Skip to main content

Posts

Aktiviti Cuti Sekolah: English Worksheet by Teacher Fiera and Miss Ash

Kalau nak anak-anak seronok buat latihan English, boleh cuba worksheet yang dibuat oleh Teacher Fiera dan Miss Ash. Contoh soalan oleh Teacher Fiera. Contoh latihan oleh Miss Ash. Kat sekolah anak-anak Akak pun guna latihan daripada cikgu berdua ni juga kadang-kadang. Pernah dulu memang buku kerja tu beli yang Teacher Fiera punya.  Akak sendiri pun suka guna sebab jelas, menarik dan anak mudah faham. Tulisannya cukup besar, grafiknya pun sesuai dengan anak-anak. Latihannya pun anak mudah nak faham, ruang jawapan pun cukup besar nak menulis. Selain tu, silibus memang ikut buku teks, jadi anak-anak patut biasa je belajar sama macam kat sekolah. Akak download versi pdf yang percuma saja. Tapi kalau nak latihan yang lebih banyak dan komprehensif boleh je beli buku cikgu-cikgu ni. Boleh tengok info di website Teacher Fiera dan Miss Ash . Boleh join channel atau media sosial diorang untuk tahu perkembangan, nak beli buku atau nak guna mana-mana bahan bantuan mengajar untuk English. Nak ...

Aktiviti Cuti Sekolah: Kem Muslim Superb

Nasib baiklah kem untuk anak-anak dibuat pada minggu pertama cuti sekolah. Jadi tak adalah diorang malas-malas sangat sebab belum nak vibe cuti tu kan. 4 hari anak hadir ke Kem Muslim Superb ni, tempatnya di Sekolah Rendah Islam Integrasi Az- Zikri, Puchong Permai. Tempatnya selesa, ustaz dan ustazahnya okey, yuran kem pun alhamdulillah berpatutan untuk 4 hari. Seronok anak-anak kata. Banyak input, ilmu baharu, kawan-kawan baharu, kemahiran baharu. Balik je macam-macam cerita. Alhamdulillah, ada juga pengisian bermanfaat dalam cuti ni. Belajar masak menu yang simple (kek batik, cornflakes madu, lempeng), pengurusan jenazah, asas memanah, solat Dhuha, asas akhlak, bengkel jawi. Sebenarnya tempat kem ni, sekolah rendah islam integrasi. Baru je buka.  Kalau nak hantar anak ke sekolah yang ajar silibus KPM dan JAIS sekaligus, bolehlah hantar ke sini. Tapi buat masa ni untuk Tahun 1 dan 2 je dulu.  Senang kat sini sebab sekolahnya dekat dengan kedai (Mr DIY, 99 Speedmart, 7-Eleven,...

Aktiviti Cuti Sekolah: Jadual Harian Semasa Cuti

Anak-anak dah selesai Kem Muslim Superb selama 4 hari minggu pertama cuti sekolah. Jadi, minggu kedua ni, Akak kena plan sendirilah apa yang diorang nak kena buat di rumah. Memang dah lama husband kata buatkan jadual untuk anak-anak, kalau tidak memang ke laut lah masing-masing mengadap game dan Youtube saja *sigh* Akak ada juga save jadual kawan-kawan lain yang diorang buat untuk anak-anak diorang, so Akak adalah idea sikit. Buka Canva, pilih template 'kids schedule' yang paling berkenan. Zup zap masukkan semua yang Akak nak anak buat, print. Ha settle. Anak-anak pun hairan macam mana cantik sangat jadual diorang ni siap ada nama masing-masing. Haha the power of Canva kan. Apa susah... Akak print colour, then tampal depan  pintu bilik. Diorang tak tentu hala nak buat apa, akak suruh refer jadual, senang. Sebenarnya panduan untuk Akak sendiri juga. Kadang-kadnag Akak pun ralit dengan kerja sendiri, anak-anak terkontang-kanting last sekali cuti sekolah habis macam tu je.  Ini c...

Bosan Kayuh Basikal Senaman (Indoor Bike)? Cuba Tip Ini

Akak ada satu indoor bike. Beli masa zaman PKP, dengan harapan besar supaya masyarakat kat rumah ni rajin-rajin bersenam biarpun tak boleh keluar rumah dan beriadah. Husband beli bike yang agak mampu miliklah masa tu, terpengaruh dengan adik sebenarnya. Haha Berguna juga cuma sekarang ni agak dipandang sepi dan kadang-kadang lupa dia indoor bike sebab menyamar jadi tempat gantung baju!  Gambar hiasan. Model bike akak lebih kurang macam nilah. Sempoi je. Waktu beli tu rasanya tak lebih RM300 kat Shopee. Walau bagaimana jarang guna sekalipun, nak let go dia agak berat hati. Benda dah ada kan. Masih elok lagi pun. Cuma nak konsisten guna tu agak mencabar sebab cepat boring wei. Kayuh-kayuh kat situ jugak ha (eleh... kalau treadmill pun samalah kan?) Sebenarnya indoor bike ni boleh jadi tool yang sangat berguna kalau nak kurus. Cuma kena pandai cari cara untuk jadikan indoor cycling ni menarik. Tip-tip ni yang akak pernah guna: 1. Sambil kayuh, sambil pasang video Youtube daripada poin...

Ada Masalah Kereta, Tak Tahu Punca, Boleh Check di Bengkel FZ Automobile, Tempat Menunggu Pun Selesa!

Kadang-kadang kereta ni misteri juga. Dah tukar macam-macam komponen pun, ada masanya tak kena juga. Biasalah kereta kan complicated sikit, banyak benda bersangkut-paut. Dah bawa ke bengkel pun kadang-kadang berulang lagi masalah yang sama. Satu bengkel kereta yang akak boleh recommend, FZ Automobile di Puchong. Pekerja-pekerjanya semua mesra, kita cakap je apa masalah kereta, diorang akan cuba sampai selesai. Itu satu. Satu lagi, tempat menunggu untuk pelanggan pun selesa. Bengkel pun bersih. Ownernya Melayu. Pekerja semua pun yang akak nampak setakat ni semua Melayu juga. Sementara nak tunggu kereta tengah baiki, boleh minum kopi dulu. Percuma. Ada mesin kopi Aristo. Air kotak pun ada. Gula-gula, limau mandarin pun ada kat meja sebelah lagi akak lupa nak ambik gambar. Biliknya takde aircond, tapi sejuk sebab kipas kecik yang power tu. Brand Mugen. Speed Medium pun kuat juga anginnya. Dan bilik tu dipasang juga ventilating fan, so taklah berbahang panas sangat. Ada sofa dan kerusi bol...

Tip Goreng Bihun Supaya Tak Hancur

Selalu kalau ada tetamu, menu kat rumah mak mentua mesti mi goreng. Bukan apa, senang. Dan kebanyakan orang pun makan je mi. Jadi boleh kata setiap kali ada tetamu yang tetiba call kata nak sampai, memang itulah menu pilihan. Hari tu, ada mak-mak sedara nak datang. Mula-mula tu kitorang decide nak goreng mi juga. Tapi last-last akak cakap kat husband, buat bihun gorenglah pulak. Tukar selera. Jadi akak tolong masakkan bihun goreng putih aka bihun goreng Singapore.  Husband tolong gorengkan drumet ayam dan jejari ayam. Bihun goreng putih ni akak selalu masak juga dulu kalau tetamu datang. Sebab akak suka bihun dan pada akak bihun macam ni, orang tua dan budak-budak pun boleh makan selain bahan dia mudah je. Cuma tricknya tu kena pastikan bihun tak hancur. Kalau tak, jadi lembik dan tak sedap. Tip tak nak bihun hancur masa goreng: Rendam bihun kering dalam air paip je. Cukup asal dah lembut sikit dan dah tukar warna putih. Kalau kering, warna putih kan? Ha lepas tu toskan.  Kala...

Menu Sihat: Roti Telur Goyang

Antara sarapan sihat yang akak suka, roti wholemeal dengan telur. Sayur tengoklah apa yang ada di rumah, biasanya paling kurang timun. Kadang-kadang daun salad.  Telur goyang suku masak ni pun senang yakmat nak buatnya. Guna bekas kuning tu. Tinggal tuang air mendidih je, tunggu. Ni agaknya air betul-betul baru mendidih, telur kuning dia well done wei. Haha Roti wholemeal akak ambik sekeping je. Alaskan dengan timun, tomato, pecahkan telur suku masak kat atas. Tabur black pepper. Siap. Terpantas boleh makan. Gini pun kenyang lama, alhamdulillah. Sebab wholemeal kan, ada sayur pulak. Telur tu kalau tambah 1 biji lagi lagi nyamannnn hahaha