Skip to main content

Tukar Duit Syiling di Putrajaya

Duit syiling yang ada banyak dalam tabung atau terkumpul tu, rugi kalau disimpan macam tu je.

Biasanya kita pun tak angkut banyak duit syiling kalau pegi kedai kan? Bawa balik banyak lagi syiling ada lah...




Hari tu kami ke Putrajaya nak depositkan sikit duit syiling yang lama tersimpan dalam balang. Tabung pun tak cukup dah. Lama sangat dah, boleh tahan beratnya.

Mula-mula ke Tabung Haji, sebab suami dapat info dari bank lain, katanya di TH, penukaran boleh buat setiap hari bekerja. Ada bank, kita kena datang hari tertentu saja.

Jadi, kalau ada akaun TH, boleh pegi sana dan maklumkan pada pegawai tu kita nak tukar duit syiling. 

Nanti kita kena isi borang dan tunggu je.

Limit satu pelanggan tak silap RM500 saja. Jadi, kalau duit syiling ada banyak sangat lebih daripada amaun tu, kena datang semula hari lain. TH buat macam tu supaya pelanggan seterusnya ada peluang nak tukar/simpan. 

Yang penting kena ada akaun TH tau. Kalau tak ada, boleh buka akaun baharu. Sebab nanti duit syiling tu akan didepositkan ke akaun.

Bilakah duit akan masuk ke akaun?

Kena tunggu dalam 5 hari bekerja. Bukan terus masuk tau. Kalau urgent nak pakai duit, elakkan pegi tukar di TH. Tapi kalau nak memang niat nak tambah saving di TH, okey je.

Dan, pertukaran boleh buat sebelum pukul 12 tengah hari saja. Petang tak de.

Pernah sekali kami nak tukar di TH tapi malangnya mesin tukar syiling diorang rosak hari tu. Pegawainya cadangkan ke Bank Islam (BIMB) Putrajaya, tak jauh sangat dari situ di Presint 1. Berhadapan Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan.

Masa pegi tu terkial-kial juga sebab tak biasa. Nak cari parking tu agak susah mulanya. Husband berhenti tepi jalan besar dulu, Akak masuk bank tanya kalau-kalau servis tukar syiling ada hari ni. Kalau ada, baru kami parking. 

Alhamdulillah boleh. Kami cuba masuk ke bangunan Suasana PJH Blok B dan parking di basement. Syukur dekat je jalan ke BIMB tu. Cuma lenguh sikitlah tangan mengangkut duit syiling tu.

Pegawai BIMB berikan borang dan kita kena isi. Lepas tu beratur tunggu depan bilik khas sebelah mesin ATM. Tak payah berurusan di kaunter pun. 

Lepas pelanggan sebelum kita keluar bilik tu, nanti ada pengawal keselamatan akan panggil kita masuk. Tunggu je.

Kat BIMB, tiada had amaun boleh tukar, servis ada setiap hari bekerja, juga sebelum jam 12 tengah hari.

Yang best, lepas tukar, duit terus masuk akaun. Haa sebelum tu pastikan ada akaun BIMB lah ya. 

Selesai hal duit syiling. Lega. Alhamdulillah.

Sepanjang dok tukar duit syiling ni, baru perasan ada terselit duit syiling lama, syiling negara luar, syiling yang dah rosak.

Ada 50 sen, 20 sen, 5 sen dan 1 sen lama tu, akak simpan beberapa keping buat kenangan. Duit luar negara tak laku kalau nak tukar, jadi akak simpan je dalam album syiling beli kat Shopee. Ada la beberapa keping duit Korea, China. 


Contoh duit syiling yang tak diterima. 
Kredit: malaysianbanknotesandcoins.blogspot.my



Kalau korang ada simpan duit syiling banyak-banyak tu, cubalah tukar. Kadang-kadang nampak macam sikit tapi bila dah dikira, banyak tau.

Kalau korang tak sempat ke bank, ada mesin tukar syiling layan diri je. Boleh check mesinnya ada tak yang berhampiran >> Senarai mesin tukar syiling sendiri


Like dan follow Facebook: Journey of Something

Comments

Popular Post

Resipi Sambal Tumis Tanpa Guna Cili Giling atau Cili Kisar

Pernah tak rasa nak makan sambal tumis tapi takde stok cili giling atau tak sempat nak blend cili kering kat dapur? Saya pernah. Tapi kes saya sebenarnya cari cili giling siap kat kedai tapi tak ada. Jadi dapatlah idea lain. Nak jugak masak sambal sebab masa tu dah janji dengan husband. Pusing punya pusing 1 Speedmart tu tak ada satu pun cili giling. Macamana ni...saya dah tak kuasa nak pi kedai lain. Tup tup ternampak serbuk cili. Agaknya boleh guna ni kot. Tengok kat belakang peket ada resipi sambal tumis ikan bilis.   Gambar hiasan Boleh ke ni? Rembat ajelah dulu. Nak cuba. Mana tau sedap ke. Maka balik rumah saya cuba masak. Tak yakin mulanya. Mesti tak sedap ni. Hah punya lah negatif. Saya ikut aje resipi macam yang dicadangkan. Sampailah akhirnya...eh. Nampak ok macam sambal biasa. Rasa pun sedap jugak. Yay! Berjaya buat sambal tumis akhirnya. Dan boleh je masak sambal tumis tak payah guna cili giling atau cili kisar. Haaa. Apakah lagi alasan yang membuatkan kita tak p...

Scan Baby di Klinik Ajwa Shah Alam

Di Shah Alam ni, banyak juga klinik yang ada servis scan baby atau check up pregnancy.  Akak check up biasa kat Klinik Kesihatan gomen, kat Klinik Desa dekat dengan rumah ni. Tapi sebab KD takde scanner, maka akak kena pegi GP (general practitioner) atau klinik swasta untuk scan baby. Oh, klinik gomen kalau yang bertaraf klinik kesihatan ade je scanner. Cuma nak kena set appointment awal dan selalunya ramaiiii. Maka terpaksa lah husband akak melaburkan sikit duit consultation dan scan baby tiap-tiap bulan kat GP. Akak memang kena scan baby each month sebab akak ada GDM. Kena monitor growth baby, takut besar sangat atau kecik sangat. Setakat ni alhamdulillah. Growth dan berat nampak ok, selari dengan umur dalam kandungan. Mak dia je naik berat sikit. Heh. Sebelum ni, akak biasa pegi Klinik Sofia kat Seksyen 23. Rujuk entri pos kat SINI . Tapi sebab ada satu hari tu, akak pegi Klinik Sofia tapi doktor yang in charge tu tak buat scan. Alamak, klinik mana pulak akak ...

Cara Nak Tahu Kalau Anak Salah Urat/Demam Urat

Beberapa minggu lepas, banyak aktiviti luar. Berturut-turut. Disebabkan anak-anak pun keluar masuk kereta aircond, kena panas terik kat luar... masing-masing pun tak berapa sihat minggu lepas. Yang si abang nak hampir bengkak tonsil, yang adik dedar-dedar. Adik tu dengan demam uratnya dengan nak tumbuh giginya, dengan tak sabar nak meniarap hari-hari tu yang kejap panas kejap sejuk badan dia. Tapi yang pasti memang demam atau salah urat sebab bahagian atas pinggang panas, bahagian bawah sejuk. Gitu lah simptom salah urat kat budak-budak. Ini pun belajar daripada mak mertua masa anak sulung dulu la. Pernah sekali apsal kepala sampai pinggang je panas tapi kaki sejuk budak ni. Orang muda mana nak tahu. Lepas tu bawak pergi urut lah. Kami sekeluarga ni memang dah biasa guna khidmat sorang wak urut kat Sepang. Wak ni pandai urut baby dan budak. Orang lepas bersalin pun dia urut. Jadi kami anak beranak memang selalu juga lah berurut dengan dia. Masa anak sulung dulu, belum setahun umu...