30.4.17

Nota Syukur 3: Econsave



Kenapa akak bersyukur dengan Econsave?

Sumber: seriouseats.com

Haa. Syukur sebab rumah dengan Econsave ni dekatnya lahai. Masa kat rumah lama dulu pun dekat juga. Jadinya kami ni memang berjodoh kuat la ngan supermarket ni. Haha

Bertambah syukur sebab ES sini lagi besor. Lagi banyak barang. Lagi syiok. Segala mak nenek ada. Cili giling yang kitorang biasa guna pun ada kat sini. Hehe. Ke cili giling pulak pergi dia. Bukan apa, hasben akak memang payah nak berkenan ngan cili giling segera ni. Tapi dek suka makan sambal dan bini dia sokmo tak sempat nak buat cili mesin sendiri, terpaksalah beralah dengan cili giling siap. Ni cili giling mai Terengganu. So far hok ni lah paling sedap akak pernah guna. Tapi tak banyak tempat ada. Tak kisah la. Janji ada kat ES. Kikiki

Tak mengapalah takde Giant ke Tesco ke. Apa lagi Aeon. Akak dah merasa dah dok kat bandor yang serba serbi ada. Kali ni biaq kita dok tempat yang bertenang sikit. Manfaatkan apa yang ada. Itu pun dah cukup dah. Alhamdulillah.

29.4.17

Nota Syukur 2: Edible Plants



Akak ni, ada juga cita-cita nak berkebun bandar. At least nak jugalah tanam pokok herba. Yang kita selalu dok guna kan. Ni takde lah nak guna sehelai dua daun kunyit, seketul dua halia -- semua nak kena beli segenggam kat kedai.

Pernah nak buat tahun lepas. Tapi terkandas di tengah jalan. Bila akak dok mabuk pregnant anak no 3, akak tak lalu langsung nak siram atau nak boh baja bagai. Mati kekeringan daun limau dan daun kari akak. Huhu.

Ni, Allah bagi peluang lagi. Pindah ke rumah yang ada tanah dan siap pokok lagi. Tinggal nak dijaga saja.

http://lifeisaboutsharingstories.blogspot.com
Pokok pandan

Pokok pegaga


Rezeki. Syukur.

Mintak-mintak Allah bagi kerajinan juga, nak jaga dan bela pokok-pokok yang sedia ada ni.

Syok nya ada edible garden!

Niat di hati nan suci, nak tanam halia, tomato dan daun kunyit. Kita tengoklah macamana dia punya pergi nanti.

28.4.17

Nota Syukur 1: Pindah



Alhamdulillah, akhirnya selesai urusan pindah rumah. Dah hampir seminggu dok rumah baru dan masih dalam fasa beradaptasi.

Sumber: Rentlingo

Setakat ni, ok lah nampaknya. Keja mengemas la yang tak pasti bila nak sudah.

Pindah tidaklah jauh mana, masih di negeri yang sama cuma berbeza daerah. Kali ni tak pening sangat cari rumah sebab ikut hasben. Akak folo je mana dia nak duduk, yang penting dia selesa untuk ulang alik keja. Akak dok rumah mana pun, kerja akak still sama. Jual buku online. Menulis. Memana pun boleh janji ada line internet (kalau line laju tu bonus la).

Anak-anak nampaknya ok juga. Masih dalam fasa adaptasi. Cuma seronok la depa bila ada ruang boleh nak berlari-larian. Akak pulak, seronok tengok ada pokok pandan, pokok nyok, serai, daun kari, mengkudu, pegaga tepi rumah ni. Hasben akak pun suka bila rumah ada tanah untuk berkebun bandar.

Harapnya lama sikit dapat stay sini. Penat ooo pindah randah. Huhu.