Skip to main content

Posts

Frozen Pizza Kart's Hawaiian Chicken

Teruja betui nak test oven toaster baru, hasben akak beli 3 kotak piza beku Kart's. Ni dia piza Hawaiian Chicken. Saiz kecik je ni tapi oklah. Puas hati juga makan piza panas dari dapur sendiri. Hehe Kot lepas ni boleh cuba piza buat sendiri pulak ye tak. Tapi kalau dok kalut-kalut, korang beli jelah piza beku ni. Kart's ada 3 jenis piza, Hawaiian Chicken, Beef Supreme dan Seafood. Kot bebila lapar or teringin piza, bakar je sendiri. Kejap aje pun dalam 20 minit dah siap.  Sedap juga.  Dalam 1 kotak, ada 2 keping piza. Kalau family of 5 macam akak ni, bakar 2 keping tu pun oklah buat lapik perut. Tapi kalau dah kebulor kena 4 keping la kot! Hahaha Nah akak jamu mata korang dengan piza. Semoga terliur. Hahahahaha

Sihat dengan Puasa

Imej: buku Resipi Alergi Akak tension betul tengok imej pantulan akak kat cermin. Melebar dengan berjaya dan bergaya sangat. Maklumlah beberapa bulan ni, kerap makan lewat dan bertambah pulak tu. Senam menyenam? Hmm dah lama tinggalkan. Nak buat je ada macam-macam kekangan. Hari tu ada buat sekali, betis cramp akak rest kejap. Lepas tu rest terus. Caittttt Tapi mengenangkan kegemokan ini yang amatlah huduh di pandangan mata, selain risau meningkatkan risiko penyakit, mau tak mau akak kena jaga makan dan bersenam. Sikit-sikit pun tak apa janji buat. Dan sebab nak control makan kadangkala tewas, jadi akak decide nak puasa. Elok juga dengan bulan Rejab, baik banyakkan puasa sunat sampai Ramadan. Bila puasa, dapatlah badan rehat sekejap. Boleh detoks, repair mana patut, perut pun rehat jap proses makanan. Kira servis badan macamana kita servis kereta jugaklah. Selain tu dapat prepare untuk Ramadan. Taklah terkejut straight puasa 30 hari. Semoga dapat konsisten berpuasa. Dan dapat...

Tren Dulu Tren Sekarang

Baru-baru ni akak jadi pengguna tren untuk 2 minggu. Akak ada kursus. Setelah agak lama meninggalkan arena mengangkut diri dengan pengangkutan awam, akak agak teruja juga nak alami pengalaman ni semula. Memula terkial-kial juga nak biasakan diri, nak beli tiket. Tapi lama-lama dah terror, siap tak guna tiket dah, guna kad Touch n Go aje, senang yakmat. Tapi kalau nak beli tiket pun, taklah susah pun. Mesin tiket alhamdulillah kebanyakan ok. Ada banyak mesin dan orang tak beratur panjang pun macam dulu kala. Mesin pun efisien je akak tengok. Bezanya, tiket tu dalam bentuk token bukan tiket kertas atau kad. Jadi suatu perkembangan yang bagus di situ sebab mudah dan tiada pembaziran. Lagi pemerhatian tentang sistem pengangkutan awam (tren dan bas RapidKL) sekarang berbanding zaman akak jadi pengguna tegar 6-7 tahun lalu: 1. Tempoh menunggu singkat. 2 minit, 5 minit, 10 minit akan datang tren seterusnya. Peak hours kedatangan tren agak kerap. 2. Masih boleh bayar guna kad Touch N Go...

Resipi Homemade Nugget Simple dan Cepat

Nugget ni, tak kira budak ke mak bapak budak semua suka makan ye dak? Tapi itulah, kadang nugget yang kita beli frozen tu banyak sangat pengawet, bahan perasa semua. Sesekali makan tu ok je pada akak. Tapi elak kerap sangat. Maka atas inisiatif nak jugak makan nugget banyak tapi nak perasa tambahan dan yang sewaktu dengannya, akak buat sendiri je kat rumah. Homemade nugget gitu ha. Ala biasa dah orang dok buat sendiri kan sekarang. Tapi akak totap nak share macamana akak buat. Haha Rupanya mungkin idaklah lawa mana tapi rasanya ok laa. Puas hati makan. Yang penting sekejapan sangat nak buatnya. Bahan pun tak banyak. Zass zass siap. Nah resipi, kalau sapa rasa nak coba. Nugget Ayam Homemade Bahan-bahan: Filet ayam, 3-4 keping Telur, 2 biji Herba Itali, 1/2 sudu besar Garam, 1 sudu teh Serbuk roti golden orange, 1/2 peket Cara buat: - Hiris filet ayam ikut saiz yang u ols suka - Tabur herba Itali dan garam, gaul rata - Pecahk...

Cara Atasi Rambut Berminyak dan Banyak Gugur

Sejak bersalin anak nombor 2, rambut akak memang bermasalah teruk. Rambut gugur memang bertebaran kat lantai rumah (jenuh menyapu). Kat dalam bilik air bergumpal rambut kat lubang air. Masa syampu rambut lagi stres. Lagiiii banyak gugur. Sampailah hari tu tak tertahan dengan rambut sendiri. Akak cakap kat hasben nak pegi potong rambut. Biar pendek je senang nak urus. Maka, pegilah ke salon yang akak penah pegi hampir 3 tahun lepas. Ahaks. Siti Salon Al Zahrah kat Seksyen 7, Shah Alam.  Masa duduk nak tunggu turn rambut dipotong, akak salon tu tegur rambut akak nipis. Hohoh #sentap Dah nak botak kat belah tepi kiri kanan tu. Dia tanya, selalu ikat ye? Ha aa. Lepas tu, bermulalah sesi kaunseling cara menjaga rambut yang betul. Hahaha Nah akak kongsikan tip supaya rambut cantik dan sihat sebagaimana yang diberitahu oleh akak salon yang senior dan berambut lawa itew. 1. Guna syampu yang takde paraben, SLS. Biasa salon ada. Akak tu kata kalau guna syampu biasa, liang kat kuli...

Cetaphil Baby untuk Anak Kulit Kering dan Ekzema

Anak kedua akak selalu ada masalah kulit sikit. Gatal, ruam, kulit kering. Dokter kata macam ekzema jugaklah tapi taklah terlalu teruk. Jadi dokter sarankan guna losyen badan dan elak guna sabun mandi yang anti-bakteria macam Dettol, Antabax, Lifebuoy dan yang sewaktu dengannya. Nanti kulit lagi kering. Mujo akak guna Pureen untuk shower bath budak-budak ni. Dokter kata ok. Actually sejak anak ketiga akak pernah cuba losyen Cetaphil Baby. Dokter yang suggest sebab masa tu baby kulit kering dan tak berapa cantik. Kami pun cuba la beli. Sebotol dalam RM60+, pejam mata kejaplah mengenangkan anak. Huhu. Tapi lama gak tahan sebab botol dia agak besar. Ada kot 2 bulan lebih. Dan akak pun takde la nak picit beriya bagai. Dah sapu pun kat baby, guna sikit aje. Sapu setiap kali lepas mandi. Memang alhamdulillah. Kulit makin lembap dan lembut. Wangi pulak tu. Sedap bau dia dan tahan lama. Sesuai sangat pakai kat baby. Baru ni akak beli lagi untuk anak kedua tu. Tapi biasalah pakaikan sekali...

Ubat Batuk Tak Mengantuk

Kalau dulu ubat batuk ni memang sinonim lah dengan mengantuk. Makan ubat batuk, tak boleh buat kerja apa. Driving paling bahaya sekali. Jadinya solusi dulu, bila batuk makan ubat batuk, mengantuk. Kena rehat iaitu tidur. Tapi beberapa tahun kebelakangan ni, rasanya banyak dah ubat batuk yang tak bagi mengantuk. Dalam bentuk pil pun ada tapi akak tak pernah lagi dapat ubat batuk pil. Lately ni selalu dapat ubat batuk jenama Prospan, ubat batuk herba katanya. Tak mengantuk. Ubat batuk ni untuk budak pun boleh. Ikut sukatan yang ada tulis kat kotak. Seisi keluarga boleh pakai ni. Banyak dah klinik bagi ubat batuk jenis ni. Oklah untuk batuk-batuk biasa. Kat farmasi pun ada jual kot. Tapi akak biasa dapat ni bila jumpa dokter. So sekarang ni, even kau batuk dan makan ubat batuk, tak mesti nak kena tidur je manjang ye. Hehe