23.12.14

I Know What You Did in My Womb


Video: Youtube

Few weeks ago, terjumpa video ni. Bila tengok...Subhanallah. Terus whatsapp hasben bagi dia tengok jugak apa anak dia buat dalam tu. Bergenang air mata. Rasa macam tengah communicate dengan anak dalam perut.

(Bukan drama tau).

Video ni bermula dengan bagaimana berjuta-juta sperma berenang menuju ovum (telur). Ok, part ni sampai ke part implantation semua saya dok terbayang Biology notes bab pembiakan. Kiranya dok identify:

Ni la rupanya proses persenyawaan...
Ooo sel-sel ni membahagi cam gini...
Tu blastosista tu...
Hah ni implantation!

Ok. Maafkan graduate Biology dan juga seorang editor Biologi. Haha.

But it's good learning through video :)

Video ni tunjuk detail daripada mula sperma berenang masuk ke salur Fallopio - persenyawaan - bayi membesar dalam perut - melahirkan.

Memang kuasa Allah sangat besar. Insaf juga tengok ni, betapa complicated seorang manusia tu dijadikan di dalam perut manusia lain yang sempit yakni ibunya. Yang mana setiap yang dimakan dikongsi, setiap degup jantung dirasa. Punya dekat mak dengan anak. Sebab tu orang kata perangai dan emosi mak ketika mengandung mempengaruhi anak dalam kandungan, sebab anak sangattt dekat dan sentiasa dengan mak selama 9 bulan.

Part kejadian bayi hingga cukup sifat tu ok lagi, saya masih terbayang nota Biologi saya. Bila masuk part 6 bulan ke atas, dah sempurna sifat, dah mula occupy the space, dah mula ada aktiviti... haa baru saya tau kenapa kadang-kadang saya rasa tersentak-sentak, ngilu kat pusat, perut sekejap terbonjol sekejap berombak-ombak.

Baby dalam perut macam-macam kegiatan dia kalau nak tahu.

Bab tendang-menendang biasa lah. Dia berpusing-pusing. Main tarik-tarik tali pusat. Sekejap kat kanan, sekejap kat kiri...sementara boleh muat. Kadang-kadang tegang sungguh rasa perut - agaknya macam kepingan getah ditarik-tarik slowwwww motion gitu. Ubat terbaik masa ni adalah duduk atau baring dan mengurut perut. Keraih oo rasa perut masa tu.

Bila dah tengok video ni, rasa tak sabar puloak nak jumpa dia. Tapi ada masa taknak dia keluar supaya dia selalu dengan kita (ni drama sikit).

Mak-mak, jagalah kesihatan. Pantang makan sikit tak apa. Kot teringin sangat, makan tapi jangan berlebih. Jangan tinggalkan vitamin. Anak kita bergantung pada kita.

Berapa banyak kita taknak makan, culas ambil vitamin - cuba fikir anak. Mak memang kena kuat.

Dengan muntah, loya, pening, sakit-sakit badan, bengkak sana-sini, tulah part and parcel of being a mom.

Usahakan jadi ibu mengandung yang sihat dan bertenaga (saya juga berusaha mengekalkannya kini). 40% je kot vitamin tu semua bantu, selebihnya mindset kita sendiri sama ada pilih nak jadi sihat atau tidak.

Saya tahu keadaan semua ibu tak sama, tapi saya pasti setiap keadaan itu ada cara mengatasinya. Allah Maha Kaya - Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Ok jangan sedih-sedih sangat. Enjoy this video. Hayati kebesaran Allah. There are life in our womb!


My favourite video. Selalu ulang tengok ni kalau rasa rindu nak tengok apa anak buat dalam perut.


16.12.14

4 Sebab Kenapa Vitamin E dan C Sangat Perlu Diambil Bersama




Kita tahu vitamin E dan C perlu untuk kulit cantik (atau untuk kesihatan kulit). Tapi, kenapa vitamin E dan C?

Antara sebabnya, yang saya baca di Livestrong.com:

1. Kedua-dua vitamin meningkatkan fungsi tisu badan. 

Vitamin C bantu dalam komunikasi di otak manakala vitamin E bantu kawal pengecutan salur darah. Tapi, yang lebih penting, kedua-dua vitamin ini bekerjasama dengan baik kerana mempunyai persamaan dan saling melengkapi peranan masing-masing dalam memastikan tubuh kita kekal sihat.

2. Vitamin E dan C berkolaborasi sebagai antioksidan. 

Apakah fungsi antioksidan? Untuk bantu kurangkan kerosakan pada sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Sel yang rosak menghalang sel tersebut berfungsi dengan optimum yang mana lama kelamaan boleh menyebabkan kematian sel. Vitamin E berupaya bertindak sebagai antioksidan dan mengalami regenerasi hanya selepas pulih daripada kerosakan akibat radikal bebas sebelum dapat berfungsi dengan baik semula. Maka vitamin C dalam sel akan mengembalikan fungsi antioksidan itu seterusnya terus menghalang kerosakan pada tisu badan.

3. Kebaikan berganda untuk kulit. 

Kedua-dua vitamin melindungi sel kulit daripada sinar matahari kerana kedua-duanya meneutralkan radikal bebas yang terhasil semasa kulit terdedah kepada sinar matahari. Ada kajian mengatakan kombinasi kedua-dua vitamin menghalang kulit yang terdedah kepada sinar matahari dengan lebih baik berbanding vitamin C atau E sahaja. Rupanya kedua-duanya sama-sama mengekalkan kolagen yang sihat (kolagen adalah penting untuk kekuatan kulit). VitaminC bantu hasilkan kolagen yang diperlukan oleh kulit sihat dan vitamin E diperlukan untuk mengekalkan pindah silang yang sempurna antara serabut kolagen.




4. Meningkatkan sistem imun.

Bantu menghalang penyakit berjangkit. Peranan vitamin C bukan sahaja pada kulit tetapi juga untuk kekalkan keimunan. Bantu menggalakkan pertumbuhan sel imun; dan vitamin C dan E kedua-duanya mengawal fungsi sel imun tersebut. Vitamin C merangsang pembebasan interferon (bahan kimia dengan ciri antiviral) manakala vitamin E mengekalkan sistem imun yang sihat semakin kita lanjut usia.


Nampak tak keberkesanan pada tubuh kita bila vitamin C dan E diambil bersama? Sebab mereka saling melengkapi peranan masing-masing. Salah satunya tak boleh berfungsi dengan maksimum tanpa kehadiran yang satu lagi. Complement each other gitu.


Untuk lebih kebaikan, tambah kolagen. Memang kulit cantik menjelang tahun baru jika diamalkan dengan konsisten.





2.12.14

Suplemen untuk Ibu Menyusu: Perlu Atau Tidak?

Terpulang pada individu. Keadaan kesihatan dan gaya hidup.

Kalau mampu makan mengikut diet seimbang, dan istiqamah begitu - alhamdulillah. Itu yang sebaik-baiknya. Makan daripada sumber yang kurang tercemar atau lebih baik, organik. Maklumlah sekarang banyak makanan dah makin kurang zatnya, akibat memenuhi permintaan yang terlalu tinggi, jadi pelbagai proses dilakukan untuk memastikan bekalan sentiasa ada, yang mana kadangkala memusnahkan kandungan zat dalam makanan itu sendiri. Tak masuk lagi bab racun perosak atau yang sewaktu dengannya. Sebab itu disarankan makan makanan yang berunsur organik. Lebih sihat, cuma mahal sikit sebab kualiti berbeza, kan.

Satu lagi, kenali gaya hidup kita. Jika rutin harian kita membuatkan kita selalu skip makanan atau mengamalkan cara pemakanan yang tidak teratur masanya, boleh juga mempengaruhi kesihatan. Atau seringkali makan makanan yang kurang menyihatkan. Dalam kuantiti berlebihan pula. Kesannya tak nampak sekarang, tapi masa akan datang. Boleh menyerang dalam diam tanpa kita sedar. Makan tu boleh, tapi tak boleh berlebihan. Kalau dah terlebih tu, kenalah kurangkan atau nyahkan. Tak elok simpan dalam badan lama-lama. Toksik.

Sama juga bagi ibu menyusu. Sebenarnya tak ada pun makanan spesifik yang mampu menghasilkan banyak susu. Bergantung kepada tubuh ibu itu sendiri sama ada serasi atau tidak. Dan yang paling penting dalam menghasilkan susu badan yang banyak adalah kena stress free atau kena HAPPY. Bila happy, susu akan terhasil lebih banyak, insya Allah. Saya pernah melalui keadaan begini dan saya pun terkejut juga. Tapi memberi pengajaran pada saya bahawa emosi dan nutrisi ibu paling penting dalam memastikan susu badan terhasil dengan jayanya, di samping konsep suppy and demand. Kalau tidak, tak berhasil juga.



Syukur. Syukur banyak-banyak ye ibu yang susu badan banyak tanpa perlu bantuan apa-apa makanan. Alhamdulillah. Itu yang terbaik. Maksudnya ibu happy, makan cukup dan seimbang, cukup rehat, tiada penyakit yang boleh mengganggu proses penyusuan.

Tapi... ada ibu yang tidak dikurniakan nikmat begitu oleh Allah. Rezeki masing-masing, kan. Fitrah kerja yang menuntut komitmen tinggi, emosi terganggu, makan tak menentu atau masalah-masalah penyusuan yang lain (tapi bukan sengaja tak mahu menyusu ya). Bayangkan betapa ibu begini terpaksa pastikan anak cukup susu walau apa sekalipun. Dan jalannya dengan berikhtiar menambahkan zat dalam badan dan mengawal emosi supaya tenang dan happy - untuk teruskan penyusuan. Di sinilah bermulanya pencarian alternatif untuk tingkatkan susu.

Sebelum mencuba apa-apa, fikirkan ini - produk tersebut bukan untuk tambahkan susu, tetapi bantu ibu lebih sihat maka susu akan lebih banyak terhasil. Badan yang sihat dan cukup zat yang mampu tingkatkan susu badan. Bukan sebab produk tersebut. Ia hanya membantu ibu mendapat zat yang cukup dan lengkap supaya susu badan mampu dihasilkan mengikut keperluan anak.

2 tahun. Ada yang rasa sekejap, ada yang rasa lama. Dan sepanjang tempoh itu, ibu perlu sangat tabah dan kuat. Tuntutan ibu menyusu yang bekerjaya juga amat besar. Tapi, ramai yang mampu melaluinya dan berjaya. Mohon Allah mudahkan proses ini - untuk kelangsungan anak sepanjang hidupnya. Banyak pahala ibu. Banyak juga pahala ayah yang bantu dan sokong ibu tadi. Semoga anak tu nanti dah besar, tak lupa mendoakan ibu ayahnya.

Memang tak dapat tidak, mesti nak bandingkan diri dengan orang lain bukan. Susu dia banyak tanpa makan apa-apa makanan tambahan pun. Si dia ni, makan macam-macam tapi susu tak cukup juga. Di situ pun boleh stres. Bila stres, lagi lah susu kurang :(

Kurangkan membanding. Keadaan kesihatan atau tubuh setiap orang tidak sama. Keperluan anak masing-masing juga tak sama. Susu dia banyak, rezeki Allah pada dia. Alhamdulillah. Rezeki kita mungkin berbeza. Tapi jangan sampai kita putus asa. Allah Maha Kuasa.

Saya pernah rasa keadaan yang mana tanpa dan dengan makanan tambahan, susu badan bertambah; juga keadaan yang mana ambil makanan tambahan tetapi tetap merudum. Bukan salah makanan tambahan, salah sendiri. Emosi tak terkawal, makan tak jaga, makan makanan tambahan tak konsisten. Jadi, bukan salah apa atau siapa - diri sendiri. Itu hanya MEMBANTU melancarkan proses sahaja.

Jika anda mampu ada susu badan yang banyak tanpa ambil makanan tambahan, alhamdulillah. Jangan pandang serong ibu yang ambil makanan tambahan untuk tujuan itu. Kita tak tahu keadaan kesihatan dia atau kita di masa akan datang (bukan minta jadi masalah). Cuma masing-masing tetap kena bersyukur masih ada niat nak teruskan penyusuan.

Walau apapun kaedah yang anda pilih, semuanya untuk kebaikan anak, kan. Tahniah untuk semua ibu yang menyusu!

Saya suka berkongsi pengalaman penyusuan. Sebab saya akan dapat pelbagai pengalaman yang berbeza.