23.8.17

Pil Perancang

Teks: Zaila Hafni

Pil perancang ni dah biasa diamalkan oleh mak-mak kat Malaysia ni sejak dulu kala. Walaupun ada yang pandang serong kata makan pil perancang ni bagi gemok la, naik selera makan la tapi semua tu depend kat badan masing-masing.

Kenapa ambik pil perancang?

Untuk merancang keluarga lah, heh.

Buat apa nak merancang?

Banyak sebab. Selalunya sebab kesihatan. Risiko banyak nak keluarkan satu nyawa ke dunia ni. Kalau sihat walafiat alhamdulillah, beranaklah 2-3 tahun sekali ye meramaikan rakyat. Tapi kalau ada macam-macam masalah kesihatan, kena pertimbangkanlah kaedah perancangan keluarga.

Macamana nak start makan pil?

Kalau kat klinik kesihatan kerajaan, walk in dan bagitau nurse nak ambik perancang. Nanti nurse akan buka satu buku perancang, sama prosedur macam nak buka buku merah mengandung.

Lepas dah buka buku, interview semua, tak semestinya dapat pil sebab nurse dan doktor akan revise dulu tengok condition ibu dan akan cadangkan kaedah mana yang sesuai.

Tapi pilihan kaedah tetap pada ibu sama ada nak pil, cucuk depo, pasang alat atau implan.

Ini nak cerita pil saja ye.

Ok, dah buka buku, ibu kena pi kencing untuk check urin, ambik tekanan darah, timbang berat. Macam rutin mengandung jugaklah. Sebab bila ambik perancang pun nak kena monitor jugak keadaan kesihatan kot ada apa-apa side effects atau isu. So doktor akan review.

Biasa masa 6 bulan pertama lepas bersalin boleh ambik pil Noriday. Bekalan untuk 28 hari, kena makan hari-hari tak bleh miss. Noriday ni sesuai untuk ibu menyusu dan hanya ada 1 hormon saja. Tak ingat pulak progesteron atau estrogen.

Ikut kata nurse, after 6 months better tukar kepada pil yang ada 2 hormon macam Regulon. Ada hormon progesteron ngan estrogen sekali. Bekalan 21 hari.

Pil-pil lain akak tak pasti sebab akak pernah try dua ni saja.

Setakat ni ok je cuma ada masalah sikit dengan aturan period. Entah pening dah cycle nya. Haha

Tapi nak kata bertambah selera makan ke, gemok ke, pening, loya semua macam tak berlaku pada akak. Alhamdulillah. Risau la jugak kan. Tapi so far ok.

Kalau nak continue ambik kat KK, kena pi appointment tiap-tiap bulan. Bayar RM1. Pil tu if beli kat luar, RM15 kalau Noriday. Kalau Regulon tu tak pasti mahai skit kot sebab tengok import dari Belgium. Haaa kelas!

Kot gaya tak sanggup nak pi ambik atau beli pil tiap-tiap bulan, boleh cuba cucuk depo. Tu tiap-tiap 3 bulan kena cucuk kat KK ek. Pun kena bayar RM1 saja. Hat ni senang jugak tak payah pikir makan pil ke belum hari-hari. Kahkah

Apapun pilihan, rancang dengan bijak. Kalau tak dok gelisah mengandung tapi tak bersedia. Atau tension anak rapat-rapat sangat umurnya. Ibu tak sempat nak pulihkan badan. Huhu

Nota Syukur 26: Pagi

Teks: Zaila Hafni

Syukur masih berupaya bangun pagi dan tengok matahari terbit. Syukur boleh hadapi satu lagi hari baru.

Teruskan dengan kerja yang ada, seperti biasa. Lalui rutin harian seperti selalu.

Kadang-kadang walaupun terasa jemu dan lelah juga tapi pandai-pandailah tukar  rutin sikit kan.

Pagi sekarang, banyaknya mendung saja. Tapi tak hujan. Apa saja cuaca, kita hadapi. Semuanya ada la tu kebaikan dia.

Selamat Hari Rabu dan semoga hari ini menjadi hari yang cemerlang untuk semua!

22.8.17

Siapa di Sebalik Acara Pembukaan SEA Games yang Gah

Teks: Zaila Hafni
Video: Youtube

Semalam baru dapat tahu siapa yang di belakang tabir opening ceremony SEA Games yang superb tu.

Saw Teong Hin namanya.

Sebelum ni pernah mengarah Puteri Gunung Ledang dan filem Hokkien - You Mean The World To Me.

Taknak cakap banyak lah.


Layan video ok.

19.8.17

Acara Pembukaan Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017


Imej: Google

Balik rumah mak, ada chance tengok opening ceremony SEA Games kat TV9. Hehe rumah akak takde tv, tumpang la tengok kat rumah mak.

Pehhhhh satu je nak cakap. KAGUM.

Best gile performance semuanya. Cantek, colorful, very the 1Malaysia gitu. Tarian hampir semua etnik yang ada kat Malaysia, dengan effect lampu semua bagai, memang kebaboom.

Paling suka part kuda berlari macam belah laut, lepas tu dah jadi laut, kapal berhias pulak yang lalu. Waaahh memang vass sangat idea tu.

Yang menyanyi, lagu tema oleh Dayang Nurfaizah, lain-lain yang perform, ada Datuk M. Nasir dan few other singers.

Ada acara yang dah mula pun. Malaysia pun dah kumpul few medals dah. Kat area rumah mak akak ni pun akan ada jalan yang akan ditutup minggu depan sebab diguna untuk acara lumba basikal lebuh raya. Area rumah akak takde. Hihi

Selamat berjuang kontinjen Malaysia!

#bangkitbersama #seagames2017 #kitajuara #risingtogether

18.8.17

Love Aunty Patrin!

Teks: Zaila Hafni

Sejak semalam masih tak dapat nak move on dengan Aunty Patrin.

Siapa Aunty Patrin?

Haaaa... akak mula kenal dia bila layan video KK12FM 89.5 segmen Joke Laugh Face Off dia dengan Daphne Iking.

Lawak guling-guling weiiii!

Berkali-kali akak ulang tengok dan setiap kali tu jugak akak gelak kaw kaw. Tak menahan betui dengan depa dua yang dok gelak sakan.

Ni depa speaking Sabah tau. Sabah dan English. Tapi bila cakap Sabah tu yang jadi lawak, bukan pasal bahasa tu lawak, cara depa cakap tu buat kita rasa nak tergelak. Dah depa pun gelak!

Dengan video singkat ni, akak belajar la jugak sikit vocab Sabah. Dan adik yang dok Labuan pun tolong translate few words yang akak tak paham.

Batapuk, talingung antaranya yang akak takde idea langsung apa maknanya.

Apapun, yang paling akak suka dan kagum ngan Aunty Patrin ni, bila dia speaking English tu sedap. Si Daphne dah tentu la kan. Slang British ni memang akak sukaaaaa.

Cuba u ols pi tengok video tu. Memang menghilangkan stres. Akak tetiba jadi fans plak kat Aunty Patrin lepas search video-video dia yang lain. Hahaha.

Oh by the way, video face off tu hampir 10k shares kalau mata akak tak salah tengok lah.

Aunty Patrin, you rockkkkkkk!

Search FB page KK12FM 89.5
Atau cari #auntypatrin kat FB.

Selamat bergelak. Kahkah

Dato' Fadza dan Datin Vivy


Imej: Twitter

Akak salah seorang follower Vivy Yusof. Idaklah tegar, biasa je. Tapi agak addicted jugaklah tengok gambaq dia hari-hari! Haha suka tengok apa yang dia buat untuk promote her products. Suka tengok cara dia marketing bisnes dia. 

Cuma hari tu kan Vivy ada receive 1 award daripada PM, anugerah usahawan ka apa, kat slide on stage tu mention DATIN VIVY YUSOF.

Maka tertanya-tanya gitu khennnn.

Wah... sejak bila beliau ber-datin kan? Tak pernah pulak declare or announce apa-apa. Dan maksudnya Fadza dapat Dato' la kan. Baca komen kat IG dia, followers pun pakat tanya sejak bilaaaa sejak bilaaaa kan. Satu pun dia tak reply. Kahkah.

Memang bikin tertanya-tanya.

Agaknya dia memang saja keep it as secret or people will eventually know but not from her.

Dan pagi ni akak ternampak 1 tweet pasal Dato' Datin ni. Memang sakan orang korek dan stalk sampai jumpa ni kan. Hahaha memang betui la this FV bosses memang ada title begitu.

Pehhhh. Kagum kagum.

Walaupun akak belum ada sekeping pun tudung itik atau apa-apa baju ke apa ke produk from FV yet, akak totap sapot Vivy. Suka baca her blog. Heeeee

15.8.17

Selamat Pengantin Baru Tunku Tun Aminah dan Dennis!

Teks: Zaila Hafni
Imej: FB Southern Tigers

Dalam banyak-banyak hari, masa hari jadi akak jugak puteri tunggal Sultan Johor ni kahwin kan. Hehe

Special kot kan tarikh tu u ols! Kehkeh

Akak suka sangat tengok baju pengantin tuan puteri. Simple yet classy baq hang. Aksesori pun takde la melampau. Segala sederhana.

Family Sultan Johor pun takde nya baju sedondon masa akad nikah. Akak tengok sempoi je memasing dengan baju melayu Johor macam-macam kaler janji pakai dengan sampin dan seluar hitam.

Apapun, tahniah dan selamat berbahagia untuk Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah dan Dennis Muhammad Abdullah.


Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post