Wahhh dah nak dekat separuh puasa baru akak update blog ni. Hehe bukan apa sibuk dok update blog lain. Tapi cerita hari ni nak jugak share kat blog sini. Betapa ke lautnyaaaaa puasa akak. Huhu Dua tiga hari ni, agak mencabar mau kawal napesu makan tak kira masa berbuka atau sahur. Hasben pi pasar ramadan, kemain macem-macem dibawaknya balik. Jiran pun punya sedap bagi juadah nak berbuka. Aduhaiiiiii kasihanilah perotku. Seminggu awal, alhamdulillah. Hasben tak ke pasar sangat, adapun beliau ke pasar yang runcit-runcit je yang tak banyak gerai, maka pembelian agak terhad dek pilihan yang terhad juga. Tapi sejak menjejakkan kaki ke pasar ramadan yang agak grand di kawasan ini, yang gerai-gerainya sepenuh lorong 3 blok kedai telah membuatkan beliau rambang mata lalu pelbagai juadah tiba di meja berbuka. Tak termasuk yang akak masak dan jiran bagi lagi tu. Awal-awal hari tu, akak boleh kata istiqomah makan suku suku separuh gitu khennnn tapi sekarang ni agak jahanem sikit. Mari kita...
Everything worth sharing, it's here.