29.4.17

Nota Syukur 2: Edible Plants



Akak ni, ada juga cita-cita nak berkebun bandar. At least nak jugalah tanam pokok herba. Yang kita selalu dok guna kan. Ni takde lah nak guna sehelai dua daun kunyit, seketul dua halia -- semua nak kena beli segenggam kat kedai.

Pernah nak buat tahun lepas. Tapi terkandas di tengah jalan. Bila akak dok mabuk pregnant anak no 3, akak tak lalu langsung nak siram atau nak boh baja bagai. Mati kekeringan daun limau dan daun kari akak. Huhu.

Ni, Allah bagi peluang lagi. Pindah ke rumah yang ada tanah dan siap pokok lagi. Tinggal nak dijaga saja.

http://lifeisaboutsharingstories.blogspot.com
Pokok pandan

Pokok pegaga


Rezeki. Syukur.

Mintak-mintak Allah bagi kerajinan juga, nak jaga dan bela pokok-pokok yang sedia ada ni.

Syok nya ada edible garden!

Niat di hati nan suci, nak tanam halia, tomato dan daun kunyit. Kita tengoklah macamana dia punya pergi nanti.

28.4.17

Nota Syukur 1: Pindah



Alhamdulillah, akhirnya selesai urusan pindah rumah. Dah hampir seminggu dok rumah baru dan masih dalam fasa beradaptasi.

Sumber: Rentlingo

Setakat ni, ok lah nampaknya. Keja mengemas la yang tak pasti bila nak sudah.

Pindah tidaklah jauh mana, masih di negeri yang sama cuma berbeza daerah. Kali ni tak pening sangat cari rumah sebab ikut hasben. Akak folo je mana dia nak duduk, yang penting dia selesa untuk ulang alik keja. Akak dok rumah mana pun, kerja akak still sama. Jual buku online. Menulis. Memana pun boleh janji ada line internet (kalau line laju tu bonus la).

Anak-anak nampaknya ok juga. Masih dalam fasa adaptasi. Cuma seronok la depa bila ada ruang boleh nak berlari-larian. Akak pulak, seronok tengok ada pokok pandan, pokok nyok, serai, daun kari, mengkudu, pegaga tepi rumah ni. Hasben akak pun suka bila rumah ada tanah untuk berkebun bandar.

Harapnya lama sikit dapat stay sini. Penat ooo pindah randah. Huhu.

20.4.17

Lawa Macam Nora

Teks: Zaila Hafni

Uii lepas dok viral pasal #krimkilo hari tu,  akak pun tumpang sama la search hashtag tu nak tengok apa keberhasilan dia.

Peh. Berlambak weh!

Takut pun ada. Gila senang nak jadi 'founder' produk. Pek krim-krim tu masuk bekas, tampal stiker, juai le. Yang akak baru tau, lipstick matte tu pun bulih jadi oi.

Yang jual bekas pun kemain lawa ha. Bekas yang nak krim tu la. Bukan seller nye haha.  Aduhai. Memang la orang mudah tertipah eh tertipu.

Sepanjang hidop akak ni, tak pernah try lagi skincare or kosmetik yang hmm beli secara online gini. Tak berani. Tak yakin pun ya. Dan akak bukan la orang yang nak sangat sangat muka ploles, putih gebu tanpa mengira produk yang diguna.

Tak banyak sikit memang la mau jugak muka lawa (yolah sapa yang nak muka huduh) tapi akak lebih percaya kepada konsep biar lambat asal selamat dan guna produk yang diyakini sajo. Contohnya produk yang dibeli di drugstore. Ni barang nak tepek kat muka oi. Elok muka cantik bersih berseri sekali punah ranah, di mana kan ku cari ganti?

Dan masalah paling besar dan bahaya, kandungan bahan terlarang. Dah serap masuk dalam kulit, ada dalam badan. Ngeri weh ngeri.

Mujur la akak ni jenis yang tak mudah tergoda dek muka ploles, licin putih bagai ni. Kalau tak parah jugak la kot.

Akak dari dulu memang guna cleanser je. Toner, moisturiser ikut suka hati. Mekap memang takde. Semata bedak kompak (hat murah je pun) dengan lipstick tu pun kekadang lip balm yang ada kaler je. Kahkah tengok betapa simple hidup muka akak.

Bukanlah bermakna tak sayang muka tapi entah. Takdan nak kelebet muka pun haih. La ni pun untung kalau cuci muka. Malas nau. Hahaha

Setakat yang akak penah guna - Safi, Simplysiti. Hat pelik-pelik tak pernah la.

Tapi akak perasan, muka nak bersih kurang jerawat ni, lagi elok dari dalam. Bukan semata asyik dok kelebet or tepek macam-macam krim.

Konsisten makan vitamin C. Kalau ada bajet lebih, ambik protein powder. Air putih kena minum banyak. Kombinasi ni pun dah cukup ok nak bagi hilang parut dan kurangkan penternakan jerawat. Tapi kena sabaq le. Kesannya makan bulan. Dan kena konsisten.

Apapun nak pilih produk untuk muka ni especially, cerewetkanlah diri sikit. Kulit muka ni sensitip. Kalau dah muka pecah nanti apa pun tak boleh. Huhuhu

Now akak teringin nak beli skincare hat mahai sikit. Mahai pun sebab dia ada landmark study dan kajian klinikal dan berlambak research yang dah dibuat. Tunggu akak kumpoi duit dulu. Beli dan try. Kalau ploles baru akak share. Kalau dak nan hado. Cuci muka dengan Safi Rania dulu ye. Kehkehkeh