7.11.14

10 Kebaikan Asid Lemak Omega 3


10 Kebaikan Asid Lemak Omega 3

♧ Meningkatkan kesihatan arteri jantung - kurangkan penghasilan plak dan darah beku dalam arteri.
♧ Mengurangkan paras kolesterol.
♧ Meningkatkan kesihatan sendi - mengurangkan masalah yang berkaitan dengan arthritis dan osteoarthritis.
♧ Meningkatkan kesihatan tulang - mengurangkan berlakunya 'bone loss'.
♧ Memperbaik kesihatan mental - individu yang kekurangan omega 3 berpotensi menghidapi kemurungan, skizofrenia, masalah pemakanan dan ADHD.
♧ Membaiki kesihatan kulit seperti akne dan psoriasis.
♧ Membantu kesihatan usus - mengurangkan keradangan usus.
♧ Meningkatkan kesihatan peparu - mengurangkan asma.
♧ Membantu kesihatan sewaktu haid - mengurangkan kesakitan semasa PMS dan ketika haid.
♧ Membantu mencegah kanser usus, payudara dan prostat yang dikorelasikan dengan kekurangan pengambilan omega 3.

Dengan banyaknya kebaikan omega 3 ini dalam mempengaruhi kesihatan kita, tidak dapat tidak kita perlu mengambil inisiatif memasukkan sumber makanan yang kaya omega 3 dalam menu harian kita.

Contoh makanan yang mengandungi omega 3 : ikan salmon, sardin, makerel. Sumber daripada tumbuhan antaranya minyak kacang soya, biji labu dan walnut.

Atau boleh mengambil suplemen minyak ikan yang telah disahkan bebas logam berat tercemar seperti merkuri.


6.11.14

Makanan Tambahan Penting untuk Ibu Mengandung

Teks: Zaila Hafni

Lain rasanya kali ini. Segalanya berbeza. Cabaran pun berbeza. Betul orang kata, pengalaman mengandung bahkan melahirkan setiap anak semua lain-lain.

Untuk kali kedua ini, alhamdulillah saya rasa lebih sihat dan bertenang berbanding dulu. Jika dulunya, saya ada diabetes dan darah tinggi, kali ni nampaknya darah tinggi terkawal (normal) dan diabetes masih tunggu keputusan ujian minum air gula MGTT. Harap2 tidaklah kali ini. Serik sebenarnya nak kena ulang alik klinik dan stres kita jadinya memikir macamana nak kawal gula dalam darah.

Dalam hati saya, dan instinct saya sendiri, saya merasakan saya bebas kedua-duanya kali ini. Semoga betul lah apa yang saya fikirkan..

Saya sebenarnya memang mengawal pengambilan gula dan garam dalam menu harian saya bila saya dan suami sudah bersedia untuk anak seterusnya. Disebabkan pengalaman lepas, saya memang berhati-hati sikit. Lama-lama saya dah terbiasa. Garam masakan saya tukar ke garam bukit (setahu saya garam bukit lebih baik) dan mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman tambah lagi gula putih. Kalau guna pun kuantiti sedikit sahaja. Lidah saya pun dah imun dan dan biasa minum tawar. Kalau bancuh air pun dah biasa tak tambah gula atau letak sedikit saja.

Dan satu lagi tabiat yang saya tambah dalam amalan pemakanan saya, saya mula ambil makanan tambahan. Kalau sebelum ni, saya cuba untuk makan secara biasa tanpa makanan tambahan, tapi selalu tak memadai. Saya tak mampu nak cukupkan keperluan zat yanh harus saya ambil sehari-hari. Natijahnya saya sentiasa lemah dan letih. Mudah sakit badan. Jadi, sejak menyusu anak hingga ke hari ini, saya masukkan makanan tambahan dalam rutin harian saya. Selain untuk kekal bertenaga dan sihat untuk menyusu, juga mampu untuk urus hal rumah tangga dan jadi lebih sihat sewaktu mengandung.

Dengan kerja rumah yang tidak pernah berhenti, tugasan di pejabat dan hal suami dan anak, serta anak yang dalam perut, saya perlu pastikan saya berada dalam tahap kesihatan yang baik. Alhamdulillah dengan adanya bantuan Vitalea, Ostematrix, B Complex, ESP dan Vitamin C, saya kurang sakit pinggang dan lenguh badan, kurang pening dan loya.

Semoga kandungan ini baik-baik sahaja hingga saat melahirkan. Kita berusaha, Allah jua yang menentukan.

Zaila Hafni
ID 1105265
019 460 3094
Shaklee Distributor & Business Advisor

31.10.14

It's Closing Day!

Saya tak pernah teruja begini pada closing day. Tapi sememangnya Oktober sangat baik hati dengan saya.

Di saat-saat tiba ke penghujung, masih ada rezeki rupanya. Dan deal hanya mengambil masa 5 minit! Alhamdulillah sangat.

Bersyukur dengan sedikit, dan gandakan usaha lagi.

Rangka strategi baru untuk November.

Jom mula bisnes dengan saya. Hubungi saya untuk belajar caranya.

Zaila Hafni 1105265
019-460 3094
Your Shaklee product and business advisor