Skip to main content

Posts

Kisah Video Kes Jaga Anak SM Faisal-Emilia Hanafi

Viral betul video kes penjagaan anak SM Faisal Nasimuddin-Emilia Hanafi. Memang kesian tengok budak tu menangis, akak memang tak tengok sampai habis pun sebab sedih weh! Masa mula tengok video tu, tak perasan pun tu SM Faisal cuma nampak macam bukan sebarang orang jugak ni sebab siap pakai suit semua. Tak reti nak buat kesimpulan apa sebab tak tahu cerita. Tapi tajuk video asal caption 'this is heartbreaking' memang mengundang jugaklah kan. Memang agak heartbroken tapi siapa kita nak judge orang berdasarkan video tu saja? Memang macam-macam netizen komen. Maklumlah kes melibatkan orang ternama. Tapi itulah, sebab dia ada nama, dia kaya dan sebagainya orang luar tetap tak patut nak komen bukan-bukan, dah lah tak tahu cerita. Tak mesti apa yang kita tengok dalam video tu beri maksud sebenar apa yang berlaku. Tukang rakam dan sebar tu yang paling tak bertanggung jawab sebenarnya. Apa tujuan dia rakam dan sebar kita pun tak tahu. Nak aniaya ke, nak buat malu ke, sengaja men...

Congratulations Nazim Othman-Bella Dally

Been following the wedding of Nazim and Bella. Very nice wedding dress and such a lovely couple! Taktau nak explain macamana tapi I just love this two. So classy. Baju wedding semua cantik gila. For me, tak over sangat. Simple but nice. The maroon songket for reception, white and blue for nikah... seriously stunning. Kalau baca caption si Nazim kat each photo dia upload kat IG tu, best. Bahasa dia memang sedap. Baik dia tulis in English or Malay. Dengan ayat-ayat jiwang dia kat bini pun takde la kita baca rasa nak muntah (at least for me). Taktau kenapa bila tengok gambar wedding diorang ni tak macam tengok gambar wedding artis lain. I enjoy it so much. Haha. Dan-dan teringat masa nikah dan kenduri sendiri pulak! Ohoho it was almost 5 years back already. Anniversary nak dekat dah ni. Ops. Apapun, dalam banyak-banyak gambar, satu gambar ni sangat menarik hati akak. Akak taktau le kenapa tersuka tengok gambo ni. Rasa sweet. Oh, masa kahwin dan bulan-bulan pertama selepasnya mema...

Mee Kuah Daging

Anak-anak semenjak dua menjak ni, bila disuap nasi, beberapa suap je dah buat tak tahu. Eh takkan dah kenyang, sikit je makan ni. Ke ummi masak tak sedap?  Atau agaknya jemu makan nasi. Maka ummi tukor la strategi, makan pasta and noodles. Wah, kemain lajuuuuu makan. Sah lah budak-budak ni nak tukar selera. Semalam, buat pasta bolognese. Spinach fettucine dengan kuah bolognese daging. Yang sulung tu berapa kali ulang makan. Seronok tengok dia berselera. Sebab dia ni memilih makan sikit. Agaknya sejak bagi dia multivitamin ni dia berselera sikit kot. Hari ni, masak mee kuah daging. Yang sulung jugak yang request ni. Tapi yang over makan si adiknya. Laku jugaklah menu hari ni. Sekali lagi seronok tengok. Hilang penat masak (dan kemas dapur). Kihkihkih Mee kuah daging ni tak menjadi sangat sebenarnya tapi bolehlah. Guna pulak daging kisar Ramly tu, memang manisnya kurang. Akak jelah yang manis. Hahaha. Resipi, korang boleh je search Mee Kuah Daging Meleleh kat FB tu. Merata orang...

Pengalaman ke Aeon Mall Shah Alam

Setelah agak lama dibuka, baru-baru ni akak berpeluang ke Aeon Mall Shah Alam ni. Aeon akhirnya tiba di Shah Alam! Haha. Sebelum ni paling dekat pun Klang (Bukit Raja, Bukit Tinggi). Akak tersinggah pun sebab 'ter'lalu jalan depan tu dan masing-masing lapar, jadinya husband akak terus la kona masuk. Hehe. Aeon Mall ni lokasinya dekat dengan Stadium Shah Alam, Tesco Extra, MSU, D'Kayangan. Memang strategik betul lokasi dia ni. Masa awal-awal buka dulu dalam bulan Mac 2016, kitorang pegi jugak, tapi tak dapat parking langsung. Kona kona balik je. Tak sempat masuk. Kali ni, berlambak parking space. Nak senang, naik ke bumbung je. Insha Allah banyak parking. Siap boleh parking dekat dengan entrance. Cuma open space la. If hujan ke panas terik ke tu risiko sikit lah. Bawak anak ronda-ronda. Menarik interior design dalam mall ni. Even exterior design pun cantik. Agaknya sebab Shah Alam ni majoriti penduduk Muslim, design pun ala Islamic sikit. Kedai makan pun banyak yang Mus...

Scan Baby di Klinik Ajwa Shah Alam

Di Shah Alam ni, banyak juga klinik yang ada servis scan baby atau check up pregnancy.  Akak check up biasa kat Klinik Kesihatan gomen, kat Klinik Desa dekat dengan rumah ni. Tapi sebab KD takde scanner, maka akak kena pegi GP (general practitioner) atau klinik swasta untuk scan baby. Oh, klinik gomen kalau yang bertaraf klinik kesihatan ade je scanner. Cuma nak kena set appointment awal dan selalunya ramaiiii. Maka terpaksa lah husband akak melaburkan sikit duit consultation dan scan baby tiap-tiap bulan kat GP. Akak memang kena scan baby each month sebab akak ada GDM. Kena monitor growth baby, takut besar sangat atau kecik sangat. Setakat ni alhamdulillah. Growth dan berat nampak ok, selari dengan umur dalam kandungan. Mak dia je naik berat sikit. Heh. Sebelum ni, akak biasa pegi Klinik Sofia kat Seksyen 23. Rujuk entri pos kat SINI . Tapi sebab ada satu hari tu, akak pegi Klinik Sofia tapi doktor yang in charge tu tak buat scan. Alamak, klinik mana pulak akak ...

Tak Mampu Nak Beli Durian

Viral semalam pasal cikpuan yang teringin nak makan durian tapi tak mampu lantas nak left group dan deactivate FB. Sumber: durianmusangking.blogspot.com Hmm. Macam-macam la orang komen kat cikpuan tu. Ada yang kesian, ada yang kutuk. Biasa la orang zaman sekarang ni, serba serbi nak komen. Eh, akak yang tulis kat blog ni pun kira komen jugak ke macamana? Ahaaa Dari satu segi, akak sokong je kalau cikpuan tu kata nak left group, deactivate FB kalau dengan keterlibatan dia dalam tu membuatkan dia lagi sedih dan pilu bila orang lain dok share pasal durian. Ye memang nampak macam emosional tapi kalau itu lebih membahagiakan, apa salahnya. Kurang sikit rasa bersalah dia kat anak-anak juga. Akak paham, akak pun kadang telan air liur juga tengok orang makan sedap-sedap tapi kita tak mampu atau belum mampu lagi buat masa ni. Tapi orang tu just share apa yang dia makan. Kita tak boleh nak tengok, kita rasa sentap, kita lah yang beredar. Ok la left group ke, unfollow ke, unfriend ke...

Cara Halau Nyamuk, Elak Penularan Virus Zika

Virus Zika dah masuk Malaysia! Kalau sebelum ni, kita dengar kes kat Thailand dengan Singapura je (yang dekat dengan kita lah), hari ni KKM dah laporkan 1 kes dah detect kat Selangor. Kes dilaporkan di Klang (dekat kawasan umah akak tuuuu). Risaunya la hai diriku yang dalam trimester 3 ni  Semoga Allah lindung kita semua daripada bahaya virus Zika ni. Kat Brazil dan Amerika Latin dah mula tahun lepas lagi, dan tahun ni dah mula masuk sini dah. Menurut laporannya, wanita yang kena Zika tu baru balik dari Singapura. Berjangkit dari sana lah. Zika ni macam denggi lebih kurang. Virus dibawa oleh nyamuk Aedes juga. Buat masa ni, takde lagi ubat khas atau vaksin untuk Zika. Kalau denggi mungkin dah terkawal sikit tapikan tu pun lama juga kita nak kawal. Yang Zika ni virus baru. Yang paling berisiko adalah ibu hamil terutamanya yang dalam trimester 1 (3 bulan pertama). Virus Zika ni dikatakan boleh sebabkan pengecutan otak (microcephaly) jika menjangkiti bayi. Otak akan jadi lebih k...