3.10.17

Crime Patrol Dial 100 di Tara HD



Lately ni, kat rumah dilanda ketagihan drama India. Cerita pasal kes jenayah di India, rasanya kisah benar. Tajuk Crime Patrol di Tara HD 108.



Mula-mula mak akak yang tengok, lepas tu terjebak ke satu keluarga, siap rekod. Seronok juga kira terhibur jugaklah. Tiap-tiap hari pulak tu, Isnin sampai Jumaat jam 8 ke 9 malam. Ulangan keesokannya jam 12.30 tengah hari.

Kes-kes yang dipaparkan memang menarik juga. Memang tak sama langsung dengan Gerak Khas ye u ols. Dan cerita ni bagi gambaran jelas camana rupa kampung kat India tu. Kalau kampung tu memang kampung betul. Yang bandar cara bandar lah. Dan satu akak perasan kes-kes jenayah ni banyak betul melibatkan skandal seks. Suami orang dengan isteri orang, kak ipar dengan adik ipar, isteri orang dengan orang bujang. Ada satu kes tu siap 1 pompuan kawen 3 lelaki! Bermadu 3 lelaki tu engkauuuu.

Lepas tu kalau kes bunuh tu boleh tahan juga kejamnya. Yang rosakkan muka mayat ada, yang lempar kat laut ada. Yang tergantung kat pokok ada. Ngeri jugak tengoknya.

Tapi dari satu segi, banyak jugak pengajaran. Yang elok tu bolehla diikut. Yang tak elok tinggalkan lah.

Kalau takde Astro, nak tengok kat Youtube pun boleh. Search je Crime Patrol. Berlambak episod seribu lebih. Hahah.


Memilih Kaedah Merancang Keluarga: Pil atau Suntikan?



Sekarang ni kalau di hospital kerajaan, sebelum discaj ibu dan baby, dokter akan tanya siap-siap kaedah apa yang ibu pilih untuk merancang keluarga.

Sendiri? Pil? Suntikan? Implan? IUD?

Ada banyak cara kan. Mana la nak tahu nak pilih yang mana satu. Atau pilih pun sebab kakak pernah guna la, kawan yang guna la. Jadinya tak cukup pengetahuan nak buat keputusan.

Akak pun mula-mula ingat nak pakai perancang ni senang aje. Pegi KK, inform nurse then bagitahu kita nak perancang apa lepas tu jumpa dokter lepas tu go on la dengan apa yang di'decide'.

Rupanya prosedur nak mulakan perancang ambil masa juga. Macam buka buku merah mengandung. Sebab nak isi buku perancang pula. Misi akan interview dan isikan history. Jadi lama sikitlah. Lepas tu kena check urine dan BP. 

Misi akan tanya kita nak guna perancang apa. Lepas tu dia akan advise. Kalau pil, ada macam-macam jenis pil. Ada yang single hormone (satu hormon saja contoh Noriday) dan double hormones (ada 2 hormon contoh Regulon). Single hormone pill biasa dimakan masa 6 bulan pertama lepas tu digalakkan tukar ke pil yang ada 2 hormon. Akak pernah guna dua-dua, mula-mula je ada gangguan sikit menses tapi lepas tu ok. 

Satu saja kalau ambil pil ni, kena follow up kat KK tiap-tiap bulan sebab dia monthly basis. Setiap kali nak ambik pil baru kena ambik BP dan timbang berat. Nak pantau kesihatan ibu semasa dok amal perancang ni.

Pil ni, tak boleh miss sehari pun ye. Kena tiap-tiap hari makan. Nak mudah, tetapkan waktu nak makan. Pagi ke tengah hari ke malam ke. Supaya tak termiss. Dan kalau terlupa, masa ingat tu terus makan tau.

After few months, akak cakap kat misi nak cuba suntikan pulak. Akak tak larat nak pi KK every month huhu. Misi suruh consult dokter, then dokter cakap ok boleh cuba. Cuma kalau suntikan depo ni ada kemungkinan menses akan jadi lebih lama dan keluar darah sikit-sikit. Jadi mungkin kurang selesa bagi sesetengah orang. Jadi dokter advise kalau ok boleh go on dengan suntikan, if not boleh tukar balik ke pil. No problem. 

Implanon atau IUD akak takde pengalaman. Setakat dengar pengalaman orang lain adalah. 

Apapun nak mulakan perancang, consult dokter dulu. Tak boleh main balun aje sebab kita nak kena pantau kesan lepas ambil perancang tu. Perubahan mood ke berat badan ke atau apa-apa side effect. 

2.10.17

Jamu Ketat


Kecoh jugak ye pasal jamu insert lately ni. Akak folo juga sikit-sikit, nak juga tahu perkembangan.

Akak bukan pengguna tapi kenal beberapa seller produk tu.

Bagus jugak ada pencerahan macam ni, sebab dulu-dulu pun akak confuse perlu atau patut ke insert bendasing ke dalam faraj. Ikut kata dokter, tak perlu pun bahkan boleh jadi bahaya lagi ada.

Baca komen sorang pengguna yang kata faraj sampai melekat, lagilah seram. Dasyat dia punya effect. Apapun elok la ikut nasihat dokter saja.

Kalau dulu punya jamu mungkin masih boleh dipercayai tapi sekarang punya banyak fikir nak untung saja betul tak. Memang la untuk bisnes tapi kalau dah sampai tahap membahayakan orang lain, tak patut kot.

Kita yang nak guna ni pun nak kena bijak jugak la. Kalau rasa pelik-pelik kaedahnya baik tak payah. Huhu

1.10.17

Cerek Wisel


Mak mentua akak masih masak air dengan cerek atas dapur. Walaupun ada Cuckoo kat rumah, tetap jua mak masak air macam biasa.

Actually akak lagi suka minum air yang masak dengan cerek cam gini. Lain rasa dia. Lagi sedap even air masak je pun.

Kalau akak biasa masak air guna heater elektrik tu. Memang tak berapa sedap.

Masak dengan cerek ni, satu lagi syok dia bila wisel bunyi. Hehe.

Ada sesapa lagi masih masak air atas dapur?

15.9.17

Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz


Lebih 24 jam dah kebakaran paling memilukan, menyayat hati dan meruntun jiwa semua rakyat Malaysia berlaku.

Dok terbayang lagi api besar marak membakar masa azan Subuh semalam, ada jugak la akak tengok video. Tapi mujur takde video atau gambar yang bukan-bukan melintas kat wall FB akak.

Pagi ni pulak terbaca pasal tong gas kuning yang tetiba ada di depan pintu asrama tu. Kemungkinan ada unsur khianat. Lagilah sedih.

Akak tak pandai nak komen nak kata ni tanggungjawab pihak mana. Baca di FB macam-macam version keluar.

Apapun akak doakan segala urusan pengecaman DNA dan pengebumian nanti dipermudahkan. Kalau betul ada unsur khianat, semoga Allah beri keadilan.

Al fatihah.

23.8.17

Khairul Hafiz Jantan dan Abang Photographer Baju Hijau

Teks: Zaila Hafni

Terhibur sangat akak dengan abang photographer baju hijau yang bersungguh-sungguh nak snap the best moment si Raja Pecut Asia - Khairul Hafiz Jantan (KHJ).

Photog Bernama yang nama Iskandar tu memang beria sungguh lari sampai satu part yang dia lari lagi laju dari KHJ sebab nak ambik gambar jadi part yang paling lawak dan suwit gitu ha.

Kesian betui si photog bila dok suruh si KHJ stop nak ambik gambaq, budak tu dok laa lari ke sana sini dek excited menang. Huhu tak perasan gamaknya kan. Dan berkejar la si photog nya mengikut ke mana dia lari.

Memang dedicated habis incik Iskandar ni. Bangga Bernama ada photog cam ni. Dah la nak shoot sports event and athletes bukan senang. Mencabar oo.

Depa kena pandai timing, pandai set kamera. Kena reti jugak dengan sport yang depa cover tu. Barulah boleh plan shot yang chantek.

Kagum. Memang kagum.

Dulu akak selalu layan gambar sport yang superb from talented media photogs kat web fotowarung. Tambah kalau musim sukan, memang banyak la depa upload gambar sukan yang cantik yang media guna.

Paling suka tengok dulu, Bazuki Muhammad. Aizuddin Saad. Glenn Guan.

Video KHJ menang ni, memang ada dua kegembiraan. Satu, sebab dia menang emas. Dua, sebab tengok gelagat photog yang beria mengejar dia tambah lagi si baju hijau tu. Hehe

Terima kasih abang photog menceriakan hidup rakyat Malaysia selain kemenangan KHJ.

Nak tengok video tu boleh search kat FB Bernama ek.

Pendaftaran Pra Sekolah Tahun 2018


Mulai kemasukan pra sekolah sesi 2018, pendaftaran kena dibuat online. Tahun lepas, register manual ke sekolah terus. Tahun ni kena melalui online.

Pendaftaran dibuka bulan April-Mei 2017 hari tu. Mujur akak sempat daftarkan anak. Banyak step gak sebenarnya, tapi kita follow sahajalah kan sebab nak dapatkan tempat bukan senang sebab terhad.

Prosesnya macam ni:

1. Daftar online dulu. Biasa open bulan Mac ke April. Tarikh tutup Mei. Pilih sekolah siap-siap.

2. Print borang dan isikan semua detail yang perlu.

3. Sahkan salinan dokumen. Surat beranak dan Mykid anak, IC ibu bapa, slip gaji.

4. Compile semua dan hantar ke sekolah yang kita apply tu sebelum tarikh tutup.

5. Dalam bulan Ogos, dah boleh check status berjaya atau gagal dapat tempat. Biasa satu sekolah hanya ada 1- 3 kelas je yang setiap kelas akan ambik 25 orang saja.

6. Kalau berjaya, pihak sekolah akan hubungi waris untuk tindakan seterusnya.

7. Waris kena print surat penerimaan tawaran dan hantar ke sekolah berkenaan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan oleh sekolah.

8. Sekolah akan bagi borang maklumat murid dan perlu isi. Orientasi dan taklimat akan diadakan pada 30 Disember.

Ni pengalaman akaklah setakat ni. Alhamdulillah rezeki anak dapat tempat untuk pra. Macam nak menanges pun ada masa baca surat tawaran tu sebab last year tak dapat. Tapi di sekolah lain la.

Ada apa lagi maklumat, akak share kemudian ye.

Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post