Skip to main content

Posts

Antara Overnight Oat, Oat Pengganti Nasi dan Kolesterol

Semalam berdiskusi panjang saya dengan group kawan-kawan ribena saya. Topik asal "weh camne ko buat overnight oat"terus berpanjangan hingga ke menu-menu oat yang lain sampai akhirnya ke paras kolesterol dalam badan. Saya berkongsi menu overnight oat yang saya dapat from the leaders dan Instagram @esprience_it. Setakat ni saya hanya pernah buat oat kurma dan plum sahaja. Kurma memang ok tapi plum is quite a bad choice because the plum that we have is not ripe enough so its quite flavourless. Ok tinggalkan kisah menu oat saya. Saya share beberapa pilihan menu overnight oat yang sedap untuk kawan-kawan saya cuba. Dengan strawberi, kurma of course, mangga, kiwi. Yang lebih suka oat savoury, saya cadangkan tabur ikan bilis goreng dan bawang goreng. Yummmm! Ada kawan share makan oat dengan serunding. Another choice for savoury oat. Basically, to prepare an overnight oat is so simple. Ini yang saya pernah buat: Overnight Oat Kurma 2 skup susu kambing 1 skup ESP 1 cawan inst...

Wordless Wednesday #1 - Penenang Jiwa

Keep calm and lets selawat :)

Seronoknya Blog!

Hari ni seronok blogwalking. Banyak info yang saya dapat, dan bagaimana satu-satu blog tu menarik pembaca untuk terus membaca daripada satu entri ke satu entri.  Memang bukan semua penulis blog ada kemahiran atau bakat begitu, tapi skill tu boleh diasah dan jika dilakukan dengan konsisten, lama-lama kita akan biasa.  Jadi teruskan membaca blog-blog yang penuh info dan perkongsian dan di update selalu! Dengan membaca di blog, kita menambah ilmu dan pengetahuan. Kita tahu perkara yang sebelum ini kita tak tahu. Kita dapat memotivasi diri bila baca kisah kejayaan orang lain, dan berkongsi pengalaman yang sama.  Siapa kata tulis blog benda yang tak ada faedah? Kalau menulis benda yang sia-sia dan buang masa - itu yelah. Tapi kalau kita cerita pengalaman kita yang baik untuk orang lain tahu, kita pun dapat pahala berkongsi perkara yang baik. Tapi jangan lah sampai riak pulak. Banyak benda boleh tulis.  Tak ada idea? Banyakkan membaca dan blogwalking. Jangan asyik baca go...

Khasiat Peria Katak untuk Pesakit Kencing Manis dan Darah Tinggi

Imej: Carian Google Mengenali Peria Katak dan Khasiatnya 1. Macamana rupa peria katak? Saiznya lebih kecil dan pendek berbanding peria biasa. Berwarna hijau macam ni. Jangan confuse dengan petola pulak tau. Petola and peria is totally different. Kat pasar tani atau pasar malam selalu ada. Tak susah sangat nak mencarinya ni. 2. Apa yang bagus sangat peria katak ni? Manfaat yang diketahui umum - menurunkan tekanan darah tinggi dan mengawal tahap glukosa pesakit kencing manis. Rasa peria ni kan pahit. Pahit kan ubat. 3. Apa lagi khasiat peria katak? Saya baca di blog Dr Malinda, yang pernah buat kajian tesis tentang peria katak ni. Yang beliau kongsikan, peria katak ni: - berkalori rendah, sesuai untuk yang ingin menurunkan berat badan - tinggi fiber, mineral dan anti-oksidan - mengandungi phyto-nutrient, polipeptida-P dan charatin untuk kawal gula dalam darah (bagus untuk pesakit diabetes) - tinggi kandungan vitamin C, karotin, leutine dan zea-xanthin (anti-oksidan ...

Makanan yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil

Disahkan hamil, dah pasti setiap pasangan teruja menerima rezeki yang Allah kurniakan, betul? Ada yang sukar hamil walaupun setelah pelbagai usaha dilakukan. Masih belum rezeki. Berusaha lagi, mungkin Allah dah tetapkan rezeki, cuma lambat atau cepat disamping usaha yang berterusan. Bila dah hamil, tengok ada 2 line kat UPT (Urine Pregnancy Test) memang tentu-tentu gembira sangat. Mula lah lepas tu datang kawan-kawan serangkainya - loya, pening, mual, kurang selera makan, cepat letih dan kurang bertenaga. Simptom biasa ibu hamil di trimester pertama. Trimester pertama adalah tempoh dari bulan pertama hingga bulan ketiga; yang mana sangat kritikal dan perlu dijaga rapi. Ibu perlu berhati-hati kerana kandungan masih awal dan berhadapan pelbagai risiko. Jadi, penting sangat jaga kesihatan semasa tempoh ini. Yang mencabarnya, ketika inilah anak dalam kandungan berkembang pesat dan memerlukan segala nutrien baik untuk perkembangan yang sihat dan kuat tetapi si ibu seringkali berpe...

Motivasi Jumaat

Carilah motivasi anda. Sama ada individu, persekitaran, lagu atau benda. Motivasi perlu dicari dan dipupuk. Dan perlu dibaja. Hilang motivasi, hilang semangat. Jangan biarkan ia hilang.

Semerbak Bau Asam Pedas Pari

Apa saja yang mak kita masak walaupun yang seringkas mungkin mesti sedap di mulut kita. Makan bertambah. Pasti. Lagi-lagi kalau mak masakkan apa yang kita suka. Asam pedas ikan pari, contohnya. Tapi versi arwah mak saya dengan versi mak mertua saya tak sama. Jauh berbeza sebab satu versi utara, satu versi selatan. Saya yang selama ni hanya tahu asam pedas adalah yang jenis rebus. Pernah cuba nak masak tapi tengok resipi jenis tumis. Baru saya tahu rupanya ada dua versi asam pedas 😊 Walau apapun, kedua-duanya sama sedap. Kedua-duanya dimasak dengan ikhlas dan kasih sayang. Cukup rencah dan rasanya. Walaupun masakan saya tak sesedap kedua-dua mak saya, tapi saya tetap akan usahakan supaya anak saya akan merasa sama macam yang saya rasa terhadap masakan mak-mak saya. Cuma perlu rajin untuk masak 😉 Berbalik kepada asam pedas, bahan utama kan daun kesum dan bunga kantan. Daun kesum - saya suka baunya. Bau laksa. Bunga kantan... harga terkini RM4.90 sekuntu...