Imej: livestrong.com Khamis! Ada jugak orang yang lemau dan lesu pada hari Khamis. Tak mesti Isnin, kan. Kenapa ya, kita rasa lesu, letih, mengantuk sewaktu kerja? Saya kira ni bagi mereka yang bekerja dalam pejabat, bagi mereka yang banyak kerja luar, mungkin letih dan lesunya berbeza. Kalau bekerja di rumah, lagiiiii la ada masalah macam ni. Lagi besar dugaan pulak tu. Kain kotor bertimbun, drama bersiri best kat tv, pinggan kotor penuh sinki, mainan anak bersepah kat ruang tamu....tu pun boleh buat letih lesu juga (bila tengok..hehe). Dipetik daripada WebMD.com, antara panduan yang boleh kita ikut untuk TIDAK RASA LETIH LAGI adalah: 1. Ambil sarapan. Walaupun anda jenis yang kurang ambil sarapan atau tak berapa lapar sangat waktu pagi, makanlah walau sikit. Sebabnya, ada kajian mengatakan dengan mengambil sarapan dapat mengurangkan rembesan hormon stres (kortisol). Selepas sarapan, ambil suplemen B-Complex. Suplemen ni boleh bagi rasa lebih tenang dan meningk...
Everything worth sharing, it's here.