16.12.14

4 Sebab Kenapa Vitamin E dan C Sangat Perlu Diambil Bersama




Kita tahu vitamin E dan C perlu untuk kulit cantik (atau untuk kesihatan kulit). Tapi, kenapa vitamin E dan C?

Antara sebabnya, yang saya baca di Livestrong.com:

1. Kedua-dua vitamin meningkatkan fungsi tisu badan. 

Vitamin C bantu dalam komunikasi di otak manakala vitamin E bantu kawal pengecutan salur darah. Tapi, yang lebih penting, kedua-dua vitamin ini bekerjasama dengan baik kerana mempunyai persamaan dan saling melengkapi peranan masing-masing dalam memastikan tubuh kita kekal sihat.

2. Vitamin E dan C berkolaborasi sebagai antioksidan. 

Apakah fungsi antioksidan? Untuk bantu kurangkan kerosakan pada sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Sel yang rosak menghalang sel tersebut berfungsi dengan optimum yang mana lama kelamaan boleh menyebabkan kematian sel. Vitamin E berupaya bertindak sebagai antioksidan dan mengalami regenerasi hanya selepas pulih daripada kerosakan akibat radikal bebas sebelum dapat berfungsi dengan baik semula. Maka vitamin C dalam sel akan mengembalikan fungsi antioksidan itu seterusnya terus menghalang kerosakan pada tisu badan.

3. Kebaikan berganda untuk kulit. 

Kedua-dua vitamin melindungi sel kulit daripada sinar matahari kerana kedua-duanya meneutralkan radikal bebas yang terhasil semasa kulit terdedah kepada sinar matahari. Ada kajian mengatakan kombinasi kedua-dua vitamin menghalang kulit yang terdedah kepada sinar matahari dengan lebih baik berbanding vitamin C atau E sahaja. Rupanya kedua-duanya sama-sama mengekalkan kolagen yang sihat (kolagen adalah penting untuk kekuatan kulit). VitaminC bantu hasilkan kolagen yang diperlukan oleh kulit sihat dan vitamin E diperlukan untuk mengekalkan pindah silang yang sempurna antara serabut kolagen.




4. Meningkatkan sistem imun.

Bantu menghalang penyakit berjangkit. Peranan vitamin C bukan sahaja pada kulit tetapi juga untuk kekalkan keimunan. Bantu menggalakkan pertumbuhan sel imun; dan vitamin C dan E kedua-duanya mengawal fungsi sel imun tersebut. Vitamin C merangsang pembebasan interferon (bahan kimia dengan ciri antiviral) manakala vitamin E mengekalkan sistem imun yang sihat semakin kita lanjut usia.


Nampak tak keberkesanan pada tubuh kita bila vitamin C dan E diambil bersama? Sebab mereka saling melengkapi peranan masing-masing. Salah satunya tak boleh berfungsi dengan maksimum tanpa kehadiran yang satu lagi. Complement each other gitu.


Untuk lebih kebaikan, tambah kolagen. Memang kulit cantik menjelang tahun baru jika diamalkan dengan konsisten.





2.12.14

Suplemen untuk Ibu Menyusu: Perlu Atau Tidak?

Terpulang pada individu. Keadaan kesihatan dan gaya hidup.

Kalau mampu makan mengikut diet seimbang, dan istiqamah begitu - alhamdulillah. Itu yang sebaik-baiknya. Makan daripada sumber yang kurang tercemar atau lebih baik, organik. Maklumlah sekarang banyak makanan dah makin kurang zatnya, akibat memenuhi permintaan yang terlalu tinggi, jadi pelbagai proses dilakukan untuk memastikan bekalan sentiasa ada, yang mana kadangkala memusnahkan kandungan zat dalam makanan itu sendiri. Tak masuk lagi bab racun perosak atau yang sewaktu dengannya. Sebab itu disarankan makan makanan yang berunsur organik. Lebih sihat, cuma mahal sikit sebab kualiti berbeza, kan.

Satu lagi, kenali gaya hidup kita. Jika rutin harian kita membuatkan kita selalu skip makanan atau mengamalkan cara pemakanan yang tidak teratur masanya, boleh juga mempengaruhi kesihatan. Atau seringkali makan makanan yang kurang menyihatkan. Dalam kuantiti berlebihan pula. Kesannya tak nampak sekarang, tapi masa akan datang. Boleh menyerang dalam diam tanpa kita sedar. Makan tu boleh, tapi tak boleh berlebihan. Kalau dah terlebih tu, kenalah kurangkan atau nyahkan. Tak elok simpan dalam badan lama-lama. Toksik.

Sama juga bagi ibu menyusu. Sebenarnya tak ada pun makanan spesifik yang mampu menghasilkan banyak susu. Bergantung kepada tubuh ibu itu sendiri sama ada serasi atau tidak. Dan yang paling penting dalam menghasilkan susu badan yang banyak adalah kena stress free atau kena HAPPY. Bila happy, susu akan terhasil lebih banyak, insya Allah. Saya pernah melalui keadaan begini dan saya pun terkejut juga. Tapi memberi pengajaran pada saya bahawa emosi dan nutrisi ibu paling penting dalam memastikan susu badan terhasil dengan jayanya, di samping konsep suppy and demand. Kalau tidak, tak berhasil juga.



Syukur. Syukur banyak-banyak ye ibu yang susu badan banyak tanpa perlu bantuan apa-apa makanan. Alhamdulillah. Itu yang terbaik. Maksudnya ibu happy, makan cukup dan seimbang, cukup rehat, tiada penyakit yang boleh mengganggu proses penyusuan.

Tapi... ada ibu yang tidak dikurniakan nikmat begitu oleh Allah. Rezeki masing-masing, kan. Fitrah kerja yang menuntut komitmen tinggi, emosi terganggu, makan tak menentu atau masalah-masalah penyusuan yang lain (tapi bukan sengaja tak mahu menyusu ya). Bayangkan betapa ibu begini terpaksa pastikan anak cukup susu walau apa sekalipun. Dan jalannya dengan berikhtiar menambahkan zat dalam badan dan mengawal emosi supaya tenang dan happy - untuk teruskan penyusuan. Di sinilah bermulanya pencarian alternatif untuk tingkatkan susu.

Sebelum mencuba apa-apa, fikirkan ini - produk tersebut bukan untuk tambahkan susu, tetapi bantu ibu lebih sihat maka susu akan lebih banyak terhasil. Badan yang sihat dan cukup zat yang mampu tingkatkan susu badan. Bukan sebab produk tersebut. Ia hanya membantu ibu mendapat zat yang cukup dan lengkap supaya susu badan mampu dihasilkan mengikut keperluan anak.

2 tahun. Ada yang rasa sekejap, ada yang rasa lama. Dan sepanjang tempoh itu, ibu perlu sangat tabah dan kuat. Tuntutan ibu menyusu yang bekerjaya juga amat besar. Tapi, ramai yang mampu melaluinya dan berjaya. Mohon Allah mudahkan proses ini - untuk kelangsungan anak sepanjang hidupnya. Banyak pahala ibu. Banyak juga pahala ayah yang bantu dan sokong ibu tadi. Semoga anak tu nanti dah besar, tak lupa mendoakan ibu ayahnya.

Memang tak dapat tidak, mesti nak bandingkan diri dengan orang lain bukan. Susu dia banyak tanpa makan apa-apa makanan tambahan pun. Si dia ni, makan macam-macam tapi susu tak cukup juga. Di situ pun boleh stres. Bila stres, lagi lah susu kurang :(

Kurangkan membanding. Keadaan kesihatan atau tubuh setiap orang tidak sama. Keperluan anak masing-masing juga tak sama. Susu dia banyak, rezeki Allah pada dia. Alhamdulillah. Rezeki kita mungkin berbeza. Tapi jangan sampai kita putus asa. Allah Maha Kuasa.

Saya pernah rasa keadaan yang mana tanpa dan dengan makanan tambahan, susu badan bertambah; juga keadaan yang mana ambil makanan tambahan tetapi tetap merudum. Bukan salah makanan tambahan, salah sendiri. Emosi tak terkawal, makan tak jaga, makan makanan tambahan tak konsisten. Jadi, bukan salah apa atau siapa - diri sendiri. Itu hanya MEMBANTU melancarkan proses sahaja.

Jika anda mampu ada susu badan yang banyak tanpa ambil makanan tambahan, alhamdulillah. Jangan pandang serong ibu yang ambil makanan tambahan untuk tujuan itu. Kita tak tahu keadaan kesihatan dia atau kita di masa akan datang (bukan minta jadi masalah). Cuma masing-masing tetap kena bersyukur masih ada niat nak teruskan penyusuan.

Walau apapun kaedah yang anda pilih, semuanya untuk kebaikan anak, kan. Tahniah untuk semua ibu yang menyusu!

Saya suka berkongsi pengalaman penyusuan. Sebab saya akan dapat pelbagai pengalaman yang berbeza.



27.11.14

Pengalaman Saya dengan Darah Tinggi

Semasa mengandungkan sulung, saya memang ada darah tinggi. Masa mula-mula check up terkejut dokter dan nurse sampai beberapa kali ulang ambik BP.

Masa tu agaknya dengan nervous lagi, memang tinggi lah.

Dan bermula la episod saya ulang alik ke klinik dan rekod BP setiap 2 minggu. Sampai beli sendiri lah Blood Pressure Monitor. Takkan tiap-tiap kali nak kena pi klinik... dah tu kena caj pulak. Terpaksa melabur sikit. Tapi sangat berbaloi sebab satu keluarga boleh guna.

Bagi yang tak tahu, bacaan normal tekanan darah adalah 120/80. Kalau kurang daripada tu, tekanan darah rendah, kalau lebih tekanan darah tinggi lah (atau hipertensi). Untuk ibu mengandung, memang dokter akan pantau rapat sebab boleh beri kesan pada ibu dan baby. Kesan yang macamana, saya kongsikan lain kali.

Dulu macam-macam petua juga ikut untuk kurangkan darah tinggi ni, mula-mula memang susah. Sebab kita dah terbiasa dengan tabiat makan kita yanh tak sihat tu. Sangat kritikal kawal kandungan garam dalam diet dan juga penting untuk kawal stres. Bila stres tu yang darah naik!

Saya memang perasan saya selalu pening dan banyak berfikir. Kadang-kadang tak pandai nak kawal emosi tu yang serabut jadinya. Dan tak tahu ada sesetengah makanan yang kita makan rupanya tinggi garam tapi kita tak sedar.

Dulu saya belum sampai tahap kena ambik ubat darah tinggi masa mengandung, cuma diet control. Mengandung kali ni, alhamdulillah bebas darah tinggi

Jaga-jaga dengan pengambilan makanan berikut (yang tinggi garam):
1. Kicap, sos tiram
2. Serbuk perasa / kiub pati
3. Jeruk
4. Jajan
5. Kerepek dan keropok
6. Ikan kering / masin (dah tentu lah)
7. Makanan segera
8. Makanan diproses (dalam tin, sejuk beku)

Kalau masak pun, kurangkan garam. Lebih baik tukar ke garam bukit.

Bagi saya memang sangat berbeza mengandung kali ini berbanding dahulu. Dah ada pengalaman sikit, agaknya ya. Satu lagi saya memang dah mula ambil B Complex masa mula merancang nak mengandung, jadi selain membekalkan asid folik, boleh mengawal stres dan membuatkan saya lebih tenang. Bangun pagi pun dah kurang rasa pening. Alhamdulillah.