7.10.17

Karnival Sekolah


Hari ni join anak-anak sedara ke sekolah depa, ada Karnival PIBG. Meriah jugaklah. Ikut hati tak mau pi sebab akak ada job nak kena submit next week tapi hasben kata jom je lah pegi ambik angin.

Sekolah pun dekat je ngan rumah. Lepas sarapan kat kedai dekat ngan sekolah tu, terus la ke sana.

Ada macam-macam gerai. Burger, aiskrim bajet, otak-otak segala macam. Permainan pun ada banyak khusus untuk budak-budak sekolah tu. Paintball, abseiling, masuk rumah hantu etc.

Anak-anak enjoy dapat banyak mainan. Tumpang seronok tengok anak seronok. Dah lama depa pun tak keluar cam gini. Asyik pi supermarket sajo. Huhu

Tengok budak sekolah ni dok terbayang esok anak sendiri masuk sekolah macamana la. Tak lama dah nak masuk Darjah 1. Besaq dah rasa.

Adakah akak nanti akan ada masa macam ni nak attend program sekolah anak?

Macamana anak akak nak beradaptasi dengan sekolah?

Akak cuma harap anak akak mampu survive dan adapt dengan sekolah, cikgu dan kawan-kawan dia esok.

3.10.17

Crime Patrol Dial 100 di Tara HD



Lately ni, kat rumah dilanda ketagihan drama India. Cerita pasal kes jenayah di India, rasanya kisah benar. Tajuk Crime Patrol di Tara HD 108.



Mula-mula mak akak yang tengok, lepas tu terjebak ke satu keluarga, siap rekod. Seronok juga kira terhibur jugaklah. Tiap-tiap hari pulak tu, Isnin sampai Jumaat jam 8 ke 9 malam. Ulangan keesokannya jam 12.30 tengah hari.

Kes-kes yang dipaparkan memang menarik juga. Memang tak sama langsung dengan Gerak Khas ye u ols. Dan cerita ni bagi gambaran jelas camana rupa kampung kat India tu. Kalau kampung tu memang kampung betul. Yang bandar cara bandar lah. Dan satu akak perasan kes-kes jenayah ni banyak betul melibatkan skandal seks. Suami orang dengan isteri orang, kak ipar dengan adik ipar, isteri orang dengan orang bujang. Ada satu kes tu siap 1 pompuan kawen 3 lelaki! Bermadu 3 lelaki tu engkauuuu.

Lepas tu kalau kes bunuh tu boleh tahan juga kejamnya. Yang rosakkan muka mayat ada, yang lempar kat laut ada. Yang tergantung kat pokok ada. Ngeri jugak tengoknya.

Tapi dari satu segi, banyak jugak pengajaran. Yang elok tu bolehla diikut. Yang tak elok tinggalkan lah.

Kalau takde Astro, nak tengok kat Youtube pun boleh. Search je Crime Patrol. Berlambak episod seribu lebih. Hahah.


Memilih Kaedah Merancang Keluarga: Pil atau Suntikan?



Sekarang ni kalau di hospital kerajaan, sebelum discaj ibu dan baby, dokter akan tanya siap-siap kaedah apa yang ibu pilih untuk merancang keluarga.

Sendiri? Pil? Suntikan? Implan? IUD?

Ada banyak cara kan. Mana la nak tahu nak pilih yang mana satu. Atau pilih pun sebab kakak pernah guna la, kawan yang guna la. Jadinya tak cukup pengetahuan nak buat keputusan.

Akak pun mula-mula ingat nak pakai perancang ni senang aje. Pegi KK, inform nurse then bagitahu kita nak perancang apa lepas tu jumpa dokter lepas tu go on la dengan apa yang di'decide'.

Rupanya prosedur nak mulakan perancang ambil masa juga. Macam buka buku merah mengandung. Sebab nak isi buku perancang pula. Misi akan interview dan isikan history. Jadi lama sikitlah. Lepas tu kena check urine dan BP. 

Misi akan tanya kita nak guna perancang apa. Lepas tu dia akan advise. Kalau pil, ada macam-macam jenis pil. Ada yang single hormone (satu hormon saja contoh Noriday) dan double hormones (ada 2 hormon contoh Regulon). Single hormone pill biasa dimakan masa 6 bulan pertama lepas tu digalakkan tukar ke pil yang ada 2 hormon. Akak pernah guna dua-dua, mula-mula je ada gangguan sikit menses tapi lepas tu ok. 

Satu saja kalau ambil pil ni, kena follow up kat KK tiap-tiap bulan sebab dia monthly basis. Setiap kali nak ambik pil baru kena ambik BP dan timbang berat. Nak pantau kesihatan ibu semasa dok amal perancang ni.

Pil ni, tak boleh miss sehari pun ye. Kena tiap-tiap hari makan. Nak mudah, tetapkan waktu nak makan. Pagi ke tengah hari ke malam ke. Supaya tak termiss. Dan kalau terlupa, masa ingat tu terus makan tau.

After few months, akak cakap kat misi nak cuba suntikan pulak. Akak tak larat nak pi KK every month huhu. Misi suruh consult dokter, then dokter cakap ok boleh cuba. Cuma kalau suntikan depo ni ada kemungkinan menses akan jadi lebih lama dan keluar darah sikit-sikit. Jadi mungkin kurang selesa bagi sesetengah orang. Jadi dokter advise kalau ok boleh go on dengan suntikan, if not boleh tukar balik ke pil. No problem. 

Implanon atau IUD akak takde pengalaman. Setakat dengar pengalaman orang lain adalah. 

Apapun nak mulakan perancang, consult dokter dulu. Tak boleh main balun aje sebab kita nak kena pantau kesan lepas ambil perancang tu. Perubahan mood ke berat badan ke atau apa-apa side effect.