Skip to main content

Posts

Cara Mengawal Penggunaan Smartphone pada Anak

Zaman sekarang ni, nak tak nak memang kena terima budak-budak kecik pun dah pandai guna handphone. Eh bukan setakat tu, smartphone. Pandai klik guna internet. Budak sekarang dah lain zaman. Memang tak boleh nak anggap macam zaman kita dulu yang hidup dengan 3310 pun rasa punya hebat dah. Tapi pada saya yang penting kena KAWAL. Mak bapak sendiri pun kena kawal jugak, barulah namanya kepimpinan melalui teladan. Saya bagi juga anak main handphone saya, tapi saya kawal apa yang dia boleh buat. Saya cuma bagi dia guna apps yang bersifat EDUCATING sahaja contohnya sorting, puzzle, matching pictures dan belajar nombor dan huruf. Sebarang bentuk GAMES tak pernah diajar atau dibiasakan. Setakat main Talking Tom sahaja. Selain tu, sewaktu bagi anak guna handphone, saya akan OFF WIFI/DATA. Jadi kalau dia nak klik Youtube memang error. Satu lagi untuk elak dia tertekan apa-apa yang seterusnya redirect ke mana-mana site atau apps yang tidak sepatutnya. Dan selalu bila takde internet, dia guna h...

Nasi Ayam Pasar Malam Seksyen 19, Shah Alam

Kerja gila malam tadi. Pukul 10 malam anak lapar minta nasik. Alamak, kat rumah tak ada pula nasi standby, maka abahnya kata jom pi beli nasi ayam kat Tam Nasi Ayam Seksyen 23 yang famous amos tu. Tak pernahnya kami anak beranak keluar malam selewat tu, maklumlah selama ni ada baby kecik tu takkan nak keluar malam-malam. Tapi dia dah hampir setahun ni, baru berani bawak keluar jalan. Dan lagi, bila nak bawak keluar je, kemain dia tersenyum manis. Agaknya jemu dah dok dalam rumah. Kesian anak ummi. Maka, bergeraklah kami ke sana. Baru seminit gerak, si adik dah terlentok mengeroh (berdengkur). Dah time tidur dia, duduk pulak dalam aircond, memang terus lena la dia. Sesampai di Tam, alamak ramainya orang. Masa tu pukul 10 malam lebih dah tau. Wah betapa ramai orang dok makan lewat macam ni ek (termasuk kitorang). Jenuh la obesiti! Ehhh. Suami saya ni jenis yang tak berapa rajin nak menunggu. Lagi pun anak tengah lapar kan. Jadi kami buat keputusan ke Tat Nasi Ayam pulak, di Seksyen ...

Aeon Mall Shah Alam Kini Dibuka

Akhirnya Khamis lalu, 10 Mac 2016, Aeon Mall Shah Alam dah dibuka secara rasmi. Jika sebelum ni, orang-orang Shah Alam kalau nak ke Aeon, kena pegi Bukit Raja atau Bukit Tinggi di Klang, sekarang ni dah ada yang dekat dah. Tapi, kalau dari rumah saya, ke Bukit Tinggi lagi dekat. Hehe. Dengan excited nya, tengah hari tadi nak join la the crowd memenuhkan Aeon Mall baru tu. Tapi dek pusing-pusing entah berapa round, tak ada rezeki juga dapat parking. Rooftop pun penuh! Maka, incik suami kata lain kali ajalah datang. Bukannya tak boleh datang lagi. Maka kami pun keluar balik dan singgah Tesco aja  Aeon Mall Shah Alam berada di lokasi yang memang strategik pada saya. Kat Seksyen 13 tu memang compete sungguh la dengan Tesco Extra, Giant Hypermarket. Jadi kalau gaya Aeon Mall tu sesak sangat, pi lah tang lain kot. Yang rumahnya area D'Kayangan tu, memang syoklah dekat gila dengan Aeon. Macam dulu saya duduk Bandar Botanic, dekat dengan Aeon Bukit Tinggi. Hari-hari pegi. In fact na...

5 Tips Latih Anak Diaper Free

Melatih anak sulung diaper free memang mencabar sungguh la. Maklum la tak ada pengalaman lagi kan. Nak kata ikut sangat prosedur atau cara yang strict pun tidaklah cuma ada la terbaca cara-cara mak lain buat. Tapi saya pun taklah paksa dia. Memandangkan dia macam rimas je pakai diaper, dok tergaru-garu keliling diaper dan kalau nak yak memang nak pi toilet (dia akan cakap nak mandi padahal nak berak), maka kami pun buat decision train je la dia diaper free. Dia pun dah reti nak bercakap dan dah nak masuk 4 tahun, memang sesuai dah la train, esok nanti nak pi school senang. Bermula la episod jeritan, pengelapan lantai, tukar baju/seluar lapanblas kali sehari, baju bertimbun dengan jayanya dalam sehari, serta bau-bauan yang menusuk hidung. Haha. Seminggu pertama tu sebab ada hari balik kampung maka sebab tak konfiden beliau boleh tahan kencing, maka pakai diaper jugak la. Even kat umah uwan dia pun ada babak terlepas juga sebab terlupa nak cakap. Seminggu kemudian tu, slowly dia da...

Review Produk: Tropika Baby Herbal Cream

Tropika Baby Herbal Cream ini mulanya suami saya saja nak cuba. Terlanjur di farmasi nak beli Sterimar (saline water untuk cairkan kahak) terbeli sekali krim ni setelah dipromote oleh staf farmasi. Dan sejak tu, suka juga guna. Dah beberapa kali beli dah kiranya. Apa yang saya suka tentang krim ini? 1. Krim ini ringan, tak berminyak atau melekit. Bila sapu kat anak, cepat meresap. Jadi tak sememeh dan tak risau anak tenyeh-tenyeh. 2. Bahan yang digunakan adalah minyak kelapa dara, halia, minyak kayu putih dan herba-herba lain. Jadi tak perlu risau ada bahan kimia yang pelik-pelik atau boleh membahayakan anak. 3. Baunya harum. Bila sapu kat anak, semerbak baunya. Bau herba. 4. Tidak panas. Sesuai untuk sapu kat anak seawal sehari selepas dilahirkan (macam sapu minyak telon/mestika juga). 5. Sesuai digunakan untuk bantu atasi baby angin, kembung, selsema dan yang sewaktu dengannya. Sapu je lepas mandi. Wangiiii  Cuma satu je lah... saya prefer kalau krim tu dalam tiub kot (maca...

Cara Ibu Menyusu Elak Lapar di Tengah Malam

Dilema ibu menyusu. Setiap kali lepas menyusu je, mula lapar balik. Padahal rasa makan banyak dah sebelum tu. Makan banyak sangat karang, nanti gemok pulak. Dari satu segi, ibu menyusu ni tak payah la risau sangat bab cepat lapar lepas menyusu anak, sebab proses penyusuan tu membakar kalori. Habis terbako lemak semua lapar lah balik! Tu yang kejap kejap lapar tuuuu. Tapi bukanlah bermakna boleh main taram je nak makan apa pun. Kena perhatikan jugak la ye kot anak kembung ke cirit birit ke... makanan macam tu kena berpantang la sikit ye. Yang penting cukup zat dan makan pun berpada-padalah kan, jangan sampai melampau pulak. Saya pun tidaklah berpantang makan sangat, in fact makan aje apa yang melintas depan mata. Paling kurang nak rasa juga sikit. Bila kita cukup makan, atau dapat makan makanan yang sedap dan kita suka, insha Allah susu banyak. Sebab kita happy. Bila happy, SUSU MERIAH tapi depend jugaklah tubuh masing-masing. Cuma yang tension nye bila tengah malam. Anak memang aka...

Review Makan: Khadijah's Kitchen, Shah Alam

Semalam berpeluang dinner kat Khadijah's Kitchen kat Seksyen 9, Shah Alam. Lokasinya mudah saja nak cari, bersebelahan dengan Plaza Masalam. Cuma nak parking tu yang tricky sikit. Rupanya kena masuk parking kat dalam Plaza Masalam tu (tingkat 4), then masuk kot pintu belakang. Ok KK ni kalau tak tahu, Datuk Khadijah Ibrahim yang punya. Ala yang jadi juri Kilauan Emas tu (in case tak kenal juga). Daripada luar nampak macam menarik juga, sebab tu saya dengan husband nak cuba. Sesekali makan kat luar. Menu yang disediakan set nasi putih dengan lauk pauk (asam pedas, masak lemak antaranya), nasi goreng, sayur-sayuran, nasi lemak (specialty diorang), menu mi dan laksa. Menu yang kami pesan: 1. Nasi putih + daging salai masak lemak 2. Nasi goreng cina 3. Laksa Johor 4. Nasi putih + sup ayam 5. Bandung ais 6. Barli ais Satu komen je - SEMUA SEDAP! Anak saya makan habis sepinggan nasi dengan masak lemak daging salai tu. Kuah lemaknya cukup rasa dan pekat. Daging salai pun banyak...