30.5.17

Dadih Oren dan Keladi



Kan akak dah stori sebelum ni, akak buat puding untuk moreh masjid?

Haa sebenarnya it's more to dadih (kalau ikutkan kat peket tu) dan bukan puding. Walaupun tekstur dia macam jeli pun ada. Puding pun ada. Dah entahlah. Janji sedap. Ehhh.

Akak dapat idea nak buat tu sebab biras pernah buat dulu masa ada makan-makan kat rumah mil. Senang dan kos pun tak besar sangat.

1 peket serbuk dadih tu dalam RM6 ke RM7 gitu. Brand NBI. Biras akak kata cari brand Happy Grass. Entah hasben akak tak jumpa pulak. Tapi corak peketnya macam sama je. Ke tukor nama? Entoh.

Lepas tu untuk 1 peket serbuk dadih kena guna 1 tin susu cair. Gula dalam 100 g. Air 3 liter. Boleh la dapat dalam 30 ke 40 bekas plastik yang kecik tu.

Sesuai la nak buat menu moreh.

Mula-mula akak buat tu nebes gak sebab takut tak jadi. Maklumlah ni first time. Tapi bila dah masuk fridge, dah memejal sikit, bila rasa... wah sedap jugok. Hihi

Anak-anak kemain seronok makan. Dah nampak benor ummi nye tak pernah buat. Haha

Hasben beli perisa oren, keladi dengan laici. Untuk dihantar ke masjid ni, akak buat perisa oren dengan keladi je. Laici tu lain kali buat.

So far sedap jugaklah. U ols pun boleh buat untuk berbuka ke moreh ke. Sejuk sejuk sedap.



Sekian laporan dadih. Haha!

29.5.17

Nota Syukur 10: Duit Raya

Teks: Zaila Hafni
Imej: UrbanEdge Publishing

Seronok mula puasa tahun ni sebab on weekend kan, yang mana maksudnya hasben ada kat rumah. Hehe

Tapi memasak beria untuk sahur ke berbuka, kitorang tetap simple aje.

Alhamdulillah.

Anak pun syok sama berbuka walaupun tak puasa haha baru 5 tahun. Tapi the togetherness kat meja makan tu best. Sekali dengan baby. Kalau hari biasa, makan ikut dan kadang tu.

Setakat 2 hari ni, tak ke mana-mana pasar ramadan pun. Lagi puas masak sendiri walaupun taklah semenggah mana. Janji boleh makan, alhamdulillah ada rezeki berbuka.

Ni akak tengah nak habiskan 1 editing job, dan nak kena pulun menulis 5 artikel lagi ni. Semoga Allah beri lagi peluang akak untuk tambah duit raya, dapat jugak la tolong ekonomi keluarga sedikit sebanyak. Akak seronok dapat pegang duit sendiri walaupun tidaklah besar mana. Syukur.



Semoga kita semua pun Allah murahkan rezeki. Duit, sihat, anak-anak. Kena banyak doa bulan puasa ni. Jom kita sama-sama!

27.5.17

Puasa Hari Pertama

Teks: Zaila Hafni
Imej: resep fitri

Semalam, hasben pertama kalinya bertarawih kat masjid kat rumah baru ni. Balik dekat pukul 10 lebih juga, rupanya 20 rakaat. Hehe

Katanya, sekarang setiap masjid diarahkan buat tarawih 20 rakaat. Dan tak boleh import imam luar untuk tarawih. Kena orang tempatan ataupun budak tahfiz. Gitew.

Malam ni akan start dah la moreh. Lorong kitorang kena bagi sumbangan makanan untuk moreh malam ni. Akak nak buat puding je. Mesti sedap makan lepas tarawih. Hehe. Nanti hasben bawak pi masjid.


Gambar hiasan saje. Akak buat puding takde la meriah cam gini haaa.

Pagi tadi sahur makan roti cicah ayam cincang masak paprik. Haaa kau hado? Hasben sahur overnight oat. Alhamdulillah setakat ni masih bertahan. Dan kitorang supplement dengan vitamin C dan B Complex juga.

Berbuka, tak tahulah lagi menu apa.

Cuaca pun tak panas sangat, ala sendu juga ni. Makanya akak entah dah berapa kali tido bangun. Haha.

Selamat berpuasa hari pertama. Ramai berbuka kat kampung ni khennnnn... untunglahhhhh