16.12.17

Nak Masak Apa dengan Sotong dalam Tin?


Beberapa hari sudah, jemu dah makan ayam-ikan-daging, teringin nak makan sotong.

Nak beli sotong fresh, almaklum harga boleh tahan juga sekilo. Kita beli sotong tin ajelah kali ni. Huhu. Sotong frozen pun ada kat kedai dekat rumah ni tapi lain kalilah. Hehe

Bermulalah pencarian sotong tin. Biasa orang recommend brand Rex. Akak cari kat 99 Speedmart takde. Yang ada Ayam Brand. Oklah daripada takde kan. Sotong juga pun ha.

1 tin kecil RM3.99. Akak beli dua tin. Cukup la untuk makan 1 family.

Sotong dalam tin ni, dia didatangkan dalam seketul yang besor. Jadinya, lepas dah keluarkan daripada tin tu, kena potong-potong kecil atau besar mana ikut sukalah. Kalau nak masak seketul tu pun boleh tapi susah sikitlah nak makannya karang.

Air sotong tu biasanya kicap. Macam kicap cair gitu. Tapi yang Ayam Brand ni, dia ada 2 jenis. Satu kicap, satu lagi apa entah akak tak ingat. Tapi rasanya tak banyak beza sangat kot.

Pernah satu masa dok viral sotong tin ni, jadi akak dah pernah cuba buat. Ok la sedap sesekali nak makan. Selalu tak boleh la, masin dek non oi.

Masa akak post kat Instagram, ada kawan-kawan akak tanya. Depa baru tau macamana nak masak. Tak pernah dok buat. Syok kan boleh share benda yang sebelum ni orang tak tau, jadinya dah tau lepas tengok post kita. Hehe

Berbalik kepada sotong tin, sebenarnya macam-macam boleh masak dengan dia. Lauk kecemasan la gitu ha. Macam sardin gak pun. Tapi processed food is processed food jugaklah, tak boleh makan selalu.



8.12.17

Lauk Kenduri, Antara Catu dan Ambil Suka Hati


Terbaca satu post di FB berkenaan lauk kenduri. Status FB tuan post tu akak kadang kadang follow juga.

Ada yang boleh diterima, ada yang kurang. Begitulah setiap orang berbeza pendapat dan pandangan.

Isu lauk kenduri ni, tuan ni suarakan rasa kurang senang bila masa datang kenduri, lauk disendukkan oleh pelayan dan kuantitinya dicatu. Seketul sahaja ayam atau daging setiap seorang.

Tuan ni rasa macam tak patut sebab tetamu yang datang terpulanglah nak makan berapa banyak, kan ke meraikan tetamu bila dah jemput. Pada dia, dia rasa tak syok sebab seolah tuan rumah rasa tetamu ni gelojoh sangat ke nak makan banyak.

Gitulah lebih kurang.

Jadi bila baca komen memang macam-macam. Yang sokong ada, yang kurang setuju pun ada.

Yang katerer kebanyakannya komen senario sebenar. Ada yang memang tuan rumah minta buat macam tu sebab nak pastikan lauk cukup untuk semua tetamu. Dan ada juga yang mengatakan supaya tak bazir. Kadang jenis yang ambik makanan setimbun tapi tak habis. Betul jugaklah.

Tapi pada akaklah, ambik je sikit dulu. Kena catu pun tak kisah cuma takde la kebebasan nak pilih lauk tu kan but it is not a big deal. Tak cukup, pi la ambik lagi kalau tak berapa malu. Kahkah.

Kita lebih kepada nak hadir majlis dan penuhi jemputan. Tuan rumah jamu banyak makanan alhamdulillah. Tapi bukanla bermakna kita sampai melantak. Agak-agak la.

Apapun, berhemahlah masa pi kenduri. Gegaya lapar sangat, makan dulu la sebelum pi kenduri or lepas kenduri pi la sambung makan kat kedai. Hehe

7.12.17

SUSHIKA: Susyi Ala Malaysia

Hari tu, adik ipar ada bawak susyi. Tapi lain macam susyinya.

Besar. Dan ada susyi sambal pulak. Haha

Rupanya versi Malaysia punya susyi. Intinya dimasak dulu. Dan siap dihias memang beria. Setiap satu susyi pulak didatangkan dalam roll yang dah siap dipotong. Senang la nak makan.

Yang adik beli, susyi sambal, susyi udang dan susyi sotong.

Yang sambal tu dah macam nasi lemak pun ada tinggal tak ada ikan bilis kacang aje. Inti dia sambal, telur dadar, timun. Ni ok, sedap gak cuma sambal dia agak pedas.

Susyi udang yang ada oren-oren kat atas tu. Telur ikan kot. Macam ada cheese jugak agaknya. Yang ni tak pedas. Dia ala lemak berkrim yummy gitu ha.

Susyi sotong yang ada daun salad terjojol tu. Dia pakai sotong kurita. Marvellous juga rasanya. Ini pun tak pedas.

Overall, sedap dan agak puas hati.

Sesuai kalau nak buat makan reramai. Sorang kalau nak hadap benda ni memang kekenyangan macam ulor sawe la. Sekeping susyi tu besar gak potongan dia. Actually 2-3 keping pun agak kenyang dah melainkan perut macam akak. Hahahaha

Susyi ni adik beli kat Instagram. Seller tu deliver ke ofis. Katanya delivery ikut area ikut hari tertentu. Kena follow Instagram seller tulah. Biasa Klang Valley dia banyak cover.

Dah kalau ngences tu, pi jamu mata kat Instagram ni. Susyi ni ada brand tahu. SUSHIKA. Haaa gitu. Search kat Instagram, or else follow seller ni je.

Sushika Squad
Instagram: @asyiqinsalleh
Harga: RM12++ setiap satu rol

Ayam Goreng Rangup


Semalam dok belek-belek Gallery gambar dalam telefon ni terlintas imej-imej ayam goreng. Huih lapar jadinya maka akak membuatkan orang lain terliur juga dengan post kat Instagram. Hehe.

Satu, ayam goreng berempah kari. Resipi daripada adik ipar yang pandai masak. Sedap, tapi bila akak buat taklah sedap sangat sebab terlebih sangat serbuk kari. Kahkah.

Ayam goreng ni siap digoreng garing dengan daun kari mak yang gemok memang ghau-ghau la bau dieeeee.

Dua, drumet dan kepak ayam jenama Ayamas. Seketul dua itulah saja drumetnya. Yang banyak kepak. Sudah la kecik-kecik aje sekarang saiznya. Cuma akak tak makan selalu sangat. Masin.

Tiga, ayam goreng gambar dari Instagram majalah Rasa. Pehhh tengok ayam camni memang buat meleleh air liur saje. Tengokla dia punya tepung salut kulit luar tu macam rangup krup krap seperti ayam goreng McD. Eh.

Empat, resipi rahsia ayam KFC. Katanyalah. Akak lupa dah mana sumber akak ambik ni. Tapi menarik gak nak cuba tengok sama ke tidak khennn. Cuma celah mana nak cari rempah yang tak pernah didengar tu ha.

Oklah. Sekian perkongsian ayam goreng. Mudah-mudahan korang lapar tengok gambar-gambar ni. Hehehe

2.12.17

My Coffee Prince versi Malaysia


Imej: www.gempak.com

Drama Korea, My Coffee Prince ni memang akak dah banyak kali tengok. Husband akak pun layan. Actually dia bukan jenis layan sangat tapi yang ni dia suka. Satu lagi drama Korea tajuk Pasta. Itu aje yang dia follow sampai habis.

Ok berbalik kepada MCP, sekarang ni dok tayang di Astro Ria dan Ria HD. Setiap Isnin sampai Khamis pukul 10 malam.

Ini versi Malaysia. Jadi yang dah tengok versi asal Korea memang tak boleh tahan nak banding watak-watak yang dibawak oleh pelakon Malaysia. Yang pasti, pada akak pemilihan watak memang kena. Ngam sangat!

Si hero Gong Yoo tu dibawak oleh Fattah Amin. Haha boleh la tu. Watak heroin, Janna Nick. Sesuai sesuai.

Pada awalnya ramai jugak yang kecam apsal hero tu dibagi ke Fattah, hmm pada akak sesiapa jadi hero pun tetap jugak kena kecam. Dah tentu dia tengah glamer sekarang ni, ingat Micheal Ang takde strategi ke? Hahaha

Pada akak, ok aje dia pun.

Ok watak lain macam sepupu hero yang pengarah muzik tu, Fahrin Ahmad. Gf lama merangkap crush si hero, Diana Danielle.

Paling tak menahan tapi akak suka, mak si heroin, Sharifah Shahira. Kahkah memang sesuai betui la. Watak mak dia yang sengal-sengal tu.

Watak mak kepada hero, Jasmin Hamid. Kemain la kena jadi lemah lembut sopan santun. Nenek hero, Ellie Suriati. Hahaha sekali lagi akak suka!

Yang paling tak sangka, pengurus kafe yang blur tu dibawak oleh Zain Ruffedge. Hahahha. Lawak je.

Ni dah habis minggu pertama. Ada rekod kat rumah ni tapi tak tertengok lagi pun. Tak sempat.

So far akak tengok 3 episod, oklah. Menjadi jugak. Sekadar hiburan. Teringat zaman muda layan drama Korea berkoyan-koyan.

Korang dah tengok ke? Watak mana yang paling korang suka?

Kahwin #fattzura


Walaupun dah beberapa hari berlalu sejak Fattah-Fazura kawin, akak tetap jua nak bagi komen. Hehe menumpang bahagia pengantin baru gitu.

Akhirnya lepas announce depa bertunang dan bakal nikah dalam waktu terdekat, rupanya memang dekat sungguh. Tuptup nikah dah beberapa hari lepas PC tu je pun.

Tapi tengokkan preparation nikah tu, nampak macam memang dah plan dan arrange dengan baik dari awal. Pandai sungguh simpan rahsia. Yang manage majlis pun pandai simpan rahsia. Padahal yang buat baju bukan calang calang, Rizman Ruzaini. Nikah buat di Ritz Carlton. Videographer photographer semua pun bukanlah main tangkap muat gitu jah.

Apapun, majlis nikah tu nampak sweet. Baju nikah, mekap Fazura nampak classy and elegant. Simple and sweet. Tapi nanti masa sanding tak taulah kan.

Semoga depa bahagia. Walaupun beza umur 7 tahun, tapi apa ada hal ye dok. Fazura nampak muda je. Hahaha

Kemain trending la si Fattah, dah la tengah on My Coffee Prince. Glamer betui. Rezeki.

27.11.17

Cuti Sekolah


Akhirnya tiba jua ke penghujung tahun, cuti sekolah panjang yang dirindukan budak sekolah.

Akak? Takdelah beza sangat pun. Anak belum sekolah. Tumpang aura je.

Dulu cuti sekolah macam ni, akak selalu teringin nak pi kem. Apa-apa kem. Kem motivasi ke, kem masuk hutan ke. Tapi ayah bukan minat sangat nak hantar anak pi kem macam tu, maka akak bercuti di rumah saje.

Bagi orang yang kerja, syoklah jalan lengang. Pagi-pagi tak kalut and rushing sangat. Kurang jem.



Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post