Skip to main content

Posts

Kerepek Pisang Mak Cik Gayah

Kerepek pisang yang dibuat sendiri oleh emak kepada kawan serumah, Kak Midi, memang feveret akak. Akak tak tahulah memang pisang dia jenis sedap ke, cara goreng dia ke yang membuatkan kerepek tu marvellous ke atau entahlah apa benda yang membuatkan kerepek tu yummylicious sangat sampai akak teringat-ingat. Yang pasti setelah bertahun-tahun tak dapat rasa kerepek Mak Cik Gayah, tahun ni masa gi hantar kuih raya kat Kak Midi, dapatlah kerepek tu dalam 2 balang. Yay sangat rasa hehe Gitulah kan. Walaupun hanya kerepek, tetap mampu menggembirakan akak. Sebalang tu berdesup sekejap je habis punya ralit makan. Semoga Allah murahkan rezeki Kak Midi dan keluarganya. Semoga akak diberikan rezeki untuk rasa kerepek pisang Mak Cik Gayah lagi.

Menu Wajib Raya

Sejak kahwin ni, biasanya akak memang akan sambut raya pertama kat rumah mak mentua. Iyalah, mak dengan ayah akak dah tak ada, adik beradik pun semua dok area Klang Valley ni aje. Jadi kalau nak balik kampung akak nun, paling awal petang raya pertama. Tapi lately bila adik akak dah kahwin, kami balik kampung akak kemudian sikit. Maka, rindu rinduan lah akak pada hidangan raya macam ketupat palas, rendang ayam, serunding, nasi minyak, mi kuah daging yang biasa sedara mara akak jamu di 1, 2, 3 hari raya. Akak kahwin dengan anak Jawa, jadinya menu raya we ols kalau ke rumah saudara mara adalah pecal dan soto. Tapi hidangan wajib di rumah mentua akak lain sikit. Tiap-tiap tahun wajib ada: rendang ayam, lemang, nasi himpit, kuah kacang, daging masam manis dan ayam masak merah. Kadang-kadang mak buat kuah lodeh. Biasanya hidangan dah siap sehari sebelum raya. Kami memang dah siap berbuka dengan menu-menu ni pada hari akhir puasa. Esoknya pagi raya, makan lagi. Dua tiga hari jugaklah me...

Puasa Ke Laut

Wahhh dah nak dekat separuh puasa baru akak update blog ni. Hehe bukan apa sibuk dok update blog lain. Tapi cerita hari ni nak jugak share kat blog sini. Betapa ke lautnyaaaaa puasa akak. Huhu Dua tiga hari ni, agak mencabar mau kawal napesu makan tak kira masa berbuka atau sahur. Hasben pi pasar ramadan, kemain macem-macem dibawaknya balik. Jiran pun punya sedap bagi juadah nak berbuka. Aduhaiiiiii kasihanilah perotku. Seminggu awal, alhamdulillah. Hasben tak ke pasar sangat, adapun beliau ke pasar yang runcit-runcit je yang tak banyak gerai, maka pembelian agak terhad dek pilihan yang terhad juga. Tapi sejak menjejakkan kaki ke pasar ramadan yang agak grand di kawasan ini, yang gerai-gerainya sepenuh lorong 3 blok kedai telah membuatkan beliau rambang mata lalu pelbagai juadah tiba di meja berbuka. Tak termasuk yang akak masak dan jiran bagi lagi tu. Awal-awal hari tu, akak boleh kata istiqomah makan suku suku separuh gitu khennnn tapi sekarang ni agak jahanem sikit. Mari kita...

Pocket Chia, Mudahnya Bawa Chia Seed Ke Mana-mana

Akak tak pernah makan chia seed, rasanya. Haaa tak tahulah kalau pernah ter-rasa tapi akak short term memory lost. Tapi rasanya idaklah. Tapi teringin nak makan. Ater makanan yang boleh bantu kurus ni memang terbeliak sikitlah mata khennn. Nak beli sebelum ni, tengok semua pek dan botol besar-besar. Tak habih karang membazir. Rasa tak tahu lagi macamana. Maka tergodalah akak bila ternampak botol-botol kecik ni berisi chia seed ni. Namanya pun Pocket Chia. Very the mobile, senang nak angkut ke mana-mana gituh. Saiz botolnye kecik aje, ada 4 botol dalam satu pek. Harga ni dalam RM15 gitulah. Akak beli kat Jaya Grocer. Menurut buku Sudah-sudahlah Tertipu, Menipu, Ditipu - yang ditulis oleh team Root of Science, katanya chia seed ni bukanlah kuruskan badan pun. Tapi tolong kita kawal selera makan. Ala-ala oat jugaklah. Chia seed ni bila dalam cecair dia kembang. Maka bila kita makan dia tu, penuh dan kenyang dah la rasa perut. Takdela nak melantak banyak sangat. Tapi pun kena caref...

TeacheRobik, Senamrobik Santai di Rumah yang Awesome

Video: Youtube Teacherobik Kan sebelum ni akak kata nak cuba Morning Yoga, nampak gayanya tak boleh pergilah you all. Mengantuk tahap gaban. So tinggal kenangan sekejaplah yoga ittew. Kahkah Terpengaruh dengan Teacherobik lepas nampak ada kawan share video diorang ni kat FB. Maka pagi ni akak cuba. Paling suka senamrobik yang lagu Havana ni. Movement dia memang sesuai lah ngan akak yang sendu-sendu kejap work out kejap tak ni. Dan juga bagus nak warm up balik untuk work out. Pagi-pagi buat ni sedap jugak, keluar gak peluh jahat walaupun beberapa titis. Hahaha Satu work out dalam 3 minit, jadi kenalah ikut beberapa lagu. Tadi akak cuba dalam 5-6 video, dalam 20 minit gitulah. Ok lah longgar sikit sendi-sendi ni. Segar sikit nak mulakan hari. Banding yoga tuuuuuuu. Kehkeh. You all mungkin ok dengan yoga tapi akak tak blehhhhh la. Mungkin kena berguru baru ok kot. Oklah sebab tersuka dengan TeacheRobik ni, terus akak subscribe Youtube channel diorang. ...

Kari Kepala Ikan Sedap di Restoran ZK, Kuala Lumpur

Hari tu kami sekeluarga dengan keluarga abang dan adik serta adik-beradik kakak ipar akak makan di Restoran ZK, Kuala Lumpur. Saja nak celebrate birthday anak sedara. Makan reramai, makan kek, makan brownies.  Kakak ipar dengan abang akak belanja. Alhamdulillah. Alamat dan nombor telefon Restoran ZK Restoran ni kat Jalan Kampung Attap, ke dalam sikit kawasannya tapi guna Maps, insya-Allah jumpa.  Ada dua restoran ZK, selang dalam 3-4 buah kedai aje. Satu end lot, takde air-cond. Makan dalam kedai boleh, open air pun boleh. Satu lagi kedai, air-cond. Hari tu kami makan kat kedai ZK air-cond, mujur tak ramai dan boleh muatkan kami semua around 20 orang walaupun tak reserve awal. Diorang boleh serve untuk small occassion. Nasi, lauk semua dah ready. Masa kitorang sampai pun ada juga family lain makan reramai gak.  Kari kepala ikan Kari kepala ikan ialah signature dish ZK. Ini ha rupanya. Harga sepinggan bermul...

Morning Yoga

Video: Youtube Pagi ni, tetiba datang seru untuk akak buat yoga. Actually akak nak search morning work out kat Youtube, tapi dalam suggested search tu ternampak morning yoga, lantas akak rasa nak cuba. Sebelum ni, dok buat cardio work out je, tak pernah cuba yoga ni. Baik kita cuba pagi ini tengok macamana dia punya pergi. Akak pilih 5-minutes yoga with Adriene. Kita test dulu 5 minit tengok ok ke tidak. So far ok. Ala lagipun 5 minit. Boleh la as introduction. Macam stretching mudah mudah to wake up and freshing your body gitu ha. Akak tak puas hati buat 5 minit ni je lalu akak sambung dengan 36 minutes morning yoga oleh trainer yang sama. Sementara anak masih tidur, baiklah kita teruskan ye dak. Bersambung dengan yoga lagi. Slow and steady. Stretch stretch. Relaks je. Mula-mula tu ok boleh cope lagi. Then masuk ke  stretching lebih sikit, haa dah terasa dah tegang urat-urat tengkok, urat betis semua. Kehkeh. Yoga nampak je slow tapi ...