Skip to main content

Posts

Senaman Impak Rendah 20 Minit Sehari

Menyedari diri makin gemuk dan berbonjol di sana sini, maka akak terpaksa merajinkan diri bersenam. Makan pun jaga juga, tapi banyaknya cheat day daripada true day! Kah kah Takpe, one step at the time okey. Sebab akak dah lama meninggalkan arena mem-fitkan diri, maka nak mula balik tu mencabar juga. Jadi akak pilih senaman yang impak rendah (low impact) saja dulu. Akak mula dengan senaman kardio untuk beginner. Kalau kita baru nak mula atau dah lama tak bersenam, jangan bercita-cita tinggi sangat ikut yang ekstrim. Tak terbawa nanti. Sakit badan sana sini, risau terus putus asa je nanti terus serik nak bersenam. Jadi, ikut kemampuan badan ye dan mula runcit-runcit dulu okey. Ada banyak video boleh cari di Youtube. Ini akak kongsikan satu. 20 minit saja. Tapi lepas tu tegang juga otot betis. Menderu juga peluh di dahi. Cubalah!

Welcome to Samdal-ri: Antara Sinematografi Jeju, Staf Aniaya Bos dan Suami Terpaling Sedih

Korang yang pernah atau suka tengok Hometown Cha Cha Cha, mesti akan suka juga drama Welcome to Samdal-ri. Masih mengekalkan latar belakang Pulau Jeju, jadi yang pasti sinematografi memang cantik-cantiklah. Laut, hutan, rumah kampung dan kejiranan yang cakna tentang jiran masing-masing. Memang tak tahan betoi kalau satu-satu rahsia pecah. Dapat berita ke sorang mak cik bawang, pasanglah satgi esok satu kampung dah tau cerita. Haha Drama ni macam gabungan banyak cerita pulak akak rasa. Pasal peramal cuaca - macam Forecasting Love and Weather Pasal background Jeju - tentulah Hometown Cha Cha Pasal 5 sekawan yang rapat gila - drama Hospital Playlist, pun 4 lelaki plus 1 perempuan Cho Yong-pil - pun Hospital Playlist, sebab banyak lagu depa cover dalam drama ni, salah satunya daripada penyanyi lejen Korea ni   Setakat yang akak dah tonton ni, memang best.  Antara isu dalam cerita ni: 1. Setiap orang bersedih atas kehilangan seseorang. Tak semestinya pasangannya saja. Dalam cerita ...

Menu Ekspres dan Sedap: Masak Lemak Telur dengan Kacang Panjang

Hari ni Akak tanya husband nak makan apa untuk lunch, since Akak dah tak tau nak masak apa. Anak kata, sambal telur pecah, tapi abahnya kata masak lemak telur pulak lah sebab selalu sangat dah sambal telur pecah tu. Ha okeylah, memang setujulah sebab senanggggg! Terus singgah kedai Acheh beli santan, daun kunyit, serai, kunyit hidup. Balik zas zus zas siap. Cuma sayang sikit terlebih air. Berkuah penuh periuk. Haha jadi kurang rasa lemak santan tapi okeylah. Akak letak sikit kacang panjang.  Lebih kurang macam gambar nilah. Akak tak sempat nak ambik gambar, laju habis pulak anak-anak makan masa dinner. Masa lunch tadi depa buat tak retiiiii je Kredit foto: Cookpad (Julia ALeen Aireish) Kemain anak bongsu cakap sedap, sedap. Dia suka telur tu. Hirup kuah lagi. Bertambah nasi. Akak buat tak pedas pun, letak bawang lebih (bukan versi Nismilan), guna cili merah ngan hijau je buat ghaso ghaso. Gitulah anak-anak, kalau kita tak kenalkan, tak galakkan depa makan, mungkin depa tak reti pun...

Partners in Justice: Apabila Pakar Forensik dan Pendakwa Raya Bergabung

Akak layan movie ni sebab terpengaruh tengok satu dua episod di TV2. Sebab episod tu dah tengah-tengah memang tak tahu hujung pangkallah, tapi tertarik nak tengok sebab dia berkenaan sains forensik. Bedah mayat, penyiasatan kes jenayah yang melibatkan pembunuhan. Akak actually tak suka sangat kalau cerita yang bunuh-bunuh orang ni tapi sebab dia pasal forensic and medical, akak gagahkan jugak dekkk Poster Season 1 Kredit: IMDb Memang best oi! Dan baru sedar rupanya dah 2 season. Haha ending Season 2 sangat mengundang Season 3 ye. Tazzabarrrrr Kalau rasa Season 1 punya dah thrill, tengok Season 2...lagi double thrill. Plot twist gila Yang pasti tetap Dr Baek Beom terpaling function. Biasalah ala-ala Dr House la. Dia punya instinct saja yang menyelesaikan masalah. Hahaaaaa. Nama pun drama kannnn Tapi kalau jenis seram seram ngeri tu takyahlah tengok drama ni. Dia tunjuk mayat semua lagu tu ja, cuma blurkan sikit part sensitif. Tapi, yang kita boleh belajar, macamana rupa manusia selepas ...

Sarapan Diet Paling Simple: Sandwich Telur Mata

Korang kalau tak ada banyak masa tapi nak makan kenyang dan berkhasiat, silalah cuba sandwich ni. Memang ekspres dan sedap. SANDWICH TELUR MATA Ambik roti 2 keping. Alas dengan daun salad apa-apa yang korang suka. Goreng telur mata . Angkat, letak atas roti daun salad tadi. Atur timun . Tomato pun boleh kalau suka. Sprinkle sikit lada sulah dan lada hitam kasar. Tutup dengan sekeping roti lagi. Ah siapppp! Nak buat bekal pun boleh. Masuk dalam sandwich ziplock bag atau bekas sandwich. Sihat dan mengenyangkan. Nak lagi panduan pemakanan dan diet sihat? Haa boleh dapatkan buku resipi ni. ++ Ada 30 jenis resipi diet yang  sihat dan rendah kalori. ++ Ada resipi nasi, mi, pasta, lauk-pauk dan roti. ++ Tip tentang kalori makanan yang kita sering ambil. ++ Diolah dan dihasilkan oleh jurulatih penurunan berat badan  (Aizat Razak dan Sharini Sepuan - Keknie) KLIK SINI UNTUK PESAN BUKU INI.

3 Kaedah Nikmati Tortilla Wrap: Gulung, Lipat dan Balut

Korang, kalau nak sarapan sihat, ok juga cuba wrap ni. Tapi kalau nak dibuat lunch atau dinner pun ok, alah sedap jugaaa... Akak pernah try macam-macam style lipat. Depend inti apa yang Akak ada, depend selera dan mood Akak masa tu. Yang pasti, dengan wrap ni, boleh hasilkan pelbagai menu. Ini Akak highlightkan tiga cara nak nikmati tortilla wrap. Kaedah 1: Gulung (Wrap tampal gulung) Pecahkan telur, goreng dalam kuali leper. Lepas tu terus letak wrap masa telur masih setengah masak, barulah telur boleh ditampal pada wrap tu. Lepas tu terbalikkan, then sapu sos atau mayonis, kemudian gulung je. Siap. Kredit: Iza Abu Bakar Kaedah 2: Lipat (Wrap Ayam Cheese) Bentangkan wrap, potong sampai tengah. Lepas tu letak cheese kat 1/4 pertama, ayam dan sos pada 1/4 kedua, sayur-sayur pada 1/4 seterusnya. Lipat satu demi satu macam dalam gambar. Last akan jadi bentuk segitiga. Boleh terus makan atau kalau nak bakar kejap pun boleh. Kredit: Eat North Kaedah 3: Balut (Wrap Ayam) Ni kaedah paling bia...

Sate Hut, Bukan Sekadar Sate Je!

Nama restoran Sate Hut, dah tentulah kedai sate kan. Tapi di luar kedai ada tergantung banner yang katanya "Bukan Sekadar Sate"... diiringi pelbagai menu lain macam mi kari, nasi ayam, laksa dan macam-macam lagi. Meriah rupanya menu dia, tak terhad pada sate je. Ini sate ayam dan daging. Timun, bawang selambak tak kedekut fresh fresh lagi. Kuah kacang dalam mangkuk besar siap senduk dan mangkuk kecik. Konsep style Sate Kajang, cedok kuah masing-masing. Puas hati kuahnya banyak dan tak pedas sangat. Cuma akak rasa agak cair, susah nak berpalut kat sate, jadi nak makan tu meleleh-leleh kuahnya. Adehhh.. nasib baik ada mangkuk kecik. Hehe Satenya sedap. Terasa perapannya. Mungkin perap semalaman kot. Bakar pun sedang elok, tak keras dan tak hangit sangat. Sesedap rasa. Betullah sate cita rasa klasik, saiz sate pun taklah besor gedabak atau kecik sangat. Okeylah sekali ngap seketul seketul tu. Harga 1 cucuk dalam RM1.30 (ayam) dan RM1.40 (daging) kalau tak salah. Rasa...