Skip to main content

Posts

Fridge Lock Punah

Aduh. Tension tahap lapan puluh ganda kuasa lapan belas tau dengan fridge lock ni. Udah le akak beli nun mai dari China, guna sekejap je dah hancoooo T_T Beli kat Lazada, tapi kemahen pilih barang obersi. Seminggu lebih baru sampai barang secoet tu. Tup tup pasang sekejap je, dah tanggal gam dia dek anak-anak yang sel otak depa berhubung dengan pesatnya ni dok berhempas pulas sehabis tenaga nakkkkk juga buka pintu fridge. Hangin gok eh. Lepas tu akak boh la double sided tape berdouble double. Takde nye berkesan. Dengan selamber budak-budak tu boleh buka peti ais lantas melempor je apa yang deme nak lempor. Gerammmmm! Yang sulung tu boleh la tahan sikit, tak melempor tapi suka dok buat inspection dan menempel kat hawa sejuk. Almaklum musim ekuinoks di rumah nan tiada ekon. Yang nombor 2 tu, ya ampun. Kita marah dia buka peti ais, dilempornya botol air sejuk. Sebijik dah pecah. Botol air Shaklee pulak tu. Maghah maghah! Udah le air tumpah lagi. Fresh milk pun penah tumpah dek terl...

Grabcar Pertama Kali

Teks: Zaila Hafni Imej: Google Play Store Hari tanpa kereta. Huhu ada masalah sikit, makanya husband akak pi kerja hari ni dengan servis Grabcar. Ni pengalaman first time la ni. Orang lain dan berpuluh kali naik, we ols baru nak cuba. Maka semalam akak pun saja lah install app Grabcar. Padahal cemana function, cemana nak guna pun tak reti. Kahkah Pagi ni husband search driver untuk pi kerja. Around 6.30 am tu takde driver. Uhuk. Tapi after 10 minutes gitu, cuba lagi baru ada sorang. Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan urusan cik abang akak di hari Jumaat yang mulia dan barokah ini dan diberikan driver yang baik-baik aja masa pegi dan balik nanti. Insya Allah.

Penawar Ekzema Baby

Minggu lepas, habis badan baby keluar biji-biji kasar. Tapi tak merah. Jadi tak tahulah dia gatal atau tak. So far tak nampak dia tergaru-garu. Ke saya yang tak perasan. Huhu Naik biji-biji kasar tu kat lengan, lutut, peha, perut, dagu ngan sebahagian pipi. Aduhai kesian kulit dia jadi macam tu. Sementara nak ke klinik, memang appointment KK nak cucuk 3 bulan, jadi 2 hari sebelum tu ikhtiar sapu krim Herbal Blend. Sapu nipis ajelah. Kulit kurang kasar tapi biji-biji tu tak hilang. Maka, masa pi KK tu jumpa dokter dan katanya ni macam ekzema. Errkkkk. Sudah. Sebab check up kat KK tapi macam KD,  diorang takde farmasi kat situ so kena pi KK lain untuk ambik ubat. Dokter ada bagi prescription untuk ambik ubat kat sana. Tapinya nak pegi bila... husband keja. So terperap la prescription tu. Kitorang consult kat gp untuk masalah tu for second opinion. Pegi Klinik Sofia. Klinik yang selalu pegi untuk scan baby dulu. Dr yang incharge masa tu Dr Faizal. Dia check kulit baby, memang ekz...

Sunat Baby Girl di Klinik Ajwa Shah Alam

Teks: Zaila Hafni Masa baby umur 2 bulan hari tu, baru sempat sunatkan dia. Alhamdulillah, kat Shah Alam ni ada satu klinik yang taklah jauh dari rumah yang ada perkhidmatan sunat baby girl. Kami pilih untuk ke Klinik Ajwa di Seksyen 7 Shah Alam. Sebelum ni pernah pergi Klinik Ajwa Seksyen 15 Shah Alam je, untuk scan 2D baby. Nak sunatkan baby, firstly call klinik dulu. Ni untuk pastikan doktor yang incharge sunat baby girl tu ada. Macam kami hari tu, doktor yang incharge hanya available hari Rabu dan Sabtu, jam 8 pagi hingga 2 petang. Jadi boleh lah walk in ke klinik pada hari dan waktu tu. Tak payah appointment. Kami pergi hari Sabtu, sampai di klinik dah hampir pukul 1 petang. Ramainya orang, subhanallah. Dalam hati dok kata pukul berapa la sampai giliran ni. Dahlah terkial-kial berdua je ngan baby. Husband tunggu dalam kereta dengan anak-anak bujang. Kat klinik ni, masuk je akan terus ke triage untuk saringan. Kalau baby, check temperature, demam ke tak. Timbang berat juga. K...

WORQ

Beberapa minggu lepas, akak hadir satu taklimat yang diadakan di WORQ, Glo Damansara. Redah aje pergi walaupun tak familiar langsung kawasan tu. Bila google, katanya shopping mall. Tak boleh nak hadam macamana taklimat dibuat di mall. Ada unit ofis ke macamana, serius akak tak boleh bayangkan. Pagi Ahad tu, gerak saja dengan husband dan anak-anak, dengan cuaca pun mendung redup aje. Perjalanan alhamdulillah smooth. Mujurlah Ahad, jadi kawasan tu agak lengang. Kalau hari kerja, sibuk juga tu. Kami ikutkan saja Waze. Sampailah masuk ke Glo Damansara Shopping Mall tu. Dah park kereta, keluar. Termangu juga tak tahu mana entrance. Betul ke tidak entah. Seorang manusia pun tak nampak lalu lalang tapi mujur jugak banyak kereta parking, maksudnya adalah orang dalam bangunan ni. Yakinkan diri aje, berkali-kali tengok alamat. Sampailah kat satu pintu, ada direction untuk ke WORQ tu. Barulah bertambah yakin kami di jalan yang benar, ha gitu. Follow aje sampai kat satu area tu nampak happe...

Rezeki Jenahak

Teks: Zaila Hafni Pagi Ahad ni, husband ada program memancing. Program ofis dia. Memang tiap-tiap tahun ada dan tiap-tiap kali itu jugalah dapat rezeki ikan besar, segar seekor. Ni tahun ketiga, tiga kali dapat ikan jenahak. Dapat saja, sebab husband AJK program. Hihi. Pehhhh sedap tau ikan ni. Ahkak memang suka. Dok terpikir-pikir dah nak buat masak apa dengan ikan ni. Kepala ikan sedap ni kalau buat gulai ke sup ke. Adui lama tak makan kepala ikan. Lain-lain part, rasanya banyak goreng atau masak pedas ke sambal ke. Dah itu je yang orang dalam rumah ni nak makan. Cik abang sayang tak makan ikan berkuah sangat kecuali asam pedas ikan pari. Ikan-ikan lain tak payah la masuk dalam kuah. Tak dimakannya der. Jadinya ikan tu kena goreng asing. Kuah buat asing. Moh ler berjenahak seminggu!

Ipoh Glamour

Teks: Zaila Hafni Baru semalam saya tahu pasal isu Ipoh tu. Punyalah ketinggalan keretapi, dah hampir seminggu baru tau apa yang berlaku. Haha Sebenarnya dah nampak berita tu dalam The Sunday Star. Husband dok baca, kita intai-intai je. Niatnya nak baca tapi lupa dah lepas tu. Dek kalut dengan kanak-kanak ribena. Rupanya ada 1 group ni rajin dok pi panjat signboard Ipoh tu ye. Panjat satu hal, selfie kat atas tu satu hal lagi. Perempuan pakai tudung belaka yang berani-berani tu. Kalah ahkak memang mampu tengok daripada jauh je laaaaa. Well... signboard tu memang best. Ahkak suka. Tiap kali balik Penang, excited bila lalu situ. Yelah kita ni IC Perak. Dah memamg mak beranakkan ahkak pun kat Ipoh. Tu yang sentimental sikit. Pasal diorang panjat tu, ahkak agak kurang setuju juga. Bahaya tu. Tapi dari segi lain, tahniah la sebab berani. Apapun, lain kali pikir la dulu keselamatan. Walaupun katanya berpengalaman luas tapi better safe than sorry.