15.8.14

Motivasi Jumaat

Carilah motivasi anda.

Sama ada individu, persekitaran, lagu atau benda.

Motivasi perlu dicari dan dipupuk.

Dan perlu dibaja.

Hilang motivasi, hilang semangat.

Jangan biarkan ia hilang.

11.8.14

Semerbak Bau Asam Pedas Pari

Apa saja yang mak kita masak walaupun yang seringkas mungkin mesti sedap di mulut kita. Makan bertambah. Pasti.

Lagi-lagi kalau mak masakkan apa yang kita suka.

Asam pedas ikan pari, contohnya.

Tapi versi arwah mak saya dengan versi mak mertua saya tak sama. Jauh berbeza sebab satu versi utara, satu versi selatan. Saya yang selama ni hanya tahu asam pedas adalah yang jenis rebus. Pernah cuba nak masak tapi tengok resipi jenis tumis. Baru saya tahu rupanya ada dua versi asam pedas ��

Walau apapun, kedua-duanya sama sedap. Kedua-duanya dimasak dengan ikhlas dan kasih sayang. Cukup rencah dan rasanya.

Walaupun masakan saya tak sesedap kedua-dua mak saya, tapi saya tetap akan usahakan supaya anak saya akan merasa sama macam yang saya rasa terhadap masakan mak-mak saya. Cuma perlu rajin untuk masak ��

Berbalik kepada asam pedas, bahan utama kan daun kesum dan bunga kantan. Daun kesum - saya suka baunya. Bau laksa. Bunga kantan... harga terkini RM4.90 sekuntum. Bayangkan naik 4, 5 kali ganda dek permintaan melebihi pengeluaran. Tapi nak jugak masak terpaksa la pejam mata.

Asam pedas, versi utara lebih sihat pada pandangan saya sebab teknik masaknya merebus. Tak diguna minyak. Asam pedas versi melaka/selatan jenis tumis. Tapi kedua-duanya ada kesedapan tersendiri. Kena pandai sesuaikan masam dan pedasnya yang mana kadang-kadang saya juga masih belajar nak imbangkan rasa masakan.

Jom sama-sama kita masak untuk keluarga kita. Walaupun ringkas, tak sempurna atau tidaklah sesedap mana, yang penting pahala untuk mak kerana sediakan makanan untuk keluarga juga satu ibadah. Serta mengeratkan kasih sayang keluarga selain makanan dimasak terjamin kebersihannya.

Amboi semerbak bau asam pedas mertua saya. Oklah nak berguru dengan beliau pula ni ��

1.8.14

Hilangkan Mengantuk di Waktu Siang

Bab mengantuk waktu siang, cepat letih, selalu lesu, takde mood nak kerja, kemurungan selalu jadi kat ibu bekerja kan? Mana taknya, ibu-ibu yang bekerja ni mana la berhenti 'kerja' sepanjang hari. Kena urus masa dengan baik -- ya, tapi tak boleh nafikan nak konsisten agak sukar dek dah habis tenaga, yang penting nak tidur.

Saya memang ada masalah mengantuk waktu pagi, kadang-kadang hilang fokus memandu (yang mana sangatlah berbahaya) dan lesu bila dah sampai ofis. Nak mengadap kerja 9-5 terasa sungguh la panjang. Semua kerja dirasakan bosan. Memang tak produktif langsung. Dan bila nak hilangkan mengantuk, pegi pulak buat kopi. Sebenarnya terlalu banyak kafein dalam badan pun boleh buat kita letih lesu. Itu 'penyegar' sementara saja. Dan bila kandungan kafein banyak sangat dalam badan, ada kesan jangka panjang juga. Hati-hati dengan pengambilan kafein sehari-hari dan minum banyak air kosong untuk detoks.

Selain jadual tidur yang berubah masa puasa-raya, huru-hara hidup saya. Saya tidur lewat tapi nak bangun awal. Mana maunya. Bila dah kelam-kabut, semua benda serba tak kena. Bila dah macam tu, emosi terganggu la dek non. Asyik nak hangin, asyik nak makan dan tidur je. Ohh tak sesuai. 

Saya memang tahu saya tak cukup zat dalam diet seharian. Tau sajalah pilihan makanan kita sehari-hari. Tambahan musim raya. Ni pun mujur menu raya orang Jawa kurang pulut dan banyak sayur. Tapi, sayur-sayur nye sejuk dan angin belaka. Timun, tauge... tapi sekurang-kurangnya ada juga sayur. Taklah kita mengadap daging-ayam sahaja. Dan semalam bapa mertua saya masak ikan taucu. Sedap sungguh. Jemu dah makan ayam dan daging hari raya pertama-kedua.

Ok dah la tahu tak cukup zat. Bila menyusu lagilah cepat zat habis digunakan. Sebelum ni memang konsisten ambik multivitamin dengan formula besi. Ini dah terputus bekalan, obvious sangat perubahannya. Rupanya ada kaitan letih lesu dan selalu mengantuk dengan kandungan besi dalam badan. Sebab fungsi besi untuk menambahkan sel darah merah untuk angkut oksigen ke seluruh badan. Bila badan tak cukup oksigen, itu yang lembab aje tu. 

Saya mula ambil multivitamin 2 bulan lepas. Memang alhamdulillah terasa beza. Selepas seminggu ambil 2 biji setiap hari secara konsisten, rasa lagi cergas. Paksa diri makan multivitamin sebab pernah cuba sedaya upaya makan secara 'ideal' dan seimbang tapi akhirnya terbabas juga. Dah la tak cukup makan, zat pun tak cukup juga. Kesian anak yang menyusu. 

Tak boleh biar keadaan lembab macam ni terlalu lama. Sebab multivitamin ni ada sekali dengan formula besi, amat digalakkan bagi individu lebih-lebih lagi yang mengandung tapi mempunyai bacaan hemoglobin (Hb) rendah, untuk ambil setiap hari. Insha Allah. Ikhtiar dan usaha untuk kesihatan yang lebih baik.