30.7.14

Raya Orang Jawa

Suami saya daripada keluarga Jawa. Maklum kita tahu, orang Jawa banyak adat tradisi dan kebiasaan dan juga kepelbagaian makanan. Kalau dulu, yang saya tahu dan suka makan hanyalah tempe. Sekarang ni? Dah macam-macam.

Raya orang Jawa dengan raya orang melayu kebanyakan macam saya di Utara nun dah tentu la tak sama. Dari segi makanan. Raya ni asyik cerita makanan aje kan. Sinonim katanya. Apapun jangan dilupa saudara kita di Gaza sana yang masih bertempur dengan Zionis laknatullah. Doakan keselamatan dan kemenangan untuk umat Islam Palestin.

Raya tahun pertama sebagai menantu orang Jawa...balik kampung di Bagan Datoh. Betul-betul kampung original. Ada la sikit sama dengan suasana kampung sendiri. Dah memang asal pun orang kampung juga saya ni. Jadi seronok. Tahun ni dah masuk tahun ketiga. Alhamdulillah :)

Menu hari raya orang Jawa:

1. Pecal. Kebanyakan rumah akan menjamu pecal. Yang beza sayur-sayuran yang diguna dan dah tentu rasanya. Tapi semua sedap. Selalunya kuah pecal dah disedia kering... nak makan tinggal bancuh dengan air panas je.

2. Nasi impit, kuah lodeh, kuah kacang. Ada yang masak ayam masak merah juga.

3. Rendang ayam. Biasalah kan. Tahun ni tahun ketiga, rendang ayam saya dan suami masakkan. Tahun sebelum, mak yang buat rendang ayam pencen.

4. Lemang. Signature cuisine hari raya.

Nak cari ketupat palas, atau lemang, memang tak ada. Baru saya tau budayanya berbeza. Selalunya dijamu dengan menu macam kat atas. Atau hidangan nasi dan wajib ada sambal tahun. Inilah saya dan ipar saya cari bila menziarah rumah mak-mak sedara. Satu lagi signature dish Jawa tu. Selain tu yang best kerepek sedap-sedap. Buat sendiri katakan.

Dari satu segi, elok juga menu macam ni sebab taklah terlalu banyak makan pulut, santan dan berlemak. Mungkin kuah lodeh jelah kot yang bersantan sikit.

Walaupun macam tu, dah makan tak henti-henti...lagi dan lagi memang mengundang perut tak selesa. Dan boleh naik berat badan balik. Jadi berjaga-jaga dengan pengambilan makanan.

Nak lagi baik, puasa enam ye.


2.6.14

Misi 5 Pagi: Jom Mulakan!

Saya memang berniat nak bangun awal dan boleh gerak awal ke tempat kerja tanpa sakit hati terkejar-kejar.

Bukan apa, bila dah lambat, akan jadi semakin lambat dan belum pun mula kerja, saya dah berpeluh-peluh dan penat. Lagi stres kalau tak sempat sarapan. Atau sarapan dalam keadaan kelam-kabut. Habis rosak satu hari saya.

Suami pun dah pesan, bangun awal, siap urusan awal sebelum si kecik saya tu bangun. Senang takde gangguan. Paling tidak, dia akan merengek nak susu bila nak Subuh. Dan memang betul, bangun awal sikit daripada biasa, banyak urusan boleh diselesaikan dan kita tak serabut.

Saya pernah ternampak di FB - Kelab 4.00 Pagi. Wow. Bangun seawal 4 pagi. Tapi, buat masa ni, saya boleh cuba masuk Kelab 5 Pagi dulu, dan saya ambil kesempatan bangun sahur sekali untuk ganti puasa. Dah berminggu-minggu buat cubaan nak puasa, tapi ada saja alasan dan halangan. Terbaru, batuk dan tonsil bengkak. Sayang tak dapat sehari pun puasa dalam bulan Rejab.

Misi terus di bulan Syaaban. Masih sempat dan perlu mula untuk sedia dengan Ramadan.

Push factor saya untuk bangun jam 5: Nak sahur. Saya tak boleh nak puasa tanpa sahur. Meskipun hanya minum air masak segelas. Dan pagi ini, alhamdulillah hari pertama Misi 5 Pagi (M5P) saya bersahur dengan roti, telur hancur, kurma badam, dan air masak 2 gelas. 

Tak lupa, multivitamin Vitalea 2 biji untuk maintain tenaga sepanjang puasa hari ini.

Itu pun plan asal nak terus masak nasi dan sup ayam siap-siap untuk berbuka nanti tapi tak sempat sebab sibuk snap gambar kuih raya nak update blog dan Whatsapp kawan-kawan nanti. Almaklum lah hari ni nak letak semua sampel kuih raya tu kat tempat kerja, kalau tak diambil gambar siap-siap, melepas la jawabnya. Hihi.

#sayajualkuihraya

Berbalik ke Kelab 5 Pagi, banyak faedah bangun awal ni, especially sebelum Subuh. Banyak kerja boleh buat semasa minda masih fresh. Tenaga masih tinggi. Banyak CEO dan big shot company besar yang non-Muslim pun bangun awal, apatah lagi kita Muslim yang amat dituntut bangun awal pagi untuk solat tahajjud. Insya Allah.

Selain nak bersedia untuk bulan puasa, saya nak latih diri biasakan dengan bangun 5 pagi walaupun selepas puasa-raya. Bisnes saya perlukan perancangan dan strategi. Dan saya perlu manfaatkan setiap masa yang saya ada dengan semaksimum mungkin. Saya juga tahu saya mampu, dan buang jauh-jauh sifat malas dan bagi alasan yang sangat merugikan itu.

Jom sama-sama dengan saya! 

#misi5pagi
#M5P