16.12.17

Untungnya dengan Celcom Xpax


Akak dulu pengguna tegar Celcom, sampailah satu masa akak tukar ke Tunetalk tapi tak lama lepas tu kembali ke Celcom.

Jadinya akak jadi pengguna baru Celcom, dengan plan Xpax yang baru. Cuma title loyal user tu dah takde la. Haha

So far hampir setahun kembali ke Celcom ni, akak puas hati guna. Maklumlah dengan semuanya nak cari kat internet, berniaga pun kat internet, buat kerja pun guna internet... maka perlunya banyak data nak guna.

Akak malas nak sign up postpaid, setakat ni akak guna prepaid akak ok je. Itulah motivasi nak cari duit tiap-tiap bulan, duit top up. Hehe

Plan yang akak selalu subscribe, RM30 untuk 5Gb yang sah untuk sebulan.

Setakat ni alhamdulillah cukup. Atau kalau perlu tambah data, akak guna promosi RM5, dapat 3Gb. Untung! Biaq la Celcom kekalkan promosi ni. Akak pelanggan tegar. Hahaha

Dan dengan plan RM30 sebulan tu, dapat:
Free Facebook 10Gb
Free Basic Internet 10Gb
Free Instagram 10Gb

Facebook tu selalu guna tak habis pun 10Gb. Basic internet lagilah, seciput aje. Akak taklah beria sangat Whatsapp. Wechat Line semua tak pakai. Free Instagram tu baru lagi. Tu pun takde la banyak mana gak guna cuma enjoy sikit la nak tengok video IG ngan instastory. Hehe

Line? So far ok je. Tapi nak kata stabil sangat pun, hmmm mana-mana line pun sama saje. Tapi ok lah bila on hotspot, guna wifi pun speed dia agak ok juga.

Kalau nak convert atau nak cuba prepaid, boleh la Celcom Xpax ni. Akak recommend. Hehe.

Nak Masak Apa dengan Sotong dalam Tin?


Beberapa hari sudah, jemu dah makan ayam-ikan-daging, teringin nak makan sotong.

Nak beli sotong fresh, almaklum harga boleh tahan juga sekilo. Kita beli sotong tin ajelah kali ni. Huhu. Sotong frozen pun ada kat kedai dekat rumah ni tapi lain kalilah. Hehe

Bermulalah pencarian sotong tin. Biasa orang recommend brand Rex. Akak cari kat 99 Speedmart takde. Yang ada Ayam Brand. Oklah daripada takde kan. Sotong juga pun ha.

1 tin kecil RM3.99. Akak beli dua tin. Cukup la untuk makan 1 family.

Sotong dalam tin ni, dia didatangkan dalam seketul yang besor. Jadinya, lepas dah keluarkan daripada tin tu, kena potong-potong kecil atau besar mana ikut sukalah. Kalau nak masak seketul tu pun boleh tapi susah sikitlah nak makannya karang.

Air sotong tu biasanya kicap. Macam kicap cair gitu. Tapi yang Ayam Brand ni, dia ada 2 jenis. Satu kicap, satu lagi apa entah akak tak ingat. Tapi rasanya tak banyak beza sangat kot.

Pernah satu masa dok viral sotong tin ni, jadi akak dah pernah cuba buat. Ok la sedap sesekali nak makan. Selalu tak boleh la, masin dek non oi.

Masa akak post kat Instagram, ada kawan-kawan akak tanya. Depa baru tau macamana nak masak. Tak pernah dok buat. Syok kan boleh share benda yang sebelum ni orang tak tau, jadinya dah tau lepas tengok post kita. Hehe

Berbalik kepada sotong tin, sebenarnya macam-macam boleh masak dengan dia. Lauk kecemasan la gitu ha. Macam sardin gak pun. Tapi processed food is processed food jugaklah, tak boleh makan selalu.



14.12.17

Lazada Online Revolution


Ingat lagi dulu-dulu, sekitar 5 ke 6 tahun lepas, mahu beli barang online, menggigil tangan.

Tak cukup berani nak buat transaksi online, waktu tu cukup hati-hati nak buat sebarang pembayaran secara online ni. Sebolehnya elak dan akan cari barang di kedai saja.

Ada satu masa sekitar tahun 2013, waktu tu anak sulung dah boleh mula makan. Maka sukalah kita mak muda ni nak siapkan makanan anak. Beria mencari buku yang boleh bagi panduan. Maklumlah, kurang ilmu nak sediakan makanan untuk bayi 6 bulan. Ada baca di internet tapi lebih puas hati kalau ada buku.

Tak tahu bagaimana akhirnya terjumpa satu buku ni di MPH Online.

Buku Mama, Saya Lapar! yang ditulis oleh Wardina Safiyyah.

Nak sangat buku tu, tapi tak berkesempatan nak ke MPH dan beli. Lama juga memikir sama ada nak beli online atau tidak. Tapi gerak hati agak yakin dengan MPH Online ni. Iyalah, takkan suatu jenama yang dikenali akan buat scam pula kan.

Jadi, bermulalah pengalaman pertama pembelian online saya. Beli buku. Segala urusan order dan bayaran rupanya mudah sahaja.

Alhamdulillah buku sampai dengan selamat dan menjadi kesayangan saya hingga sekarang.

Perasaan menunggu barang yang dipesan tiba memang tak dapat digambarkan. Teruja!

Dulu, akan ambil masa hampir seminggu juga. Kini, dalam 2 ke 3 hari saja barang dah terima.

Sejak 3 tahun kebelakangan ini, saya sudah makin biasa membeli secara online namun pada seller atau platform yang dipercayai dan diyakini saja.

Kini, pembelian online makin mudah dan menjimatkan. Harga lebih murah, barang dihantar terus ke rumah. Jimat masa, tenaga dan duit.

Barang yang saya biasa beli online adalah buku. Ada buku yang lebih murah dijual online, ada juga judul yang tak masuk ke kedai buku, hanya ditawarkan secara online sahaja.

Cuma akhir-akhir ini, dengan adanya platform seperti Lazada, saya mula mengintai-intai barang keperluan rumah. Maklumlah nak shopping di kedai atau pasar raya kadangkala tak sempat. Ada masa tu tak dapat shopping dengan tenang sebab sibuk dengan kerenah anak-anak.

Terpengaruh dengan kawan dan beberapa review yang bagus, saya akhirnya terjebak juga dengan membeli Spray Mop dan Fridge Lock dari Lazada, awal tahun ini.

Pengalaman yang best sebab saya tak pernah sangka saya akan beli mop melalui online!

Sekarang, suami pula yang suruh tengok barang-barang di Lazada. Sebabnya?

Boleh dapat barang yang cantik pada harga yang lebih murah berbanding kedai. Kami juga tak perlu bersusah payah mengangkat barang kerana barang akan terus dihantar depan rumah. Nak pilih barang pun mudah.

Dan sempena Lazada Online Revolution yang berlangsung pada 11 November hingga 14 Disember 2017 ini, saya teringin nak dapatkan penyapu baru.

Hmmm. Sebenarnya kami baru pindah rumah dan kalau dapat penyapu yang macam ini dapat memudahkan kerja pembersihan.

Tengok di Lazada, mana tau ada penyapu yang best dan murah.

Oh ada!

Pertama kali nampak Magic Sweeper ni, terus tertarik. Sebab tak guna elektrik atau bateri. Memang taklah berfungsi seperti vakum tapi sekurang-kurangnya habuk kurang berterbangan dan jangkauan penyapu lebih luas.

Aduh, tak pernah terbayang beli penyapu dan mop secara online. Tapi itulah realitinya. Kini semuanya di hujung jari sahaja!

You alls kalau nak tengok barang murah, diskaun gila-gila, flash sale - boleh klik sini LAZADA ONLINE REVOLUTION .

Hari terakhir hari ini tau!