju yang fancy sangat. Nak timbang dan ukur boleh ambik masa lama sebab hegeh2 nak tanggal dan sarung baju anak. Tak masuk yang pakai hair band ke apa lagi tu. Nurse tu kata...menunggu kamu ni dah boleh siap 2 orang baby dah. Hoho. Sentaps. Moral of the story, pakaikan anak baju yang paling senang nak diuruskan. Macam romper ke.

- Saya inform nurse kaki anak macam naik bintik gatal. Dia dengan tak tengok pun terus kata ruam panas tu. Pakai baju nipis2 je. Hehh. Sebelum ni bagitau nurse lain dan2 terus suruh bawak pi klinik. Hoho. Tapi memang bila bawak pi jumpa dokter pun memang ruam panas katanya. Hek. Saya cuma sapu olive oil kat bahagian ruam tu lepas mandi dan pakaikan anak dengan romper atau baju lubang2 bagi dia selesa. Kalau dah besar sikit boleh sapu Herbal Blend.

- Nurse tu bagitau ada patient yang komplen kata apa lama sangat nak kena tunggu giliran jumpa dokter. Kalau kat klinik c*** ni dah balik dah tak payah tunggu lama. Dia sound la kata ni klinik kerajaan memang ramai. Nak cepat tak payah la datang sini. Common sense kot kan. Jangan nak compare klinik gomen dengan private. Klinik gomen free. Jadi bersabar. Kalau jenis yang tak sabar, pi telan B Complex. Bagi lega urat-urat saraf dan bagi bertenang.

- Saya bagitau nurse tu saya check up mengandung di KKIA Seksyen 19. Dia kata kalau klinik kat Shah Alam patient sehari cecah 900 ke 1000 orang! Wah. KK yang dekat rumah MIL saya ni patient dalam 300 ke 400 orang je sehari. KK kat Bangi tu tukang urut saya kata siap extend hours ke malam punya ramai patient. Jadi kita tak payah nak demand sangat la atau komplen macam2. Kalau tak sanggup tunggu, pegi klinik lain.

- Ada yang mengandung 3 minggu dah buka buku merah. Wahh... saya sebolehnya selambat yang boleh nak buka buku merah :P Dia kata budak sekarang kan moden, check mengandung sendiri pakai alat. Belum miss period pun dah check positif. Huhu. Tak pe lah bagus jugak buka buku awal.. apa2 hal boleh pantau dari mula.

Gitu la serba sedikit. Seronok juga lah bersembang. Lama juga la dia kat rumah. Ter'pause' sesi mengurut saya kejap. Hihi.

Nurse walaupun nampak macam takde apa tapi besar fungsi diorang. Penat oo jadi nurse. Kena sabar banyak pulak tu. Orang kadang2 ambik mudah je kat nurse. Tapi kalau yang memang mean tu takleh nak kata apa lah. Tapi mintak dijauhkan laaa. Huhu. So far saya berurusan dengan nurse yang ok baik di klinik baik di hospital. Alhamdulillah.