4.11.17

Tak Sempurna Tak Apa


Ada orang perlukan pertolongan tapi tak suka ditolong sebab tak sempurna seperti yang dilakukan sendiri.

Ada orang tak mampu nak buat sesuatu tapi rasa dia mampu kesudahannya penat sendiri lepas tu mengungkit kerja yang dibuat.

Ada orang yang tak perlu pun buat sesuatu kerja tu tapi masih tetap buat dan tak sub pun kerja tu pada orang yang sepatutnya. Dan dia terus-terusan buat sambil merungut. Orang yang sepatutnya take over kerja tu tak tahu pun yang dia sepatutnya uruskan sendiri kerja tu.

Ada pulak orang yang tak yakin dengan kerja atau bantuan orang lain. Yang ini, hang penat atau hang merungut, orang tak tau nak komen. Orang nak tolong, tak bagi. Dah tolong, tak kena pula.

Begitulah. Kadang-kadang ada orang ada masalah. Tapi dia tak sedar dia bermasalah. Dia anggap tu bukan masalah tapi pada orang lain, ya.

Terlalu mahu kesempurnaan, atau langsung tak hairan nak sempurna walaupun sebahagian pun masalah juga.

Berdepan individu begini, banyaklah bertabah dan bersabar.

Memang hati tercalar, terbakar, berasap menjulang tapi sebesar mana pun kita padamkan sahajalah dengan air tenang walau berkolah-kolah.

Jika membalas, jika melawan. Kita tak ubah sama sepertinya. Lawan arus. Doakan kebaikannya. Kasihani dia. Semoga Allah kasihani kita juga.

3.11.17

Peperiksaan PTD 2017


Alhamdulillah. Untuk kesekian kali yang akak sendiri kurang pasti, akak ambik lagi exam PTD.

Tak tau PTD tu apa? Eh kome kalau yang pernah apply keje gomen mesti tahu kerjaya pilihan budak fresh grad. Huhu. Kerjaya idaman la katanyaaaa.

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.

Kira post gomen paling 'hebat' la ni. Hebat bukan apa, sebab nak dapat lepas semua tahap sampai confirm jadi PTD bukan senang. Dan bila dah bergelar PTD pun, bukan calang-calang kerja. Pembuat dasar gitu ha.

Baiklah kembali kepada exam PTD, mungkin ini kali yang ke 7 atau 8 akak ambik. Ye memang banyak kali sejak akak grad.

First masa betul-betul lepas grad. Excited gila masa tu. Masa tu exam kat dewan sekolah. Kebetulan kat sekolah lama akak. Pi exam pun pakai baju kurung baq hang. Masa tu pagi petang exam nya. Pagi soalan pasal kerajaan, daya penyelesaian masalah. Petang kena jawab esei BM dan BI. Exam gomen zaman dulu-dulu. It was circa 2006-2007.

Ya rabbi dah almost 10 years!

Alhamdulillah akak lulus exam kali pertama tu. Excited wei. Dapat panggilan untuk ujian lasak entah apa namanya masa tu, yang sekarang dipanggil UKJK. Ujian Kelayakan Jasmani dan Kesihatan gitu lah kot lupa dah. Tapi akak tak pegi, masa tu akak dapat kat INTURA - Intan Wilayah Utara. Tak pegi sebab attend kenduri kawen abang akak yang sebelah akak ipar kat Kelantan.

Sodih jugak la sebab bukan senang nak dapat kan. Tapi tak mengapalah, akak percaya ada rezeki lain.

Lepas tu, bermulalah siri ambik exam tak sudah-sudah yang mana semuanya berakhir kecewa. Exam lepas tu semua tak lulus. Haha. Givap pun ada jugak. Ada juga yang akak tak ambik pun. Cuma yang paling ingat exam sekitar 2015 masa tu tengah pregnant anak nombor 2. Waktu tu gomen baru lancarkan exam online. Akak kira batch kedua yang sit for online exam lepas batch pertama exam Pegawai Kastam. Waktu tu ramai nak pakai sebab nak laksana GST. So calon-calon yang dah buat exam Kastam dah biasa la.

Tapi tahun tu, gomen buat taklimat di Putrajaya untuk brief pasal exam online ni. Akak pegi. Peh. Lain macam betul aura bangunan kerajaan. Hahaha. Dah la masa tu ada juga calon yang hadir interview PTD kat bangunan sebelah. Terasa benau akak macam kecikkkk je banding depa yang nak pi interview tu. Kahkahkah

Maka waktu tu akak sit for exam kat cyber cafe. Mujur internet laju kat cc tu. Ada jugak yang lain sit for the same exam dalam cc tu. Akak cool je. Yang akak tahu, akak jawab. Yang akak tak tahu aku tembak. Haha. Yang penting konfiden. Masa tu ada juga wawasan nak jadi PTD. Kot kot ada rezeki anak tapi lepas keluar result, dukacita dimaklumkan. Hahahaha. Ater dah akak pi jawab soalan pertama,

Apakah portal kerajaan Malaysia?
Akak jawab Myeg. Hahahahahah

Sapa nak ambik kerja gomen oi!

Maka kali ni akak check siap siap sebelum exam. Tapi sekali tak keluar pun soalan tu dah.

Ok berbalik kepada exam PTD 2017 ni, beza dengan yang akak ambik masa 2015 dulu. Kali ni, soalan bahagian A memang biasalah pasal dasar kerajaan. Kalau baca paper dan follow PM at least mesti tau nak jawab atau tembak jawapan. Hehehe. Part 2, daya selesai masalah - soalan Matematik.

Kebarangkalian. Luas objek. Jarak perjalanan. Pecutan. Apakah nilai y, x. Integer. Makna kata kena ingat la Math Mod tu.

Akak? Ke lauttt dek. Mujur hasben akak ada bagi hint rumus. Hahaha. Exam open book, boleh la.

Maka selesailah tadi 1 jam 40 minit jawab 2 bahagian. Mujur la wifi rumah ok. Akak risau gak kot sangkut ke loading ke kan. Alhamdulillah lancar. Lain betul jawab exam ni. 5 minit sebelum exam, menyusu anak dulu. Selang antara 2 part tu ada gap 15 minit sempat lagi menyapu dan kemas mainan anak. Elok habis exam, baby dah liang lentok nak tidur.

Apapun tunggu ajalah apa result pun. Lulus ke tak lulus ke. Kita usaha aje kan.

Kalau lulus, cabaran seterusnya dijangka bermula Januari 2018.


25.10.17

Kedai Bahan Bakeri, Rambang Mata Dibuatnya!


Hari ni besday abah mentua. Akak ngan hasben rancang nak buat sendiri kek besday.

Konon bawak keluar buku dengan majalah resipi kek, nak ambik ilham tapi last akak cakap kat hasben, beli cake premix ajalah. Bukan apa, akak tak yakin nak buat yang sukat satu-satu bahan tu. Tak jadi karang, naya. Dah la kek besday huhuhu

Jadi kitorang pun carilah kat Mydin tadi, tapi takde. Ada premix muffin aje.

Then hasben teringat ada sebijik kedai bakeri kat Bandar Baru Salak Tinggi (BBST). Maka teruslah ke sana.

Masuk ke Kedai Bahan Bakeri nama dia. Kat area Kosmopleks, sebelah kanan ada kedai dobi layan diri, sebelah kiri ada kedai gunting rambut.

Wahhh masuk je semerbak bau sedap. Macam bau kek ke entah apa hidung akak tak dapat kenal pasti. Kagum gila barang-barang yang ada. Dari acuan, bahan bakeri segala mak nenek ada. Deko untuk kek pun banyak ada.

Yang pasti harganya berpatutan dan banyak pilihan serta paling penting halal, tak payah pening fikir ni ada logo halal ke tidak. Banyak bahan diorang produce sendiri, jadi harganya memang alhamdulillah pada akak, mampu milik.

Tadi kitorang decide nak buat kek coklat moist dengan topping strawberi. Beli cake premix, sepeket dalam RM8 lebih, strawberry topping tu pun dalam RM8 lebih jugak. Nak buat keknya senang bangat.

Untuk kek coklat moist ni, just tambah telur, minyak dengan air saja. Lepas tu mix dengan premix tu ha. Pukul semua, masuk loyang, kite bakor.

Memang moist. Sedap!

Satu family enjoy makan. Akak pun happy. Hahaha. Maklumla akak tak berapa pandai bab baking ni. Maka nebes jugaklah kalau tak jadi. Dahlah kek besday.

Lepas ni bolehlah try cake premix lain pulak. Tadi ada butter cake, luxurious chocolate cake, red velvet, carrot cake, sponge cake. Tepung florentine pun ada.

Oklah kalau sapa yang berdekatan, nak cari bahan bakeri halal dan berpatutan, boleh la ke Kedai Bahan Bakeri ni ye.

Akak lupa alamat dia, boleh tengok kat FB: iwanabakingsolution . Owner dia friendly, siap speaking utara lagi. Hahah memang la akak suka ekekekek

Pi lah jamu mata. Hehe