Skip to main content

Posts

Untungnya Shopping di Pasar Tani Pagi

Minggu lepas pi pasar tani pagi. Aduhai rambang sungguh mata. Ayam, daging, ikan, seafood - semua fresh berkilauan gitu ha. Hehe Sayur pun menimbun 3 ikat RM5. Tak masuk buah-buahan tempatan lagi. Yang jual anak-anak pokok (yang ni hasben akak suka). Blaus RM15. Aduhhhhh Nasi lemak. Nasi dagang. Nasi kerabu. Kuih muih. Antara pasar pagi yang kami pernah pegi - Stadium Shah Alam, Pekan Salak, Puchong semua best! Untung ada hari dapat beli murah banyakkkk. Cuma kena tahan dengan nak cari parking dan ramainya umat manusia. Yang penting nak mudah pegi seawal pagi. Akak biasa keluar around 7.30 gitu. If dah 8 ke 9 tu memang crowded la. Tak sesuwei ngan kitorang 5 beranak ni ha huhu. Lagipun awal-awal orang baru start niaga. Takde la risau barang dah habis. Hehe Oklah. Akak nak pi pasar tani ni. Babaiii Gambo hasil tangkapan di pasar pagi minggu lepas. Syoknya banyak sayoqqqq.

Simptom Anak Bengkak Tonsil (Tonsillitis)

Sejak semalam, badan anak panas-panas. Aih demam pulak budak ni. Tapi abang dengan adik dia ok. Bibir kering sampai bengkak sikit, mata pun kuyu je macam sembab pun ada, nafas dan mulut dia berbau. Ni macam sakit tekak - tonsil bengkak ni. Panas pun kat leher dengan kepala je. Kaki tak panas. Malam, dua tiga kali bangun nangis-nangis. Gamaknya ada mukus tersangkut kat ruang antara hidung dengan mulut. Hidung tersumbat. Nak bernafas biasa tak boleh, bernafas kot mulut. Minum air pun sikit-sikit saja. Makan tu makan tapi ada yang muntah. Rupanya tak selesa nak menelan. Huhu kesian anak ummi. Nak baring pun atas riba ummi, nak berdukung dengan abah. Jadinya pagi ini bawak dia ke klinik. Dokter check tekak, muka dokter lain macam. Ya Allah puan, besarnya tonsil dia bengkak ni. Sikittt aje ruang untuk telan... Aduhai anak, cemana la hang makan biskut pagi tadi dengan tekak camni... huhu mesti sakit. Yang ummi pun tak teringat nak bagi bubur, padahal ada je tadi. Haih. Dokter kata...

Pengalaman Pertama Anak Ke Tadika

Akhirnya akak juga dah tergolong dalam golongan mak-mak yang dok kalut dengan anak sekolah. Hehe Rutin harian dah berubah sikit dan dalam 2 hari ni nampaknya so far so good lah. Anak akak start tadika lambat sehari daripada tarikh start sekolah. Lepas tu dia sesi petang pulak, punya lama rasa tunggu dia nak start tu. Sepupu dia dah 2 kali kelas baru dia start. Hahaha. Sepupu dia kat Tadika Kemas. So far alhamdulillah la sebab tengok dia happy nak pi tadika. In fact dia excited sebab tengok gambaq sepupu dia kat tadika, gambaq anak-anak kawan akak yang dah pi tadika macam best, jadi dia agak tak menyabar juga nak rasa pengalaman macam tu. First day dia kitorang semua gi hantar. Mula-mula tu dia dok risau jugak kena tinggal tapi lepas dah masuk kelas semua dah ok. Siap tak mau balik pulak tu! Kelas dia start 2.30 pm. Rehat 4.00 pm. Sambung balik 4.30 pm. Balik 5.30 pm. Semalam lepas abah dia ambik, kepenatan sungguh muka. Hehe main banyak masa rehat tu rasanya. Bekal akak bagi di...

Azam Baru Ke Tu?

Apa ada dengan azam baru kalau azam lama tak tercapai? Kehkeh. Mengata diri sendiri kau kan. Ngeee. Biarlah azam yang tak tercapai kita forward dan cuba lagi tahun ini. Yang dah tercapai, alhamdulillah semoga lebih baik. Akak? Ada jugaklah buat azam tapi akak tak suka share. Kikiki. Dan pada akak sebenarnya tak payah tunggu setiap kali tukar tahun untuk nak ada azam. Boleh je start bebila. Ini satgi tahun baru kemain kau beriya, semangat bagai. Lepas tu terbengkalai dah azam tu ha. Siapa lagi yang dok azam kurus sejak 2013 tapi tak kurus jugak? Hahaha 5 tahun dah oiii. Kihkihkih jangan marah haaa *Gambar hiasan*

Zizie Ezette Dapat Twin!

Imej: Instagram Zizie Ezette December babies! Baru tengok Fizo update Mawar dah selamat bersalin, Zizie Ezette pun menyusul dengan twin! Sheikh Muszaphar-Dr Halina pun baru dapat twin hari tu. Wahh meriah! Tengok mak-mak selebriti post-bersalin ni, lawa kemain. Akak dulu rasanya kemain selebet. Kahkahkah Penat meneran tak habis lagi kau. Apapun tumpang happy dengan mereka yang dapat baby baru tahun ni dan tahun depan. Rezeki :)

Sambut Hari Jadi Anak

Semalam, meraikan birthday anak sedara dan anak-anak akak sekali, kat rumah mak. Aunties diorang la ni yang arrange, kita follow je. Hehe Biasa, sambut birthday cara kami sederhana saja tapi yang penting semua dapat berkumpul sekali dan makan sama-sama. Selalu buat di rumah aje sebab dengan ada anak-anak kecik ni masing-masing lebih selesa. Kalau masa akak kecik dulu, mak akan masak laksa dan jemput kawan-kawan mai rumah. Itu sajalah sambutannya. Jamu orang makan. Hehe Semalam kami berstimbot. Senang dan sedap makan ramai-ramai. Abah mentua belikan durian. Adik ipar belikan kek birthday. Adik ipar sorang lagi belikan bahan-bahan stimbot. Abang ipar belikan KFC. Birthday semalam meraikan 3 orang - anak sedara sorang dan anak akak 2 orang. Maka syoklah anak-anak dapat hadiah. Dapat beg sekolah dengan kaler, pencil case. Dapat baju baru. Alhamdulillah alhamdulillah. Kita sebenarnya bukanlah nak sambut birthday tu yang utama. Keutamaannya kumpul adik-beradik, anak-anak jumpa sepupu...

Sumbangan Pembinaan Bangunan Sekolah Menengah Islam Puchong

Foto: FB Sekolah Menengah Islam Puchong (Official) Ini adalah entri rayuan sumbangan ikhlas untuk pembinaan bangunan Sekolah Menengah Islam Puchong yang kini masih lagi di peringkat awal. SMIP beralamat di Jalan Jurutera, Kg Seri Aman, Puchong, Selangor. Jika ingin menyumbang, boleh salurkan kepada salah satu akaun bank di bawah. ================================= TERKINI!! Sekitar perkembangan Projek Pembinaan Bangunan Baru SMIP. 18 Disember 2017 Rayuan Sumbangan Ikhlas ke akaun: Bank Islam : 1206 5010 0443 60 Sekolah Menengah Islam Puchong Maybank : 5627 7721 1141 SMIP AL QAMAR RESOURCES " Teruskan menyumbang.. Semoga Allah memberkati para penyumbang & penderma sekalian " Terima kasih. **Sekolah ni dah siap dah pembinaannya dan pelajar dapat belajar dengan selesa. Kalau nak hantar anak belajar di sini, sangat dialu-alukan.