12.6.17

Macam-macam Boleh Buat dengan Kulit Popia



Akak teringin nak makan popia. Tak beli pun takpa, nak buat sendiri je walaupun inti simple. Maka hari tu, hasben ada lah belikan.

Kulit popia KG Pastry, 50 keping.

Menu pertama akak buat, dah tentulah popia. Yang macam akak share hari tu. Popia koboi je tu yang inti udang ngan carrot tu. Pun bolehhhh je.

Then kulit popia banyak lagi ni dek non. Maka akak cuba buat martabak pulak. Eceh. Macam haibat kan padahal sama je martabak pun koboi juge. Tumis bawang besar dadu, daging burger hancur, masukkan sikit serbuk kari. Pecahkan telur, gaul semuanya dalam satu bekas. Lepas tu masak macam telur dadar. Akak buat saiz kecik muat-muat kulit popia je. Dah angkat, letak atas kulit popia sekeping, bungkuskan. Lepas tu goreng lagi sekali cuma nak bagi kulit popia rangup. Ta da! Siap martabak koboi dan ekspres. Kikiki

Masih ada lagi kulit popia. Buat apa pulak?

Samosa. Pun sama la konsep koboi masih dikekalkan. Inti daging ayam cincang, tumis dengan bawang putih dan serbuk kari. Belajaq lipat samosa 10 minit search kat FB. Senang ja rupanya. Bungkus bungkus samosa, dapat la 7-8 keping. Jadilah... sebab inti pun tak banyak. 2 keping samosa kosong. Dah macam kerepek dah.


Haa sila jangan kutuk rupa paras samosa akak. Homemade with love tauuuu! Laju je anak-anak makan. Hehe

Apa lagi yang kita boleh buat dengan kulit popia?

Kulit popia goreng rangup. Kulit popia digulung, dipotong kecik saiz ibu jari tangan, goreng. Lepas tu tabur dengan cinnamon powder. Pehhh sedap wei!

Potong panjang, goreng macam kerepek. Ralit oo.

Kalau rajin, buat kerepek seaweed. Sedap gak ni. Apitkan kepingan kulit popia dengan sekeping seaweed. Potong segi empat. Gorenggggg.

Lagi apa ek. Entah. Silalah u ols google. Kehkeh

Akak mengantok sudah.

Tidolah. Esok nak sahur.

9.6.17

Popia Koboi, Telur Kicap



Ada hari kitorang berbuka, lauk ekonomi je. Itu punnnn sedap dan habih licin!

Dengan anak kecik ni, kadang akak taklah beria sangat masak pun. Hasben pun kata masak hok simple je. Melainkan ada apa-apa menu dia request atau anak ok tak meragam, boleh la akak masak spesel sikit. Anak, abah jaga. Hehe

Bulan puasa ni, memang telan liur juga nengok popia. Memang feveret akak. Buat sendiri tapi memang ringkas habih. Setengah jam siap.

Cincang udang, parut karot. Udang tu celur kejap sebelum cincang. Karot tu mentah je. Gaul dua-dua, letak salt and black pepper sikit to taste, sudukan ke atas kulit popia. Lepas tu, gulung lah. Dah tu goreng. Walaupun ada rupa hangit tapi laku dan laju anak-anak makan sampai suruh stop. Ummi pun nak makan bukak posa nak oiii.



Yang telur kicap tu, biasa jelah kan. Kadang bulan puasa ni, itu pun makan bertambah. Teringin tengok Ketuk-Ketuk Ramadan Sheila Rusly dengan Joey, ntah yang tahun bila ntah, si Joey masak Ayam Kicap. Haha terliur tapi ayam takde. Tu yang ganti telur. Pun bolehhhhh!

Goreng telur mata. Ketepikan. Tumis bawang putih, masukkan kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram serba sikit. Boh air sikittttt aje just tak nak bagi kuah tu kering sangat. Lepas tu masukkan cili hijau hiris. Settle.



Tu menu last week. Nak gak share bagi ingat pernah buat popia koboi tu. Haha.

Hari ni masak tomyam ayam sebab anak bujang request. Telur dadar bawang cili hijau, leher ayam goreng garing hasben request, cili kicap. Ulam daun salad, timun Jepun.

Air, hasben tukang buat sebab dia buat air sedap. Jadi kita bagi laluan kat dia. Hiiii

Oklah selamat berbuka! Dah 15 Ramadan dah wehhhh.



7.6.17

Nota Syukur 15: Al Wahhab

Teks: Zaila Hafni
Imej: Google

Alhamdulillah sahur pagi ini makan nasik dengan lauk ayam sambal hijau. Hmm lebih lauk semalam masa berbuka. Kadang ada hari sahur teringin nasik. Baru rasa puas. Haha

Hasben makan roti dengan kurma saja. Dia takde la selera sangat nak sahur beria macam akak. Teman tengok akak makan pun jadilah.

Bila masak untuk berbuka, bersahur -- selalu terfikir syukur ada makanan untuk hari ini. Syukur masih ada benda yang boleh dimasak. Syukur masih boleh sedia makanan untuk anak-anak walaupun kadang tu tak cukup bahan, tak complete dan tak cukup rasanya.

Mujur anak tak kisah sangat. Makan apa ada. Kalau depa komplen pun, memang mendapat la tazkirah Romadon daripada ummi depa.



Sesekali memang ada gak rasa nak kerja balik, ada pendapatan tetap tetiap bulan, tapi selagi bebudak ni bergelar budak kecik dan belum boleh berdikari, rasanya akak tengah tangguh la hasrat tu. Apa yang akak boleh buat, kena work lebih la dari rumah.

Biarpun tak banyak, tapi alhamdulillah boleh la buat back up.

Alhamdulillah diberi kemahiran menulis walaupun belum pandai. Tulis saja. Lama-lama mesti pandai kan. Syukur ada pengalaman jadi editor, masih boleh bekerja walaupun dari rumah.

Takpelah susah sikit sekarang, dah begitu tertulisnya. Yang penting apa yang kita dapat belajar dan ambik iktibar. Lama-lama senanglah. Mudah-mudahan begitulah.


6.6.17

Cucur Taugeh dan Ikan Celup Tepung



Semalam agak kalut prepare juadah iftor. Dalam kelam kelibut tu pun alhamdulillah buleh lagi dan siap.

Hasben beli taugeh. Niatnya mahu buat kerabu taugeh tapi tak cukup bahan. Nak buat taugeh goreng kicap hasben akak takmo. Nak buat masak lemak kucai, baru buat hari tu dan santan pon tak ada. Haha. Makanya, dengan tepung yang sekangkang kera itu, akak buat cucur taugeh. Balun!



Lepas tu ada ikan temenung. Konon nak goreng curah sambal tomyam. Pehh kemahen khennnn. Tapi last last buat celup tepung saja. Bancuh tepung, boh garam kunyit, celup ikan, goreng garing. Baki bancuhan tepung tu la buat cucur taugeh. Kahkah. Barula cucur ada perisa ikan. Ngeeeeee



Sambal tomyam tak jadi, akak ganti dengan tomyam sayur. Rebus carrot, tomato, bawang besar. Bubuh 2 kiub tomyam. Masuk daun limau purut.

Sedappppp anak bujang kata. Tomyam bajet pun boleyyy.

Alhamdulillah kenyang perut suka hati juga perut masing-masing. Kadang tu bukanlah menu lengkap atau sempurna pun. Tapi syukur masih ada makanan. Masih boleh berbuka sama-sama sekeluarga.

Hari ni, hajat di hati mau buat nasik minyak dengan ayam masak ros. Berulamkan daun salad dan timun. Mudah-mudahan tercapai lah. Kita tengok macamana perginya nanti.

Penawar Sakit Tekak Semasa Berpuasa



Sakit tekak memang tragedi la kalau tengah puasa. Tekak kering, pedih, perit -- nak minum air tak boleh.

Minggu lepas, adalah juga 3-4 hari tekak akak kering. Kalau baru lepas menyusu tu, lagilah terasa. Dehydrate betui.

Tu lah bahananya bila malam tu minum air tak cukup.

Patut sepanjang malam tu kena minum kerap. Baru badan cukup terhidrat. Ni nak pulun minum bergelen masa sahur, mana maunya. Kembung perut ada la.

Apa yang akak buat kalau sakit tekak?

Ok, akak ni kategori sakit tekak yang ala tonsil bengkak selalunya. Memang perit wei! Penawar paling mujarab untuk akak setakat ni, BAWANG PUTIH.

Bakar bawang putih dalam 2 ulas, telan sebelum tidur. Cuba la amalkan dalam 4-5 hari. Insya Allah sakit tekak akan kurang.

Tak sanggup nak telan bawang putih gitu? Haaaa akak pun memula dulu tak sanggop juga tapi dah itu yang sesuai dengan akak dan untuk akak memang serasi. Bukan apa, sebelum ni cuba berduyun dah ubat klinik. Ubat kumur la, ubat batuk la, antibiotik la semua tak jalan. Dah habis ubat, sakit tekak berkurang kejap saja lepas tu next month datang balik.

Sejak guna bawang putih ni, alhamdulillah. Betul la kan, bawang putih ni katanya antibiotik semula jadi.

Cuma tulah, berbalik kepada yang nak mencuba tapi tak sanggup telan bawang putih bakar?

Makan jelah tablet bawang putih. Senang. Telan aje, lepas tu minum air. Dulu-dulu akak ambik tablet Garlic Complex Shaklee. Dah habis yang tu, sekarang ni akak makan Makjun Bawang Putih Afiat.




Makjun tu ada dalam set bersalin yang guna masa pantang hari tu. Ok jugalah.

Apapun, yang paling penting kena minum air. Sepanjang malam tu kena minum. Lepas solat, sebelum tido. Baru la badan tak dehydrate. Haaa.


4.6.17

Nota Syukur 15: Adik Beradik



Adik beradik akak 3 orang sahaja. Kami asalnya 5, kemudian 4 dan kini hanya 3.

Namun, Allah izinkan keluarga kami berkembang, kini bila kami 3 beradik berkumpul bersama, dengan pasangan dan anak-anak, jumlahnya 14. Alhamdulillah.

Semalam berpeluang buka puasa sama-sama. Seronok. Akak jadi tuan rumah. Menu nasi ayam hari ni. Alhamdulillah menjadi. Hehe ghisau jugak hampa. Sebab selama ni tak pernah berjaya buat nasik ayam. Tapi kali ni bos kata sedap. Hihi



Pakat bawak juadah masing-masing, bila dah susun penuh meja.

Roti john, tepung pelita, onde-onde, kerabu perut, kerabu rumpai laut, vade, akok, masak lemak siput sedut, air jagung, air sirap, teh o panas.

Syukur rezeki melimpah hari ni.

Semoga semua adik beradik akak dan akak sekeluarga dilimpahi rahmat dan kasih sayang, dilindungi Allah selalu dan sentiasa saling menjaga. Kami ni mak ayah dah tak ada. Sama-sama bergantung la antara satu sama lain. Mudah-mudahan juga kami kekal bersama-sama sampai habih nyawa.

Salam Ramadan ke-9!

3.6.17

Nota Syukur 14: Handphone

Teks: Zaila Hafni
Imej: The Sun

Handphone nostalgia. Gambar hiasan je. Hehe



Handphone yang akak tengah guna sekarang ni dah masuk 4 tahun kot umur dia. Alhamdulillah sangat berjasa dan banyak bantu akak mencari rezeki.

Keje akak sebagai pemilik kedai buku online, memang banyak bergantung kepada handphone untuk promote dan urus order. Keje akak sebagai freelancer pun sama jugak. Akak menulis guna handphone juga. Ambik gambo, elok ke huduh ke semua guna handphone tu lah.

Untuk edit gambo or buat poster guna apps PicsArt dengan Photo Grid. Untuk menulis, install apps Google Keep, Words for Android. Invest untuk SD card yang besor storage nye.

Walaupun kecik tapi banyak sangat membantu. Semoga dipanjangkan umurnya untuk terus berkhidmat untuk akak.

Ehhh tetiba sentimental dengan handphone sendiri. Akak dah kenapaaaaa?


Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post