10.2.24

Bosan Kayuh Basikal Senaman (Indoor Bike)? Cuba Tip Ini

Akak ada satu indoor bike. Beli masa zaman PKP, dengan harapan besar supaya masyarakat kat rumah ni rajin-rajin bersenam biarpun tak boleh keluar rumah dan beriadah.

Husband beli bike yang agak mampu miliklah masa tu, terpengaruh dengan adik sebenarnya. Haha

Berguna juga cuma sekarang ni agak dipandang sepi dan kadang-kadang lupa dia indoor bike sebab menyamar jadi tempat gantung baju! 



Gambar hiasan. Model bike akak lebih kurang macam nilah. Sempoi je. Waktu beli tu rasanya tak lebih RM300 kat Shopee.

Walau bagaimana jarang guna sekalipun, nak let go dia agak berat hati. Benda dah ada kan. Masih elok lagi pun. Cuma nak konsisten guna tu agak mencabar sebab cepat boring wei. Kayuh-kayuh kat situ jugak ha (eleh... kalau treadmill pun samalah kan?)

Sebenarnya indoor bike ni boleh jadi tool yang sangat berguna kalau nak kurus. Cuma kena pandai cari cara untuk jadikan indoor cycling ni menarik.

Tip-tip ni yang akak pernah guna:

1. Sambil kayuh, sambil pasang video Youtube daripada point of view cyclist. Akak suka view kat channel ni: Indoor Cycling Videos . Ini salah satu video yang akak penah follow. Feeling mengayuh kat Italy, kau hado? Hahahaha


2. Ikut video HIIT kat channel ni: Global Cycling Network . Memang berpeluh wei. Pilihlah rutin mana yang sesuai dengan kita. Jangan terus ikut yang advance kalau kita baru nak mula. Cramp keras kejung kaki kau karang. Yang beginner, yang 15 mins workout, tu mungkin pilihan yang baik. Yang penting, rasa nak pitam, dah penat gila, stop kejap. Nampak cam simple je tapi padu weiii. Akak pernah follow dan fuh peloh mencerau dekkkkkk



3. Tengok drama/movie. Ni kalau nak santai kayuh leha-leha bolehlah. Letak phone/tablet kat holder depan tu, then kayuh punya kayuh tak sedar dah 30 mins atau 1 jam (habis 1 episod cerita). Eh! Jadilahkan...




Sekian tip. Korang yang ada indoor bike tu, bolehlah sapu-sapu habuk mana yang patut. Kalau ada laman lagi best sambil tengok view pokok-pokok ke bunga-bunga ke. Pasang lagu... feeling kayuh basikal kat taman ataupun dalam kampung. Ngeeee






9.2.24

Ada Masalah Kereta, Tak Tahu Punca, Boleh Check di Bengkel FZ Automobile, Tempat Menunggu Pun Selesa!

Kadang-kadang kereta ni misteri juga. Dah tukar macam-macam komponen pun, ada masanya tak kena juga. Biasalah kereta kan complicated sikit, banyak benda bersangkut-paut. Dah bawa ke bengkel pun kadang-kadang berulang lagi masalah yang sama.

Satu bengkel kereta yang akak boleh recommend, FZ Automobile di Puchong. Pekerja-pekerjanya semua mesra, kita cakap je apa masalah kereta, diorang akan cuba sampai selesai.

Itu satu. Satu lagi, tempat menunggu untuk pelanggan pun selesa. Bengkel pun bersih. Ownernya Melayu. Pekerja semua pun yang akak nampak setakat ni semua Melayu juga.

Sementara nak tunggu kereta tengah baiki, boleh minum kopi dulu. Percuma. Ada mesin kopi Aristo. Air kotak pun ada. Gula-gula, limau mandarin pun ada kat meja sebelah lagi akak lupa nak ambik gambar.


Biliknya takde aircond, tapi sejuk sebab kipas kecik yang power tu. Brand Mugen. Speed Medium pun kuat juga anginnya. Dan bilik tu dipasang juga ventilating fan, so taklah berbahang panas sangat. Ada sofa dan kerusi boleh duduk sementara tunggu kereta siap.


Ada tisu, ada bakul sampah. Bersih tempatnya.

Tandas pun bersih, in case kalau ada urusan yang mendesak boleh lah tumpang. Hehe

Kalau nak cuba ke sini, boleh checkidaut sini ye:

Lot No 30E, Jalan Kampung Sg. Baru, Kampung Sg. Baru 47100, Puchong. Selangor. Malaysia

Ada dua bengkel. Tapi selang dalam beberapa ratus meter je. Pegi memana pun boleh.




8.2.24

Tip Goreng Bihun Supaya Tak Hancur


Selalu kalau ada tetamu, menu kat rumah mak mentua mesti mi goreng. Bukan apa, senang. Dan kebanyakan orang pun makan je mi. Jadi boleh kata setiap kali ada tetamu yang tetiba call kata nak sampai, memang itulah menu pilihan.

Hari tu, ada mak-mak sedara nak datang. Mula-mula tu kitorang decide nak goreng mi juga. Tapi last-last akak cakap kat husband, buat bihun gorenglah pulak. Tukar selera.

Jadi akak tolong masakkan bihun goreng putih aka bihun goreng Singapore. 

Husband tolong gorengkan drumet ayam dan jejari ayam.




Bihun goreng putih ni akak selalu masak juga dulu kalau tetamu datang. Sebab akak suka bihun dan pada akak bihun macam ni, orang tua dan budak-budak pun boleh makan selain bahan dia mudah je. Cuma tricknya tu kena pastikan bihun tak hancur. Kalau tak, jadi lembik dan tak sedap.

Tip tak nak bihun hancur masa goreng:

Rendam bihun kering dalam air paip je. Cukup asal dah lembut sikit dan dah tukar warna putih. Kalau kering, warna putih kan? Ha lepas tu toskan. 

Kalau akak nak goreng, akak tak celur bihun tu, atau curah air panas ke, tak perlu. Sebab nanti bihun masuk kuali, dia akan lembut juga bila kena kuah rencah tu. 

Kalau keras sangat, tambah air dalam kuali je nanti. Itupun sikit-sikit je. Api kena kecil ke sederhana je. Kalau tak, nanti cepat hangit. 

Gaul-gaulkan bagi bihun bersalut semua rencah dan sekata. Yang ni memang mencabar sikit. 

Kalau banyak, lagi elok kalau pakai dua senduk (dua tangan). Kalau sikit dalam kuali kecik tu, sebelah je dah okey. 



Ini paling laku. Letak letak je lesap. Haha



Senang hidang dalam tray katering je. Agaknya bolehlah open order ye? Hehe