5.8.24

Laksa Timun Ke Ni?

Akak memang hantu laksa. Kalau nampak laksa kat gerai tu, biasanya memang akan order atau beli. 

Hari tu stop by kat lori jual rojak. Dia jual laksa juga. Tapi memula tu Akak tengok bekas laksanya ada mi laksa dengan limau kasturi je. Aik takkan condiments semua takde? 

Laksa bodo je ke niii?

Tapi Akak ambik juga sebab lapar dan nak cuba.

Rupanya konsep dia - bahan-bahan dimasukkan fresh bila customer nak beli.

Telur rebus potong sebelah, timun baru sagat atas laksa, bawang pun baru hiris terus letak atas laksa tu. Cili Akak cakap dia tak payah sebab anak-anak nak makan. So Akak letak cili sendiri kat rumah.

Tapi korang tengok la timun dia ni... panjang-panjang nau, dan pada akak macam banyak sangat. Boleh letak seadanya je buat ghaso ghaso jadilah...



laksa


Dari segi rasa, okeylah cuma tak mencapai tahap kemasaman yang Akak biasa untuk laksa. Tapi bebudak nak makan, memang sesuai. Tak pedas.

Walaupun tak menepati piawaian Akak, tetap Akak suka effort dia jaga kualiti dan kesegaran laksa ni sebab condiment yang diletak kemudian. Berbanding dah packing siap-siap, telur cepat rosak, timun boleh buat basi. So yang tu Akak suka.

Lokasi? Rahsialah. Hehe



Like dan Follow Facebook Journey of Something

Sup Pak Choi Tofu: Cepat, Sedap, Senang Masak Guna Mini Multi Cooker

Sup simple macam ni memang Akak selalu buat. Sebabnya, cepat dan sedap. Lagipun Akak guna bahan yang memang ada dalam fridge je. Nak habiskan pak choi tu. Sebenarnya hari tu Akak beli dalam 3-4 ikat pak choi kat pasar tani. Leraikan satu-satu then simpan dalam bekas, tak basuh dulu. Nak masak baru basuh. Tahan lama juga. Ada la daun yang besar-besar tu dah kuning, itu Akak buanglah. Yang tinggal ni yang muda-muda, sedap dan manis.



Tofu goreng tu hari tu beli sebeban yang frozen. Beli kat kedai frozen borong. Biasa orang niaga guna buat tauhu bakar cecah kuah rojak tu. Akak humban ajelah dalam sup ni ha buat tambah protein. Lepas tu pecahkan telur sebiji.

Tak tumis apa pun. Akak masak guna multi-cooker mini Faber ni aje. 

Multi-cooker


Masukkan air, ON. Dia ada 2 butang laras api sederhana (I) dan kuat (II). Akak nak didih cepat, so pusing kat II. Memang kejap je dah didih ni. Bila air dah start panas tu Akak masukkan pes bawang putih Cik Suri (senang gila ada benda ni) dan tofu goreng yang dah dipotong empat. 

Akak biarkan je mendidih jap. Lepas tu Akak pusing ke I bila dah menggelegak. Masuk telur dan batang pak choi. Tambah garam, lada sulah, perencah Hilal. Then last sekali masuk daun pak choi, daun sup, bawang goreng. OFF api. Dah boleh hidang.

Cepat gila siap. Rasanya tak sampai 10 minit pun. Akak loveeee periuk comey niiii!

Memang sangat handy, paling sesuai kalau nak bawa travel. Nak masak air pon boleh. Nak masak megi pun boleh. Nak masak apa-apa yang simple pun boleh. Nak panaskan makanan/minuman pun boleh. 

Kadang-kadang bukan apa, kettle kat hotel atau homestay mungkin 'kureng' tahap kebersihan ke apa ke, jadi yang ni dahlah ringan, function sangat.

Sesuailah kalau kita nak masak dalam kuantiti sikit. Nak kukus pun boleh, sesambil masak sup kat dalam periuk tu. Cuma nak masak nasi kurang sesuai sebab api dia agak kuat. Tapi kalau bubur okeylah. Kena benda berkuah sesuai periuk ni.

Kapasiti dia 1 L je. Isi air antara paras Min ke Max je tau. Kalau tak membuak air, melimpah pulak.

Bolehlah korang beli satu. Sangat membantu kalau nak travel, camping (kena ada karenlah), gas habis. Hehe

Pilih multi-cooker yang berkenan di hati: https://s.shopee.com.my/7AJjmtnFfo


30.7.24

Review KDrama : The Whirlwind (2024)

Sepanjang tengok drama ni, kalau tak tahan mulut, rasa nak maki mencar** je.

Geram wei!

Orang yang kita nampak baik, imej baik, cakap baik depan masyarakat, di sebaliknya tersimpan hati yang sangat busuk dan hitammmmmmm

Asal hidup ko terlepas, lantaklah dengan apa cara sekalipun, peras dan guna segala kuasa dan duit yang ko ada - JANJI TAK DIHUKUM.

Drama The Whirlwind ni, nak kata perebutan kuasa boleh juga la kot. Antara Presiden dengan PM. Sorang (yang lelaki, Presiden) dengan visi nak bersihkan politik Korea yang tercemar dengan macam-macam isu dan konflik sampai bunuh-bunuh. Sorang lagi (yang perempuan, PM) cuba sedaya upaya lindung konglomerat yang dok bagi duit dan sembunyikan kegiatan jahat dia dan suami sampai suami dia bunuh diri sebab tak sanggup nak hadap dah.

Presiden, Park Dong-ho, berusaha sungguh-sungguh jadi Presiden sebab dia nak kuasa. Dengan kuasa tertinggi tu dia mampu kawal orang-orang bawahan yang korup. Tapi sangat tak senang ye. Mujur ada orang kanan dia yang cerdik, percaya dan support perjuangan dia. In fact, dia nak dapat kuasa tu pun main kotor juga, mengancam nyawa dia juga tapi lepas cuba cara elok tak pernah menjadi.

Masa Park jadi PM, dia cuba bunuh Presiden, Jang Il-jun sebab Presiden nampaknya dah tersasar daripada matlamat asal depa nak kuasa - NAK BANTERAS RASUAH. Dia cuba hapuskan Presiden Jang, tapi end up tak mati cuma koma. Dia jadi Pemangku Presiden. Sempat guna kuasa dia untuk bawa orang-orang yang jadi barah dalam kerajaan ke mahkamah.

Tapi tak lama, the real villain, yang perempuan, Jeong Su-jin, Timbalan Perdana Menteri. Banyak skandal rasuah, hubungan dengan konglomerat yang sogok duit dan bagi projek kat company suami dia. Dan rupanya, suami dia pun banyak suap ahli politik lain juga. So laki bini memang terlibat.

Jeong ni nampak macam baik tapi sebaliknya yang penting, lepas tengkuk dia jelah. 

Elok Presiden Jung tu nak sedar masa koma, dia yang pi bunuh pulak. Sebab nanti akan mengancam kerjaya politik dia dan nak balas dendam kat Park. Dia bunuh diam-diam supaya orang tuduh Park yang  bunuh, so Park kena pecat dan dia boleh up jadi Presiden pulak, yang paling berkuasa.

Huu cerita ni buat kita pikir yang sebaik-baik manusia pun bila dah terlibat dalam politik ni kena kental betul kalau nak buat kerja betul dan bersih. Cabarannya hebat sangat-sangat. Bila orang offer itu ini, orang janjikan itu ini - tak kuat iman, memang ke laut mudah-mudah ja.

Satu lagi, apa benda pun nak kena ada sikit syak wasangka. Kena ada bukti - rakaman audio, video. Saksi hidup kadang boleh pakai kadang tak. Menipu nak lepaskan diri atau dibayar/diugut.

Agaknya politik kat negara mana pun sama je. Pandai cakap, nak kuasa, buat apa saja Plan A sampai Z dok ada standby asalkan matlamat  tercapai.

Dan kadang-kadang apa yang kita tengok dan baca bukanlah perkara sebenar yang berlaku. Hati-hati dengan bahaya fitnah.

Akhirnya drama ni, Park korbankan diri sendiri supaya akhirnya Jeong masuk 'dalam' juga. Sampai macam tu sekali.



Akak tak berkenan sangat ending Park mati tapi keseluruhan cerita memang best. Plot twist, jalan cerita memang layan walaupun temanya berat.

Kita tengok cara politik Korea pun lebih kurang macam politik Malaysia jugalah. Tapi ada ke produser Malaysia mampu atau sanggup nak buat drama macam ni? 

Akak bagi 4.5/5 ⭐

Drama: The Whirlwind 
Tahun: 2024
OTT Media Service: Netflix


Like dan Follow Facebook Journey of Something