Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Puasa 2017

Done Sahur, Balik Kampung!

Teks: Zaila Hafni Video: Youtube #donesahur Nak jugaklah kan hashtag begitu. Terpengaruh dengan status FB orang. Haha Apapun alhamdulillah diberi peluang merasa sebulan berpuasa tahun ini. Ramadan kali ni memang betul-betul beza banding tahun-tahun lepas. Yang seronok, kurang seronok semua ada. Yang pasti, Ramadan ni akan jadi kenangan yang paling diingati. Tadi akak sahoq nasi, kuah tomyam lebih semalam, sambal tempe kentang pun lebih semalam, telur masin sebelah, telur dadar sebijik. Semoga cukup tenaga nak mengemas beg dan tak mengantuk! Kali ni walaupun rumah dah makin dekat ngan kampung mentua tapi tetap jugaklah nak stres kemas beg. Kahkah dah kenapa khen. Padahal bukan nak balik lama mana sangat pun. Tapi nak buat keputusan bawak balik baju sekiansekian ni memang buat serabut kepala la haih. Matching ke tak, sedondon ke tak. Walaupun akak takdelah nak berkonsep sangat pun. Ahhh. Balun ajelah. Ni banyak lagi kerja bersusun ni weiiii. Translation, writing. Hadowwww ...

Kacang Pool Anak Haji

Kacang pool ni memanglah femes tapi akak baru pernah makan sekali je sepanjang hidup akak ni. Itupun sebab hasben bawak pi makan kat Restoran Bisik-bisik yang ada juai makanan asli Johor (entri review boleh baca kat sini ). Kalau dak, memang sampai sudah akak tak pernah tau cemana rasa kacang pool ni. Nak jadi kisah ada satu hari tu buntu nak berbuka apa. Tengok ada setin Foul Medammas (eh betui ka eja ni) aka kacang parang kat almari dapuq. Lamaaaa dah beli sebab kengkonon nak buat sendirila sebab hasben teringin. Tapi tak terbuat sampai lah berapa Ramadan hari tu entah. Lantas akak gugel resipi tanpa bagitau plan kat hasben. Satgi dia expect tinggi. Haha so kita research dulu. Akak gugel resipi yang paling simple. Sebab nak guna apa yang ada kat dapuq saja. Terjumpalah satu resipi. Tak banyak bahan, balun sajalah nampak senang. Ikutkan resipi dia, guna serbuk jintan putih, jintan manis dan ketumbar. Yang akak ni takde semua tu. Ah sudah mana nak cekau. Hasben kata, guna aje...

Rezeki Kurus

Teks: Zaila Hafni Imej: OwlbyND "Kurusnya kak!" -- komen adik ipar setelah 2 bulan tak jumpa. "Kak Zaila! Awat kurus sangat ni?" -- komen kawan sekerja lama masa jumpa hantar kuih raya. "Mak tengok Zaila susut badan ni, mesti muat pakai baju mak" -- komen mak mentua di bulan Romadon ini. Orang komen kurus memang paling ditunggu yedak? Akak sebenaqnya tak perasan dan tak ambik pot pun badan akak naik ka turun sepanjang Remdan ni. Puasa tetap terus macam besa saja. Soq totap jua nasik tapi taklah hari-hari. Nak banding ada satu tahun tu, pehhhh hari-hari overnight oat baq hang. Tahun ni macam tak lalu oat pulak. Kah! Alhamdulillah orang kata kurus. Rezeki jugak tu weh. Asbab itu, dapat lima nam lai baju kurung bonus satu tudung Pucci - ihsan mak mentua. Tudung pucci akak ala-ala gini lah. Nak jugakkkkkkk khennn. Semalam, bersusun baju-baju mak mentua yang beliau dah tak muat nak pakai, diperturunkan kat menantu kurus ini. Cantik-cantik, e...

Macam-macam Boleh Buat dengan Kulit Popia

Akak teringin nak makan popia. Tak beli pun takpa, nak buat sendiri je walaupun inti simple. Maka hari tu, hasben ada lah belikan. Kulit popia KG Pastry, 50 keping. Menu pertama akak buat, dah tentulah popia. Yang macam akak share hari tu. Popia koboi je tu yang inti udang ngan carrot tu. Pun bolehhhh je. Then kulit popia banyak lagi ni dek non. Maka akak cuba buat martabak pulak. Eceh. Macam haibat kan padahal sama je martabak pun koboi juge. Tumis bawang besar dadu, daging burger hancur, masukkan sikit serbuk kari. Pecahkan telur, gaul semuanya dalam satu bekas. Lepas tu masak macam telur dadar. Akak buat saiz kecik muat-muat kulit popia je. Dah angkat, letak atas kulit popia sekeping, bungkuskan. Lepas tu goreng lagi sekali cuma nak bagi kulit popia rangup. Ta da! Siap martabak koboi dan ekspres. Kikiki Masih ada lagi kulit popia. Buat apa pulak? Samosa . Pun sama la konsep koboi masih dikekalkan. Inti daging ayam cincang, tumis dengan bawang putih dan serbuk kari. Bela...

Popia Koboi, Telur Kicap

Ada hari kitorang berbuka, lauk ekonomi je. Itu punnnn sedap dan habih licin! Dengan anak kecik ni, kadang akak taklah beria sangat masak pun. Hasben pun kata masak hok simple je. Melainkan ada apa-apa menu dia request atau anak ok tak meragam, boleh la akak masak spesel sikit. Anak, abah jaga. Hehe Bulan puasa ni, memang telan liur juga nengok popia. Memang feveret akak. Buat sendiri tapi memang ringkas habih. Setengah jam siap. Cincang udang, parut karot. Udang tu celur kejap sebelum cincang. Karot tu mentah je. Gaul dua-dua, letak salt and black pepper sikit to taste, sudukan ke atas kulit popia. Lepas tu, gulung lah. Dah tu goreng. Walaupun ada rupa hangit tapi laku dan laju anak-anak makan sampai suruh stop. Ummi pun nak makan bukak posa nak oiii. Yang telur kicap tu, biasa jelah kan. Kadang bulan puasa ni, itu pun makan bertambah. Teringin tengok Ketuk-Ketuk Ramadan Sheila Rusly dengan Joey, ntah yang tahun bila ntah, si Joey masak Ayam Kicap. Haha terliur tapi ayam...

Cucur Taugeh dan Ikan Celup Tepung

Semalam agak kalut prepare juadah iftor. Dalam kelam kelibut tu pun alhamdulillah buleh lagi dan siap. Hasben beli taugeh. Niatnya mahu buat kerabu taugeh tapi tak cukup bahan. Nak buat taugeh goreng kicap hasben akak takmo. Nak buat masak lemak kucai, baru buat hari tu dan santan pon tak ada. Haha. Makanya, dengan tepung yang sekangkang kera itu, akak buat cucur taugeh. Balun! Lepas tu ada ikan temenung. Konon nak goreng curah sambal tomyam. Pehh kemahen khennnn. Tapi last last buat celup tepung saja. Bancuh tepung, boh garam kunyit, celup ikan, goreng garing. Baki bancuhan tepung tu la buat cucur taugeh. Kahkah. Barula cucur ada perisa ikan. Ngeeeeee Sambal tomyam tak jadi, akak ganti dengan tomyam sayur. Rebus carrot, tomato, bawang besar. Bubuh 2 kiub tomyam. Masuk daun limau purut. Sedappppp anak bujang kata. Tomyam bajet pun boleyyy. Alhamdulillah kenyang perut suka hati juga perut masing-masing. Kadang tu bukanlah menu lengkap atau sempurna pun. Tapi syukur m...

Penawar Sakit Tekak Semasa Berpuasa

Sakit tekak memang tragedi la kalau tengah puasa. Tekak kering, pedih, perit -- nak minum air tak boleh. Minggu lepas, adalah juga 3-4 hari tekak akak kering. Kalau baru lepas menyusu tu, lagilah terasa. Dehydrate betui. Tu lah bahananya bila malam tu minum air tak cukup. Patut sepanjang malam tu kena minum kerap. Baru badan cukup terhidrat. Ni nak pulun minum bergelen masa sahur, mana maunya. Kembung perut ada la. Apa yang akak buat kalau sakit tekak? Ok, akak ni kategori sakit tekak yang ala tonsil bengkak selalunya. Memang perit wei! Penawar paling mujarab untuk akak setakat ni, BAWANG PUTIH. Bakar bawang putih dalam 2 ulas, telan sebelum tidur. Cuba la amalkan dalam 4-5 hari. Insya Allah sakit tekak akan kurang. Tak sanggup nak telan bawang putih gitu? Haaaa akak pun memula dulu tak sanggop juga tapi dah itu yang sesuai dengan akak dan untuk akak memang serasi. Bukan apa, sebelum ni cuba berduyun dah ubat klinik. Ubat kumur la, ubat batuk la, antibiotik la semua tak...

Menu Berbuka Ringkas

Alhamdulillah dah 7 hari berpuasa dah. Maka sudah 7 hari jugak kita dalam bulan Ramadan. Akak sekeluarga pun alhamdulillah ok je puasa ni. Kami berkonsep sederhana saja. Mana yang ada. Berbuka so far, memang tak banyak menu. Selalu terus makanan berat je. Kuih takde sangat. Kiranya bila azan tu, berbuka buah kurma, minum air, terus makan. Setakat ni tak ke pasar Ramadan lagi pun. Memang masak je kat rumah. Masak yang simple je pun. Kadang-kadang share menu berbuka dengan BFF. Saja buat tambah idea dan share resipi. Hampa pakat masak apa? Ni menu akak setakat berpuasa 6 hari ni.  Sawi goreng ikan malong kering, sambal cili padi tumis, kari drumet ayam Mi goreng  Roti tampal udang Sambal tempe, masak lemak taugeh kucai, ikan sardin goreng, sambal taun  Bubur nasi berempah Mi kuah udang bajet Hari ni tak tau lagi masak apa. Satgi pikiaq.  Selamat berbuka no hampa hari ni hihi.

Dadih Oren dan Keladi

Kan akak dah stori sebelum ni, akak buat puding untuk moreh masjid? Haa sebenarnya it's more to dadih (kalau ikutkan kat peket tu) dan bukan puding. Walaupun tekstur dia macam jeli pun ada. Puding pun ada. Dah entahlah. Janji sedap. Ehhh. Akak dapat idea nak buat tu sebab biras pernah buat dulu masa ada makan-makan kat rumah mil. Senang dan kos pun tak besar sangat. 1 peket serbuk dadih tu dalam RM6 ke RM7 gitu. Brand NBI. Biras akak kata cari brand Happy Grass. Entah hasben akak tak jumpa pulak. Tapi corak peketnya macam sama je. Ke tukor nama? Entoh. Lepas tu untuk 1 peket serbuk dadih kena guna 1 tin susu cair. Gula dalam 100 g. Air 3 liter. Boleh la dapat dalam 30 ke 40 bekas plastik yang kecik tu. Sesuai la nak buat menu moreh. Mula-mula akak buat tu nebes gak sebab takut tak jadi. Maklumlah ni first time. Tapi bila dah masuk fridge, dah memejal sikit, bila rasa... wah sedap jugok. Hihi Anak-anak kemain seronok makan. Dah nampak benor ummi nye tak pernah buat. ...

Nota Syukur 10: Duit Raya

Teks: Zaila Hafni Imej: UrbanEdge Publishing Seronok mula puasa tahun ni sebab on weekend kan, yang mana maksudnya hasben ada kat rumah. Hehe Tapi memasak beria untuk sahur ke berbuka, kitorang tetap simple aje. Alhamdulillah. Anak pun syok sama berbuka walaupun tak puasa haha baru 5 tahun. Tapi the togetherness kat meja makan tu best. Sekali dengan baby. Kalau hari biasa, makan ikut dan kadang tu. Setakat 2 hari ni, tak ke mana-mana pasar ramadan pun. Lagi puas masak sendiri walaupun taklah semenggah mana. Janji boleh makan, alhamdulillah ada rezeki berbuka. Ni akak tengah nak habiskan 1 editing job, dan nak kena pulun menulis 5 artikel lagi ni. Semoga Allah beri lagi peluang akak untuk tambah duit raya, dapat jugak la tolong ekonomi keluarga sedikit sebanyak. Akak seronok dapat pegang duit sendiri walaupun tidaklah besar mana. Syukur. Semoga kita semua pun Allah murahkan rezeki. Duit, sihat, anak-anak. Kena banyak doa bulan puasa ni. Jom kita sama-sama!

Puasa Hari Pertama

Teks: Zaila Hafni Imej: resep fitri Semalam, hasben pertama kalinya bertarawih kat masjid kat rumah baru ni. Balik dekat pukul 10 lebih juga, rupanya 20 rakaat. Hehe Katanya, sekarang setiap masjid diarahkan buat tarawih 20 rakaat. Dan tak boleh import imam luar untuk tarawih. Kena orang tempatan ataupun budak tahfiz. Gitew. Malam ni akan start dah la moreh. Lorong kitorang kena bagi sumbangan makanan untuk moreh malam ni. Akak nak buat puding je. Mesti sedap makan lepas tarawih. Hehe. Nanti hasben bawak pi masjid. Gambar hiasan saje. Akak buat puding takde la meriah cam gini haaa. Pagi tadi sahur makan roti cicah ayam cincang masak paprik. Haaa kau hado? Hasben sahur overnight oat. Alhamdulillah setakat ni masih bertahan. Dan kitorang supplement dengan vitamin C dan B Complex juga. Berbuka, tak tahulah lagi menu apa. Cuaca pun tak panas sangat, ala sendu juga ni. Makanya akak entah dah berapa kali tido bangun. Haha. Selamat berpuasa hari pertama. Ramai berbuka kat...

Nostalgia Puasa

Teks: Zaila Hafni Bulan puasa ni, tak sah kalau tak melintas momen-momen puasa dengan mak ayah. Masa kecik-kecik. Antara momen puasa yang paling diingat, at least sampai la ni masih ada dalam kepala, makanan. Haha. Puasa dan makanan, berpisah tiada. Seingatnya dulu, bulan puasa ni, ayah selalu stock up ikan kering, papadom, minyak sapi, telur masin. Buat makan soq. Soq tu sahur la, dalam bahasa cek. Menu soq paling lejen, nasi panas + minyak sapi + telur. Aduhai masa tu kisah apa kolesterol, lemak tepu tak tepu - tak reti pikir pun. Yang ingat, sedap. Papadom, selalu ayah beli yang kecik hat pat segi tu. Bukan yang bulat besar macam yang selalu ada kat kedai mamak. In fact, sampai la pun akak suka yang pat segi tu. Boleh tengok macam kat dalam gambar ni. Kredit gambar papadom: http://ellyinwonderland.blogspot.my/2015/06/buka-puasa-day-23-dan-4.html?m=1 Ikan kering, tak ingat la ikan apa. Bukan la makan selalu pun tapi selalunya ada kat rumah. Sampai sekarang pun meman...