Skip to main content

Resolusi Kurus



Akhirnya tiba Oktober. Lagi 3 bulan nak habis dah tahun 2018.

Apa resolusi korang yang dah tercapai atau hampir tercapai? Kadang fikir balik rasa cepat betul dah 9 bulan berlalu, apa sajalah yang kita dah buat ye dak?

Macam orang lain jugak, akak pun masukkan resolusi kurus dalam azam 2018. Tapi sepanjang tahun sejak Januari sampailah lepas raya tak insof juga. Ada percubaan tapi asyik terkandas je. Maka bukan main badan mengembang dengan jayanya. 

Di saat akak dah tak muat pakai seluar kegemaran akak, baju yang selama ni selesa makin ketat sendat padat, akak dah rasa... Sudah! I can continue being like this. I want to get back my previous healthy weight, I want to fit in my old nice comfortable clothes. And most importantly I want to get rid of this belly fat. Ya ampun... silap hari bulan memang orang ingat akak pregnant padahal penuh lemak je!



Starting last September, akak minta kawan akak yang ada buat personal coaching for fitness untuk train akak. Akak sign up for 1 month je, seminggu sekali meaning I only have the coaching session 4 times. Jadilah tu, akak nak guide from the expert. Takdelah kejap akak aerobik, lepas tu stop sebab bosan. Kejap akak buat home work out lepas tu stop sebab macam tak efektif je. Makan pun kejap jaga banyaknya tak jaga. Gemok la kau.

After one month, upon completing the session, akak syok sangat. I managed to lose about 4 kgs and feel so excited! 

Nak turun berat tak sesukar yang dijangka bila ada guidance yang betul. Set attitude yang betul juga. Kena kuat sangat tahan nafsu selera serakah. Alhamdulillah husband gives his support dengan belikan akak yoga mat and body composition scale. When do groceries pun, dia yang selalu top up salads. Well, salad dia pun enjoy makan instead of sayur lain dia agak memilih. Itu pun faktor penting juga untuk pastikan proses 'pengkurusan' berjaya.

Akak target to achieve ideal BMI by end of this year. Another 10 kgs to shed off. 

Semoga akak terus istiqomah. Kurus untuk sihat. 




Comments

Popular Post

Resipi Sambal Tumis Tanpa Guna Cili Giling atau Cili Kisar

Pernah tak rasa nak makan sambal tumis tapi takde stok cili giling atau tak sempat nak blend cili kering kat dapur? Saya pernah. Tapi kes saya sebenarnya cari cili giling siap kat kedai tapi tak ada. Jadi dapatlah idea lain. Nak jugak masak sambal sebab masa tu dah janji dengan husband. Pusing punya pusing 1 Speedmart tu tak ada satu pun cili giling. Macamana ni...saya dah tak kuasa nak pi kedai lain. Tup tup ternampak serbuk cili. Agaknya boleh guna ni kot. Tengok kat belakang peket ada resipi sambal tumis ikan bilis.   Gambar hiasan Boleh ke ni? Rembat ajelah dulu. Nak cuba. Mana tau sedap ke. Maka balik rumah saya cuba masak. Tak yakin mulanya. Mesti tak sedap ni. Hah punya lah negatif. Saya ikut aje resipi macam yang dicadangkan. Sampailah akhirnya...eh. Nampak ok macam sambal biasa. Rasa pun sedap jugak. Yay! Berjaya buat sambal tumis akhirnya. Dan boleh je masak sambal tumis tak payah guna cili giling atau cili kisar. Haaa. Apakah lagi alasan yang membuatkan kita tak p...

Scan Baby di Klinik Ajwa Shah Alam

Di Shah Alam ni, banyak juga klinik yang ada servis scan baby atau check up pregnancy.  Akak check up biasa kat Klinik Kesihatan gomen, kat Klinik Desa dekat dengan rumah ni. Tapi sebab KD takde scanner, maka akak kena pegi GP (general practitioner) atau klinik swasta untuk scan baby. Oh, klinik gomen kalau yang bertaraf klinik kesihatan ade je scanner. Cuma nak kena set appointment awal dan selalunya ramaiiii. Maka terpaksa lah husband akak melaburkan sikit duit consultation dan scan baby tiap-tiap bulan kat GP. Akak memang kena scan baby each month sebab akak ada GDM. Kena monitor growth baby, takut besar sangat atau kecik sangat. Setakat ni alhamdulillah. Growth dan berat nampak ok, selari dengan umur dalam kandungan. Mak dia je naik berat sikit. Heh. Sebelum ni, akak biasa pegi Klinik Sofia kat Seksyen 23. Rujuk entri pos kat SINI . Tapi sebab ada satu hari tu, akak pegi Klinik Sofia tapi doktor yang in charge tu tak buat scan. Alamak, klinik mana pulak akak ...

Cara Nak Tahu Kalau Anak Salah Urat/Demam Urat

Beberapa minggu lepas, banyak aktiviti luar. Berturut-turut. Disebabkan anak-anak pun keluar masuk kereta aircond, kena panas terik kat luar... masing-masing pun tak berapa sihat minggu lepas. Yang si abang nak hampir bengkak tonsil, yang adik dedar-dedar. Adik tu dengan demam uratnya dengan nak tumbuh giginya, dengan tak sabar nak meniarap hari-hari tu yang kejap panas kejap sejuk badan dia. Tapi yang pasti memang demam atau salah urat sebab bahagian atas pinggang panas, bahagian bawah sejuk. Gitu lah simptom salah urat kat budak-budak. Ini pun belajar daripada mak mertua masa anak sulung dulu la. Pernah sekali apsal kepala sampai pinggang je panas tapi kaki sejuk budak ni. Orang muda mana nak tahu. Lepas tu bawak pergi urut lah. Kami sekeluarga ni memang dah biasa guna khidmat sorang wak urut kat Sepang. Wak ni pandai urut baby dan budak. Orang lepas bersalin pun dia urut. Jadi kami anak beranak memang selalu juga lah berurut dengan dia. Masa anak sulung dulu, belum setahun umu...