Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Nota Syukur 2017

Nota Syukur 26: Pagi

Teks: Zaila Hafni Syukur masih berupaya bangun pagi dan tengok matahari terbit. Syukur boleh hadapi satu lagi hari baru. Teruskan dengan kerja yang ada, seperti biasa. Lalui rutin harian seperti selalu. Kadang-kadang walaupun terasa jemu dan lelah juga tapi pandai-pandailah tukar  rutin sikit kan. Pagi sekarang, banyaknya mendung saja. Tapi tak hujan. Apa saja cuaca, kita hadapi. Semuanya ada la tu kebaikan dia. Selamat Hari Rabu dan semoga hari ini menjadi hari yang cemerlang untuk semua!

Not Syukur 25: Beseday

Teks: Zaila Hafni Imej: Google Aman jugak bila off birthday anouncement kat FB. So far hanya hasben, anak-anak, bff dan adik beradik yang wish. Haaa nampak tak kalau takde FB bgtau, takde sapa pun ingat beseday kau! Kahkah. Akak is okey. And memang akak pilih untuk hidup aman di wall FB tahun ini. Bila dah menginjak mid 30s ni, kita mahu hidup yang tak serabut dan lebih tenang walaupun hakikatnya macam nak pecah kepala nak setel problem. Tapi apapun syukur selagi Allah bagi kesihatan yang baik pada diri sendiri dan keluarga. Masih boleh buat kerja dan cari rezeki serta membayar segala hutang yang ada. Adoih. Ni tengah mengadap kerja editing yang nak kena submit esok ni. Jenoh oi. Demi secangkir rezeki, kutabahkan dan kugagahkan juaaaaa. Hepi beseday to me. I am fun, i am beautiful, i am happy, i am me. Ahh lantak la kalau salah lirik pun khennn. Hahahaha Semoga dilimpahi rezeki, bertambah amal ibadat, bermanfaat kepada orang lain, jadi ummi penyabar dan penyayang, jadi isteri ...

Nota Syukur 24: Ikan Gelama Masin

Teks: Zaila Hafni Foto: Pirate & Fish Tengah hari tadi, lapaq dah mengkala kata hadam habih dah kot kuetiau goreng sarapan tadi. Nasi, hasben dah siap masak pagi tadi. Yaaa hasben akak yang masak, mithali kan beliau. Eh. Biasalah sesekali dia take over dapur. Pandai je dia buat apa yang patut. Nasi memang dah siap masak, lauknya belum ada. Akak pulak dah lapaq dit dit, kena buat lauk yang ekspres ja nih. Maka, teringatlah akak akan ikan gelama masin yang beli kat pasar hari tu. Ya Alloh ngencesnyaaaaa kalau goreng dengan bawang besar hiris beserta cili padi ketuk. Serta merta lah akak merealisasikan menu tersebut lalu semerbaklah bau ikan masin harum mewangi seluruh rumah. Hasben dan anak-anak yang baru sudah makan kuetiau lebihan sarapan pun pakat mai menumpang jugak gara-gara bau sedap tu. Siap goreng telur lagi sebijik, boh kicap manis kot ataih. Tu dia merecikkk baq hang. Pakat laju makan. Siap bertambah. Sedap oi! Begitulah. Syukur ada makanan untuk isi perut tengah ...

Nota Syukur 22: Sibuk

Lama tak share gambo makanan kan. Sebelum ni tak menyempat ambik gambo. Hari ni ada sikit rajin, nah akak share menu lunch akak sekeluarga hari ni. Anak sulung request nak sup. Jadi akak buatkan sup pucuk atau tauhu kering tu dengan dihumban sekali cebisan ayam, ubi kentang, suun, lobak merah, kucai. Lepas tu buat ayam tumis black pepper kicap. Asalnya nak buat ayam black pepper tapi sosnya tak ada. Sos tiram pun tak ada. Humbanlah kicap manis. Tabur black pepper blend kasar sikit. Boleh la. Kat dapur ni ada pisang berangan yang agak masak dah maka sedap pulak kalau dibuat cekodok ni. Kentang pun banyak, hari tu gigih beli seguni kecik. Kahkah. Ada potensi nak buat bergedil. Mudah-mudahan. Dalam kepala asyik makanan je pikir. Keroje banyok menunggu ni camnooooooo wehhhh? Tulis artikel. Editing. Tulis buku kerja sains. Akan datang proofreading term paper student Master. Nangisss tapi syukur alhamdulillah rezeki. Semoga Allah bagi kesihatan yang baik dan kesempatan...

Nota Syukur 21: Harapan

Teks: Zaila Hafni Imej: Google Akak kalut! Pepagi dinihari cousin mesej pasal kerja proofreading yang dia bagi akak. Mujo akak memang terbangun solat Isyak. Tak jadi tido balik. Hahahhaa bagussss Mencabar ni keja ni. Sebab kena edit benda bukan bidang akak. Tapi #siscuba lah. Besor harapan cousin katanyaaaa. Aduh. Ahad tak Ahad. Keja freelance mana kira hari, dik non. Apapun syukur alhamdulillah. Ada keja maksudnya ada duit, insya Allah. Semoga dipermudahkan urusan ini. Selamat ber-open house la u ols hari ini ye.

Nota Syukur 20: Tanah

Selama ni dok rumah yang takde tanah atau sikit benor tanahnya, kali ni Allah bagi rezeki dok rumah yang ada tanah tepi yang agak luas jugakla. Masa mula duduk, memang excited la nak bercucuk tanam la gitu la gini la. Dah duduk, menternak semak je jadinya! Hohoooo Actually pokok daun kari, daun pandan, serai, kelapa, orkid -- memang dah ada. Tuan rumah dulu tinggalkan. Tinggal nak jaga tapi akak kadang tak terjaga. Kahkah Mujur yang semak ni bukan lalang, tapi rumput, daun pegaga hiasan tak boleh makan, daun-daun herba apa ke namanya yang tidaklah akak ketahui. Ikut hati memang la nak suruh Abangla potong, tapi dia caj RM40 wuwuwuuuuu. Sebab akak rasa macam maheiii dan akak terbayang boleh dapat 1 -2 pek pampers anak dengan amaun tu, maka dengan gigihnya akak ngan suami membanting tulang trim dan potong sendiri semak samun tu guna cutter (gunting besor). Pecah peluh jugaklah bak kata orang kampung akak. Dah clear sikit tu mata pun taklah sakit sangat. Haha Semalam jugak s...

Nota Syukur 19: Selsema

Teks: Zaila Hafni Imej: Newsmax.com Balik dari kampung, aduhai sakit tekak pakej dengan hingus dan bersin beserta sakit kepala. Akak dah agak ni mesti sebab tak cukup tidur akak rehat dan kurang minum air. Balik kampung kemahen beria minum air manis, ais -- sedap sungguh kan. Mujur dan syukur anak-anak sihat alhamdulillah. Walaupun dengan travel awal pagi, beraya ke rumah sana rumah sini depa alhamdulillah ok. Risau jugak sebab jalan jauh kan. Sekali maknye yang shut down. Huhu Akak selalunya kalau nak bunga-bunga selsema ni, akak akan buat 2 benda aje. Satu, minum banyak air masak. Dua, tidur. Lepas tu top up la vitamin C atau makan buah-buah. Insya Allah tak lama lepas tu ok. Sebolehnya memang tak sampai pi klinik atau makan apa-apa ubat. Setakat ni, memang tu sajalah ubatnya, alhamdulillah berkesan la untuk akak. U ols kalau lepas raya ni pun gitu rupanya, bawak-bawaklah berehat. Kalau cukup tidur tu insya Allah cepat baik. Dan stop kejap minum air ais. Minum air ...

Nota Syukur 18: Raya 2017

Tahun ni akak dapat beraya kat kampung akak! Yeayyyyy! Last year tak dapat balik, this year alhamdulillah dapat dan syok dapat ronda kampung dan jumpa sedara mara. Dan... makan makanan kegemaran akak kat kampung. Balik bukan sekadar beraya tapi untuk hadir kenduri kawen juga. Sepupu kawen. Adik kawan sekolah kawen. AF boys kemain seronok boleh lepas bebas lari sana sini masa kat kampung. Main kejar kucing, main pasir. Punyalah enjoy. Macamlah kat sini tak ada semua tu. Ehhh memang tak ada pun. Haha! Akak tumpang seronok tengok anak akak seronok main. Yelah balik kampung bila depa dah besar, lain sikit. Dulu diorang kecik lagi, balik pun tak reti nak main apa. --- Akak balik kampung ngan adik, adik ipar. Kitorang lalu jalan dalam, hanya masuk highway kat Changkat Jering. Syok juga lalu jalan lama. Jimat tol. Dan kurang jem. Sebab adik akak check Waze katanya highway lagi gerak slow. Lalu jalan dalam ni ok je cuma elak lalu waktu malam jelah sebab jalannya gelap, kir...

Nota Syukur 17: Ihsan

Teks: Zaila Hafni Imej: Google Kita ni hidup bukanlah sepanjang masa tu senang dan di atas memanjang. Ada ketika Allah uji juga. Masa tulah baru kita tahu setakat mana tahap kesabaran kita, tahap kekuatan dan ketenangan kita. Mahal oo pengalaman ujian. Hikmah yang Allah nak tunjuk kadang tu tak pernah kita bayangkan. Apapun tetaplah kena husnuzhon atau bersangka baik pada Allah. Setiap yang dia uji dan bagi, mestilah ada sebabnya. Sama ada nak hapus dosa, atau nak bagi peringatan atau nak kita tak terus terusan dengan perkara yang Dia murka - itu semua bukan dalam bidang pemikiran kita. Yang kita perlu buat, positif dan tabah menerima. There are things we learnt the hard way. Even though its tough, we feel that we couldn't make it, but Allah knows well. Very well. And all those help, consideration and ihsan from others are also rezeki, which taught you to be more grateful that there are still hope for you to move on. -- Maaf ler akak ter-emo. Nak raya ni, feeling...

Nota Syukur 16: Nasi Arab

Dah lama orang tak tanya pasal nasi arab, tup tup petang tadi ada yang Whatsapp nak order. Akak pun dah lama tak update pasal nasi arab, sebab dah kurang aktif. Agaknya yang bertanya ni adalah tu terskrol atau terjumpa post lama kat IG atau blog akak kot. Dukacita dimaklumkan padanya yang nasi mandy habih stok. Yang ada maqluba saja. Well orang yang tak biasa, memang tak beli maqluba ni. Paling laku, mandy ayam ngan mandy kambing. Tapi akak, memang layan maqluba. Akak suka. Kabsah pun sedap. Mandy ayam yang akak kurang minat. Haha terbalik pulok kan. Oh ni nasik arab jenama Al Bayt. Selama ni pun akak jual jenama ni je. La ni kemain banyak pilihan. Pakat jual belaka tapi tetaplah yang ni juga yang sodap. Hehe Akak if ada modal sikit memang nak jadi ejen tapi nampaknya belum lagilah buat masa ni. Akak jadi ejen dropship aje. Kawan akak yang uruskan. Tengoklah kalau murah rezeki tahun akan datang, akak aktif balik juai nasi arab ni. Oklah. Hampa kalau teringin, boleh je tanya akak...

Nota Syukur 15: Al Wahhab

Teks: Zaila Hafni Imej: Google Alhamdulillah sahur pagi ini makan nasik dengan lauk ayam sambal hijau. Hmm lebih lauk semalam masa berbuka. Kadang ada hari sahur teringin nasik. Baru rasa puas. Haha Hasben makan roti dengan kurma saja. Dia takde la selera sangat nak sahur beria macam akak. Teman tengok akak makan pun jadilah. Bila masak untuk berbuka, bersahur -- selalu terfikir syukur ada makanan untuk hari ini. Syukur masih ada benda yang boleh dimasak. Syukur masih boleh sedia makanan untuk anak-anak walaupun kadang tu tak cukup bahan, tak complete dan tak cukup rasanya. Mujur anak tak kisah sangat. Makan apa ada. Kalau depa komplen pun, memang mendapat la tazkirah Romadon daripada ummi depa. Sesekali memang ada gak rasa nak kerja balik, ada pendapatan tetap tetiap bulan, tapi selagi bebudak ni bergelar budak kecik dan belum boleh berdikari, rasanya akak tengah tangguh la hasrat tu. Apa yang akak boleh buat, kena work lebih la dari rumah. Biarpun tak banyak, tapi al...

Nota Syukur 15: Adik Beradik

Adik beradik akak 3 orang sahaja. Kami asalnya 5, kemudian 4 dan kini hanya 3. Namun, Allah izinkan keluarga kami berkembang, kini bila kami 3 beradik berkumpul bersama, dengan pasangan dan anak-anak, jumlahnya 14. Alhamdulillah. Semalam berpeluang buka puasa sama-sama. Seronok. Akak jadi tuan rumah. Menu nasi ayam hari ni. Alhamdulillah menjadi. Hehe ghisau jugak hampa. Sebab selama ni tak pernah berjaya buat nasik ayam. Tapi kali ni bos kata sedap. Hihi Pakat bawak juadah masing-masing, bila dah susun penuh meja. Roti john, tepung pelita, onde-onde, kerabu perut, kerabu rumpai laut, vade, akok, masak lemak siput sedut, air jagung, air sirap, teh o panas. Syukur rezeki melimpah hari ni. Semoga semua adik beradik akak dan akak sekeluarga dilimpahi rahmat dan kasih sayang, dilindungi Allah selalu dan sentiasa saling menjaga. Kami ni mak ayah dah tak ada. Sama-sama bergantung la antara satu sama lain. Mudah-mudahan juga kami kekal bersama-sama sampai habih nyawa. Sala...

Nota Syukur 14: Handphone

Teks: Zaila Hafni Imej: The Sun Handphone nostalgia. Gambar hiasan je. Hehe Handphone yang akak tengah guna sekarang ni dah masuk 4 tahun kot umur dia. Alhamdulillah sangat berjasa dan banyak bantu akak mencari rezeki. Keje akak sebagai pemilik kedai buku online, memang banyak bergantung kepada handphone untuk promote dan urus order. Keje akak sebagai freelancer pun sama jugak. Akak menulis guna handphone juga. Ambik gambo, elok ke huduh ke semua guna handphone tu lah. Untuk edit gambo or buat poster guna apps PicsArt dengan Photo Grid. Untuk menulis, install apps Google Keep, Words for Android. Invest untuk SD card yang besor storage nye. Walaupun kecik tapi banyak sangat membantu. Semoga dipanjangkan umurnya untuk terus berkhidmat untuk akak. Ehhh tetiba sentimental dengan handphone sendiri. Akak dah kenapaaaaa?

Nota Syukur 13: Poslaju

Teks: Zaila Hafni Imej: Google Syukur, sebab ofis Poslaju dekat. Dua hari lepas, buat pertama kalinya ke ofis Poslaju untuk kurierkan pruf. Macam dah lama je tak pos-pos barang kan. Maklumlah sekarang ni jadi ejen dropship je, takde dah nak kena pi pos barang sendiri. Merasalah beratur di belakang mereka yang berkoyan parcel nak dipos siap penuh beg IKEA lagi. Yang envelope prabayar, hmm saiz M dan L tu dah sold out. Biasalah time puasa raya ni. Nengokkan seller online ni, rasanya akak memang tak sanggup kot nak bungkus, ngangkut barang dan pos macam ni. Not now lah. Akak selesa jadi ejen dropship je sekarang. Akak promote, urus order, terima bayaran, kumpul komisen. Akak tak payah nak semak kepala simpan stok, tulis consignment note, bungkus barang dan dok ulang alik poslaju. Huhu. At least at this moment akak memang tak sanggup la. Apapun tahniah kat staf poslaju tadi. Tenang je layan each customer walaupun dengan macam-macam kerenah. Dengan tak berenti orang datang beratu...

Nota Syukur 12: Ayah

Imej: Pinterest Bulan puasa ni banyak gak teringat kat arwah ayah. Sekarang ni hidup dengan kenangan dia sajalah. Syukur. Ada juga kenangan yang tinggal walau tak banyak mana. Ayah akak, orangnya simple saja. Tapi sangat pegang pada prinsip. Lepas arwah mak tak ada, kami puasa raya ringkas sahaja. Tapi alhamdulillah tetap cukup. Bersahur biasa saja, apa yang ada. Nasi lah biasanya. Berbuka, seingatnya akan ada teh O panas. Kurma. Murtabak. Nasi, tengok la lauk apa-apa. Bila raya, ayah order ketupat kat mak njang. Kuih sepit kat mak ndak. Kadang kuih-kuih sedara bagi. Baju raya, pi la beli yang dah siap kat kedai. Akak memang jarang tempah. Mujur saiz jenis senang dapat. Terawih ayah, mudah. Kadang dia Isyak kat rumah je. Pegi masjid bila dah separuh terawih. Takde dia nak rushing. He moved on his own pace. Steady. Tapi tetap hari-hari pegi insya Allah. Tu masa dia sihat. Bila tak berapa sihat, kadang tu dia suka dengar live terawih dari Masjidil Haram. Dia biar je terpas...

Nota Syukur 11: Anak itu Ujian

Imej: Daily Record Pagi semalam, dalam akak dok terhangguk-hangguk dok mengedit, tetiba terdengar bunyi suara budak dok menjerit menangis kat depan rumah. Haih dah kenapa pulak ni. Apa lagi akak pun intai la kot tingkap. Rupanya ada sebiji kereta berhenti tepi selekoh depan rumah ni, maknya dok tengah tenangkan anak dia yang menangis tu. Aduhaiiiii akak is very the understand that situation. Dengan pagi-pagi kita mungkin kalut atau dah terlambat nak pegi keje, lepas tu anak mengamuk buat perangai, kita nak drive pun tak senang. Entah apa la yang jadi dalam keta kita tak tahu. Kot anak mengamuk tak mau dok dalam car seat ke, ganggu maknya drive ke. Akak yang tengok situasi tu terus teringat anak sendiri. Huhu memang budak-budak ni ada masa sungguh-sungguh uji kesabaran kita. Akak pun sama la kadang tu bersuara petir kilat jugak bila puting beliung amukan akak datang. Geram kot yang abang asyik dok lepuk adik. Pantang lepa. Tak masuk lagi bab berebut mainan. Sungguh mak ...

Nota Syukur 10: Duit Raya

Teks: Zaila Hafni Imej: UrbanEdge Publishing Seronok mula puasa tahun ni sebab on weekend kan, yang mana maksudnya hasben ada kat rumah. Hehe Tapi memasak beria untuk sahur ke berbuka, kitorang tetap simple aje. Alhamdulillah. Anak pun syok sama berbuka walaupun tak puasa haha baru 5 tahun. Tapi the togetherness kat meja makan tu best. Sekali dengan baby. Kalau hari biasa, makan ikut dan kadang tu. Setakat 2 hari ni, tak ke mana-mana pasar ramadan pun. Lagi puas masak sendiri walaupun taklah semenggah mana. Janji boleh makan, alhamdulillah ada rezeki berbuka. Ni akak tengah nak habiskan 1 editing job, dan nak kena pulun menulis 5 artikel lagi ni. Semoga Allah beri lagi peluang akak untuk tambah duit raya, dapat jugak la tolong ekonomi keluarga sedikit sebanyak. Akak seronok dapat pegang duit sendiri walaupun tidaklah besar mana. Syukur. Semoga kita semua pun Allah murahkan rezeki. Duit, sihat, anak-anak. Kena banyak doa bulan puasa ni. Jom kita sama-sama!

Nota Syukur 9: Puasa

Teks: Zaila Hafni Imej: Prayer Times Dubai Insya Allah, jika dipanjangkan umur akan bertemu Ramadan esok. Kali ni Ramadan yang ke-35 dah. Kali ni puasa memang suasana beza lah sebab kat tempat baru. Rasa-rasa macam meriah, sebab masjid dekat je ngan rumah. Dah tu, senarai program masjid sepanjang bulan puasa pun tengok kemain full. Happening betui! Alhamdulillah dibagi peluang rasa suasana macam ni. Tazzabar jugak. Semoga Ramadan tahun ni jadi yang lagi baik berbanding tahun-tahun lepas. Akak nak bersederhana saja. Dan minta Allah bagi kekuatan dan tenaga nak harungi puasa sambi menyusu dan jaga tiga orang askar kat rumah ni. Haaaaaa Selamat berpuasa ya. Ahlan Wa Sahlan ya Ramadan!

Nota Syukur 8: Bukan Kuasa Kita

Teks: Zaila Hafni Imej: Google Walaupun kita mohon lain, tapi Allah bagi lain, itulah sebenarnya yang paling baik buat kita. Mungkin ia nampak teruk atau buruk pada mulanya tapi itu jualah yang terbaik pada pandangan Allah. Betapa terbatasnya pandangan kita. Mula-mula kita mungkin tak nampak atau tak boleh hadam, tapi bila dah boleh terima baru kita faham hikmahnya. Kuasa Allah siapa pun takleh lawan kan. Doa saya dulu, dah belajar tinggi, kerja pejabat dan membina karier. Jadi suri rumah bukan pilihan. Tapi Allah tak makbul doa yang tu, malah bertukar terus profesion saya. Convert kepada full time house wife, mula bisnes kecil-kecilan, belajar menjual walaupun dulu tak pernah suka. Berada di rumah, jaga anak sendiri. Bekerja di rumah yang saya bayangkan saya buat bila dah pencen, nampaknya Allah awalkan. Begitulah aturan Allah. Salam pagi Selasa, semoga hari ini semua indah saja.

Nota Syukur 7: Ujian

Teks: Zaila Hafni Imej: Google Kita rasa ujian kita berat, sebenarnya ada orang diuji lebih berat lagi. Kita rasa kita tak kuat, tapi Allah tetap menguji. Kita rasa kita tak mampu tanggung, tapi akhirnya kita survive juga kerana Allah bagi ujian yang setara dengan kemampuan hambaNya. Tadi dengar di radio, cerita pasal gratitude. Belajar bersyukur dalam apa jua keadaan. Fikir positif. Kadang-kadang memanglah kita akan rasa 'easier said than done' tapi boleh cuba. Saya sendiri pun ada masa lost, blur dan stres juga dengan ujian-ujian yang Allah bagi, tapi itulah hidup. Adalah sebabnya Allah uji semua tu. Sama ada dia nak ajar kita jadi lebih tabah dan kuat atau asbab dosa-dosa kita yang terdahulu. Kadang hikmahnya tak nampak sekarang, nanti-nanti kita akan syukur dengan ujian yang Allah bagi ni. Semoga Allah bagi kekuatan, kesabaran dan ketahanan untuk kita lalui segala ujian. Mesti ada sesuatu yang Allah nak ingatkan tu. Kita ni kan banyak lalai dan lupa.