10.12.19

Ejen Ali The Movie, Review Seorang Mak

Sebelum cuti sekolah lagi, anak-anak dah sibuk tanya bila 28 November. Masing-masing sibuk nak tengok Ejen Ali The Movie (EATM), tak sabar nak tengok wayang.



Dalam kesibukan abahnya pun terpaksa mengalah sekejap bawa anak-anak ke pawagam. Nasib baik dekat, dalam 20 minit saja GSC dari rumah.

Tiket dah beli sehari sebelumnya, itu pun banyak seat dah penuh. Dapatlah juga seat sebelah tepi, okey juga. Harga tiket untuk kami lima beranak, RM50+. Tiket pun tak payah print, nak masuk hanya tunjuk e-ticket dan scan QR code saja.

Tak mengharap apa sangat pun daripada movie ni sebab tak tengok trailer sangat. Dengar OST, memang sedaplah cuma takde klip-klip sedutan jadi tak tahu nak expect apa. Anak-anak nak tengok, kita layankan sajalah.

Tetapi... tetapi...

Kepuasan mengatasi jangkaan. Kagum pun ya. Terhibur dan terharu, dua-dua rasa ada.

Terhibur dengan scene Mamak Maju, I bet most of the audience were!

Terharu bila part Ali berkomunikasi dengan mamanya, Aliya, yang sudah tiada.

At the end of the movie, it's beyond expectation!

Suka skor muziknya, suka plot cerita, suka isu-isu yang diketengahkan. Muzik memang brilliant, in fact I cannot move on from both songs - Bukalah Matamu dan Kita Jaga Kita. Kedua-duanya menyampaikan mesej yang tersendiri.





EATM bukan sekadar kisah tentang ejen rahsia dan misinya. Ia berkisahkan isu masyarakat yang dipinggirkan dan kurang diambil peduli, kawan yang mengambil kesempatan atas kebaikan kawan, apabila kawan menjadi lawan setelah pendirian masing-masing berbeza.

Anak-anak memang enjoy melihat aksi-aksi, dalam masa yang sama belajar mengendali emosi. Apabila kehilangan orang tersayang, apabila orang yang dipercayai, mengkhianati.

Scene yang paling terkesan pada akak, waktu Aliya muncul berdepan dengan Ali, menerangkan hal yang sebenar tentang siapa dirinya. Well... bab mak-anak ni memanglah touching kan.

Apapun, scene terbaik dah tentu lah Mamak Maju Servis Laju! Nasi goreng kampung telur mata tapi tak nak telur. Yeahhh



Pergilah tonton kalau berkesempatan. Bukan anak saja terhibur, mak abah semua sekali pun sama.

Jumlah kutipan RM13 juta selepas 7 hari! Pehhh tahniah team Primework Studios dan Wau Animations!




4.11.19

Kaedah Wardina Didik Anak Solat 5 Waktu Sejak Kecil

Sumber FB. Catatan tahun 2013 kalau tak silap akak. Keluar di memories FB. Akak share sini untuk panduan akak dan korang sekali.

KAEDAH WARDINA SAFIYYAH DIDIK ANAK SOLAT 5 WAKTU

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was looking for her..and guess what?

She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!!

Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?


Journey nak ajar anak solat memang berliku. Tapi terpaksa juga dibuat. Itulah tanggungjawab terbesar mak ayah dan hak anak yang perlu ditunaikan.

26.9.19

Work Out Asas Di Rumah, 15 Minit Sahaja

Seminggu dua ni start balik work out routine macam yang akak belajar masa personal coaching dulu (baca: tahun lepas).

Coach akak mulakan dengan yang basic aje. Tapi ni akak dah modify sikit. Korang yang baru nak mula boleh cuba rutin ni. Mula-mula mungkin rasa berat sikit kalau dah lama tak exercise tapi after a while, insya Allah okey kalau konsisten buat at least 3 kali seminggu.

Warm up
Skipping without rope 10x
Jumping jack 10x
Butt kick 10x
Wall push up 10x
Crunches 10x
Leg raise 10x
Russian twist 10x
Plank 20 sec

Ulang 2-3 set

Kalau rasa pening, nak pitam sila berhenti. Kalau larat setakat 1 set, memadai. Next session tambahkan.

Coach akak pesan jangan paksa kalau tak mampu. Tapi cuba untuk ulang set dan tambah rep sikit-sikit sampai badan mampu terima.

As for makan, akak bolehlah kembali sikit ke suku suku separuh. Akak ni cabaran terbesar nasik, nasik, nasik! Then snacking petang. Aduh but I guess I am progressing cuma a bit slow sebab kesukaran mengawal napesu. Haish!

Today managed to complete the above routine 3 sets. Alhamdulillah. Agaknya semangat bila on work out music kot. Lagipun boleh estimate time. Dalam 15-18 mins gitu.

I am proud of myself today. And grateful for being able to get up and do something good for my body.

22.9.19

Menu Sihat Ikan, Sayur

This morning stock up fresh proteins and veggies from Pasar Tani.

Syok gila shopping ikan, sayoq semua.

Ikan mayong
Ikan tenggiri
Ikan mabong
Ikan cencaru

Bayam merah
Bayam hijau
Kangkung
Tomato
Peria katak
Timun jepun

Ikan mayong tu actually paling sedap buat gulai. Tapi tu lah dilema akak kalau buat gulai mampuih la bertambah nasik. Aku stimkan sajalah kot! Mana tau sedap khennnn

Ayam masih ada stok. Hari tu hasben beli ayam frozen Dr Zainol. Tadi buat ayam goreng rempah kari.

Daging ada sikit tetel la tapinya. Sedap buat dalca ni. Tapiiiiii bahaya jugak ni bisa menambah makan jugak niiii jadi kita tangguh sat dulu. Hihi

Ikan paling mudah buat kukus atau bakar jelah untuk pilihan sihat. Nak buat eat clean pun boleh. Lagi bagus.

Paling ringkas gaul garam, kunyit, lada hitam then panggang. Kukus pun senang, bahan yang sama cuma tambah halia sikit bagi rasa.

Nak tukar selera boleh buat pindang, singgang, asam rebus.

Kalau cencaru, lagi senang. Akak tak perap apa pun, gril macam tu saja sebab sedap. Cencaru has its own flavour. Kot nak sedap cicah ngan air asam atau sambal kicap, cukup.

Sayoq... pilihan sihat makan mentah je buat ulam. Or else celur. Tumis air, buat sup. Goreng dengan minyak sikit pun okey. Ulam akak paling suka timun jepun sebab universal dia ni. Makan dengan nasi boleh. Ngan roti boleh. Takde alasan takde sayur.

Daun salad pun sama. Paling cepat dan senang.

Same goes with tomato. Hiris buat ulam.

Selamat meraikan menu sihat. Kata nak kurusssss...

19.9.19

Journey Kurus Bersambung Lagi

Bukan main mendadak lagiiii naik berat badan akak ni ha sejak hari raya. Beberapa kali percubaan dok jaga makan pun asyiklah terbabas dek tak tahan menahan selera. Susah sungguh nak mengawal napsu. Punggah!

Lepas kakak ipar akak tegur muka 'bengkak', akak rasa perlu sangat akak disiplin kurangkan balik berat ni.

Simptom yang sama akak alami tahun lepas seperti baju dan seluar tak muat, tudung membulat, perut ke depan, muka berjerawat... dah elok turun dulu ni naik balik lagiii banyak. Apahalllll

Maka insaflah kembali (harap-harap lebih komited dan konsisten). Akak recap balik menu eat clean dan suku suku separuh disertai work out routine yang Fit Gang Ladies guide dulu tu.

Memang berkesan. Cuma perlu disiplin saja.

Minggu ni akak cuba balik jaga makan dan start work out semula.

Makan, setakat ni tak berjaya sepenuhnya lagi sebab ada jeeee laki aku tapaukan makanan maha sedap yang kalau tak rasa rugi. Haha dan entahlah selera kat nasi tu kemain. Lagi satu faktor tak cukup portion protein dan sayur. So cepat la lapar balik maka menggigil-gigil dan mula lah makan makanan rapu. Hadusss

Tapiiiii akak buat work out balik. Sama je macam yang coach akak bagi dulu. Alhamdulillah sekarang ni jumping jack tu dah boleh buat 15-20 kali tanpa mengah teruk banding pertama kali dulu --- ya robbi tak mampu weyyyyy lompat bintang, tak mampu!

To restart, akak buat work out routine ni:

Skipping without rope 15x
Jumping jack 15x
Hand touch knee 20x
Butt kick 20x
Wall push up 20x
Crunch 20x
Leg raise 15x
Plank 20 sec

Buat 2 atau 3 set, setakat yang mampu. Kalau rasa macam pening tu akak stop je takut pitam pulak. Almaklum dah lama tak work out tapi badan terkejut pulak.

16.8.19

Cara Buat Telur Separuh Masak yang Betul

Sekian lama akak buat telur separuh masak guna satu alat yang khusus, yang dapat masa cabutan bertuah sewaktu makan malam syarikat.

Memang senang kerja. Letak je telur dalam alat tu, tuang air mendidih dan tunggu hingga air tu habis turun ke bahagian dasar alat tersebut. Itu tandanya telur dah sedia untuk dipecahkan dan dinikmati.

Tapi dah lama tak guna, entah dah ke mana-mana alat tu dah.

Sampai beberapa minggu lepas teringin nak sarapan begini, dok buat tapi tak menjadi.

Frust jugalah.

Bila google, rupanya senang saja buatnya. Sebelum ni cara akak salah. Itu yang kejap telur suku je masak, kejap terus jadi telur rebus.

Yang betulnya, gini caranya kalau nak buat telur separuh masak.

1. Didihkan air.
2. Dah mendidih, tutup api. Terus masukkan telur. Cepat-cepat tutup.
3. Lepas 5 minit keluarkan telur.
4. Pecahkan ke dalam mangkuk.
5. Korek baki isi putih telur, titiskan kicap lemak manis dan beberapa cubit lada sulah.



Ambil roti bakar, patah dua, cicahkan dengan telur tadi.

Aduh. Sedap hoiiii!

Cubalah.

9.8.19

Farm in The City Part 2

Okey setelah sekian lama akhirnya berjaya juga sambung kisah kami ke FITC. Part ni akak cerita apa aktiviti yang korang boleh buat masa kat dalam tu.

1. Pony Ride


Ada la sekor 'pony' untuk bagi anak-anak merasa naik pusing-pusing. Bayarannya 7 token (RM7 kot kalau tak salah). Boleh la pusing 1 round. Tapi ride terhad untuk budak yang dah besar. Dalam 3 tahun ke atas gitulah. Kalau budak kecik nak naik, bahaya, takut jatuh. Nak dok atas pony then bergambar, boleh lah.

2. Feed the animals


Yang ni ikut sukalah. Kalau beli makanan untuk bagi haiwan makan tu, ha sua lah ke mulut kuda, kambing, arnab. Kebanyakannya memang lapar. Kuda yang kami tengok tu sampai tersua mulut keluar pagar minta makan. Kalau ikan, asal baling je palet tu, bercempera mengibas ngibas datang makan.

3. Talk + activities


Ada satu corner, beberapa staf akan bagi penerangan tentang haiwan. Haiwan apa, dependlah. Masa kitorang datang, ni ha haiwannya. Nak participate dalam aktiviti pun boleh. Pegang haiwan tu ke, jawab soalan ke.

4. Ikan longkang



Aktiviti ni best dan menarik bagi anak-anak. Depa boleh ambil sauk (ke apa namanya) dan besen untuk tangkap/tangguk ikan kecik dalam longkang. Longkang pun kecik aje, memang sesuai la untuk budak. Anak boleh cuba tangguk ikan dan masukkan dalam besen. Then kena lepaskan semula ikan tadi ke dalam longkang. Kita yang dewasa pun excited, anak lagilah. Maklumlah budak bandar manalah ada pengalaman gini. Hehe

5. Ular

Boleh tengok, pegang dan bergambar dengan ular secara live. Kalau beranilah. Akak memang taklah! Lari jauh siap-siap. I is takut dan geli ular.

6. Taman buah dan sayur

Kitorang tak masuk sini. Tengok dari luar je. Jadi takdelah cerita panjang.

7. Taman burung, rama-rama

Biasalah ni. Budak-budak suka jugak ni.

8. Kedai cendera hati

Tempat bahaya ni. Boleh mengopakkan poket mak bapak. Haha. Ada macam-macam souvenir, mainan, makanan, minuman. Harganya biasalah mahal sikit. Kalau tak nak beli, jalan laju-laju terus keluar. Hihi

Dalam tour ni, kita akan rasa macam kita dok jalan-jalan dalam kampung. Ada sungai kat bawah, ada kawanan itik dok berenang. Ada replika rumah papan macam kat kampung. Ada rumah atas air. Tapi tak boleh masuklah. Nak bergambar depan rumah tu bolehlah. 

Nak stop stop kejap pun boleh ada pangkin kat bawah pokok. Ada gerai-gerai juga. Nak minum ke makan ke.

Sambil-sambil jalan tu, ayam melintas tu biasalah. Ada kura-kura (tapi dalam kawasan dialah), burung semua. Kiranya feeling desa gitu.







Bolehlah bawak anak-anak jalan cuti sekolah. Kalau datang awal boleh dapat parking dalam. Kalau kena parking luar pun ok lagilah tak jauh sangat sebenarnya.

Tiket boleh beli online atau walk in. Tapi hari tu masa kitorang pegi, beli tiket walk in je sebab diorang offer package price for family (2 adults + 2 kids). Tiket beli online harga biasa. So lagi berbaloi beli walk in.

Ni alamatnya kalau nak pergi. Nak arrange lawatan taska ke sekolah ke pun boleh ni. Masa kitorang pegi ada few tadika buat lawatan dan aktiviti. Memang menarik!

Farm in the City, Malaysia
Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post