Skip to main content

Posts

3 Sebab Utama Susah Kurus dan Cara Atasinya

Akak dalam fasa restart misi kurus akak. Dalam pada dah berjaya turunkan hampir 6 kg dalam 3 bulan, akak tak jaga makan dan work out, naik balik 3 kg. Huwaaaaa! Sempena bulan Rejab yang mulia ni, akak nak istiqomah kurus balik. Ada 3 bulan lagi Rejab, Syaaban, Ramadan untuk baiki cara pemakanan dan jaga badan sebelum Syawal. U know what I mean right? To look good in Raya pictures, of course! Diri sendiri pun geram tengok perut ke depan. Beli dah bengkung tapi rasa sesak ya robbi sebab ukur lilit melampau. Kah kah keji betui. Tak apa, tak apa. Actually bukan tak reti atau tak tahu nak jaga makan tapi napesu mengatasi. Burok perangai betui lah. Nah akak share 3 sebab utama orang susah nak kurus, siap dengan cara nak atasi masalah tu sekali. Harapannya akak insaf lah sebab penat tulis ni. Dan jangan kecam akak yang belum kurus ni tawww. Akak pun kesentapan masa nak menulis ni ha. Sumber: health.harvard.edu SEBAB PERTAMA: IKUT NAFSU Kita dah cukup makan tapi dok ikut n...

6 Tumbuhan Terbaik untuk Diletak dalam Rumah

Akak ralit dok baca NST, terjumpa 1 artikel yang share pasal tumbuhan yang bagus diletak dalam rumah bukan hanya sebagai hiasan malahan membantu membersihkan udara persekitaran dan dalaman rumah. Rupanya bila letak indoor plants ni, kajian ada mengatakan mampu tingkatkan produktiviti dan kreativiti juga. Ini 6 indoor plants terbaik yang dikongsikan oleh Kathy B. dalam kolum Home Improvement, NST, Feb 28, 2019. 1. Dieffenbachia 2. Pothos 3. Aloe vera 4. Spider plant 5. Jade plant 6. Ficus Bolehlah cari indoor plants ni untuk baiki kualiti udara di rumah sekaligus mencantikkan rumah. Ini pula pokok-pokok yang bagus untuk menapis udara dalam rumah. Bolehlah cuba.

Kenali Tanda Keracunan Makanan

Pagi ni, tak menahan-nahan akak nak ke toilet. Perut memulas, isi perut tak sesabar nak keluar. Peluh menderu-deru habis lencun kepala. Lepas tu loya tapi mujur tak muntah. Aduh, agaknya food poisoning gini ni. Akak pernah kena lagi teruk dari ni. Azab jugaklah lemah lembik badan oi. Tadi akak google saja nak check betul ke simptom yang akak alami ni sebab food poisoning. Maka ini dapatan akak. KERACUNAN MAKANAN Sumber: www.mohklik.moh.gov.my Apa itu keracunan makanan? Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk). Apa yang menyebabkan keracunan makanan? Punca keracunan makanan: 1. Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus 2. Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai 3. Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum 4. Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawa...

Elseve Express Hair Refresher

Akak payah nak jumpa produk rambut yang akak sesuai dengan akak. Kalau syampu tu, memang selalu gaklah tukar-tukar sebab tak ngam la tak sesuai la tak best la. Conditioner rambut pun sama gaklah cuma biasanya akak beli yang sama brand dengan syampu. Baru sedondon gitu ha. Sekarang ni ada satu produk rambut yang akak sukaaaa sangat. Mula-mula akak beli sebab murah. Labelnya tulis Express Scalp Refresher. RM5 kot kat Guardian masa tu. Produk baharu, entahlah apa kebenda tapi akak tetap nak cuba. Bila dah pakai... uiiii best uiiii! Sejukkkk rasa kulit kepala sebab dia ada menthol. Then gatal kepala pun dah kurang. Rambut pun wangi baq hang. Refresher ni ada pure clay + menthol. Bila apply kat kulit kepala akan beri rasa nyaman dan sejuk, kurangkan minyak pada rambut dan rambut lagi senang diurus. Dibuat khas untuk kulit kepala dan akar rambut berminyak. Sekarang ni harga sebotol kecil 100 ml ni dalam RM18-20 depend beli kat mana. Watson ke, Guardian ke, supermarket ke. Nak lagi be...

Misi Kurus

Dekat 2 bulan dah since akak sign up dengan personal trainer dalam misi nak  menguruskan badan. Bulan pertama alhamdulillah. Bulan kedua terbabas sikit. Bulan ketiga ni moh le kita insof kembali. Tak banyak lagi dah nak sampai target weight cuma hmmm itulah godaan sikit pun tak mampu nak tepis. Kohkoh Apapun yang tensionnya mana pi buku Eat Clean akak ni. Musykil betul hilang pi mana tak tau. Kan akak dah lost ni. Mujur ada lagi buku resipi sihat yang lain. Hehe Moh la kita buang lemak-lemak semua ni. Kata nak kurus menjelang hujung tahun khennnnn. Akak kurangkan nasi. Ratah lauk je banyak. Nasi yang ada kat rumah pun yang kurang kanji, tidaklah selera sangat nak makan. Hahahahaha tapi hasben akak suka... aku raikan je. Ngeeee

Resolusi Kurus

Akhirnya tiba Oktober. Lagi 3 bulan nak habis dah tahun 2018. Apa resolusi korang yang dah tercapai atau hampir tercapai? Kadang fikir balik rasa cepat betul dah 9 bulan berlalu, apa sajalah yang kita dah buat ye dak? Macam orang lain jugak, akak pun masukkan resolusi kurus dalam azam 2018. Tapi sepanjang tahun sejak Januari sampailah lepas raya tak insof juga. Ada percubaan tapi asyik terkandas je. Maka bukan main badan mengembang dengan jayanya.  Di saat akak dah tak muat pakai seluar kegemaran akak, baju yang selama ni selesa makin ketat sendat padat, akak dah rasa... Sudah! I can continue being like this. I want to get back my previous healthy weight, I want to fit in my old nice comfortable clothes. And most importantly I want to get rid of this belly fat. Ya ampun... silap hari bulan memang orang ingat akak pregnant padahal penuh lemak je! Starting last September, akak minta kawan akak yang ada buat personal coaching for fitness untuk train akak. Akak sign up for 1 month je, ...

Singa Lapar

Anak-anak dah tido semuanya. Baru terasa tenang, aman, nyaman, damai malam ini. Dingin pulak tu, tengah hujan. Alhamdulillah. Tadinya, dengan hiruk pikuk depa berlari sana sini. Kejap kejap nak makan. Kejap kejap kejar kejar.  Mainan bersepah-sepah. Baju tersusun tinggi yang akak lipat nak masukkan ke rak baju, roboh. Ambik plastik tepi pintu depa koyak-koyakkan dan tinggal. Kejap kejap nak minum air. Nak susu. Berebut botol air. Abang ketuk kepala adik, adik balas. Adik cucuk mata abang, abang nangis. Akak suapkan makan, diluek-luek. Nak makan sendiri. Buka peti ais, sebiji sebiji anggur diambik lepas tu bergolek atas lantai. Nampak cheese, nak cheese pulak. Akak memang dah serabut gila. Lepas susun semua baju, akak tutup lampu, terus baring atas katil. Depa diam kejap abahnya bagi tengok telepon. Tak lama dengaq dah sora meraung-raung nak tepon. Tu tandanya abah dah ambik balik dan off henpon la tu.  Akak bangun dan angkat depa masuk bilik. 10 minit diam terus. Dah memang me...