15.7.18

Kurus dan Sihat

Nak turunkan berat badan sikit, masa puasa hari tu nampaknya kurang menjadi. Lagi masa raya memang jangan harap.

Akak dah masuk fasa eh nyampah tengok imej sendiri kat cermin, dek kerana lelemak terbonjol sana sini dan its quite annoying sebab baju dan seluar makin mengecil (eh) dan kena beli yang one size bigger. Aduhhhh

Sebelum ni takde full body mirror, jadi syok sendiri lah dok ingat badan okey padahal...

Sumber: merdeka.com


Maka dengan itu, walaupun klise, nak turunkan berat dan fit, kena lah jaga makan especially with the portion, types of food (less oily, fried foods), and most importantly no late night dinner.

Buat masa ni, masih juga fail but I try every day. Huhu

Exercise pun termasuk eh untuk percepatkan berat turun and to be fit.

So far akak hanya mampu terima aerobik, akak follow Teacherobik. Lain-lain akak rasa boring. Kahkah

I did my aerobics routine every morning, before the three kenits wake up. Dapat at least 30 minutes, peluh-peluh semua keluar, then ahh lega rasa.

Lepas tu nak fokus ke flat belly and toned arms work out.

Let's do this!

27.6.18

Kerepek Pisang Mak Cik Gayah


Kerepek pisang yang dibuat sendiri oleh emak kepada kawan serumah, Kak Midi, memang feveret akak.

Akak tak tahulah memang pisang dia jenis sedap ke, cara goreng dia ke yang membuatkan kerepek tu marvellous ke atau entahlah apa benda yang membuatkan kerepek tu yummylicious sangat sampai akak teringat-ingat.

Yang pasti setelah bertahun-tahun tak dapat rasa kerepek Mak Cik Gayah, tahun ni masa gi hantar kuih raya kat Kak Midi, dapatlah kerepek tu dalam 2 balang.

Yay sangat rasa hehe

Gitulah kan. Walaupun hanya kerepek, tetap mampu menggembirakan akak. Sebalang tu berdesup sekejap je habis punya ralit makan.

Semoga Allah murahkan rezeki Kak Midi dan keluarganya. Semoga akak diberikan rezeki untuk rasa kerepek pisang Mak Cik Gayah lagi.

23.6.18

Menu Wajib Raya


Sejak kahwin ni, biasanya akak memang akan sambut raya pertama kat rumah mak mentua. Iyalah, mak dengan ayah akak dah tak ada, adik beradik pun semua dok area Klang Valley ni aje. Jadi kalau nak balik kampung akak nun, paling awal petang raya pertama.

Tapi lately bila adik akak dah kahwin, kami balik kampung akak kemudian sikit.

Maka, rindu rinduan lah akak pada hidangan raya macam ketupat palas, rendang ayam, serunding, nasi minyak, mi kuah daging yang biasa sedara mara akak jamu di 1, 2, 3 hari raya.

Akak kahwin dengan anak Jawa, jadinya menu raya we ols kalau ke rumah saudara mara adalah pecal dan soto. Tapi hidangan wajib di rumah mentua akak lain sikit.

Tiap-tiap tahun wajib ada: rendang ayam, lemang, nasi himpit, kuah kacang, daging masam manis dan ayam masak merah. Kadang-kadang mak buat kuah lodeh.

Biasanya hidangan dah siap sehari sebelum raya. Kami memang dah siap berbuka dengan menu-menu ni pada hari akhir puasa. Esoknya pagi raya, makan lagi. Dua tiga hari jugaklah menatap menu yang sama sampai akhirnya lepas tu teringin ikan tiga rasa, tomyam atau sambal sardin sebab dah muak dengan ayam daging.

Apa menu wajib u ols pagi raya?

26.5.18

Puasa Ke Laut


Wahhh dah nak dekat separuh puasa baru akak update blog ni. Hehe bukan apa sibuk dok update blog lain.

Tapi cerita hari ni nak jugak share kat blog sini. Betapa ke lautnyaaaaa puasa akak. Huhu

Dua tiga hari ni, agak mencabar mau kawal napesu makan tak kira masa berbuka atau sahur. Hasben pi pasar ramadan, kemain macem-macem dibawaknya balik. Jiran pun punya sedap bagi juadah nak berbuka. Aduhaiiiiii kasihanilah perotku.

Seminggu awal, alhamdulillah. Hasben tak ke pasar sangat, adapun beliau ke pasar yang runcit-runcit je yang tak banyak gerai, maka pembelian agak terhad dek pilihan yang terhad juga.

Tapi sejak menjejakkan kaki ke pasar ramadan yang agak grand di kawasan ini, yang gerai-gerainya sepenuh lorong 3 blok kedai telah membuatkan beliau rambang mata lalu pelbagai juadah tiba di meja berbuka.

Tak termasuk yang akak masak dan jiran bagi lagi tu.

Awal-awal hari tu, akak boleh kata istiqomah makan suku suku separuh gitu khennnn tapi sekarang ni agak jahanem sikit. Mari kita tampaq perot sendiri! Besa dia noh. Dugaan kecil macam ni pun tak mampu tahan, memang sejenis yang tak boleh berifthorrrr kat hotel. Tamak uiiii.

Dok tengok menu berbuka kat Mandarin Oriental Hotel yang dimasak oleh Chef Wan, tergugat jugak keimanan. Kemain dia tayang menu sedap belaka. Nak nak dia pulak yang masak. Tapi takpa. Jamu mata cukuplah.

Tadi tertengok gambaq kawan yang dah kurus selepas jaga makan dan exercise. Dan dan la akak insof kembali.

Memang gitulah maknusia. Mudah benor lupanya. Ambik minum Berocca, ikut Tun M tapi bab dia kata don't overeat semua buat krik krik. Sudahlaaaa (akak mengata diri sendiri).

Esok mula balik kontrol makan. Hari ni payah sikit sebab berbuka kat rumah adik beramai-ramai. Kah! Hang tengok hang tengok!

14.5.18

Pocket Chia, Mudahnya Bawa Chia Seed Ke Mana-mana


Akak tak pernah makan chia seed, rasanya. Haaa tak tahulah kalau pernah ter-rasa tapi akak short term memory lost. Tapi rasanya idaklah.

Tapi teringin nak makan. Ater makanan yang boleh bantu kurus ni memang terbeliak sikitlah mata khennn.

Nak beli sebelum ni, tengok semua pek dan botol besar-besar. Tak habih karang membazir. Rasa tak tahu lagi macamana.

Maka tergodalah akak bila ternampak botol-botol kecik ni berisi chia seed ni. Namanya pun Pocket Chia. Very the mobile, senang nak angkut ke mana-mana gituh. Saiz botolnye kecik aje, ada 4 botol dalam satu pek.

Harga ni dalam RM15 gitulah. Akak beli kat Jaya Grocer.

Menurut buku Sudah-sudahlah Tertipu, Menipu, Ditipu - yang ditulis oleh team Root of Science, katanya chia seed ni bukanlah kuruskan badan pun. Tapi tolong kita kawal selera makan. Ala-ala oat jugaklah.

Chia seed ni bila dalam cecair dia kembang. Maka bila kita makan dia tu, penuh dan kenyang dah la rasa perut. Takdela nak melantak banyak sangat.

Tapi pun kena careful jugak dengan chia seed ni, katanya kalori tinggi juga jadi kena ambik dalam sukatan yang memadai saja.

Akak baru nak explore lagu mana nak makan dan telan benda alah chia ni. Eloklah nak dekat puasa ni. Semoga selera makan tu dapatlah dikawal sikit.

Ehhhh kata nak kurus!

8.5.18

TeacheRobik, Senamrobik Santai di Rumah yang Awesome


Video: Youtube Teacherobik

Kan sebelum ni akak kata nak cuba Morning Yoga, nampak gayanya tak boleh pergilah you all. Mengantuk tahap gaban. So tinggal kenangan sekejaplah yoga ittew. Kahkah

Terpengaruh dengan Teacherobik lepas nampak ada kawan share video diorang ni kat FB.

Maka pagi ni akak cuba.

Paling suka senamrobik yang lagu Havana ni.



Movement dia memang sesuai lah ngan akak yang sendu-sendu kejap work out kejap tak ni. Dan juga bagus nak warm up balik untuk work out.

Pagi-pagi buat ni sedap jugak, keluar gak peluh jahat walaupun beberapa titis. Hahaha

Satu work out dalam 3 minit, jadi kenalah ikut beberapa lagu. Tadi akak cuba dalam 5-6 video, dalam 20 minit gitulah. Ok lah longgar sikit sendi-sendi ni. Segar sikit nak mulakan hari.

Banding yoga tuuuuuuu. Kehkeh.

You all mungkin ok dengan yoga tapi akak tak blehhhhh la. Mungkin kena berguru baru ok kot.

Oklah sebab tersuka dengan TeacheRobik ni, terus akak subscribe Youtube channel diorang. Selain movement yang best dan simple dan santai, akak suka sebab bersifat Malaysia yang ada perempuan tutup aurat, yang lelaki pun sopan je. Kalau kata nak senam dengan anak pun takde lah segan sangat.

Follow depa kalau nak mula bersenam okey!

Youtube: TeacheRobik

7.5.18

Kari Kepala Ikan Sedap di Restoran ZK, Kuala Lumpur




Hari tu kami sekeluarga dengan keluarga abang dan adik serta adik-beradik kakak ipar akak makan di Restoran ZK, Kuala Lumpur.

Saja nak celebrate birthday anak sedara. Makan reramai, makan kek, makan brownies. 

Kakak ipar dengan abang akak belanja. Alhamdulillah.



Alamat dan nombor telefon Restoran ZK


Restoran ni kat Jalan Kampung Attap, ke dalam sikit kawasannya tapi guna Maps, insya-Allah jumpa. 

Ada dua restoran ZK, selang dalam 3-4 buah kedai aje. Satu end lot, takde air-cond. Makan dalam kedai boleh, open air pun boleh. Satu lagi kedai, air-cond.

Hari tu kami makan kat kedai ZK air-cond, mujur tak ramai dan boleh muatkan kami semua around 20 orang walaupun tak reserve awal. Diorang boleh serve untuk small occassion. Nasi, lauk semua dah ready.

Masa kitorang sampai pun ada juga family lain makan reramai gak. 


Kari kepala ikan


Kari kepala ikan ialah signature dish ZK. Ini ha rupanya. Harga sepinggan bermula daripada RM90, mungkin ada yang RM100 lebih depend saiz kot. Kena tanya waiter kat situ.

Dalam kari ni, ada bendi dengan tauhu kering, menarik sebab akak tak pernah makan kari ikan letak tauhu kering. Sedap jugaklah. Isi kepala ikan memang lembut, sedap dan tak hanyir. Peminat kari kepala ikan, kena cuba makan kat ZK. 

Menu kami hari tu selain kari kepala ikan ialah sambal sotong, ayam goreng, kubis goreng, kuah madu dan ulam (hirisan bawang dan cili padi), serta jus tembikai.





Kenyang walaupun makan agak huru-hara dengan kanak-kanak. Hehe. Selang sebuah kedai, ada kedai cookies. Singgahlah situ sekali tau. Ngeeeee.

Ok, kalau nak makan kari kepala ikan delicious ni, boleh terus ke sini ye:

Restoran ZK, Kari Kepala Ikan Istimewa
Alamat: No 69 & 76, Jalan Kg Attap, 50460 Kuala Lumpur
Tel: 03-2273 9786
E-mel: restoranzk@gmail.com


Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post