4.6.17

Nota Syukur 15: Adik Beradik



Adik beradik akak 3 orang sahaja. Kami asalnya 5, kemudian 4 dan kini hanya 3.

Namun, Allah izinkan keluarga kami berkembang, kini bila kami 3 beradik berkumpul bersama, dengan pasangan dan anak-anak, jumlahnya 14. Alhamdulillah.

Semalam berpeluang buka puasa sama-sama. Seronok. Akak jadi tuan rumah. Menu nasi ayam hari ni. Alhamdulillah menjadi. Hehe ghisau jugak hampa. Sebab selama ni tak pernah berjaya buat nasik ayam. Tapi kali ni bos kata sedap. Hihi



Pakat bawak juadah masing-masing, bila dah susun penuh meja.

Roti john, tepung pelita, onde-onde, kerabu perut, kerabu rumpai laut, vade, akok, masak lemak siput sedut, air jagung, air sirap, teh o panas.

Syukur rezeki melimpah hari ni.

Semoga semua adik beradik akak dan akak sekeluarga dilimpahi rahmat dan kasih sayang, dilindungi Allah selalu dan sentiasa saling menjaga. Kami ni mak ayah dah tak ada. Sama-sama bergantung la antara satu sama lain. Mudah-mudahan juga kami kekal bersama-sama sampai habih nyawa.

Salam Ramadan ke-9!

3.6.17

Nota Syukur 14: Handphone

Teks: Zaila Hafni
Imej: The Sun

Handphone nostalgia. Gambar hiasan je. Hehe



Handphone yang akak tengah guna sekarang ni dah masuk 4 tahun kot umur dia. Alhamdulillah sangat berjasa dan banyak bantu akak mencari rezeki.

Keje akak sebagai pemilik kedai buku online, memang banyak bergantung kepada handphone untuk promote dan urus order. Keje akak sebagai freelancer pun sama jugak. Akak menulis guna handphone juga. Ambik gambo, elok ke huduh ke semua guna handphone tu lah.

Untuk edit gambo or buat poster guna apps PicsArt dengan Photo Grid. Untuk menulis, install apps Google Keep, Words for Android. Invest untuk SD card yang besor storage nye.

Walaupun kecik tapi banyak sangat membantu. Semoga dipanjangkan umurnya untuk terus berkhidmat untuk akak.

Ehhh tetiba sentimental dengan handphone sendiri. Akak dah kenapaaaaa?


2.6.17

Menu Berbuka Ringkas



Alhamdulillah dah 7 hari berpuasa dah. Maka sudah 7 hari jugak kita dalam bulan Ramadan. Akak sekeluarga pun alhamdulillah ok je puasa ni. Kami berkonsep sederhana saja. Mana yang ada.

Berbuka so far, memang tak banyak menu. Selalu terus makanan berat je. Kuih takde sangat. Kiranya bila azan tu, berbuka buah kurma, minum air, terus makan.

Setakat ni tak ke pasar Ramadan lagi pun. Memang masak je kat rumah. Masak yang simple je pun.

Kadang-kadang share menu berbuka dengan BFF. Saja buat tambah idea dan share resipi.

Hampa pakat masak apa?

Ni menu akak setakat berpuasa 6 hari ni.

 Sawi goreng ikan malong kering, sambal cili padi tumis, kari drumet ayam

Mi goreng 

Roti tampal udang

Sambal tempe, masak lemak taugeh kucai, ikan sardin goreng, sambal taun

 Bubur nasi berempah

Mi kuah udang bajet

Hari ni tak tau lagi masak apa. Satgi pikiaq. 

Selamat berbuka no hampa hari ni hihi.

1.6.17

Nota Syukur 13: Poslaju

Teks: Zaila Hafni
Imej: Google

Syukur, sebab ofis Poslaju dekat. Dua hari lepas, buat pertama kalinya ke ofis Poslaju untuk kurierkan pruf. Macam dah lama je tak pos-pos barang kan. Maklumlah sekarang ni jadi ejen dropship je, takde dah nak kena pi pos barang sendiri.

Merasalah beratur di belakang mereka yang berkoyan parcel nak dipos siap penuh beg IKEA lagi. Yang envelope prabayar, hmm saiz M dan L tu dah sold out. Biasalah time puasa raya ni.

Nengokkan seller online ni, rasanya akak memang tak sanggup kot nak bungkus, ngangkut barang dan pos macam ni. Not now lah. Akak selesa jadi ejen dropship je sekarang.

Akak promote, urus order, terima bayaran, kumpul komisen. Akak tak payah nak semak kepala simpan stok, tulis consignment note, bungkus barang dan dok ulang alik poslaju. Huhu. At least at this moment akak memang tak sanggup la.

Apapun tahniah kat staf poslaju tadi. Tenang je layan each customer walaupun dengan macam-macam kerenah. Dengan tak berenti orang datang beratur lagi. Huhu bertabahlah akak abang poslaju.

Oh dan tadi, akak syukur jumpa salah sorang customer yang sedang beratur yang dah bantu akak. Akak tanya dia, nak beli sampul beratur kat sini ke (merujuk ke kaunter yang dia tengah beratur tu). Dia kata ya. Ada 2 kaunter. Mana-mana pun boleh. Tapi nasihat dia, ambikla dulu itu note kasi tulis baru u beratur. Nanti senang, tinggal nak masuk barang dalam sampul saja.

Wah. Biarpun pertolongan tu macam kecik tapi akak rasa syukur sangat.

Dan sekarang ni takde nak jual sampul sekeping nyr untuk ko. Kena sekali beli 10 keping terus. Rm4.25 tak silap. Jadi kalau pi ofis poslaju tu siap duit lebih sikit.

Apapun, majulah Poslaju untuk negara. Tanpa mereka, tak meriah la online shopping. Kahkah




Nota Syukur 12: Ayah


Imej: Pinterest

Bulan puasa ni banyak gak teringat kat arwah ayah. Sekarang ni hidup dengan kenangan dia sajalah. Syukur. Ada juga kenangan yang tinggal walau tak banyak mana.

Ayah akak, orangnya simple saja. Tapi sangat pegang pada prinsip.

Lepas arwah mak tak ada, kami puasa raya ringkas sahaja. Tapi alhamdulillah tetap cukup. Bersahur biasa saja, apa yang ada. Nasi lah biasanya.

Berbuka, seingatnya akan ada teh O panas. Kurma. Murtabak. Nasi, tengok la lauk apa-apa.

Bila raya, ayah order ketupat kat mak njang. Kuih sepit kat mak ndak. Kadang kuih-kuih sedara bagi. Baju raya, pi la beli yang dah siap kat kedai. Akak memang jarang tempah. Mujur saiz jenis senang dapat.

Terawih ayah, mudah. Kadang dia Isyak kat rumah je. Pegi masjid bila dah separuh terawih. Takde dia nak rushing. He moved on his own pace. Steady. Tapi tetap hari-hari pegi insya Allah. Tu masa dia sihat.

Bila tak berapa sihat, kadang tu dia suka dengar live terawih dari Masjidil Haram. Dia biar je terpasang kat tv. Sedap tenang damai dengar terawih dari sana.

Di tahun-tahun akhir sebelum ayah meninggal, dia pernah cuba puasa dari Rejab hingga ke Syaaban. Sebab dia diabetic, dia cuba praktis dari awal. Masuk Ramadan dia dah steady. Alhamdulillah sihat dia puasa tahun tu. Kita pun belum tentu. Lagi dok pulun makan ada. Buat malu saja.

Satu lagi kenangan Raya, aktiviti ziarah kami memang agak full hari pertama. Kedua ketiga dah kurang sikit. Kalau dulu, lepas je solat raya, start lah tour. Semua adik beradik ayah akan ziarah. Itu dulu. Lepas tu baru kawan-kawan, sepupu ke apa ke. Seronok. Masa tulah kita kenal adik beradik. Tapi ni, dah takde sapa kecuali Paksu. Dua mak sedara dah dijemput Allah tahun ni. Tinggal sepupu sepapat sajalah.

Rindunya kat ayah. Rindu nak sembang dengan dia. Nak sembang topik apa pun boleh. Dia serba serbi boleh bagi pandangan. Orang banyak baca, bijak. Hang jangan nak kelentong dia noh. Dia tau belaka.



Cukuplah kot setakat tu. Sama macam mak, bab ayah ni pun bukan boleh cerita lebih sangat. Oklah. Nak basuh baju sat.



31.5.17

Nota Syukur 11: Anak itu Ujian


Imej: Daily Record

Pagi semalam, dalam akak dok terhangguk-hangguk dok mengedit, tetiba terdengar bunyi suara budak dok menjerit menangis kat depan rumah. Haih dah kenapa pulak ni.

Apa lagi akak pun intai la kot tingkap. Rupanya ada sebiji kereta berhenti tepi selekoh depan rumah ni, maknya dok tengah tenangkan anak dia yang menangis tu.

Aduhaiiiii akak is very the understand that situation. Dengan pagi-pagi kita mungkin kalut atau dah terlambat nak pegi keje, lepas tu anak mengamuk buat perangai, kita nak drive pun tak senang. Entah apa la yang jadi dalam keta kita tak tahu. Kot anak mengamuk tak mau dok dalam car seat ke, ganggu maknya drive ke.

Akak yang tengok situasi tu terus teringat anak sendiri.

Huhu memang budak-budak ni ada masa sungguh-sungguh uji kesabaran kita. Akak pun sama la kadang tu bersuara petir kilat jugak bila puting beliung amukan akak datang. Geram kot yang abang asyik dok lepuk adik. Pantang lepa. Tak masuk lagi bab berebut mainan.



Sungguh mak kena banyakkkkkkkk sangat sabar.

Insiden tu tak semena-mena buat akak cerah mata. Segar terus nak sambung edit. Haaaa

Apapun, kuat mesej yang Allah hantar pagi semalam tu. Nak bagi ingat. Kalau marah anak kadang tu bukan main, padahal kita yang banyak salah sebenarnya. Sungguh. Anak adalah ujian.




30.5.17

Permohonan Prasekolah 2018


Imej: Flickr Ruzaimy Ismail

Untuk kedua kalinya, we ols hantar borang permohonan anak untuk ke prasekolah tahun depan. Pertama kali, tahun lepas. Cuba mohon untuk pra 5 tahun tapi keputusan dukacita. Itu yang cuba tahun ni pulak.

Permohonan prasekolah untuk 2018 dah start apply online mula tahun ni. Bulan 3 lagi dah open. Tarikh tutup apply online 30 April. Tarikh tutup hantar borang ke sekolah 31 Mei. Awal kan. Kalau tak alert atau takde siapa inform, memang terlepas. Sama gak untuk permohonan Tahun 1. Lagi awal tutup. Huhu


Gambar pinjam. Bukan Prasekolah anak akak ni. Hehe

Jadinya we ols dah isi secara online. Then kena print borang tu. Lepas print, lekat gambar pasport anak. Sediakan dokumen yang perlu, sahkan dan submit ke sekolah pilihan berserta borang tadi.

Antara dokumen yang perlu: salinan IC ibu bapa, salinan surat beranak dan mykid anak, surat nikah ibu bapa dan slip gaji. Ingat, kena sahkan dulu tau.

We ols hari tu ofis sekolah mintak cikgu sorang ni sahkan sebab we ols bawak salinan dokumen je. Mana taknya kat borang tak mention suruh sahkan pun..

Then submit je borang sekali dengan dokumen semua. Tunggu jelah keputusannya sama ada diterima atau tak. Ikut kat borang, katanya keputusan boleh start check bulan 8. Entah ya entah tidak la tu. Kita try check nanti yedok.

Kalau dapat, pegi sekolah pakai baju pepel la anak bujang sorang tu. Kena bangun awal pagi. Kena pegi sekolah. No more sekolah ummi. Aduhhh tak boleh imagine cemana drama esok ni. Haha fefeeling dapat je kan. Tak taulah. Ada rezeki, ada. Kalau tak, cuba pi tadika lain.

Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post