14.7.19

Rawatan Kaki Terseliuh, Terpelecok, Terpeleot

Alkisah semalam berlakulah insiden yang tak dijangka, buat pertama kali dalam hidup akak, kaki terpeleot masa turun tangga. Mujur masa tu dah sampai tangga yang last, dan bukan jatuh gedebuk. Cuma tersalah bajet kaki dan kasut pulak longgar. Terkepak kaki ke dalam, siap bunyi meletup 'pop'.

Perghhhh sakit yakmat! Dah la masa tu keluar nak pergi Farm in The City, yang tentu-tentu banyak berjalan.

"Tak payah pergilah", hasben kata.
"Takpa. Sikit je kot ni. Nanti tuam ais sebelum pergi", jawab akak.

Kami singgah umah mak dulu sebelum pergi, jadi sempatlah tuam kat buku lali tu dengan ais. Lepas tu mak sapu krim panas Flanil. Then zupppppp pegi Farm in The City kat Seri Kembangan tu.

Maka berjalanlah ke seluruh farm, masa tu okey lagilah masih steady. Tapi dok terhencot-hencot jugak dah. Cuma tak berapa nak enjoylah but I managed to snap few pictures buat kenangan.

But then after almost 2 hours, dah nak balik tu... ya Allah sakitnya rasa nak memijak pun rasa azab. Tak boleh nak berdiri lama. Jalan pun seret-seret. Sakit ya robbi!

Terus cakap kat hasben nak pi klinik. Sakit gila ni. Kami pun singgah Klinik Ibnu Sina kat Cyberjaya on the way balik rumah tu.

Dokter kata boleh bandage dulu. Tapi nanti kena pi xray kalau masih bengkak dan sakit. Akak bagitahu la yang ada bunyi pop tu then dokter takut ada tulang retak ke cemana. Tapi klinik tu takde x-ray. Jadi akak mintak bandagekan jelah dulu buat sementara.

Assistant klinik then minta akak baring, then dia sapu krim, lepas tu balut bandage. Dokter bekalkan ubat tahan sakit, ubat untuk bengkak, krim panas dan stok bandage.

Alhamdulillah dah makin surut bengkak dan akak pun boleh jalan macam biasa dan buat kerja rumah. Cuma akak bawak bertenang jelah taknak pulun sangat sebab nak bagi cepat baik.

Mungkin seminggu dua jugaklah kot nak recover.

Akak ada tanya adik ipar yang reti sikit pasal medic ni. Antara krim panas dengan krim sejuk, which one's better?

Dia kata krim panas, kalau gel sejuk kurang berkesan. Actually mak akak ada suggest satu gel anti bengkak, jenama Fastum Gel. Mak kata gelnya sejuk, cepat dan senang meresap. Mak memang biasa guna gel tu kalau dok sakit-sakit kaki ke pinggang.

Adik ipar cadangkan, tuam ais dan sapu minyak panas selang seli. Tuam ais tu redakan bengkak dan krim panas untuk elak angin banyak masuk. Alhamdulillah setakat semalam dah pagi ni, sakit makin kurang dan bengkak pun makin susut.

Begitulah. Kadang-kadang benda nak jadi sekejap aje tapi kesannya lama. Nak menanggung tu kena sabar jelah.

Adik akak yang biasa cedera lutut bagi advise R.I.C.E (Rest, Ice, Compression, Elevation). Masa tidur kaki tinggikan sikit.

Memanglah tak berapa nak selesa buat masa ni. Tapi syukur ada improvement. Kena lebih exercise dan stretching dannnnn pakai kasut yang fit dan sesuai. Kalau tidak... macam-macam insiden boleh jadi yang kita tak jangka.

10.7.19

Roti Gandum Penuh untuk Kurus

Kenapa selalu disarankan ambil roti gandum penuh masa tengah nak turunkan berat badan?

Sebabnya roti tu dia high fibre, jadi kenyang lebih lama dan kita taklah craving sangat bila dah masuk pukui 10 pagi tu.

Gardenia ada few types juga roti yang high fibre ni, selain yang plastik hijau ada juga canadian wheat ke apa namanya plastik ungu.

Ada orang mungkin kurang suka reroti macam ni. Akak pun dulu tak boleh telan jugak tapi lama-lama okey lah. Dan... adjust la dengan buat as roti bakar ke makan dengan spread yang korang suka ke. Nak sihat, nak kurus kenalah melawan nafsu serakah terhadap makanan kalori tinggi! Huhuhu

Okeylah. Meh kita rekod pemakanan hari kedua yakni semalam. Ke laut juga tapi takpeeeee. Kita masih jalan terussss

Sarapan
Roti wholemeal dikoyak-koyak dan dimasukkan sekali dalam telur hancur kemudian tuang sikit Kewpie Roasted Sesame dressing. Kopi O Essenso.

Lunch
Nasi lemak bungkus. Sambal udang kertas dengan terung. Buncis tumis udang.

Minum petang
Waffle

Dinner
Moi sup daging

Masih tak dapat ikut mealplan yang betul juga. Tapi sarapan masih boleh maintain. Kita cuba lagiiiiii!

8.7.19

Cabaran Kurus Langsing Hari 1

Nak start balik regime makan sihat, exercise macam tahun lepas.

Current weight 71.2 kg

Berpandukan buku 21 Hari Cabaran Kurus Langsing sebagai rujukan utama, kita start balik dan insof.

Sarapan:
Roti wholemeal 2 keping
Tuna cili 2 sudu
Tomato 3 hiris
Kopi o Essenso

Minum pagi:
Sate ayam 3 cucuk

Lunch:
Nasi basmathi 1 cup
Ikan goreng berempah 1 keping
Sup cendawan, lobak putih, kentang
Sambal sotong
Terung panggang 3 keping

Minum petang

Dinner:
Ayam KFC 2
Potato wedges 4 keping
Whipped potato

Memang agak ke laut meal plan hari ni dek kurang preparation. Tapi kita tetap akan teruskan esok. Cuba lagiiii!