2.6.14

Misi 5 Pagi: Jom Mulakan!

Saya memang berniat nak bangun awal dan boleh gerak awal ke tempat kerja tanpa sakit hati terkejar-kejar.

Bukan apa, bila dah lambat, akan jadi semakin lambat dan belum pun mula kerja, saya dah berpeluh-peluh dan penat. Lagi stres kalau tak sempat sarapan. Atau sarapan dalam keadaan kelam-kabut. Habis rosak satu hari saya.

Suami pun dah pesan, bangun awal, siap urusan awal sebelum si kecik saya tu bangun. Senang takde gangguan. Paling tidak, dia akan merengek nak susu bila nak Subuh. Dan memang betul, bangun awal sikit daripada biasa, banyak urusan boleh diselesaikan dan kita tak serabut.

Saya pernah ternampak di FB - Kelab 4.00 Pagi. Wow. Bangun seawal 4 pagi. Tapi, buat masa ni, saya boleh cuba masuk Kelab 5 Pagi dulu, dan saya ambil kesempatan bangun sahur sekali untuk ganti puasa. Dah berminggu-minggu buat cubaan nak puasa, tapi ada saja alasan dan halangan. Terbaru, batuk dan tonsil bengkak. Sayang tak dapat sehari pun puasa dalam bulan Rejab.

Misi terus di bulan Syaaban. Masih sempat dan perlu mula untuk sedia dengan Ramadan.

Push factor saya untuk bangun jam 5: Nak sahur. Saya tak boleh nak puasa tanpa sahur. Meskipun hanya minum air masak segelas. Dan pagi ini, alhamdulillah hari pertama Misi 5 Pagi (M5P) saya bersahur dengan roti, telur hancur, kurma badam, dan air masak 2 gelas. 

Tak lupa, multivitamin Vitalea 2 biji untuk maintain tenaga sepanjang puasa hari ini.

Itu pun plan asal nak terus masak nasi dan sup ayam siap-siap untuk berbuka nanti tapi tak sempat sebab sibuk snap gambar kuih raya nak update blog dan Whatsapp kawan-kawan nanti. Almaklum lah hari ni nak letak semua sampel kuih raya tu kat tempat kerja, kalau tak diambil gambar siap-siap, melepas la jawabnya. Hihi.

#sayajualkuihraya

Berbalik ke Kelab 5 Pagi, banyak faedah bangun awal ni, especially sebelum Subuh. Banyak kerja boleh buat semasa minda masih fresh. Tenaga masih tinggi. Banyak CEO dan big shot company besar yang non-Muslim pun bangun awal, apatah lagi kita Muslim yang amat dituntut bangun awal pagi untuk solat tahajjud. Insya Allah.

Selain nak bersedia untuk bulan puasa, saya nak latih diri biasakan dengan bangun 5 pagi walaupun selepas puasa-raya. Bisnes saya perlukan perancangan dan strategi. Dan saya perlu manfaatkan setiap masa yang saya ada dengan semaksimum mungkin. Saya juga tahu saya mampu, dan buang jauh-jauh sifat malas dan bagi alasan yang sangat merugikan itu.

Jom sama-sama dengan saya! 

#misi5pagi
#M5P



26.5.14

Persediaan Berpuasa

Dah masuk bulan Rejab dah kita ni. Syukur Allah bagi lagi peluang, insya Allah sampai ke Syaaban, Ramadan dan Syawal.

Bagi yang belum habis ganti puasa, better start from now. Ini pun sebenarnya dah masuk masa kecederaan dah ni, kurang 2 bulan lagi je kita dah nak start puasa. Mana la tau nanti tak sihat ke, ada halangan apa-apa ke...jadi mula daripada sekarang.

Tapi itulah, nak mulakan tu memang la liat sikit. Tapi percayalah bila dah mula, everything will be fine and smooth. Insya Allah.

Saya pun dalam misi nak habiskan semua puasa ganti ni. Dan nak bersedia daripada sekarang sebab saya jangka saya akan makin sibuk dengan urusan bisnes saya. Alhamdulillah, daripada tak pernah terpikir nak berbisnes, tiba-tiba seronok pulak. 

Kuasa Allah. Boleh ubah hati hambaNya bila-bila je.

Ok, bab nak bersedia untuk berpuasa. Harus kena biasakan diri. Dengan jadual yang makin sibuk, padat dan dengan anak yang makin membesar dan lasak. Kalau tahun lepas, cabaran nak menyusukan, tahun ni cabaran nak menguruskan tenaga.

Jadinya saya nak kena prepare dan praktis daripada Rejab-Syaaban ni untuk sesuaikan badan saya dalam bulan puasa. Yang pasti kena ambil cukup zat dan khasiat. Takkan nak jadi lemau-letih-lesu je. Mana mau.

Saya plan nak ambik ESP, Meal Shakes dan Performance Drink. So far, dah biasa dengan ESP, memang best selling product of Shaklee - favourite of all time. 

Sepanjang saya amalkan ESP, saya perasan kulit muka dah makin kurang parut jerawat, melainkan masa saya start ambik Zinc Complex (tu masa healing crisis, jerawat naik mendadak). Dan susu badan alhamdulillah sentiasa ada untuk keperluan Fuaad. Bila minum pagi-pagi as early breakfast, kurang sikit rasa lapar sementara nak breakfast. Maklum la, bangun pagi je memang lapar. 

Meal Shakes antara lain, untuk supply nutrien penting untuk tubuh. Berbanding ESP, itu protein soya. Meal Shakes ni boleh dikatakan sebagai multivitamin jugak tapi dalam bentuk serbuk.