12.6.14
2.6.14
Misi 5 Pagi: Jom Mulakan!
Saya memang berniat nak bangun awal dan boleh gerak awal ke tempat kerja tanpa sakit hati terkejar-kejar.
Bukan apa, bila dah lambat, akan jadi semakin lambat dan belum pun mula kerja, saya dah berpeluh-peluh dan penat. Lagi stres kalau tak sempat sarapan. Atau sarapan dalam keadaan kelam-kabut. Habis rosak satu hari saya.
Suami pun dah pesan, bangun awal, siap urusan awal sebelum si kecik saya tu bangun. Senang takde gangguan. Paling tidak, dia akan merengek nak susu bila nak Subuh. Dan memang betul, bangun awal sikit daripada biasa, banyak urusan boleh diselesaikan dan kita tak serabut.
Saya pernah ternampak di FB - Kelab 4.00 Pagi. Wow. Bangun seawal 4 pagi. Tapi, buat masa ni, saya boleh cuba masuk Kelab 5 Pagi dulu, dan saya ambil kesempatan bangun sahur sekali untuk ganti puasa. Dah berminggu-minggu buat cubaan nak puasa, tapi ada saja alasan dan halangan. Terbaru, batuk dan tonsil bengkak. Sayang tak dapat sehari pun puasa dalam bulan Rejab.
Misi terus di bulan Syaaban. Masih sempat dan perlu mula untuk sedia dengan Ramadan.
Push factor saya untuk bangun jam 5: Nak sahur. Saya tak boleh nak puasa tanpa sahur. Meskipun hanya minum air masak segelas. Dan pagi ini, alhamdulillah hari pertama Misi 5 Pagi (M5P) saya bersahur dengan roti, telur hancur, kurma badam, dan air masak 2 gelas.
Tak lupa, multivitamin Vitalea 2 biji untuk maintain tenaga sepanjang puasa hari ini.
Itu pun plan asal nak terus masak nasi dan sup ayam siap-siap untuk berbuka nanti tapi tak sempat sebab sibuk snap gambar kuih raya nak update blog dan Whatsapp kawan-kawan nanti. Almaklum lah hari ni nak letak semua sampel kuih raya tu kat tempat kerja, kalau tak diambil gambar siap-siap, melepas la jawabnya. Hihi.
#sayajualkuihraya
Berbalik ke Kelab 5 Pagi, banyak faedah bangun awal ni, especially sebelum Subuh. Banyak kerja boleh buat semasa minda masih fresh. Tenaga masih tinggi. Banyak CEO dan big shot company besar yang non-Muslim pun bangun awal, apatah lagi kita Muslim yang amat dituntut bangun awal pagi untuk solat tahajjud. Insya Allah.
Selain nak bersedia untuk bulan puasa, saya nak latih diri biasakan dengan bangun 5 pagi walaupun selepas puasa-raya. Bisnes saya perlukan perancangan dan strategi. Dan saya perlu manfaatkan setiap masa yang saya ada dengan semaksimum mungkin. Saya juga tahu saya mampu, dan buang jauh-jauh sifat malas dan bagi alasan yang sangat merugikan itu.
Jom sama-sama dengan saya!
#misi5pagi
#M5P
26.5.14
Persediaan Berpuasa
Dah masuk bulan Rejab dah kita ni. Syukur Allah bagi lagi peluang, insya Allah sampai ke Syaaban, Ramadan dan Syawal.
Bagi yang belum habis ganti puasa, better start from now. Ini pun sebenarnya dah masuk masa kecederaan dah ni, kurang 2 bulan lagi je kita dah nak start puasa. Mana la tau nanti tak sihat ke, ada halangan apa-apa ke...jadi mula daripada sekarang.
Tapi itulah, nak mulakan tu memang la liat sikit. Tapi percayalah bila dah mula, everything will be fine and smooth. Insya Allah.
Saya pun dalam misi nak habiskan semua puasa ganti ni. Dan nak bersedia daripada sekarang sebab saya jangka saya akan makin sibuk dengan urusan bisnes saya. Alhamdulillah, daripada tak pernah terpikir nak berbisnes, tiba-tiba seronok pulak.
Kuasa Allah. Boleh ubah hati hambaNya bila-bila je.
Ok, bab nak bersedia untuk berpuasa. Harus kena biasakan diri. Dengan jadual yang makin sibuk, padat dan dengan anak yang makin membesar dan lasak. Kalau tahun lepas, cabaran nak menyusukan, tahun ni cabaran nak menguruskan tenaga.
Jadinya saya nak kena prepare dan praktis daripada Rejab-Syaaban ni untuk sesuaikan badan saya dalam bulan puasa. Yang pasti kena ambil cukup zat dan khasiat. Takkan nak jadi lemau-letih-lesu je. Mana mau.
Saya plan nak ambik ESP, Meal Shakes dan Performance Drink. So far, dah biasa dengan ESP, memang best selling product of Shaklee - favourite of all time.
Sepanjang saya amalkan ESP, saya perasan kulit muka dah makin kurang parut jerawat, melainkan masa saya start ambik Zinc Complex (tu masa healing crisis, jerawat naik mendadak). Dan susu badan alhamdulillah sentiasa ada untuk keperluan Fuaad. Bila minum pagi-pagi as early breakfast, kurang sikit rasa lapar sementara nak breakfast. Maklum la, bangun pagi je memang lapar.
Meal Shakes antara lain, untuk supply nutrien penting untuk tubuh. Berbanding ESP, itu protein soya. Meal Shakes ni boleh dikatakan sebagai multivitamin jugak tapi dalam bentuk serbuk.
22.5.14
Kesan Team Building: The Avillion Admiral Cove, Port Dickson
Saya dah lama tak pi program-program macam ni. Dulu masa kat ofis lama pun, jarang ada. Tapi masa kat universiti dulu adalah. Bukan setakat team building, macam-macam program saya ikut.
Those good old days :)
Saya dikira beruntung juga, sebagai staf yang agak baru, kemudian berpeluang ikut program macam ni. Sebelum ni, ofis ni belum pernah buat lagi (menurut staf lain). Memang mengujakan, pulak dibuat di hotel 5 bintang tapi sebenarnya pada awal diberitahu program ini WAJIB untuk semua staf, saya sangat berat hati nak pegi. Sebab mengenangkan anak yang saya tak pernah tinggalkan lebih daripada sehari. Program ni? 3 hari 2 malam!
Tapi, suami kata, pegi saja. Insya Allah anak akan baik-baik saja nanti. Lagipun, anak saya ditinggalkan di rumah Wan (ibu mertua saya) dan suami saya sendiri turut sama jaga dia. Lega la sikit hati.
Dan alhamdulillah, memang anak saya seronok sangat walaupun saya tak ada. Dia tak nampak, mungkin dia tak ingat la tu. Tapi yang paling saya tak boleh lupa bila saya sampai rumah, dia lari kat saya dan peluk kuat sambil senyum2. Rindu sangat kat hero kecik tu ;)
Team building kami dibuat di The Avillion Admiral Cove Hotel, Port Dickson. Review berkenaan hotel, nanti dalam entri yang lain.
Team building, apa yang bestnya?
1. Merapatkan ukhuwah. Kita saling kenal rakan sekerja. Walaupun kita tak biasa, bila perlu kerjasama dalam kumpulan, kita TERPAKSA membiasakan diri dan kenal kawan kita sebenarnya siapa.
2. Meningkatkan keyakinan diri. Team building yang saya pegi ni, ada jungle trekking dan flying fox. Jungle trekking dengan sedikit climbing. Berpeluh juga dan ada la sedikit give up tapi akhirnya habis juga dan rasa seronok sangat. Saya dah pernah trekking lagi mencabar daripada tu cuma dah lama tinggalkan. Flying fox, menguji keberanian berada di tempat tinggi. Memang agak gayat tapi the experience was priceless.
3. Kita kenal potensi diri kita dan kawan-kawan. Kita baru sedar rupanya kita mahir dalam beberapa perkara. Dan kita mungkin baru perasan yang kita mampu tetapi selama ni tak berpeluang tonjolkan. Juga kenal kawan yang sebenarnya sangat berpotensi tapi mungkin selama ni bila stuck dengan kerja yang sama kita tak nampak kemahiran dia.
4. Belajar terima dan bagi pendapat. Kita bergerak sebagai kumpulan, dan ada kapten. Ikut cakap kapten. Belajar terima arahan dan ikut. Dalam masa yang sama, kita juga ada hak untuk suarakan pendapat. Tapi bersedia juga jika pendapat kita ditolak.
5. Kembali bekerja dengan semangat. Begitulah harapan bos. Saya dapat rasa ada lah juga semangat tempias team building ni. Tak sesia company buat.
Selain tu, kita mungkin lebih mesra dengan kawan-kawan lain. Sebab selama 3 hari itu kita jumpa muka yang sama tapi dengan cerita yang berbeza. Bila lebih mesra dan kenal, mudah untuk berkomunikasi. Bila mudah nak berkomunikasi, mudah nak berbincang. Tapi kalau tak menjadi jugak, maksudnya memang individu tu yang bermasalah.
21.5.14
Individu yang Memerlukan Suplemen
Untungnya orang yang ada atau dapat kesedaran awal pasal suplemen. Hidup lebih sihat, lebih bertenaga.
Tapi jangan salah faham ye. Sihat bertenaga bukan datang daripada suplemen semata-mata. Semua nikmat sihat Allah yang bagi. Ambik suplemen tu salah satu usaha dan ikhtiar aje.
Saya sebenarnya memang dah biasa terdedah dengan suplemen daripada kecik lagi.
Kita nak bandingkan hidup kita sekarang dengan hidup mak ayah kita dulu, memang jauh beza. Kalau kita kata, orang dulu maintain aje sihat walafiat, tak makan suplemen apa pun, kenapa kita sekarang ni nak kena makan macam-macam suplemen pulak?
Sebab kita perlukan suplemen:
1. Hidup kita sekarang ni banyak sangat terdedah dengan pencemaran. Air dan udara tak bersih. Kita mudah kena penyakit. Sebab tu banyak kes kerap selsema, demam, batuk. Dengan perubahan cuaca yang tak menentu lagi.
2. Buah dan sayur yang kita dapat sekarang dah tak sama macam dulu. Mungkin ada yang juga tercemar dan kurang berkualiti. Ada pilihan untuk yang organik dan segar tapi mahal.
Walaupun sebanyak mana kita nak menafikan semua pernyataan kat atas ni, tak banyak sikit sebenarnya kita tergolong juga. Zaman dan gaya hidup tak sama dah macam orang dulu. Memang elok kita amalkan apa yang orang tua dulu buat, tapi dengan zaman sekarang ni, better up sikit dengan tambahan suplemen.
20.5.14
Skrub Semula Jadi
Ada banyak bahan di rumah atau di dapur yang kita boleh manfaatkan untuk kesihatan dan kecantikan diri. Setiap satu bahan daripada sumber buah-buahan atau sayur-sayuran mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Bagi ibu yang sentiasa sibuk dan tiada masa nak ke spa untuk penjagaan wajah, boleh cuba buat skrub sendiri. Jimat masa, jimat duit dan tak perlu nak tinggalkan anak.
Skrub Muka Oat

Bahan-bahan:
3 sudu besar susu
3 sudu besar madu
1 sudu kecil oat mentah
Cara:
Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas dan gaul sebati. Kemudian sapukan campuran skrub ke muka dan urut muka dengan lembut selama beberapa minit. Cuci dan bilas muka dengan air suam, dan keringkan dengan tuala.
Ta da! Dah siap meng'skrub' muka dengan hasil semula jadi, cepat dan mudah.
Satu lagi skrub yang boleh diguna, skrub Alfalfa. Boleh licinkan kulit muka, buang black head, white head.
Bahan-bahan:
3-4 biji tablet Alfalfa Shaklee
Air
Cara:
Hancurkan tablet hingga halus. Kemudian campurkan dengan air. Sapukan pes skrub Alfalfa ke muka dan urut perlahan. Bilas muka dengan air. Lap dengan tuala bersih.
Skrub home-made. Semula jadi, jimat masa, jimat duit.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bye 2025, Hai 2026!
Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...
Popular Post
-
Pernah tak rasa nak makan sambal tumis tapi takde stok cili giling atau tak sempat nak blend cili kering kat dapur? Saya pernah. Tapi kes s...
-
Di Shah Alam ni, banyak juga klinik yang ada servis scan baby atau check up pregnancy. Akak check up biasa kat Klinik Kesihatan gomen, k...
-
Beberapa minggu lepas, banyak aktiviti luar. Berturut-turut. Disebabkan anak-anak pun keluar masuk kereta aircond, kena panas terik kat lua...





