27.11.14

Pengalaman Saya dengan Darah Tinggi

Semasa mengandungkan sulung, saya memang ada darah tinggi. Masa mula-mula check up terkejut dokter dan nurse sampai beberapa kali ulang ambik BP.

Masa tu agaknya dengan nervous lagi, memang tinggi lah.

Dan bermula la episod saya ulang alik ke klinik dan rekod BP setiap 2 minggu. Sampai beli sendiri lah Blood Pressure Monitor. Takkan tiap-tiap kali nak kena pi klinik... dah tu kena caj pulak. Terpaksa melabur sikit. Tapi sangat berbaloi sebab satu keluarga boleh guna.

Bagi yang tak tahu, bacaan normal tekanan darah adalah 120/80. Kalau kurang daripada tu, tekanan darah rendah, kalau lebih tekanan darah tinggi lah (atau hipertensi). Untuk ibu mengandung, memang dokter akan pantau rapat sebab boleh beri kesan pada ibu dan baby. Kesan yang macamana, saya kongsikan lain kali.

Dulu macam-macam petua juga ikut untuk kurangkan darah tinggi ni, mula-mula memang susah. Sebab kita dah terbiasa dengan tabiat makan kita yanh tak sihat tu. Sangat kritikal kawal kandungan garam dalam diet dan juga penting untuk kawal stres. Bila stres tu yang darah naik!

Saya memang perasan saya selalu pening dan banyak berfikir. Kadang-kadang tak pandai nak kawal emosi tu yang serabut jadinya. Dan tak tahu ada sesetengah makanan yang kita makan rupanya tinggi garam tapi kita tak sedar.

Dulu saya belum sampai tahap kena ambik ubat darah tinggi masa mengandung, cuma diet control. Mengandung kali ni, alhamdulillah bebas darah tinggi

Jaga-jaga dengan pengambilan makanan berikut (yang tinggi garam):
1. Kicap, sos tiram
2. Serbuk perasa / kiub pati
3. Jeruk
4. Jajan
5. Kerepek dan keropok
6. Ikan kering / masin (dah tentu lah)
7. Makanan segera
8. Makanan diproses (dalam tin, sejuk beku)

Kalau masak pun, kurangkan garam. Lebih baik tukar ke garam bukit.

Bagi saya memang sangat berbeza mengandung kali ini berbanding dahulu. Dah ada pengalaman sikit, agaknya ya. Satu lagi saya memang dah mula ambil B Complex masa mula merancang nak mengandung, jadi selain membekalkan asid folik, boleh mengawal stres dan membuatkan saya lebih tenang. Bangun pagi pun dah kurang rasa pening. Alhamdulillah.


7.11.14

10 Kebaikan Asid Lemak Omega 3


10 Kebaikan Asid Lemak Omega 3

♧ Meningkatkan kesihatan arteri jantung - kurangkan penghasilan plak dan darah beku dalam arteri.
♧ Mengurangkan paras kolesterol.
♧ Meningkatkan kesihatan sendi - mengurangkan masalah yang berkaitan dengan arthritis dan osteoarthritis.
♧ Meningkatkan kesihatan tulang - mengurangkan berlakunya 'bone loss'.
♧ Memperbaik kesihatan mental - individu yang kekurangan omega 3 berpotensi menghidapi kemurungan, skizofrenia, masalah pemakanan dan ADHD.
♧ Membaiki kesihatan kulit seperti akne dan psoriasis.
♧ Membantu kesihatan usus - mengurangkan keradangan usus.
♧ Meningkatkan kesihatan peparu - mengurangkan asma.
♧ Membantu kesihatan sewaktu haid - mengurangkan kesakitan semasa PMS dan ketika haid.
♧ Membantu mencegah kanser usus, payudara dan prostat yang dikorelasikan dengan kekurangan pengambilan omega 3.

Dengan banyaknya kebaikan omega 3 ini dalam mempengaruhi kesihatan kita, tidak dapat tidak kita perlu mengambil inisiatif memasukkan sumber makanan yang kaya omega 3 dalam menu harian kita.

Contoh makanan yang mengandungi omega 3 : ikan salmon, sardin, makerel. Sumber daripada tumbuhan antaranya minyak kacang soya, biji labu dan walnut.

Atau boleh mengambil suplemen minyak ikan yang telah disahkan bebas logam berat tercemar seperti merkuri.


16.10.14

Antara Overnight Oat, Oat Pengganti Nasi dan Kolesterol


Semalam berdiskusi panjang saya dengan group kawan-kawan ribena saya. Topik asal "weh camne ko buat overnight oat"terus berpanjangan hingga ke menu-menu oat yang lain sampai akhirnya ke paras kolesterol dalam badan.

Saya berkongsi menu overnight oat yang saya dapat from the leaders dan Instagram @esprience_it. Setakat ni saya hanya pernah buat oat kurma dan plum sahaja. Kurma memang ok tapi plum is quite a bad choice because the plum that we have is not ripe enough so its quite flavourless. Ok tinggalkan kisah menu oat saya.

Saya share beberapa pilihan menu overnight oat yang sedap untuk kawan-kawan saya cuba. Dengan strawberi, kurma of course, mangga, kiwi. Yang lebih suka oat savoury, saya cadangkan tabur ikan bilis goreng dan bawang goreng. Yummmm!

Ada kawan share makan oat dengan serunding. Another choice for savoury oat.

Basically, to prepare an overnight oat is so simple. Ini yang saya pernah buat:

Overnight Oat Kurma

2 skup susu kambing
1 skup ESP
1 cawan instant oat
3-4 biji kurma

Bancuh susu kambing dalam air suam. Kemudian masukkan ESP. Kacau kemudian masukkan oat dan gaul rata. Masukkan kurma yang telah dicarik-carik. Simpan dalam mason jar atau apa saja balang / bekas kaca yang ada. Tutup dan simpan dalam peti ais. Esok buat breakfast. Sodap.

Oat sebagai pengganti nasi. Campurkan oat dalam beras semasa nak masak nasi. Kawan saya dok amalkan cara ni untuk kurangkan kolesterol. Nasi yang kita makan pun lebih berkhasiat. Tapi untuk ni, kena guna cooking oat. Jangan guna instant oat pulak ye.

Kolesterol... dalam diskusi semalam, kawan saya kata antara tanda kolesterol tinggi dalam badan bila munculnya oil cyst di sekitar mata. Cer masing-masing check... kalau ada, amalkan lah pemakanan sihat dan kawal kolesterol. 

Sekian diskusi topik pemakanan sihat kami semalam. Banyak ilmu dapat dan dikongsi. Semoga bermanfaat untuk orang lain juga :)