15.9.14

Makan Malam yang Tak Menggemukkan

Teks: Zaila Hafni
Foto: freeimages.com

Selamat Hari Isnin! Bekerja hari ini, esok cuti...yayyyy! Selamat Hari Malaysia in advance :D

Nak kongsi cerita pasal makan lewat malam. Selalu tak rasa craving tengah malam atau sebelum tidur? Kadang tu ada masa rasa nak mengunyah je. Kadang nak diet tapi salah percaturan, lapar pulak tengah malam tapi nak makan kang lagi la gemuk.

Oh dilema...dilema.

Ada rahsia dan cara nak makan lewat malam aka sebelum tidur. Yang pasti, kena pilih cara yang betul. Bukan makan burger ayam atau pizza. Ops!

Kalau kita terasa sangat nak mengunyah atau nak makan sesuatu, muslihatnya adalah dengan memilih makanan yang takkan meningkatkan tahap glukosa darah, takkan meningkatkan lagi selera sekaligus menaikkan berat badan.

Pilihan kombo snek berikut ringkas dan ringan tetapi cukup kenyang untuk anda lalui malam tanpa perut berkeroncong. Insya Allah.



Pilihan 1: Sebiji pisang saiz sederhana + 1 sudu besar mentega badam (nanti Google mana nak cari mentega badam nih).

Pilihan 2: Sebiji epal saiz sederhana + 1 oz keju rendah lemak (oz, oz ni macam buat susu anak pulak hehe)

Pilihan 3: Suku cawan kacang hitam + 1 cawan kecil tortilla jagung (pilihan yang sangat asing tapi boleh dicuba oleh orang yang gemar kelainan)

Pilihan 4: Secawan bluberi + 6-8 oz yogurt tanpa lemak (salad bluberi gitu)

Pilihan 5: Secawan jejari lobak merah + 3 sudu besar hummus (pilihan yang agak biasa dan boleh diamalkan ni)

Dah tentu la nampak pelik dengan variasi snek macam ni, maklumlah dapat inspirasi ni daripada orang bukan Malaysia. Ni cadangan saja, kita boleh sesuaikan dengan snek sihat yang kita ada. 

Jangan la pi makan roti canai kedai mamak plak ye. Hehe.

Makan malam tak ada salah pun. Tapi dengan cara dan pilih makanan yang betul. 

Nak kurus dengan sihat dan tahan lama 'kekurusan' itu, boleh PM saya untuk tahu cara :D

Zaila
019-4603094


15.8.14

Motivasi Jumaat

Carilah motivasi anda.

Sama ada individu, persekitaran, lagu atau benda.

Motivasi perlu dicari dan dipupuk.

Dan perlu dibaja.

Hilang motivasi, hilang semangat.

Jangan biarkan ia hilang.

11.8.14

Semerbak Bau Asam Pedas Pari

Apa saja yang mak kita masak walaupun yang seringkas mungkin mesti sedap di mulut kita. Makan bertambah. Pasti.

Lagi-lagi kalau mak masakkan apa yang kita suka.

Asam pedas ikan pari, contohnya.

Tapi versi arwah mak saya dengan versi mak mertua saya tak sama. Jauh berbeza sebab satu versi utara, satu versi selatan. Saya yang selama ni hanya tahu asam pedas adalah yang jenis rebus. Pernah cuba nak masak tapi tengok resipi jenis tumis. Baru saya tahu rupanya ada dua versi asam pedas ��

Walau apapun, kedua-duanya sama sedap. Kedua-duanya dimasak dengan ikhlas dan kasih sayang. Cukup rencah dan rasanya.

Walaupun masakan saya tak sesedap kedua-dua mak saya, tapi saya tetap akan usahakan supaya anak saya akan merasa sama macam yang saya rasa terhadap masakan mak-mak saya. Cuma perlu rajin untuk masak ��

Berbalik kepada asam pedas, bahan utama kan daun kesum dan bunga kantan. Daun kesum - saya suka baunya. Bau laksa. Bunga kantan... harga terkini RM4.90 sekuntum. Bayangkan naik 4, 5 kali ganda dek permintaan melebihi pengeluaran. Tapi nak jugak masak terpaksa la pejam mata.

Asam pedas, versi utara lebih sihat pada pandangan saya sebab teknik masaknya merebus. Tak diguna minyak. Asam pedas versi melaka/selatan jenis tumis. Tapi kedua-duanya ada kesedapan tersendiri. Kena pandai sesuaikan masam dan pedasnya yang mana kadang-kadang saya juga masih belajar nak imbangkan rasa masakan.

Jom sama-sama kita masak untuk keluarga kita. Walaupun ringkas, tak sempurna atau tidaklah sesedap mana, yang penting pahala untuk mak kerana sediakan makanan untuk keluarga juga satu ibadah. Serta mengeratkan kasih sayang keluarga selain makanan dimasak terjamin kebersihannya.

Amboi semerbak bau asam pedas mertua saya. Oklah nak berguru dengan beliau pula ni ��