15.3.18

Tren Dulu Tren Sekarang


Baru-baru ni akak jadi pengguna tren untuk 2 minggu. Akak ada kursus.

Setelah agak lama meninggalkan arena mengangkut diri dengan pengangkutan awam, akak agak teruja juga nak alami pengalaman ni semula.

Memula terkial-kial juga nak biasakan diri, nak beli tiket. Tapi lama-lama dah terror, siap tak guna tiket dah, guna kad Touch n Go aje, senang yakmat.

Tapi kalau nak beli tiket pun, taklah susah pun. Mesin tiket alhamdulillah kebanyakan ok. Ada banyak mesin dan orang tak beratur panjang pun macam dulu kala. Mesin pun efisien je akak tengok. Bezanya, tiket tu dalam bentuk token bukan tiket kertas atau kad. Jadi suatu perkembangan yang bagus di situ sebab mudah dan tiada pembaziran.

Lagi pemerhatian tentang sistem pengangkutan awam (tren dan bas RapidKL) sekarang berbanding zaman akak jadi pengguna tegar 6-7 tahun lalu:

1. Tempoh menunggu singkat. 2 minit, 5 minit, 10 minit akan datang tren seterusnya. Peak hours kedatangan tren agak kerap.

2. Masih boleh bayar guna kad Touch N Go. Tambang lebih murah. Kalau mahu tambang lebih murah, langgan pakej 7 hari atau 30 hari. Sesuai bagi golongan yang menggunakan tren atau bas dengan kerap.

3. Air-cond kuat. Haha ini ada pro and cons. Pro, bila ramai orang dalam tren, kau tidaklah kepanasan. Bau tak menyenangkan pun kurang. Cons, rasa beku otak dek tertimpa deruan air-cond kalau betul atas kepala.

4. Makin ramai penumpang yang behave. Pandai beratur untuk masuk tren/bas. Tak bertolak-tolak masa pintu tren dibuka. Yang bagi tempat duduk pada golongan memerlukan pun biasa sangat dah tengok. Takdelah selfish sangat dah orang Malaysia ni.

Itu antaranya lah. So far, puas hati dengan servis LRT. Siap bawak anak pi jenjalan lagi naik tren. Mudah.

Korang kalau nak cuba, bolehlah angkut sekeluarga. Sesekali tak payah bawak kereta. Banyak juga mall yang dekat dengan stesen-stesen LRT.

KLCC, KL Gateway, Subang Parade, Amcorp Mall.

2.3.18

Resipi Homemade Nugget Simple dan Cepat



Nugget ni, tak kira budak ke mak bapak budak semua suka makan ye dak?

Tapi itulah, kadang nugget yang kita beli frozen tu banyak sangat pengawet, bahan perasa semua. Sesekali makan tu ok je pada akak. Tapi elak kerap sangat.

Maka atas inisiatif nak jugak makan nugget banyak tapi nak perasa tambahan dan yang sewaktu dengannya, akak buat sendiri je kat rumah.

Homemade nugget gitu ha.

Ala biasa dah orang dok buat sendiri kan sekarang. Tapi akak totap nak share macamana akak buat. Haha

Rupanya mungkin idaklah lawa mana tapi rasanya ok laa. Puas hati makan.

Yang penting sekejapan sangat nak buatnya. Bahan pun tak banyak. Zass zass siap.

Nah resipi, kalau sapa rasa nak coba.


Nugget Ayam Homemade


Bahan-bahan:

Filet ayam, 3-4 keping
Telur, 2 biji
Herba Itali, 1/2 sudu besar
Garam, 1 sudu teh
Serbuk roti golden orange, 1/2 peket

Cara buat:

- Hiris filet ayam ikut saiz yang u ols suka
- Tabur herba Itali dan garam, gaul rata
- Pecahkan telur, gaul dengan ayam, perap kejap dalam 30 minit ke 1 jam
- Panaskan minyak, agak cukup la nak goreng 5 ke 6 ketul ayam
- Tuang serbuk roti dalam pinggan atau dulang
- Ambik ayam, golekkan atas serbuk roti sampai fully coated
- Gorengkan sampai jadi kaler keemasan, lepas tu dah boleh angkat dan tos
- Cicah dengan sos cili Thai


Nota:
1. Akak tak cincang filet ayam sebab nak cepat. Kalau u ols ada masa, boleh cincang filet ayam dan masukkan sayur. 
2. Goreng nugget sekejap saja dalam 4-5 minit gitu. Guna api sederhana. Elok nampak garing dan warna keemasan dah boleh angkat. Rangup di luar, lembut dan berjus di dalam. Kalau lama sangat goreng, nugget jadi keras dan kering.
3. Serbuk roti pilih jenis golden orange, jenama Meriah. Nampak cantik. Hehe

Selamat mencuba!


28.2.18

Cara Atasi Rambut Berminyak dan Banyak Gugur

Sejak bersalin anak nombor 2, rambut akak memang bermasalah teruk.

Rambut gugur memang bertebaran kat lantai rumah (jenuh menyapu). Kat dalam bilik air bergumpal rambut kat lubang air.

Masa syampu rambut lagi stres. Lagiiii banyak gugur.

Sampailah hari tu tak tertahan dengan rambut sendiri. Akak cakap kat hasben nak pegi potong rambut. Biar pendek je senang nak urus.

Maka, pegilah ke salon yang akak penah pegi hampir 3 tahun lepas. Ahaks.

Siti Salon Al Zahrah kat Seksyen 7, Shah Alam. 

Masa duduk nak tunggu turn rambut dipotong, akak salon tu tegur rambut akak nipis. Hohoh #sentap

Dah nak botak kat belah tepi kiri kanan tu.

Dia tanya, selalu ikat ye?

Ha aa.

Lepas tu, bermulalah sesi kaunseling cara menjaga rambut yang betul. Hahaha

Nah akak kongsikan tip supaya rambut cantik dan sihat sebagaimana yang diberitahu oleh akak salon yang senior dan berambut lawa itew.

1. Guna syampu yang takde paraben, SLS. Biasa salon ada. Akak tu kata kalau guna syampu biasa, liang kat kulit kepala lagi tersumbat, tak bersih. Dia kataaaa.

2. Untuk rambut berminyak dan banyak gugur macam kes akak, cuba syampu rambut selang sehari.

3. Elak ikat rambut lama sangat. Rambut tak cantik dan senang gugur.

4. Potong pendek (bob cut kalau akak), klip rambut yang jatuh kat dahi.

5. Jangan lupa sikat rambut. Hahahah macamana dia tau akak jarang sikat! Apa taknya sikat selalu ghaib anak ambik main. Akak sikat rambut ngan jari je lah. Tapi dah insof dah. Simpan sikat tinggi sikit anak takleh capai. Kehkeh

6. Tak payah pakai hair conditioner kalau rambut berminyak. Dah ok baru boleh pakai.

7. Trim atau potong rambut 6 ke 8 bulan sekali. Baru rambut tumbuh cantik.

8. Rambut berminyak dan gugur boleh cuba treatment khusus atau dipakaikan inai. Akak teringin gak tapi nantilah kumpul ongkos dulu (kat salon tu RM100++). Ataupun pi buat kat salon lain.

Begitulah.

Kita mak-mak ni memang lah rambut kadang tu kusut masai serabut. Tapi setakat yang mampu kita jagalah kan. Pendek ke panjang ke pepandailah u ols jaga. Janji rambut sihat bersinar tak tersangkut pada skala 6. Gituh.

Ni syampu yang akak terpengaruh beli kat salon. RM45 sebotol ni dek. Tapi takpa.

#siscuba

Feeling ala salon lepas syampu. Bau salon sangat. Hahahah.

Nanti kita tengok la sama ada rambut jadi macam Rapunzel ke Reputzel. Kahkah

23.2.18

Cetaphil Baby untuk Anak Kulit Kering dan Ekzema

Anak kedua akak selalu ada masalah kulit sikit. Gatal, ruam, kulit kering. Dokter kata macam ekzema jugaklah tapi taklah terlalu teruk.

Jadi dokter sarankan guna losyen badan dan elak guna sabun mandi yang anti-bakteria macam Dettol, Antabax, Lifebuoy dan yang sewaktu dengannya. Nanti kulit lagi kering. Mujo akak guna Pureen untuk shower bath budak-budak ni. Dokter kata ok.

Actually sejak anak ketiga akak pernah cuba losyen Cetaphil Baby. Dokter yang suggest sebab masa tu baby kulit kering dan tak berapa cantik. Kami pun cuba la beli. Sebotol dalam RM60+, pejam mata kejaplah mengenangkan anak. Huhu.

Tapi lama gak tahan sebab botol dia agak besar. Ada kot 2 bulan lebih. Dan akak pun takde la nak picit beriya bagai. Dah sapu pun kat baby, guna sikit aje. Sapu setiap kali lepas mandi.

Memang alhamdulillah. Kulit makin lembap dan lembut. Wangi pulak tu. Sedap bau dia dan tahan lama. Sesuai sangat pakai kat baby.

Baru ni akak beli lagi untuk anak kedua tu. Tapi biasalah pakaikan sekali untuk semua anak. Kali ni hasben akak beli value pack. Ada losyen dengan shower bath sekali. Sebelum ni guna losyen je. Value pack ni beli kat Guardian, dalam RM80+ gitu. Takpelah janji anak-anak sihat.

Sekali lagi akak kagum bila shower bath Cetaphil ni pun kemain sedap bau dia. Wangi harum rasa comel sangat anak-anak lepas mandi. Kahkah

Memang elok kulit anak sebab shower bath ni ada kandungan losyen juga. Jadinya kulit anak lebih lembap dan lembut.

Kalau anak-anak u ols ada masalah kulit kering, selalu gatal boleh la cuba Cetaphil Baby ni. Akak rekomen. Cari je kat drugstore insya Allah ada. Siapkan duit jelah sikit. Huhu.

Ubat Batuk Tak Mengantuk

Kalau dulu ubat batuk ni memang sinonim lah dengan mengantuk. Makan ubat batuk, tak boleh buat kerja apa. Driving paling bahaya sekali. Jadinya solusi dulu, bila batuk makan ubat batuk, mengantuk. Kena rehat iaitu tidur.

Tapi beberapa tahun kebelakangan ni, rasanya banyak dah ubat batuk yang tak bagi mengantuk. Dalam bentuk pil pun ada tapi akak tak pernah lagi dapat ubat batuk pil. Lately ni selalu dapat ubat batuk jenama Prospan, ubat batuk herba katanya. Tak mengantuk.

Ubat batuk ni untuk budak pun boleh. Ikut sukatan yang ada tulis kat kotak. Seisi keluarga boleh pakai ni.

Banyak dah klinik bagi ubat batuk jenis ni. Oklah untuk batuk-batuk biasa. Kat farmasi pun ada jual kot. Tapi akak biasa dapat ni bila jumpa dokter.

So sekarang ni, even kau batuk dan makan ubat batuk, tak mesti nak kena tidur je manjang ye. Hehe

15.2.18

Pisau 2 dalam 1

Lately akak memang over kagum dengan pisau akak ni. Haha ape ke hei nye kan kagum ngan pisau?

Takde. Sebelum ni guna pisau macam biasa je lah potong-potong, hiris-hiris. Tapi pisau yang incik suami beli baru ni actually ada satu lagi fungsi yang marveles sangat.

Yang mana fungsi dia tu banyak menyenangkan akak.

Pisau brand Zelex ni, kat hujung handle tu ada satu permukaan tajam-tajam macam tool untuk lembutkan daging tu. Permukaan bergerigi.

Tapi bila mai tang akak, bukan takat daging, akak titik serai, ketuk halia ngan bawang putih ngan cili padi, pernah tumbuk kasar cabai merah ngan hijau pun akak balun.

Baru ni lenyek pisang. Peh lagi syok daripada guna garpu ataupun alat yang orang buat tekan burger tu. Haha

Actually akak takde blender ataupun lesung batu buat masa ni. Jadinya hal tumbok tumbok memang guna hujung pisau ni lah. Oklah buat sementara waktu.

Pisau akak boleh lenyek, ketuk, tumbok. Pisau korang hado?

12.2.18

Makanan untuk Cirit-birit dan Muntah



Malam semalam, 4, 5 kali jugak akak ke toilet.

Sumber: synexclinic.co.uk


Aduh sakit perut, pening kepala, muntah.

Cirit birit!

Tengah malam pun bangun nak membuang dan muntah lagi. Letih rasa. Huhu

Jadinya akak google apa makanan yang sesuai dan tak sesuai dimakan bila cirit-birit ni. Maklumlah satgi salah makan, lagi teruk jadinya.

Makanan yang Sesuai Dimakan semasa Cirit-birit


Sumber: wikihow


1. Nasi
2. Roti (paling baik roti bakar)
3. Pisang
4. Yogurt
5. Applesauce (epal stim)
6. Teh hijau / teh chamomile
7. Air kosong
8. Sup jernih (sup ayam, sup sayur)

Makanan di atas ni antara yang disarankan untuk legakan usus dan elak cirit-birit berlarutan. Nama mudahnya BRAT (Bread, Rice, Apple, Toast).

Kena ambil banyak cecair untuk cegah badan daripada dehydrated.

Elok juga minum ORS (oral rehydration solution) untuk seimbangkan balik elektrolit dalam badan. Selalu kat farmasi ada jual, yang dalam peket kecik kilat-kilat bentuk segiempat tu. Perisa oren. Ataupun boleh je buat sendiri.

Cara Buat ORS sendiri (Sumber: Dr Willie Ong)


1 gelas air kosong / air suam
2 sudu teh gula
1/2 atau 1 sudu teh garam

Kacau dan minum.


Makanan yang Perlu Elak semasa Cirit-birit


1. Susu / produk tenusu kecuali yogurt
2. Makanan berminyak
3. Kopi
4. Teh
5. Air coklat
6. Makanan pedas


Setakat pagi ini, akak gagahkan diri minum banyak air kosong dan makan roti sikit. Juga dah buat ORS sendiri tadi. Ni alhamdulillah dah rasa lega sikit tapi rasa nak membuang tu masih ada juga. Huhu

Biasa kalau tak serius, sehari dua dah ok. Mintak-mintak begitulah. Tak larat ooo nak lari pi toilet. Huhuhu


Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post