12.7.17

Nota Syukur 20: Tanah



Selama ni dok rumah yang takde tanah atau sikit benor tanahnya, kali ni Allah bagi rezeki dok rumah yang ada tanah tepi yang agak luas jugakla.

Masa mula duduk, memang excited la nak bercucuk tanam la gitu la gini la. Dah duduk, menternak semak je jadinya! Hohoooo

Actually pokok daun kari, daun pandan, serai, kelapa, orkid -- memang dah ada. Tuan rumah dulu tinggalkan. Tinggal nak jaga tapi akak kadang tak terjaga. Kahkah

Mujur yang semak ni bukan lalang, tapi rumput, daun pegaga hiasan tak boleh makan, daun-daun herba apa ke namanya yang tidaklah akak ketahui. Ikut hati memang la nak suruh Abangla potong, tapi dia caj RM40 wuwuwuuuuu. Sebab akak rasa macam maheiii dan akak terbayang boleh dapat 1 -2 pek pampers anak dengan amaun tu, maka dengan gigihnya akak ngan suami membanting tulang trim dan potong sendiri semak samun tu guna cutter (gunting besor).

Pecah peluh jugaklah bak kata orang kampung akak.

Dah clear sikit tu mata pun taklah sakit sangat. Haha

Semalam jugak seronok nampak ada anak pokok betik naik. Waaaaaa ingatkan tak hidup dah. Biji betik hari tu akak lempor je atas tanah tu. Memang redho je, untung dia hidup kita jaga. Tak hidup kita sambung redho dan cuba tanam pokok lain pulak.

Gambar betik nanti akak tepek sini. Belum ambik gambar semalam.

Subur jugak tanah ni. Memang seronok berkebun. Cuma rajin ke idak ajelah.

Semalam rasa lega keluar peluh. Lega tengok satu bahagian dah clear. Boleh la dijadikan aktiviti riadah pepetang hari. Anak pun suka dok main rumput, buah kelapa tua, cangkerang siput ehhh. Back to nature sangat haaaa. Gitulah anak-anak mak yang graduate degree Environment. Kikiki


10.7.17

Tip Lipat Baju Pantas

Teks: Zaila Hafni
Imej: Google

Lepas raya ni, ada banyak tak baju bertimbun nak kena lipat? Mesti ada khennnn... hari tu sibuk beraya kat kampung, sekarang ni asal weken dah sibuk open house raya pulak. Celah mana nak lipat kain?



Ok meh akak nak share cara lipat kain yang pantas diperturunkan daripada mak mentua akak.

Tip paling utama untuk percepat proses melipat atau menggantung baju adalah -- baju dah SEDIA DITERBALIKKAN.

Akak mula-mula tak percaya tip mak mentua ni tapi itulah dia rahsia beliau uruskan baju bajan dengan begitu pantas dan efisien. Mak mentua tak ada baju bertimbun tak berlipat ye. Hari-hari lipat kain weh. Akak is kagum yakmat!

Maka akak pun folo tip ni. Masa nak jemur kain, baju semua dah diterbalikkan. Kecuali tshirt berkolar atau seluar tebal sebab takut bahagian dalam lambat kering. Lain-lain baju anak, tshirt round collar, seluar tido semua akak dah terbalikkan siap-siap. Jadi masa kita angkat kain tu nanti banyak baju dah siap terbalikkan tinggal nak lipat atau gantung saja. Sebenarnya nak terbalikkan baju masa dok lipat tu kadang yang ambik masa menjadikan kita dok lipat baju lama sangat atau tak sudah-sudah, betui dak?

Cubalah try kalau tak percaya.

Ikutkan mak mentua akak, sebelum masuk mesin basuh lagi beliau dah terbalikkan dah. Lagi maju. Akak ikut dan, kadang masa basuh tu main masuk je dalam mesin kahkah. Masa sidai baru akak terbalikkan. Boleh la jugak. Tapi kalau masa basuh dah terbalikkan, nak menjemur jadi cepat la. Mana-mana sempat la.

Begitulah tip nya.

Tapi, ada yang kata karang basuh baju tak bersih pulak atau nanti warna baju cepat pudar bila dijemur bahagian depan.

Hmm terpulanglah. Pada akak ok je cara ni, so akak folo je macamana mak mentua akak buat.

Tapi satu lagi cara nak lagiiii cepat urus baju ni (yang ni tak folo mak mentua tau), baju anak-anak akak masukkan dalam bekas/bakul masing-masing tanpa dilipat pun. Tapi dah siap diterbalikkan dah la pastinya! Hahaha. Akak lipat baju akak ngan hasben je. Opssss. Takpalah kan janji setel dan senang nak ambik.

Sekian tip lipat baju yang dibawakan khas oleh menantu yang tak boleh lawan skil mak mentua dia lipat baju terpantas. Kihkihkih


6.7.17

Nota Syukur 19: Selsema

Teks: Zaila Hafni
Imej: Newsmax.com

Balik dari kampung, aduhai sakit tekak pakej dengan hingus dan bersin beserta sakit kepala. Akak dah agak ni mesti sebab tak cukup tidur akak rehat dan kurang minum air.



Balik kampung kemahen beria minum air manis, ais -- sedap sungguh kan. Mujur dan syukur anak-anak sihat alhamdulillah. Walaupun dengan travel awal pagi, beraya ke rumah sana rumah sini depa alhamdulillah ok.

Risau jugak sebab jalan jauh kan. Sekali maknye yang shut down. Huhu

Akak selalunya kalau nak bunga-bunga selsema ni, akak akan buat 2 benda aje.

Satu, minum banyak air masak. Dua, tidur.

Lepas tu top up la vitamin C atau makan buah-buah. Insya Allah tak lama lepas tu ok. Sebolehnya memang tak sampai pi klinik atau makan apa-apa ubat. Setakat ni, memang tu sajalah ubatnya, alhamdulillah berkesan la untuk akak.

U ols kalau lepas raya ni pun gitu rupanya, bawak-bawaklah berehat. Kalau cukup tidur tu insya Allah cepat baik. Dan stop kejap minum air ais. Minum air panas ke suam ke sedap juga.

Nak lagi best, makan bawang putih bakar. Ni memang antibiotik paling power dan natural gitu ha. Tapi akak tak berapa rajin pulok nak bakar, garlic pill pulak dah habih. Huhu

Apapun, lepas raya kena jaga kesihatan gak. Nanti cemana nak pi rumah terbuka raya pulak. Ehhhhhh

5.7.17

Nota Syukur 18: Raya 2017




Tahun ni akak dapat beraya kat kampung akak! Yeayyyyy!

Last year tak dapat balik, this year alhamdulillah dapat dan syok dapat ronda kampung dan jumpa sedara mara.

Dan... makan makanan kegemaran akak kat kampung.

Balik bukan sekadar beraya tapi untuk hadir kenduri kawen juga. Sepupu kawen. Adik kawan sekolah kawen.

AF boys kemain seronok boleh lepas bebas lari sana sini masa kat kampung. Main kejar kucing, main pasir. Punyalah enjoy. Macamlah kat sini tak ada semua tu.

Ehhh memang tak ada pun. Haha!

Akak tumpang seronok tengok anak akak seronok main. Yelah balik kampung bila depa dah besar, lain sikit. Dulu diorang kecik lagi, balik pun tak reti nak main apa.

---

Akak balik kampung ngan adik, adik ipar. Kitorang lalu jalan dalam, hanya masuk highway kat Changkat Jering. Syok juga lalu jalan lama. Jimat tol. Dan kurang jem. Sebab adik akak check Waze katanya highway lagi gerak slow. Lalu jalan dalam ni ok je cuma elak lalu waktu malam jelah sebab jalannya gelap, kiri kanan ladang sawit, jalan pun banyak selekoh.

Tempoh perjalanan lebih kurang aje.

Raya kali ni memang banyak gak berjalan. Mujur syukur alhamdulillah anak-anak ok. Risau jugak la budak ni takut badan tak tahan, demam ke selesema ke tapi alhamdulillah depa ok termasuklah yang kecik tu. Yang tak sihat, akak. Haha selsema ngan hingus. Dah sabo je le.

Setel raya kampung, balik sambunglah berkerjaya. Hihi


24.6.17

Done Sahur, Balik Kampung!

Teks: Zaila Hafni
Video: Youtube

#donesahur

Nak jugaklah kan hashtag begitu. Terpengaruh dengan status FB orang. Haha

Apapun alhamdulillah diberi peluang merasa sebulan berpuasa tahun ini. Ramadan kali ni memang betul-betul beza banding tahun-tahun lepas. Yang seronok, kurang seronok semua ada. Yang pasti, Ramadan ni akan jadi kenangan yang paling diingati.

Tadi akak sahoq nasi, kuah tomyam lebih semalam, sambal tempe kentang pun lebih semalam, telur masin sebelah, telur dadar sebijik. Semoga cukup tenaga nak mengemas beg dan tak mengantuk!

Kali ni walaupun rumah dah makin dekat ngan kampung mentua tapi tetap jugaklah nak stres kemas beg. Kahkah dah kenapa khen. Padahal bukan nak balik lama mana sangat pun. Tapi nak buat keputusan bawak balik baju sekiansekian ni memang buat serabut kepala la haih. Matching ke tak, sedondon ke tak. Walaupun akak takdelah nak berkonsep sangat pun.

Ahhh. Balun ajelah. Ni banyak lagi kerja bersusun ni weiiii. Translation, writing. Hadowwww

Nak siap makanan baby lagi. Ahhh.

Ok sabo. Subuh dulu weh.

Yang nak balik kampung, nah akak dedicate khas lagu ni untuk hampa. Enjoi!








Nota Syukur 17: Ihsan

Teks: Zaila Hafni
Imej: Google

Kita ni hidup bukanlah sepanjang masa tu senang dan di atas memanjang. Ada ketika Allah uji juga.

Masa tulah baru kita tahu setakat mana tahap kesabaran kita, tahap kekuatan dan ketenangan kita.

Mahal oo pengalaman ujian. Hikmah yang Allah nak tunjuk kadang tu tak pernah kita bayangkan. Apapun tetaplah kena husnuzhon atau bersangka baik pada Allah. Setiap yang dia uji dan bagi, mestilah ada sebabnya.

Sama ada nak hapus dosa, atau nak bagi peringatan atau nak kita tak terus terusan dengan perkara yang Dia murka - itu semua bukan dalam bidang pemikiran kita.

Yang kita perlu buat, positif dan tabah menerima.

There are things we learnt the hard way. Even though its tough, we feel that we couldn't make it, but Allah knows well. Very well.

And all those help, consideration and ihsan from others are also rezeki, which taught you to be more grateful that there are still hope for you to move on.

--

Maaf ler akak ter-emo. Nak raya ni, feeling lain macam sikit. Apa pun selamat berpuasa hari terakhir semua!


21.6.17

Kacang Pool Anak Haji



Kacang pool ni memanglah femes tapi akak baru pernah makan sekali je sepanjang hidup akak ni. Itupun sebab hasben bawak pi makan kat Restoran Bisik-bisik yang ada juai makanan asli Johor (entri review boleh baca kat sini). Kalau dak, memang sampai sudah akak tak pernah tau cemana rasa kacang pool ni.

Nak jadi kisah ada satu hari tu buntu nak berbuka apa. Tengok ada setin Foul Medammas (eh betui ka eja ni) aka kacang parang kat almari dapuq. Lamaaaa dah beli sebab kengkonon nak buat sendirila sebab hasben teringin. Tapi tak terbuat sampai lah berapa Ramadan hari tu entah.

Lantas akak gugel resipi tanpa bagitau plan kat hasben. Satgi dia expect tinggi. Haha so kita research dulu.

Akak gugel resipi yang paling simple. Sebab nak guna apa yang ada kat dapuq saja. Terjumpalah satu resipi. Tak banyak bahan, balun sajalah nampak senang.

Ikutkan resipi dia, guna serbuk jintan putih, jintan manis dan ketumbar. Yang akak ni takde semua tu. Ah sudah mana nak cekau. Hasben kata, guna ajelah serbuk rempah sup, bukan ke macam-macam serbuk rempah ada dalam tu. Okey masa ni hasben dah dibagitahu yang akak nak buat kacang pool. Hehe beliau tersenyum saja dengan tahap keyakinan 60%.

Berbalik kepada bahan, akak teruskan je guna serbuk rempah sup. Biorlah kan kita cuba tengok apa rasanya. Sudahnya, jadi resipi sendiri dah. Hahaha

Macamana akak buat?



Kacang parang tu diasingkan air dengan kacang. Kacang tu lenyek kasar.

Hiris bawang besar dan bawang putih. Tumis dalam minyak masak campur marjerin sikit. Agak-agak dah naik bau, masukkan rempah sup dan rempah kari yang dibancuh sedikit air. Rempah-rempah ni guna sikit je. Kacau kejap. Lepas tu masukkan kacang parang lenyek tadi. Gaul sebati. Biarkan api kecik je. Agak pekat dan kering sangat, boh air sikit. Jangan banyak sangat nanti tak sedap. Lepas tu tutuplah api. Senang kan. Haaa

Masa nak hidang, bakar la roti tu. Hiris serong nipis-nipis cili hijau, bawang besar potong dadu kecik. Goreng telur mata, ikut suka berapa bijik. Kuning telur biar cair baru sodap. Nak perah limau pun ok. Akak terlupa. Lagipun hasben tak suka.

Then, ta da! Silalah makan!

Bolehlah bagi lepas teringin. Walaupun taklah hebat mana tapi boleh laaaaa. Versi koboi. Biasalah konsep makanan akak semua koboi belaka. Haha janji kenyang alhamdulillah.

Nak cuba, boleh. Tapi kalau tak jadi, jangan mara haaaaa...



Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post