Skip to main content

Posts

Showing posts with the label review restoran

Kari Kepala Ikan Sedap di Restoran ZK, Kuala Lumpur

Hari tu kami sekeluarga dengan keluarga abang dan adik serta adik-beradik kakak ipar akak makan di Restoran ZK, Kuala Lumpur. Saja nak celebrate birthday anak sedara. Makan reramai, makan kek, makan brownies.  Kakak ipar dengan abang akak belanja. Alhamdulillah. Alamat dan nombor telefon Restoran ZK Restoran ni kat Jalan Kampung Attap, ke dalam sikit kawasannya tapi guna Maps, insya-Allah jumpa.  Ada dua restoran ZK, selang dalam 3-4 buah kedai aje. Satu end lot, takde air-cond. Makan dalam kedai boleh, open air pun boleh. Satu lagi kedai, air-cond. Hari tu kami makan kat kedai ZK air-cond, mujur tak ramai dan boleh muatkan kami semua around 20 orang walaupun tak reserve awal. Diorang boleh serve untuk small occassion. Nasi, lauk semua dah ready. Masa kitorang sampai pun ada juga family lain makan reramai gak.  Kari kepala ikan Kari kepala ikan ialah signature dish ZK. Ini ha rupanya. Harga sepinggan bermul...

Sandwic Sedap Subway

Dulu-dulu, akak culture shock juga dengan Subway ni. Akak tak tahu nak order macamana. Haha! Macam perak (jakun) masuk kedai ni, sampailah follow hasben dia tunjukkan, baru akak reti. Memula, pilih nak menu mana satu (isi). Lepas tu pilih roti, sayur, sos dressing. Ikut suka nak yang mana, bagitau je waiter tu. Best kan? Akak biasa pilih roti Italian/ Hearty Italian. Pilih sebab nama dia Italian je pun, cam sedap. Haha. Macam-macam jenis roti ada, pilih mau yang mana. Subway ni boleh jadi alternatif menu sihat, tapi syaratnya segala dressing and sauce tu sama ada letak sikit je atau tak letak langsung. Tapi kita mesti tak boleh tahan nak letak (banyak). Takut tak sedap pulak kan padahal ok je sebenarnya. Tapi nak kata sihat sangat pun dah nama fast food, hati-hati juga dengan isi / inti tu ada yang quite salty. Pepandaila pilih. Akak tak sempat nak belek, dok kesah ke anak dok berlari-lari depan kedai. Haihhhhh Tapi, I guess Subway is a better choice...

Makanan Johor Original di Restoran Bisik-Bisik, Terbaik!

Ini back dated entry. Dah lama dah pegi makan kat sini, 2 minggu lepas kot tapi tak terupload ceritanya. Meh jamu mata tengok menu sedap kat sini. Baru jamu mata, belum jamu selera lagi tu. Kacang Pool   Memang makanan popular orang Johor ni. First time makan. Hehe. Sedap rupanya. Lepas ni boleh cuba buat sendiri tapi kalau tak jadi, kena mai makan kat sinilah jawabnya. Mi Bandung Udang Galah   Mi bandung kat sini boleh pilih nak yang biasa atau ditambah udang galah (ikut gred). Pilih mana suka. Kalau suka udang besar boleh pilih mi bandung dengan udang galah gred AA.  Otak-otak   Ini makanan masa tengah tunggu order sampai. Sedap dan fresh. Tak terlalu pedas.  Char Kuetiau Special Char kuetiau special ada kerang dan udang. Ada juga pilihan nak udang saja, kerang saja, lala atau nak semua seafood. Rasa dia memang sedap. dan portion pun cukuplah untuk sorang makan. Taklah kedekut sangat, kucai dengan tauge...

Makan-makan di Uncle K Kopitiam SACC Mall

Ini entri tertunda. Makan-makannya minggu lepas. Tapi saja lah nak share buat kenangan gitu haa. Jalan-jalan kat SACC Mall, Shah Alam nak cari makan. Pusing punya pusing, masuk ke Uncle K ni. Mula-mula nak cuba Restoran Only Mee tapi dah nak tutup. Yelah masa tu dah pukul 9 lebih, bila ada 2 group customer masuk, diorang dah letak Closed sign kat pintu. Maka kitorang pun berlalu lah ke Uncle K ni. Tertarik tengok bunting nye ada nasik lemak. Macam best je walaupun belum tentu makan nasik lemak lagi kan. Tengok orang pun takde la ramai sangat, jadinya ok la kot nak cuba. Masuk, dok kat meja dan bagi order. Husband order mee rebus johor, akak order sizzling yee mee seafood hong kong style. Untuk anak order nasik lemak Uncle K, ada sambal sotong dengan ayam rendang (kemain mewah lauk khennn). Air, order 3 layer tea, barli panas dan air ais kosong. Yang mula sekali sampai, air. Lepas tu mee rebus. Itu pun macam agak lama jugak lah, air pun hampir habis masa tu. Huhu. Lepas tu yee mee...

Review Makan: Seri Keningau Village, Plaza Masalam, Shah Alam

Khamis lepas, saya sekeluarga berpeluang makan tengah hari di Seri Keningau Village, Plaza Masalam ni. Kalau orang Shah Alam mungkin dah biasa dengan restoran Seri Keningau ni, diorang ada beberapa cawangan termasuk Bason by Seri Keningau di Seksyen 9. Kat sini, untuk menu tengah hari, ada nasi campur dan jugak kalau nak order makanan lain pun boleh. Soto, laksa, bubur pun ada. Kitorang makan nasi campur dan juga order. Nasi campur ada pilihan lauk ikan, ayam, daging, seafood tapi taklah banyak sangat. Sayur dan ulam pun ada. Hari tu, antara menu yang ada ayam bakar, udang goreng tepung, tauhu telur goreng pedas, sayur campur, ikan kering. Saya ambik sepinggan nasi campur untuk anak, dengan lauk ayam bakar, sayur campur goreng dan bergedil. Sayur tu ok, sedap juga. Sentiasa panas. Bergedil pun sedap. Cuma ayam bakar saya agak kecewa sebab terlalu sejuk. Agaknya lama terdedah kepada udara dan air cond kedai. Rasa ayam bakar ok la. Kami ada order makanan jugak. Kami order: 1. Nasi ...