27.12.17

Anak ke Tadika dah Minggu Depan!


Di timeline FB, penuhlah dengan perkongsian mak ayah dengan perbelanjaan anak nak masuk sekolah.

Dari keperluan sekolah macam beg, kasut, baju hinggalah ke buku dan yuran.

Bukan sikit-sikit belanja untuk seorang anak, berganda kalau anak ramai.

Harga sebuah pendidikan untuk anak-anak, generasi pewaris bangsa.

Kami yang baru nak daftar anak ke tadika pun dah mula rasa. Itupun umur 6 tahun baru kami masukkan ke tadika. Alhamdulillah juga dapat tadika yang yurannya masih dikategorikan mampu untuk kami.

Cuma masa daftar ni jelah, bayaran untuk buku, uniform dan lain-lain.

Pengalaman pertama agak mengujakan jugaklah. Dah kena siapkan uniform tadika, tampal lencana, beli beg sekolah dan alat tulis.

Setakat ni tengok anak ok aje, minta-minta nanti dah start tadika tu pun dia ok la jugak.

Minggu depan akak dah jadi mak yang ada anak sekolah dah. Hehe. Geng la dengan mak-mak yang kena iron baju uniform anak. Haha. Cuma tak payah nak perang kejut anak bangun pagi sebab dia tadika sesi petang. Kikiki

22.12.17

Anak Masuk Sekolah


Dah tiba ke minggu akhir cuti sekolah, mak ayah pun dah start busy uruskan anak kembali ke sekolah.

Beli buku, siapkan pakaian, kelengkapan sekolah dan macam-macam lagi.

Akak pun tetiba tak terkecuali. Akak hampir lupa anak akak pun nak masuk sekolah.

Sekolah tadika. Hahaha

Dah daftar dan dah dapat baju uniform tadika dah. Warna hijau. Hehe. Besor sikit almaklumlah anak bujang akak tu selim melim orangnya. Tapi oklah tu.

Tinggal nak siapkan barang-barang sekolah sikit. Beg, kasut, alat tulis.

Anak akak masuk tadika first time umur 6 tahun. Macam ummi abah dia la. Masa umur 4-5 tahun dia sekolah ummi je. Hihi

Harap-harap urusan pertadikaan dia berjalan lancar. Nampak setakat ni, dia excited nak pi tadika. Jangan sampai nanti depan pagar tadika dia buat drama udah le!

Mak-mak semua dah siap ke barang sekolah anak? Ke minggu nak shopping?

21.12.17

Nasi Lemak Bungkus


Pagi bersarapan dengan nasi lemak dah memang tak asing dah bagi rakyat Malaysia ni. Akak pun tak terkecuali.

Sekarang ni, akak suka nasi lemak bungkus kecil-kecil. Kalau dapat yang dibungkus dengan daun pisang tu memang paling akak suka. Bau dia sedap, harummmmm.

Satu masalah nasi lemak bungkus kecil ni, lauk dia selalu tak cukup. Haha. Tak cukup dalam erti kata tekak akak.

Pernah jumpa, nasi lemak yang saiz memang kecil, agaknya saiz penumbuk anak akak je hehe, sambal kosong, ikan bilis kacang ada satu sudu teh, telur dadar sekeping nipis. RM1.20 ke RM1.50 dah tak ingat.

Ada juga yang complete nasi lemak secawan, sambal, ikan bilis goreng, kacang, telur rebus separuh, timun - harga up sikit RM1.80. Yang lebih kurang camni tapi harga RM1.50 pun ada.

Ada juga jenis nasi lemak dengan sambal bilis bawang, telur goreng. Pun boleh je.

Macam-macam versi.

Yang pasti, penjual nasi lemak pun nak kena fikir kos juga. Santan, kacang, ikan bilis, telur boleh tahan juga harganya.

Nak nasi lemak seringgit tu payah benar la sekarang ni. Tak untung pun agaknya ye.

Tu pun syukur ada juga orang jual nasi lemak kan. Hehe. Kot banyak komplen, buatlah sendiri. Puas hati nasi nak tambah berapa pinggan, sambal bilis, ikan bilis goreng garing, kacang 20 biji, telur rebus sebiji atau telur mata, timun berapa banyak suka.

Adeh... ngences pulak tulis pasal nasi lemak. Menitik air mata sambil makan roti telur pagi ni. Haha!

Gambar nasi lemak tu hiasan je.

19.12.17

Reda Sakit Pinggang dengan Panaflex

Encik husband sakit-sakit pinggang minggu lepas. Akak, memang sejak beranak pinak sakit pinggang sokmo dah. Hehe. Kurang kalsium dan penuaan mungkin juga ye.

Encik husband dok angkat-angkat barang berat semenjak dua menjak ni, kadang tidur atas lantai dengan toto nipis, berasa jugaklah sengal lenguh tak sedap pinggang.

Akak dah memang tau dah. Kalau keputusan pil kalsium, lepas tu kurang minum susu, memang senang sakit pinggang.

Jadinya nak bagi reda sakit pinggang tu, encik suami beli Panaflex. Macam koyok gaklah. Pelekat berangin nak bagi lega sakit pinggang.

Dia pakai sekeping sebelum tidur. Esoknya alhamdulillah kurang sakit dah katanya.

Akak pun cuba jugak semalam sebab sengal sungguh rasa pinggang ni. Sebaik saja pelekat tu melekat kat belakang pinggang tu, berdesup berangin terasa aduhh leganya!

Dia macam kita sapu minyak panas jugaklah tapi yang ni rasa berangin tu sampai ke esok pun ada lagi. Sedap betul perasaan dia. Haha. Kalau koyok macam sekejap je dah hilang rasa berangin tu.

Panaflex ni, punya prihatin. Siap bagi seal untuk tampal kat tepi pelekat, jadinya takde la pelekat tu bergerak-gerak atau beralih. Dan lekatannya pun kuat, tak jejas kulit pun. Selesalah kiranya. Bau pun tak ada. Orang sebelah pun tak tahu kita pakai 'koyok'.

Memang akak rekemen kalau yang lenguh-lenguh kat pinggang tu untuk guna Panaflex ni. Tapi untuk kesan sementara dan tak serius saja tau. Kalau selalu sangat sakit pinggang atau makin teruk, pi ambik ubat kat dokter. Dokter akan bagi ubat yang lagi spesifik yang sesuai dengan keadaan kita.

Sepeket Panaflex ni harga RM5.50 kat 99 Speedmart. Setiap peket ada 2 keping.

16.12.17

Untungnya dengan Celcom Xpax


Akak dulu pengguna tegar Celcom, sampailah satu masa akak tukar ke Tunetalk tapi tak lama lepas tu kembali ke Celcom.

Jadinya akak jadi pengguna baru Celcom, dengan plan Xpax yang baru. Cuma title loyal user tu dah takde la. Haha

So far hampir setahun kembali ke Celcom ni, akak puas hati guna. Maklumlah dengan semuanya nak cari kat internet, berniaga pun kat internet, buat kerja pun guna internet... maka perlunya banyak data nak guna.

Akak malas nak sign up postpaid, setakat ni akak guna prepaid akak ok je. Itulah motivasi nak cari duit tiap-tiap bulan, duit top up. Hehe

Plan yang akak selalu subscribe, RM30 untuk 5Gb yang sah untuk sebulan.

Setakat ni alhamdulillah cukup. Atau kalau perlu tambah data, akak guna promosi RM5, dapat 3Gb. Untung! Biaq la Celcom kekalkan promosi ni. Akak pelanggan tegar. Hahaha

Dan dengan plan RM30 sebulan tu, dapat:
Free Facebook 10Gb
Free Basic Internet 10Gb
Free Instagram 10Gb

Facebook tu selalu guna tak habis pun 10Gb. Basic internet lagilah, seciput aje. Akak taklah beria sangat Whatsapp. Wechat Line semua tak pakai. Free Instagram tu baru lagi. Tu pun takde la banyak mana gak guna cuma enjoy sikit la nak tengok video IG ngan instastory. Hehe

Line? So far ok je. Tapi nak kata stabil sangat pun, hmmm mana-mana line pun sama saje. Tapi ok lah bila on hotspot, guna wifi pun speed dia agak ok juga.

Kalau nak convert atau nak cuba prepaid, boleh la Celcom Xpax ni. Akak recommend. Hehe.

Nak Masak Apa dengan Sotong dalam Tin?


Beberapa hari sudah, jemu dah makan ayam-ikan-daging, teringin nak makan sotong.

Nak beli sotong fresh, almaklum harga boleh tahan juga sekilo. Kita beli sotong tin ajelah kali ni. Huhu. Sotong frozen pun ada kat kedai dekat rumah ni tapi lain kalilah. Hehe

Bermulalah pencarian sotong tin. Biasa orang recommend brand Rex. Akak cari kat 99 Speedmart takde. Yang ada Ayam Brand. Oklah daripada takde kan. Sotong juga pun ha.

1 tin kecil RM3.99. Akak beli dua tin. Cukup la untuk makan 1 family.

Sotong dalam tin ni, dia didatangkan dalam seketul yang besor. Jadinya, lepas dah keluarkan daripada tin tu, kena potong-potong kecil atau besar mana ikut sukalah. Kalau nak masak seketul tu pun boleh tapi susah sikitlah nak makannya karang.

Air sotong tu biasanya kicap. Macam kicap cair gitu. Tapi yang Ayam Brand ni, dia ada 2 jenis. Satu kicap, satu lagi apa entah akak tak ingat. Tapi rasanya tak banyak beza sangat kot.

Pernah satu masa dok viral sotong tin ni, jadi akak dah pernah cuba buat. Ok la sedap sesekali nak makan. Selalu tak boleh la, masin dek non oi.

Masa akak post kat Instagram, ada kawan-kawan akak tanya. Depa baru tau macamana nak masak. Tak pernah dok buat. Syok kan boleh share benda yang sebelum ni orang tak tau, jadinya dah tau lepas tengok post kita. Hehe

Berbalik kepada sotong tin, sebenarnya macam-macam boleh masak dengan dia. Lauk kecemasan la gitu ha. Macam sardin gak pun. Tapi processed food is processed food jugaklah, tak boleh makan selalu.



8.12.17

Lauk Kenduri, Antara Catu dan Ambil Suka Hati


Terbaca satu post di FB berkenaan lauk kenduri. Status FB tuan post tu akak kadang kadang follow juga.

Ada yang boleh diterima, ada yang kurang. Begitulah setiap orang berbeza pendapat dan pandangan.

Isu lauk kenduri ni, tuan ni suarakan rasa kurang senang bila masa datang kenduri, lauk disendukkan oleh pelayan dan kuantitinya dicatu. Seketul sahaja ayam atau daging setiap seorang.

Tuan ni rasa macam tak patut sebab tetamu yang datang terpulanglah nak makan berapa banyak, kan ke meraikan tetamu bila dah jemput. Pada dia, dia rasa tak syok sebab seolah tuan rumah rasa tetamu ni gelojoh sangat ke nak makan banyak.

Gitulah lebih kurang.

Jadi bila baca komen memang macam-macam. Yang sokong ada, yang kurang setuju pun ada.

Yang katerer kebanyakannya komen senario sebenar. Ada yang memang tuan rumah minta buat macam tu sebab nak pastikan lauk cukup untuk semua tetamu. Dan ada juga yang mengatakan supaya tak bazir. Kadang jenis yang ambik makanan setimbun tapi tak habis. Betul jugaklah.

Tapi pada akaklah, ambik je sikit dulu. Kena catu pun tak kisah cuma takde la kebebasan nak pilih lauk tu kan but it is not a big deal. Tak cukup, pi la ambik lagi kalau tak berapa malu. Kahkah.

Kita lebih kepada nak hadir majlis dan penuhi jemputan. Tuan rumah jamu banyak makanan alhamdulillah. Tapi bukanla bermakna kita sampai melantak. Agak-agak la.

Apapun, berhemahlah masa pi kenduri. Gegaya lapar sangat, makan dulu la sebelum pi kenduri or lepas kenduri pi la sambung makan kat kedai. Hehe

Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post