23.10.17
Tua Bermanfaat
Kadang-kadang tu akak terfikir jugak, kalau dah tua-tua esok (sekarang ni muda lagi ok), anak-anak dah besar, apalah yang akak nak buat di rumah.
Akak tak mau la sekadar dok rumah buat kerja rumah semata, layan tv sepanjang hari. Niat di hati kalau Allah bagi umur panjang, kesihatan yang baik -- nak jugak lah bermasyarakat. Join kuliah ke, usrah ke, persatuan apa-apa ke selain akak dok membayangkan akak menulis.
Dari dulu pun akak memang berniat kalau dah pencen (dulu kan akak keje), memang akak nak fokus menulis atau menterjemah. Atau buat buku. Tapi nampaknya rancangan tu Allah awalkan.
Ada hikmahnya tu.
Oklah akak ada job menulis ni. Melambat aje submit artikel. Time idea mencurah, anak masing-masing berkerenah. Time depa senyap sunyi, idea akak pun terbang ke mana entah. Aduh.
Takpe. Akak tetap coba. Nak reti menulis, memang hang kena menulis aje. Layankan aje. Zasssss!
14.10.17
Siti Nurhaliza Junior is Coming!
Tumpang seronok dengaq news yang ctdk tengah pregnant. 11 tahun tunggu, berapa banyak kali dah cuba dan pernah jugak keguguran.
Tengok muka dia kemain berseri. Cakap pun senyum-senyum. Lama dia tunggu kan.
Bila dengaq news yang macam ni, betapa ramai orang masih berusaha dan menanti zuriat, kita yang alhamdulillah diberi rezeki anak ni, kadang-kadang keja nak marah saja.
Memang dah harus dah anak macam-macam perangai ngan kerenah, dengan cengengnya, dengan clingy-nya, dengan merengek nya kita dah tak tahan.
Tak masuk lagi bab kita tengah sibuk, depa pun nak sibuk sama. Kita dok suruh depa main jauh-jauh. Huhu
Mai malam, nak tidoq semua pakat dok bawah ketiak jugak. Ketiak masam ni jugak la yang depa dok berhimpit. Tengok muka tidoq, kesian. Anak bukan reti apa. Nak cakap nak apa pun tak pandai. Kita orang tua ni sikit-sikit nak marah ja. Huhuhu.
Alhamdulillah rezeki yang satu ni, Allah bagi mudah. Yalahkan rezeki masing-masing tak sama. Dalam kita dok rasa syoknya couple yang masih berdua travel around the world, boleh pakai tudung tanpa kesah kena muntah atau terpenyek - dalam hati depa berapa banyak depa nak jadi macam kita, kita tak tau kan. Biasalah kita selalu rasa the grass is always greener on the other side. Padahal orang lagikan dok nak that green grass yang kita ada.
Apapun bersyukur. Allah bagi apa yang kita perlu. Allah akan bagi pada tepat masa. Kita doa dan usaha saja.
Satu Malaysia tumpang happy dengan Siti. Semoga selamat hingga melahirkan.
7.10.17
Karnival Sekolah
Hari ni join anak-anak sedara ke sekolah depa, ada Karnival PIBG. Meriah jugaklah. Ikut hati tak mau pi sebab akak ada job nak kena submit next week tapi hasben kata jom je lah pegi ambik angin.
Sekolah pun dekat je ngan rumah. Lepas sarapan kat kedai dekat ngan sekolah tu, terus la ke sana.
Ada macam-macam gerai. Burger, aiskrim bajet, otak-otak segala macam. Permainan pun ada banyak khusus untuk budak-budak sekolah tu. Paintball, abseiling, masuk rumah hantu etc.
Anak-anak enjoy dapat banyak mainan. Tumpang seronok tengok anak seronok. Dah lama depa pun tak keluar cam gini. Asyik pi supermarket sajo. Huhu
Tengok budak sekolah ni dok terbayang esok anak sendiri masuk sekolah macamana la. Tak lama dah nak masuk Darjah 1. Besaq dah rasa.
Adakah akak nanti akan ada masa macam ni nak attend program sekolah anak?
Macamana anak akak nak beradaptasi dengan sekolah?
Akak cuma harap anak akak mampu survive dan adapt dengan sekolah, cikgu dan kawan-kawan dia esok.
3.10.17
Crime Patrol Dial 100 di Tara HD
Lately ni, kat rumah dilanda ketagihan drama India. Cerita pasal kes jenayah di India, rasanya kisah benar. Tajuk Crime Patrol di Tara HD 108.
Mula-mula mak akak yang tengok, lepas tu terjebak ke satu keluarga, siap rekod. Seronok juga kira terhibur jugaklah. Tiap-tiap hari pulak tu, Isnin sampai Jumaat jam 8 ke 9 malam. Ulangan keesokannya jam 12.30 tengah hari.
Kes-kes yang dipaparkan memang menarik juga. Memang tak sama langsung dengan Gerak Khas ye u ols. Dan cerita ni bagi gambaran jelas camana rupa kampung kat India tu. Kalau kampung tu memang kampung betul. Yang bandar cara bandar lah. Dan satu akak perasan kes-kes jenayah ni banyak betul melibatkan skandal seks. Suami orang dengan isteri orang, kak ipar dengan adik ipar, isteri orang dengan orang bujang. Ada satu kes tu siap 1 pompuan kawen 3 lelaki! Bermadu 3 lelaki tu engkauuuu.
Lepas tu kalau kes bunuh tu boleh tahan juga kejamnya. Yang rosakkan muka mayat ada, yang lempar kat laut ada. Yang tergantung kat pokok ada. Ngeri jugak tengoknya.
Tapi dari satu segi, banyak jugak pengajaran. Yang elok tu bolehla diikut. Yang tak elok tinggalkan lah.
Kalau takde Astro, nak tengok kat Youtube pun boleh. Search je Crime Patrol. Berlambak episod seribu lebih. Hahah.
Memilih Kaedah Merancang Keluarga: Pil atau Suntikan?
2.10.17
Jamu Ketat
Kecoh jugak ye pasal jamu insert lately ni. Akak folo juga sikit-sikit, nak juga tahu perkembangan.
Akak bukan pengguna tapi kenal beberapa seller produk tu.
Bagus jugak ada pencerahan macam ni, sebab dulu-dulu pun akak confuse perlu atau patut ke insert bendasing ke dalam faraj. Ikut kata dokter, tak perlu pun bahkan boleh jadi bahaya lagi ada.
Baca komen sorang pengguna yang kata faraj sampai melekat, lagilah seram. Dasyat dia punya effect. Apapun elok la ikut nasihat dokter saja.
Kalau dulu punya jamu mungkin masih boleh dipercayai tapi sekarang punya banyak fikir nak untung saja betul tak. Memang la untuk bisnes tapi kalau dah sampai tahap membahayakan orang lain, tak patut kot.
Kita yang nak guna ni pun nak kena bijak jugak la. Kalau rasa pelik-pelik kaedahnya baik tak payah. Huhu
1.10.17
Cerek Wisel
Mak mentua akak masih masak air dengan cerek atas dapur. Walaupun ada Cuckoo kat rumah, tetap jua mak masak air macam biasa.
Actually akak lagi suka minum air yang masak dengan cerek cam gini. Lain rasa dia. Lagi sedap even air masak je pun.
Kalau akak biasa masak air guna heater elektrik tu. Memang tak berapa sedap.
Masak dengan cerek ni, satu lagi syok dia bila wisel bunyi. Hehe.
Ada sesapa lagi masih masak air atas dapur?
Bye 2025, Hai 2026!
Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...
