Skip to main content

Posts

Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz

Lebih 24 jam dah kebakaran paling memilukan, menyayat hati dan meruntun jiwa semua rakyat Malaysia berlaku. Dok terbayang lagi api besar marak membakar masa azan Subuh semalam, ada jugak la akak tengok video. Tapi mujur takde video atau gambar yang bukan-bukan melintas kat wall FB akak. Pagi ni pulak terbaca pasal tong gas kuning yang tetiba ada di depan pintu asrama tu. Kemungkinan ada unsur khianat. Lagilah sedih. Akak tak pandai nak komen nak kata ni tanggungjawab pihak mana. Baca di FB macam-macam version keluar. Apapun akak doakan segala urusan pengecaman DNA dan pengebumian nanti dipermudahkan. Kalau betul ada unsur khianat, semoga Allah beri keadilan. Al fatihah.

Khairul Hafiz Jantan dan Abang Photographer Baju Hijau

Teks: Zaila Hafni Terhibur sangat akak dengan abang photographer baju hijau yang bersungguh-sungguh nak snap the best moment si Raja Pecut Asia - Khairul Hafiz Jantan (KHJ). Photog Bernama yang nama Iskandar tu memang beria sungguh lari sampai satu part yang dia lari lagi laju dari KHJ sebab nak ambik gambar jadi part yang paling lawak dan suwit gitu ha. Kesian betui si photog bila dok suruh si KHJ stop nak ambik gambaq, budak tu dok laa lari ke sana sini dek excited menang. Huhu tak perasan gamaknya kan. Dan berkejar la si photog nya mengikut ke mana dia lari. Memang dedicated habis incik Iskandar ni. Bangga Bernama ada photog cam ni. Dah la nak shoot sports event and athletes bukan senang. Mencabar oo. Depa kena pandai timing, pandai set kamera. Kena reti jugak dengan sport yang depa cover tu. Barulah boleh plan shot yang chantek. Kagum. Memang kagum. Dulu akak selalu layan gambar sport yang superb from talented media photogs kat web fotowarung. Tambah kalau musim sukan, meman...

Pendaftaran Pra Sekolah Tahun 2018

Mulai kemasukan pra sekolah sesi 2018, pendaftaran kena dibuat online. Tahun lepas, register manual ke sekolah terus. Tahun ni kena melalui online. Pendaftaran dibuka bulan April-Mei 2017 hari tu. Mujur akak sempat daftarkan anak. Banyak step gak sebenarnya, tapi kita follow sahajalah kan sebab nak dapatkan tempat bukan senang sebab terhad. Prosesnya macam ni: 1. Daftar online dulu. Biasa open bulan Mac ke April. Tarikh tutup Mei. Pilih sekolah siap-siap. 2. Print borang dan isikan semua detail yang perlu. 3. Sahkan salinan dokumen. Surat beranak dan Mykid anak, IC ibu bapa, slip gaji. 4. Compile semua dan hantar ke sekolah yang kita apply tu sebelum tarikh tutup. 5. Dalam bulan Ogos, dah boleh check status berjaya atau gagal dapat tempat. Biasa satu sekolah hanya ada 1- 3 kelas je yang setiap kelas akan ambik 25 orang saja. 6. Kalau berjaya, pihak sekolah akan hubungi waris untuk tindakan seterusnya. 7. Waris kena print surat penerimaan tawaran dan hantar ke sekolah berkenaa...

Pil Perancang

Teks: Zaila Hafni Pil perancang ni dah biasa diamalkan oleh mak-mak kat Malaysia ni sejak dulu kala. Walaupun ada yang pandang serong kata makan pil perancang ni bagi gemok la, naik selera makan la tapi semua tu depend kat badan masing-masing. Kenapa ambik pil perancang? Untuk merancang keluarga lah, heh. Buat apa nak merancang? Banyak sebab. Selalunya sebab kesihatan. Risiko banyak nak keluarkan satu nyawa ke dunia ni. Kalau sihat walafiat alhamdulillah, beranaklah 2-3 tahun sekali ye meramaikan rakyat. Tapi kalau ada macam-macam masalah kesihatan, kena pertimbangkanlah kaedah perancangan keluarga. Macamana nak start makan pil? Kalau kat klinik kesihatan kerajaan, walk in dan bagitau nurse nak ambik perancang. Nanti nurse akan buka satu buku perancang, sama prosedur macam nak buka buku merah mengandung. Lepas dah buka buku, interview semua, tak semestinya dapat pil sebab nurse dan doktor akan revise dulu tengok condition ibu dan akan cadangkan kaedah mana yang sesuai. Tapi pi...

Nota Syukur 26: Pagi

Teks: Zaila Hafni Syukur masih berupaya bangun pagi dan tengok matahari terbit. Syukur boleh hadapi satu lagi hari baru. Teruskan dengan kerja yang ada, seperti biasa. Lalui rutin harian seperti selalu. Kadang-kadang walaupun terasa jemu dan lelah juga tapi pandai-pandailah tukar  rutin sikit kan. Pagi sekarang, banyaknya mendung saja. Tapi tak hujan. Apa saja cuaca, kita hadapi. Semuanya ada la tu kebaikan dia. Selamat Hari Rabu dan semoga hari ini menjadi hari yang cemerlang untuk semua!

Siapa di Sebalik Acara Pembukaan SEA Games yang Gah

Teks: Zaila Hafni Video: Youtube Semalam baru dapat tahu siapa yang di belakang tabir opening ceremony SEA Games yang superb tu. Saw Teong Hin namanya. Sebelum ni pernah mengarah Puteri Gunung Ledang dan filem Hokkien - You Mean The World To Me. Taknak cakap banyak lah. Layan video ok.

Acara Pembukaan Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017

Imej: Google Balik rumah mak, ada chance tengok opening ceremony SEA Games kat TV9. Hehe rumah akak takde tv, tumpang la tengok kat rumah mak. Pehhhhh satu je nak cakap. KAGUM. Best gile performance semuanya. Cantek, colorful, very the 1Malaysia gitu. Tarian hampir semua etnik yang ada kat Malaysia, dengan effect lampu semua bagai, memang kebaboom. Paling suka part kuda berlari macam belah laut, lepas tu dah jadi laut, kapal berhias pulak yang lalu. Waaahh memang vass sangat idea tu. Yang menyanyi, lagu tema oleh Dayang Nurfaizah, lain-lain yang perform, ada Datuk M. Nasir dan few other singers. Ada acara yang dah mula pun. Malaysia pun dah kumpul few medals dah. Kat area rumah mak akak ni pun akan ada jalan yang akan ditutup minggu depan sebab diguna untuk acara lumba basikal lebuh raya. Area rumah akak takde. Hihi Selamat berjuang kontinjen Malaysia! #bangkitbersama #seagames2017 #kitajuara #risingtogether