Alhamdulillah, akhirnya selesai urusan pindah rumah. Dah hampir seminggu dok rumah baru dan masih dalam fasa beradaptasi.
Sumber: Rentlingo |
Setakat ni, ok lah nampaknya. Keja mengemas la yang tak pasti bila nak sudah.
Pindah tidaklah jauh mana, masih di negeri yang sama cuma berbeza daerah. Kali ni tak pening sangat cari rumah sebab ikut hasben. Akak folo je mana dia nak duduk, yang penting dia selesa untuk ulang alik keja. Akak dok rumah mana pun, kerja akak still sama. Jual buku online. Menulis. Memana pun boleh janji ada line internet (kalau line laju tu bonus la).
Anak-anak nampaknya ok juga. Masih dalam fasa adaptasi. Cuma seronok la depa bila ada ruang boleh nak berlari-larian. Akak pulak, seronok tengok ada pokok pandan, pokok nyok, serai, daun kari, mengkudu, pegaga tepi rumah ni. Hasben akak pun suka bila rumah ada tanah untuk berkebun bandar.
Harapnya lama sikit dapat stay sini. Penat ooo pindah randah. Huhu.
No comments:
Post a Comment
Ada soalan? Komen di sini.